Feb 22, 2019

Birthday Party Zafirah, 7 Tahun!

Assalamualaikum...


Rasa macam baruuuu je lepas buat birthday party yang ke-2 tahun, tiba² ehh 7 tahun pulak? How time flies πŸ˜©


Tak plan pun nak buat birthday party sebenarnya. Kitorang dah nekad, celebrate besar²an masa umur anak² 2 tahun je. Lepas tu kita celebrate antara kita anak beranak je. Campur la atok nenek sekali dah kata aku duk serumah dengan parents aku. lol~


Tapiii, Zafirah request nak ajak kawan² sekolah baru diaaa. Nak ajak cikgu² πŸ™„


More reason, adik aku balik! yayy! Then mak aku cakap nak gather semua adik beradik dia untuk buat doa selamat & tahlil ringkas, mendoakan adik aku berjaya kecapi apa yang dia impikan dan lulus viva dengan cemerlang. Pastu ayah aku pun nak jugakkk ajak adik beradik dia. haha~  Baiklahh. Lebih meriah ramai².


Macam biasa lah aku dengan e-invitation. hihi~ Untuk kawan² sekolah and cikgu² Zafirah aku print bagi by hand. Eh Zafirah la yang bagi kat dorang. Parents dilarang masuk kawasan sekolah kayy.


Actually ajak kawan² rapat dia je. Geng satu tadika ABIM dulu. Ada 6 orang yang satu sekolah dengan Zafirah (lain² kelas). Then ajak juga cikgu² kelas (ada 10 orang cikgu - tapi sorang pun tak datang. kahh!). Saja taknak jemput satu kelas. Ada 40 murid oii. Pastu bukannya kenal semua orang. Yelahh baru bulan Februari, sesi ice breaking tak habis lagi. huhu~


Tapi masa distribute kad kat cikgu², Zafirah cakap penolong ketua darjah bagitau dia nak datang party Zafirah. Sebab kitorang dah jumpa and berkenalan since hari pendaftaran, so dia kata dia nak la datang. Aku cakap ajak je la dia. Bagi 1 kad kat dia jugak. Memang aku print lebih invitation tu. Alamat semua lengkap dah situ so boleh waze je. Nombor fon aku lupa letak. lol~  Nasib la semua jumpa kat mana rumah. haha~


Aku memang alu-alukan sangat sesiapa yang nak datang birthday party anak aku. Cuma nak menjemput sampai satu kelas tu idak lerr. Eh penolong kelas tu je satu² nya kawan kelas dia yang di-invite. bahahaha!✌


Relatives pulak ajak adik beradik mak ayah and cousins. Pastu jiran² terdekat. Jiran wajib jemput ye. Kitorang siap pasang khemah kot kat porch. Tu pun dah lebih 100 orang. pfft! Laki aku konfiden cikgu takkan datang punya, and bukan semua yang dijemput tu boleh datang. So dia suruh ajak je kawan² kitorang. Risau makanan banyak lebih. Mak aku order katering untuk 100pax. Oke lah, aku ajak geng yang tak pernah mengecewakan jemputan aku. Kiranya kalau ajak dorang ni tak pernah tak datang lahh. hahahaha~


Meja potong kek + meja bergambar. gituhh~  Syukur jugak adik aku balik, banyak kerja yang dia tolong buat. Especially bab preparation. Deko² semua tu guna apa ada je. Ada jugak yang beli pagi sebelum start majlis. Mr DIY depan rumah je oke. Apedehal? Kedai bukak pukul 10am dah boleh terus terjah topap apa² yang tak cukup. hahaha~  Thank you mak belanja decorations!! πŸ˜˜  Backdrop tu guna langsir lama je wakk. Pakukan je kat dinding. Habis majlis cabut. Setel.


Cake birthday by @yanamib.cuisine . Wohoaa!! Tahun lepas aku ada buat kek birthday untuk Zafran. Zafirah nampak je terus dia cakap, "birthday kaklong nanti mama buat kek macam ni jugak k"~  Almost setiap bulan jugak dia remind aku pasal kek dia tu. Bila nak dekat tarikh birthday aku saja tanya nak tema apa? Dia request nak Little Pony. Allahu~  Ingat 7 tahun dah matang sikit. lol~


Aku buat kek coklat moist je. Tuang ganache as topping. Setel. Adik aku suggest letak cookies and cream kat tengah² cake. Tapi tunggu kek masak pun berejam. Yelahh aku takde pengukus saiz besar sampai 13". Bila dah kukus sejam lebih, kek tak masak² lagi, aku masukkan dalam oven pulak. Bakar dalam 30 minit. Buat waktu malam pulak tu. Udahnya tengah malam baru siap. adehh~

Coklat ganache and topping strawberry tu aku buat pepagi. Lepas subuh terus bersilat kat dapur. pfft!


Mainan² Pony tu semua beli kat Yummie Bakery, Bangi. 1 set tu dia jual RM12.90. Bunga² putih tu pun beli kat kedai bakery. Yang cucuk² tu print dari Pinterest. Korang search je printables Little Pony birthday theme. Rambang mata nak pilih gambar. haha~


Bukan tu je kek yang ada. wahh~  Mak aku pun nak order kek jugak. kahkah!


Kek durian gaiss. Sponge cake with durian filling. auch! Aku pernah beli kek yang sama masa akikah Zafran. Tah apa mimpi mak aku tiba² teringin kek ni lagi. RM160 sebiji. Boleh tengok ig @nininadira. Bangi only.


Mercun kek tu pun Zafirah request sebab dia tengok Zafran hari tu dapat mercun tu masa celebrate kat tadika. hahaha~  Baiklahh kaklong, baiklahh. Spray kaler² tu semua beli kat Mr. DIY. 3 botol mak aku beli. Habis semua kazen² spray kat dinding. Lepas gian ke apa? hahaha~  Sabar je lah.


