Mar 5, 2018

Personal Shopper London. BUKAN Aku!

Assalamualaikum...


Tahun lepas gigih adik aku and besfren dia jadi personal shopper kat UK sana. Masa tu memang tengah sale gila gila, so dorang saja la amek order dari Malaysia. Surprisingly, sambutan sangat menggalakkan!! Banyak sangat order masuk. Alhamdulillah, rezeki dorang.


1st batch orders dorang post bulan 10 tak silap. So sampai Malaysia bulan 2 hari tu. Masa aku bercuti kat Genting tu barang sampai. Supposed aku lah kena pi amek kat Shah Alam sana. Dah aku takde, parents aku lah kena pi amek. Kenapa Shah Alam? Sebab adik tumpang kontena kawan dia yang balik for good. Dapat murah sikit per box (14kg). Kawan dia tu pulak duk Shah Alam. gitu~


Aku balik je dari Genting terus punggah² kotak. Yelahh aku jugak nak kena pos ke customer. So nak tengok la besar mana nak kena pos tu.


 Ada 4 big box. Each box dalam 14kg gitu. Paling besar air fryer jenama Philips, food processor and doll house. Seriously doll house pun korang beli dari UK? ๐Ÿ˜‚  Tak boleh bayangkan macam mana ayah aku angkut kotak² masuk kereta. Ayah dah 57 tahun oii! Mujur lah dia memang taf ๐Ÿ’ช  tapi kesian lahhh. Mak cakap merah² muka ayah ngangkut kotak² tu semua. adudu


Terselit jugak lah parcel untuk anak² aku. Baju² semuanya. Kebetulan jugak lah banyak baju² dorang yang dah tak muat. Cantik sangat timing tu! Jimat duit aku beli baju baru untuk anak². bahaha~


 Nak sorting barang pun dah pening! Padahal tak sampai 100 parcel pun. Tapi dah rasa banyak sangat! Macam mana lah yang memang buat bisnes fulltime tu kan? huhu~


Aku asingkan sesiap mana parcel yang perlu di-pos, mana yang customer nak datang pick up. Dengan keadaan aku tengah membuyong ni agak slow lah kerja² sorting and packing. Adik dah balut siap² semua parcel dengan kertas minyak. And dia dah label kan siap² nama and alamat owner setiap parcel. Tapi aku still kena masukkan semua parcel² dalam flyers sebelum pos ke customer. Kertas tu bukan tahan. Mudah terkoyak. Kena air pun tak boleh confirm rosak. Kecuali kotak² air fryer and food processor lah. Aku pos gitu je.


Ada jugak customer yang beli sampai 7-8 item. So aku kena re-packing balik, letak dalam kotak lain leklok, pastu bungkus dengan plastik tong sampah. Selotep leklok bagi tak terbukak. Tu kena buat slow². Idak la larat aku nak mengadap benda tu lama². Sakit pinggang. haha~  Mujur adik aku memang dah inform customers awal² ETA barang akan sampai ke tangan dorang bulan MARCH. Tapi ada yang dah dapat before March lagi. haa efficient tak kakak? ๐Ÿ˜


 Syukur lah aku dah lama register dengan Easyparcel. Tak perlu lah nak singgah kaunter Poslaju (or mana² kurier), beratur, isi consignment form sampai cramp tangan. lol~  Semua details customer aku taip je. Dah siap terus print then tampal kat flyers. Pastu tunggu je lah abam kurier datang collect parcel² tu semua kat rumah/ofis. Senang kerja wehh! Aku rasa dah lama jugak aku tak pi kaunter Poslaju walaupun dekat je dengan rumah. Kalau pergi pun untuk restok flyers je. Tapi kat Easyparcel pun boleh jugak beli flyers, cuma harga mahal sikit. Macam² saiz ada. Kalau topap banyak, dapat FREE je flyers tu tau.


Contoh flyers dari Easyparcel yang kaler pink tu. aww! Hari tu aku topap RM500 credit, dapat FREE 50 credit + 50 flyers saiz L. Baloi wehh!


More, harga postage lagi murah banding kau pi kaunter Poslaju! Untuk 1 kg item, kau cuma perlu bayar RM6 sahaja! wohoaa! Of course T&C applied. Kau register lah Easyparcel dulu baru kau faham. hihi


Kalau tengok caption dalam gambar tu aku guna kurier Nationwide. Entah kenapa aku kurang puas hati dengan servis Poslaju cawangan Bangi. Dah booking tarikh untuk pick up, tapi dorang tak datang. Ada sekali tu dorang datang, tapi naik motor. Lerr! Parcel aku besar² mana muat sumbat atas motor bang! Kalau Poslaju KL dorang hantar van untuk pick up barang tau! Pastu bila pi ofis inform masalah ni, dorang suruh aku pulak request nak motor ke van. Ohoii dalam Easyparcel mana ada request² jenis kenderaan. Common sense je kot, aku dah mentioned nak pos PARCEL, bukan dokumen (dalam Easyparcel ada options ni je). Dah buat report semua tapi krik krik jugak. Yelahh company besar kan? Apa ada hal hilang sorang customer. Moh la bertukar kurier lain. Aku tengok orang rate service Nationwide pun bagus jugak. Barang sampai cepat.


