Entry throwback ye gais. hihi~
Awal May hari tu, aku attend weeding makcik aku di Parit, Perak. Kenduri nya hari Sabtu, tapi mak aku ajak gerak hari Jumaat. Sebab lepas kenduri aku ajak family aku naik Cameron pulak. Alang² dah dekat tuu apa salahnya singgahhh
Aku cakap kat mak nak gerak awal pagi. Baru lah baloi amek cuti Jumaat tu. Zafirah pun ponteng! Nak pergi wedding nenek kan. ehhh! Tapi dalam pukul 10.30am jugak baru gerak. Not easy lah menyiapkan 3 tentera kecik. huhu~
Plan asal nya nak bermalam kat rumah kawan mak aku. Dia ada buat homestay area Bota. Aku membayangkan rumah kayu yang cantik macam kat Melaka tu. hekhek~ Sekali bila sampai rumah tu......herm..... Mungkin expectation tinggi sangat.
Bila jumpa orang yang menjaga rumah pun sama² uzur (abang pada kawan mak), tak berani lah nak komplen banyak. Aku rasa tuan rumah boleh baca fikiran kitorang. Dia suruh kitorang masuk dalam rumah untuk tengok keadaan dan pastikan tak salah buat keputusan. Allah, serba salah jugak sebenarnya. Aku cuba jugak positifkan diri, cuba untuk terima bermalam kat situ.
Tapi ayah aku taknak. Awal² dia dah tarik muka. kahh! Laki pun remind, adik baby tu fragile. Tak boleh kena habuk² ni. So kitorang guna alasan baby je lah untuk cancel duk situ. Memang kebetulan sampai je Parit baby batuk². Aku rasa dia sensitif bila jalan jauh. Padahal masa kat rumah elok je sihat. Sampai sekarang tak berani bawak baby drive jauh². Nak pergi negeri lain sila naik flight! gituuu~
Tapi ayah aku taknak. Awal² dia dah tarik muka. kahh! Laki pun remind, adik baby tu fragile. Tak boleh kena habuk² ni. So kitorang guna alasan baby je lah untuk cancel duk situ. Memang kebetulan sampai je Parit baby batuk². Aku rasa dia sensitif bila jalan jauh. Padahal masa kat rumah elok je sihat. Sampai sekarang tak berani bawak baby drive jauh². Nak pergi negeri lain sila naik flight! gituuu~
So kitorang decide untuk cari homestay lain. Rumah tu OK. Besar dan luas. Laman pun luas memang seronok bebudak main kejar². Tapi agak berhabuk (lantai, katil, perabot etc). Sedikit uzur lah bagi aku. Tuan rumah cakap biasanya bebudak muda yang duk situ. Logik lahh. Murah kot dia bagi sewa, RM150 je semalam! Kalau duk 10 orang baru berapa ringgit satu kepala?
Last minute bertukar plan, panik jugak lah nak mencari tempat bermalam. Then mak aku suggest bermalam kat Lanai Casuarina Cempaka Sari. Dekat dah dengan rumah pengantin. Walaupun hotel tu NOT recommended jugak lah sebab berhabuk and takde family room. huhu~ Tapi, no choice kan?
Sekali fully booked daaa. hahaha~
Aku tak ingat kitorang google ke waze je nearby homestay. Then laki aku call nombor yang keluar, Alhamdulillah jumpa yang available.
Sekali fully booked daaa. hahaha~
Aku tak ingat kitorang google ke waze je nearby homestay. Then laki aku call nombor yang keluar, Alhamdulillah jumpa yang available.
Dekat je dengan Lanai Casuarina tadi.
Kalau korang dari KL, nampak je tower clock tu masuk simpang kiri (anak panah). Homestay tu betul² depan klinik kesihatan Parit. Rumah kedai tau! Mak aku dah mengeluh. Biar betul nak duduk rumah kedai?? hahaha~ Ayah aku pun sama skeptikal. Tapi muka dia cool lagi. Penat driving kot malas nak layan. hahaha~
Owner homestay ni cina. Banyak unit homestay dia. Kiranya kat shop lot tu ada banyak unit dia punya. Ada 2 bilik, ada jenis SOHO, ada 3 bilik. Pilih je lah mana yang sesuai dengan family korang. Bagus dia layan kitorang. Siap ajak masuk dalam tengok keadaan rumah dulu. Beria dia ajak tengok dulu. Kalau taknak takpe takde hal. So laki aku pun ikut laa tengok keadaan rumah.
Guess what??
LUAR SETINGGAN, DALAM KONDO! Boleh bayang??
Sempat aku amek video.
Living hall. Ada sofa bed juga so anak² aku tidur situ. Meja makan dengan 2 kerusi, penyangkut baju, TV ada kat area ni. |
Room 1. Almari solek, katil Queen, iron ada dalam ni. |
Bilik 2. Almari solek, katil Queen. |
Setiap bilik ada penyangkut baju yang lekat kat dinding jenis cangkuk tu. Cukup la untuk gantung tudung, seluar etc. Kemudahan lain: water heater, iron & ironing board, air cond, TV (siap astro). Sejadah pun disediakan. Mungkin sebab ramai melayu Islam yang datang sini. MRSM dekat pulak tu, kadang parents datang nak hantar, amek anak dorang akan bermalam kat homestay ni. Owner cakap musim perayaan biasanya FULL HOUSE! Pehh hebat! Kebersihan aku bagi 10/10!!
Puas hati sangat sebab jumpa homestay yang elok and selesa untuk bermalam. Padahal esoknya tu awal pagi nak check-out sebab makcik aku nikah pagi. Walaupun dekat, parents aku malas nak ulang alik. Dah jumpa sedara mara takkan lepak kejap je kan? Dari kenduri terus gerak pergi Cameron je. Senang.
So kalau korang datang Parit and tak tahu nak stay mana, boleh try booked homestay ni ok! Tak silap aku yang 2 bilik tu RM150 gitu. Yang penting takde habuk!! haha~
Adress:
Parit Neoh Homestay
No. 13 Jalan Pejabat Pos,
Parit, Perak
Terima kasih sudi membaca!
4 comments:
wow terbaik
boleh try ni,selalu gak bawa makmertua kenduri belah2 sana huhuu
Terima kasih atas perkongsian. Saya pun sedang cari homestay di Parit.. dah call, masih ada kosong 12 Nov ��
Boleh dptkan no nk booking x ? Sy cuba call no di atas tp bukan org homestay
Post a Comment