Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Jul 24, 2020

Bercuti Selepas PKP | Cantiknya Pinetree Marina Resort!

Assalamualaikum...


Entry ke-2 tahun 2020!! hahaha~  Ada lagi ke orang baca blog aku? alahaii.


 In case korang lupa macam mana rupa tuan blog ni. Hai korang! πŸ˜


Alkisah weekend hari tu laki ajak bercuti merentas negeri. Orang lain dah merata² merentas negeri pergi bercuti. Kitorang duk ulang alik Bangi-Kajang-KL. Paling jauh masa raya, pergi rumah makcik kat Denai Alam. Maklum lah ketua keluarga bukan jenis suka berjalan jauh (especially kena drive sendiri). Kesian kitorang πŸ™„

Bila dia ajak bercuti jauh sikit memang seronok la masing². Then dia tunjuk hotel yang dia dah booked, makin teruja!! Dah lah harga tak mahal mana. Tapi bilik cantikkk! Korang baca entry aku sampai habis mesti korang pun rasa nak stay sini jugak. hihi~


Ni lah hotel yang dimaksudkan! Dari luar dah nampak mewah. Kat Agoda tak sampai 3 rat pun tauuuu. πŸ˜


Lobby area

Hotel ni bersebelahan dengan Fraser Place. Cantik juga tempatnya. Korang tengok je Agoda pilih mana kenan di hati. Harga lebih kurang je dua² tempat ni.

Check in time: 3pm 
Check out time: 11am

Mana² hotel pun dah diawalkan check out time tu. Dulu dapat check out pukul 12pm, siap boleh extend masa lagi kalau tak busy. Sekarang nan hado ye. Mungkin setengah hotel masih boleh budi bicara. Kitorang pun tak sempat nak lepak hotel lama². Kejar masa untuk ke tempat lain, so check-out sebelum pukul 11am.

Kitorang punya bilik macam apartment tau. Ada 2 bedroom (master & guest room), 2 bathroom, 1 laundry room, living room, dining area, kitchen bagai. Puas hati lahh untuk family medium size macam aku (anak 3 orang. haha~)

Lets tengok rupa bilik yang kitorang dapat.


Living room

Dining area

Master bedroom and guest room. Setiap bilik ada tv (dalam 32 inch gitu), rak tv, study table, katil queen, wardrobe. Lengkap lah!

Setiap bilik ada ni. Bath robe pun ada (2 helai each room!)

Kitchen. Lengkap dengan electric stove and microwave untuk masak/panaskan food. Tapi microwave aku dapat tu rosak. Keras kejung pizza frozen aku lepas panaskan dalam tu. lol~  Fridge pun ada. Tu yang tinggi belah kanan tu. Nampak macam kabinet biasa je kan? Padahal peti ais tu. Atas chiller, bawah frozen. Wishlist lah fridge gitu. Haluu ketua keluarga. Menabung dari sekarang plisss πŸ˜

3 in 1, air mineral, kettle, pinggan, mangkuk, sudu garfu, pisau, even sabun basuh pinggan pun disediakan. Datang bawak makanan je!

Toilet. Dalam master bedroom ada bath tub. Tapi tempat tutup air tu rosak kot, tak boleh nak tadah air. Sian anak² aku. huhu~  Kabinet dalam toilet pun laffff sangat! Kemain besar! Towel ada 2 each toilet. πŸ˜

Laundry room terletak betul² depan kitchen.

Washing machine (WM) 2 in 1 (termasuk dryer) disediakan. Sabun basuh baju pun disediakan!! wohoaa! First time aku basuh baju masa holiday. Biasa campak dalam plastik je baju² basah lepas swimming. TAPIIII WM yang aku dapat tu rosakkk! Dia punya dryer tak boleh pakai. Jenuh setting dari tengah malam, membawak ke pagi duk pusing² tapi baju selai pun tak kering. choi! Penyidai tu canggih woo! Lampu and penyidai dalam laundry room boleh control thru remote je. Ya ampun jakun gila kitorang. hahaha~  Wishlist jugak lah laundry room macam ni. πŸ˜

Pool Level 18, Fraser Place. Sejukkkk berangin!!

Seronok bebudak berendam. Sejuk gigil² pun bahagia jugak. Janji main air. Masuk bilik sambung berendam dalam bath tub pulak. haha!