At first, dorang pun sama jugak tak datang pick up. So aku decide untuk emel ke HQ Nationwide and also Easyparcel. Sebab dorang duk cakap aku punya booking tak masuk dalam sistem dorang. Kot lah Easyparcel yang problem. And respond yang aku dapat sangat positif! Cepat lak tu! Office Nationwide cawangan Teras Jernang sana call aku and bagi terus nombor fon driver yang in charge round area rumah aku. Kan senang gitu. Aku call direct je dengan driver and tanya pukul berapa dia nak datang. Takde la aku duk melanguk menunggu.


 Sebahagian parcel yang selamat di-pick up (dalam red circle tu je. Ada 10 parcel). Thank you Nationwide sebab memudahkan urusan saya! Ouh lagi satu, kalau pos barang besar dan berat, Nationwide punya rate jauh lebih murah banding Poslaju.


Selepas sebulan setelkan pos pos barang (sekali pos dalam 10-11 parcel gitu je tu yang lambat setel), finally rumah ku kembali lapanggggg!


Tu ada lagi few barang yang tinggal. Ada yang pick up (tapi sampai sekarang tak datang² pick up!), ada yang belum habis bayar. Adik cakap 2nd batch nanti sampai bulan depan! Kakak ko ni nak meletop dah oii! Tapi dia pun memang dah informed customers keadaan aku and ETA tu. Tapi tetap lah ada yang tak faham bahasa. Tak habis² wasap adik barang dah pos ke belum. Tu belum lagi yang duk pertikai kenapa adik aku cas upah harga gitu. Eh kau rasa mahal pi lah sendiri London, beli sendiri. hahaha~  Udahnya adik takmo dah jadi PS. Annoyed! Cukup 2 batch katanya. Enough! kahkah~  Meniaga macam ni kena ada minat baru syok. Kalau tak minat tu yang rasa lebih penat banding keseronokan kau melayan karenah customer. gituu~


Macam aku tolong dia pos-pos barang ke customer, aku minat kerja² tu. Jangan tanya la kenapa minat. Aku pun tak tahu. hahaha~  Sampai kan hari tu ada orang pelik sangat bila aku cakap aku tak amek upah apa² pun untuk pos kan barang² adik aku. Dia just bayar duit postage, duit flyers. Semua ada dalam resit. Upah memang takde. Orang tu siap cakap, "Zaman sekarang ni ada ke orang buat kerja ikhlas walaupun adik beradik? mesti nak upah jugak kan?"


Lorr kalau dengan adik pun kau nak berkira mintak² upah sok kau mati dia mintak kau bayar untuk setiap Al-Fatihah yang dia baca amacam? mampu? ngee~  Hari ni aku tolong adik aku, akan datang dia pulak tolong aku. Nak berkira sangat siapa paling banyak tolong pun payah jugak. Hidup dalam gua je lah gitu. huhu~


Harap yang mana belum setel bayar tu tolong lah setel kan cepat sikit. Sakit mata tau tengok parcel² awak tu. Yang nak pick up tu pun cepat lah datang amek. Kang aku jual semua tu baru tau. Duit aku pulang lah balik kat dorang. Siapa suruh lambat sangat kan? Ingat aku tak boleh jual ke barang² tu? Ramai yang nak! eh macam dorang baca blog aku ๐Ÿ˜


k tu je nak cerita. Terima kasih korang sudi baca aku bebel sampai habis. kikiki~  Jangan tanya ada lagi tak amek order. Dah tulis kat atas tu adik aku serik dah nak jadi PS. hahaha~  Tengok lah akhir tahun nanti, kot dia rajin nak jadi PS lagi. Musim winter especially Krismas sale menggila wehh! Puas hati shopping! Dah la jimat duit flight pi London. Kau upah orang je tolong beli. Serius murah! Tunggu Krismas nanti ehh. ๐Ÿ˜






p/s: Jangan pertikai kenapa seller biasa cas postage lum sum RM10 terus. Nak beli kertas untuk print consignment, ink printer, bil letrik, beli flyers, kotak, bubble wrap, selotep etc. More, bukan semua alamat boleh guna easyparcel. Kalau duk ceruk pedalaman seller kena pi kaunter jugak untuk pos barang kau tu. Minyak kat Malaysia ni mahal tahu?



Terima kasih sudi membaca!

1 comment:

Hans said...

perghhh
untung besar nih
banyak barang tu customer beli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015