My kesayangan. Tq sudi meriahkan majlis. Bagi hadiah hensem². ehhh!


Valentine's baby. Amboi. πŸ˜˜  Zafirah masih demam hari tu. Sehari sebelum tu memang dia mc pun, tak larat nak pergi sekolah. Panas je badan sepanjang hari. Ate kad dah distribute kan? Takkan nak cancel? hihi~


Kek mama tu moist je ok. Awat macam potong kayu je gaya? πŸ™„


With Aisya dan Aisyah. Belah kiri tu dua pupu dia, asal jumpa memang berkepit je berdua. haha~  Belah kanan besfren dari tadika, 1 sekolah rendah pulak cuma lain kelas je. Time rehat, balik sekolah memang sentiasa together berdua. ecece~  Kitorang pun dah dah selalu sangat jumpa mama papa Aisyah.


Dalam 7 orang kawan yang dia invite, 4 orang jugak yang datang. Penolong ketua darjah yang beria nak datang tu pun memang ayah dia bawak datang hari tu. Datang berdua je dengan ayah dia. Yay! Aku hargai sangat²! Sporting lah memasing sudi layan anak² nak pergi birthday party kawan. auch! πŸ˜


Haa ni lah geng² yang setakat ni tak pernah mengecewakan jemputan aku. bahaha~  Ada sorang lagi sebenarnya. Tapi dia hantar sedara dia pergi umrah kat KLIA. Balik tu ramai kazen² dia naik kereta sekali dengan dia so dia jadi segan nak datang. Huk alohh datang je patutnya. Food banyakkk. hihi~


Family belah ayah aku. Thank youuu for coming!! πŸ˜˜


With maksu. yay! Ni lah insan yang jadi punca terjadinya birthday party ni. Dalam menyambut birthday anak aku, kami happy dapat jumpa adik. 3 tahun sekali je aku jumpa dia. sobss! Dia memang balik semata nak celebrate birthday Zafirah je ok. hahaha~


Alkisah, dari last year Zafirah duk berzikir, maksu TAK PERNAH celebrate birthday dia. Bila aku check² balik album birthday dia even yang umur setahun, memang takde maksu! Nampak tak betapa lamanya maksu duk London? Nasib la tak jumpa jodoh orang London. Jenuh la nak pergi sana. Currency mahal ok. πŸ˜


"kaklong nak 7 tahun nanti, mesti maksu dah balik kan mama, boleh la celebrate birthday kaklong dengan maksu"


Lebih kurang gitu la ayat² Zafirah. Terkesan jugak kat jiwa maksu. Gigih maksu siap kan thesis dia cepat², submit cepat². Nak celebrate birthday anak buah yang seberang benua ni punya pasal! hahaha~  Leff u to the moon and back maksu! πŸ˜˜


Walaupun balik 10 hari je, jadi lah buat lepas rindu. Tak sempat nak gaduh pun. adehh~


Pak Acir & acik Mimah.


Dah malam pun ada lagi orang datang. Sedara mara aku jugak. Dorang ada kerja siang tu, so terpaksa datang malam. Ada yang kena tunggu anak tuisyen. Hujan lebat gila petang tu. Zafirah tu lepas kawan² dia balik, dia bantai mentido sampai nak dekat Maghrib. Time orang datang pun dia kejap² baring atas sofa. Memang tak larat sangat. alolo~


The present!! Alhamdulillah murahhh sangat rezeki Aimy Zafirah πŸ˜  Aku perasan Zafirah ni macam magnet rezeki tau. Selalu dapat hadiah best² and banyakkk. Orang macam tak berkira dengan dia. Ouh btw plastik poslaju tu, hadiah dari uwo dia. Mak aku lah! hahaha~  Mak aku gila shopping Lazada. Pokok pun dia beli online. Mampu?? Tu hadiah train set. Kemain seronok anak² aku dapat train set. Dengan baby pun teruja tengok mainan train tu. Thank you uwo!😘


Lepas dah bukak semua pembalut. Train set mak aku beli dorang tengah main masa ni. Tak kuasa lah aku nak susun. huhu~  Buku cerita semua best²! Tapi aku yang baca buku² cerita tu. kahkah! Habis tu papa suruh dorang tidur awal waktu malam. Aku je terkebil² duk jaga baby yang susah nau nak tidur malam πŸ˜’ Baik aku baca buku cerita. Dapat jugak ilmu. lol~


Ada jugak seketul selfie dengan birthday girl. Alaa aku pakai SoBella warna Sugar Plum nampak garang pulak. Makcik tak garang tauu. Makcik pemalu dan lembut orangnya πŸ˜œ


K tu je nak cerita. Tata!





Terima kasih sudi membaca!

4 comments:

Aty Fared said...

biasa macam tu.. nak buat kecik2.. sudah nya mesti ramai terus jemputan.. (macam aku selalu terjadi time raya) hahaha..

qaleef pon cakap tahun ni nak ajak kawan2 sekolah kelas/mengaji malam/tadika BB dulu.. so cakap kat dia.. sambut ngan kawan2 jer lah yer.. nak buat sekali ngan adik.. sian adik tak pernah merasa... tapi rasa macam nak jemput ko datang sekali lah.. eehh..

Labour Law Blog said...

Kejap je 7 tahun dah.. Happy Belated birthday

Blog AzlindaAlin Bicara Mummy said...

happy birthday kakak

Siti Yang Menaip said...

happy belated birthday Zafirah. banyak hadiah2 menarik tu.. semoga besar sihat solehah dan dimurahkan rezeki selalu =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015