Breakfast! Actually kalau korang amek pakej yang include breakfast, ada je cafe kat tingkat bawah. NO buffet. Semua kena order nanti dorang bagi menu. Aku punya pakej tak include breakfast. Pastu laki cakap nak order je makan dalam bilik. Harga aku tak pasti, sebab bukan aku yang bayar. hahaha apoo review tapi tak tau harga ni sis? πŸ™ˆ

Anak paling lasak. haha~  Dah mandi dah tu. Memang saja tak pakaikan baju. Biasa lepas makan mesti comot. Tak kuasa aku nak stress pepagi. Spoil mood nanti. Dah nak check out baru pakaikan baju cecantik. Benda boleh releks buat apa nak pening kepala? πŸ˜

Lepas breakfast, terus siap² and check out. Nak masuk waterpark pulak. Tunggu next entry aku cerita waterpark mana kitorang masuk. Walaupun korang macam dah boleh agak. Kasi can laa berteka teki dengan pembaca yang dah lama tak baca entry aku πŸ˜œ

Overall aku bagi 8/10 bintang. Lagi 2 bintang tu sebab WM and microwave aku rosak. Kalau tak memang perfect dah. Anak² paling happy. Dorang happy, automatik mama papa pun happy. Happy pills gitu. Memang highly recommended korang stay sini. Aku pun rasa nak datang lagi bawak mak and adik aku. πŸ˜


Korang tengok jugak video aku kat Youtube ok! Lebih feel gitu. haha~
Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tekan butang LOCENG! ❤




Terima kasih sudi membaca!

Jan 23, 2015

Swimming at Legoland Hotel

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


Hari terakhir di Legoland...lepas bekpes memasing naik tingkat 5...sebab swimming pool terletak kat tingkat 5! sementara tunggu check-out pukul 12pm (saja extend check-out sampai pukul 12pm)...jom lah buat aktiviti berpekdah...haha~


Lagipun dah janji dengan Zafirah nak bawak pi swimming lagi...kat water park dia tak puas main air...syiannn...jom jom mama perkenankan permintaan awak tuuuu...  :p


tapi mama malas nak mandi...malas nak bertukar² baju...tak bestnya swimming sini tak sediakan changing room and shower untuk membilas² badan....aku ingat nak basuh dulu punggung dia sebelum masuk pool....yelahh dah kencing dalam pampers...pastu terperappp semalaman....abeh dah takde shower untuk membilas², terjunnn je lahhh...basuh je punggung awak dengan air klorin...kahkah~   


"kenapa tak tukar pampers awal²??"


yelah biasa swimming pool mesti ada shower...tak pernah lagi pi swimming pool takde shower...konfiden je la aku tak tukar sesiap pampers Zafirah....lagipun kitorang datang sini straight daripada cafe...ingat nak basuh kat pool je...sekali takde pulak shower...tak kose pulak nak turun naik bilik semata² nak bilas punggung anak okeh!


Memang lerr yang datang pool ni semua in-house guests....and memang lerrr lepas swimming kat sini kitorang akan laju² naik bilik untuk mandi, bilas badan, sabun² and tukar baju segala...tapi pelik la kan takde shower....at least shower bodoh² pun jadi laaa...nak membilas punggung anak sebelum terjun pool kekdahnya.... just my two cents lahh ye... :)


kolam bebudak yang sangat cetek! Zafirah dah agak selalu aku bawak mandi kolam...first time dulu kat Phuket tak silap...masa tu noob je masuk pool takut²....swimming suit pun takde lagi...masa tu tak kenal lagi Mr. DIY...hahahaha~   sekarang kemain eksyen dia...masuk pool siap buat gaya berenang² macam dah pandai sangat...baguihhh baguihhh...prektis makes perfek! :p


Uzu, Aten, Daus and papa   :)


suka tengok muka Zafirah bahagia bila dapat apa yang diidamkan...agaknya macam ni lah kot mak aku rasa bila tengok aku happy...hewhew~  :')



kemain apak ajar anak berenang walaupun apak sendiri tak pandai berenang...kahkah~   sokayy papa...ai still lebiu...sok Zafirah besar, dah terer berenang, Zafirah boleh ajar papa kayyyy... >_<


aksi terlampau papa! Daus jeling² tu nak join ler teww! kahkah~


turn Zafirah pulak lompat! hahahaha   gimik je ni....releksss...Zafirah kan penggayat...takde maknanya dia nak lompat dalam air cenggitu  :p


sesi melambung² anak...tu kedalaman kolam orang dewasa....1.2 meter je...hehe~


kemain lagi swimming...siap buat muka...hahaha~  eksyen kan nak mandi dalam kolam orang besar...papa la ajak mandi kolam dalam....sebab kolam bebudak cetek sangat sakit kaki papa cakap...hahaha  yelah papa...yelahhh...  :p


Dalam 30 minit jugak la berendam....pastu nak cecepat siap...nak luangkan lagi masa dalam bilik yang super cantik...pastu kat lobi...kan banyak lego area lobi...nak bagi Zafirah explore semua lego kat lobi...hakhak~


dah kena bungkus pun mata tu duk jeling² anak² amoi yang tengah mandi...haishh...next time lerrr mama bawak lagi mandi swimming pool...tunggu ada rejeki lebih....insyaAllah  :)


kbye!



Jan 21, 2015

Legoland Malaysia Water Park | Percutian ke Legoland Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


credit gambar to FF....sebahagian team KBBA yang kebetulan turun water park serentak...haha~  memasing dah check in hotel masa ni...ada yang bertukaran baju mandi...tak sabarnyewww!! >_<


Kitorang turun dah agak lewat...check-in hotel pukul 4pm...kengkonon masuk bilik letak beg, tukar selipar terus turun bawah....TAKDE MAKNANYA!! dah masuk bilik hotel tu mestilah nak lompat², landing atas katil empuk dulu...snap² gambar bagai...teruja lah kan first timer sampai Legoland...tengok deko gempak nak mamps...jakun lah sikit semua nak tengok, semua nak diusik, nak dibelek²....hahahaha~   pastu membuang apa² yang patut, solat bagai....pukul 5pm gitu baru turun pi water park...pfftt!


Operation time untuk Water Park dari pukul 10am-6pm sahaja!! sampai depan pintu Water Park dah pukul 5.30pm gitu...ohoiii setengah jam je nak menggeletis dalam air...grrr~  so untuk korang yang plan nak bercuti ke Legoland, plisssss jangan habiskan masa sehari je untuk masuk both theme park and water park!! tak puasssss ai tell yuuuu!! macam aku pernah mentioned sebelum ni, untuk theme park kena habiskan masa sehari, water park punnnn sehariannnnn...percayalah! :)


Ikutkan bebudak baya Zafirah (toddler) kena cas RM10...tapi sebab lagi setengah jam je nak tutup, staff situ kasi lepassss je...mekasehhh jimatkan RM10 kami....hewhew~   Zafirah nampak air dari jauh dah jerit², "mamaaaaa nak mandiiii situuuuuu....nak mandi kolammmm...nak mandi swimmingggggg..."


muka bahagia impian tercapai! ^_^


cetek je pool ni...paras pinggang Zafirah je... :)


ada banyak seksyen dalam ni...dalam 30 minit nak habis kan semua seksyen memang tak sempat lerrrr...T__T


ingat nak main slides ni....tapi Zafirah kan bangsa penggayat...menjerit dia bila aku nak langkah masuk kawasan ni...grrr~ 


ouh life vest tu memang disediakan dalam ni....dorang duk longgok² pepandai la korang pilih saiz untuk anak korang...ramai je staff² (lifeguard) jaga kawasan ni...nak mintak tolong pape, tanya soklan ke jumpa je staff² yang bertugas...dorang okayy punya...  :)


papa duk layan slide tinggiiiiii...masa ni aku duk layan Zafirah berendam kat Built-A-Raft River (refer gambar bawah sekali)....aku ajar dia duk atas pelampung...pastu ajar dia berenang dengan life vest...kikiki  seronok budak tu main air! mama lerrr sakit kaki kena bawak dia berjalan dalam kolam, nak pegang dia lagi takut tenggelam...balik hotel papa ler jadi mangsa tolong picit kaki...ffuhh~  tenkiu papa! ♥♥♥



papa and Daus...kemain korang ye...bini tinggal kat bawah layan anak²...ceh! :p


Next berendam dalam wave pool....pool ni siap ada ombak² macam mandi laut klorin...hahaha~


tepat pukul 6pm bunyi wisel and ombak pun dorang off menandakan kawasan dah diTUTUP!! T__T


gambar kenangan masuk Water Park...sian Zafirah sedeyy nak kena balik...huhu~  kita sambung mandi manda kat hotel pulak lahhh...


Bawah ni gambar² yang aku amek kat website Legoland Malaysia...

Built-A-Raft River...ni lah yang aku duk main berdua dengan Zafirah sementara papa naik slides tinggiiii tuu...syok woooo  :)


Imagination Station


Joker Soaker


LEGO Wave Pool


Brick Blaster


Splash N Swirl


Wave Rider


Tidal Tube


DUPLO Splash Safari


Red Rush


Twin Chasers


LEGO Slide Racers


Tempting takkkk???? apa lagi korangggg...jommmm lah rancang percutian 2015 pi Legoland!!! ^__^


intan payung terlebih manja! balik hotel, lepas mandi manda dia mentido kat katil dia sendiri...keletihan punya pasal tak sedar dia tertido sendiri...bayangkan seharian duk main kat theme park, water park...pastu dalam pukul 9pm gitu aku kejutkan dia sebab nak melepak dengan KBBA...bila balik hotel balik dia takmo dah tido kat katil sendiri...terkebil² mata tenung gambar² kat dinding lahhh, lampu lahhh...grrr jom la tido dengan mama!! saja Zafirah ni tauuu...


Tu je lah kisah percutian singkat kami di Legoland yang korang perlu tahuuuu...haha~  ada lagi entry² Legoland lain akan menyusul...kata nak buat 13 entry kannn?? eh hari tu bukan cakap 10 entry je ke?? UP lagi 3 entry baru?? pheww *check album ada lagi ke gambar nak dihaplod...kahkah*


Buat masa ni aku setelkan yang penting² dulu...ecehh penting lah sangat! ehhh ramai kot terjebak baca entry aku...ramai² bukak 'tabung khas' untuk bercuti ke Legoland! haaa aku pun bakal buat tabung Legoland jugak! mesti mau repeat!! tunggu Zafirah 4 tahun ke...banyak sikit benda dia boleh main...ngee~


Till next entry... (^^,)



**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015