Nov 28, 2019

Family Day GBSB Vol. 5 - Day 1

Assalamualaikum...

Hai. Ada yang rindu ke? πŸ˜


 Alhamdulillah tuan tanah masih sihat. Semakin tembam pipi, semakin bahagia gamaknya. LOL~


Oke kembali pada tajuk asal. Akhir Oktober hari tu, berlangsung lah family day geng Gojes. Ye memang nama group kami gitu. Yakin! πŸ’…  (klik SINI untuk baca sejarah group ni ditubuhkan)


Dah 5 tahun berturut² family day Gojes. Tapi aku baru join 3x πŸ˜


Tahun² sebelum ni, kitorang buat kat hotel-hotel. Tahun ni beza sikit. 
Macam ni kisahnya *ceyy*


Kitorang asalnya dah booking The Grand Beach Resort, PD. Saja lah tahun ni ke PD pulerr. 2 bulan awal dah booking ok! Tiba² seminggu sebelum event, pihak Agoda and pihak hotel call bagitau bilik kena cancel sebab hotel under renovation, risau tak sempat siap by the time kitorang datang. Mula² sorang dua je yang kena cancel. Esoknya ada lagi yang dapat email kena cancel. So kitorang tak puas hati, call la sendiri hotel and Agoda. Nak confirm kan betul² berapa ramai yang efek dengan renovation tu. Sebab ada yang dah siap deduct duit tau (aku la tu). Dah tu kalau terpaksa cancel, hotel pulangkan tak duit tu? Takkan nak tunggu last minute baru bagitau cancel? Cuti Deepavali oii family day kitorang ni, hotel semua FULL! aje gileee menggelabah cari plan B.


Yang tak bestnya, pihak GRAND BEACH resort tak helpful langsung!! Bila kitorang call untuk check and confirm kan bilik siapa je yang efek dengan renovation tu, ko tau staff cakap apa??

"Selagi Agoda ke Booking.com tak call maksudnya tak efek lah tu."

Eh eh kauuu. Agoda ke kau yang kerja hotel sekarang ni?? Susah sangat ke nak check dalam sistem booking number aku tu efek ke dengan renovation hotel kau tu. Haa mula la nak marohhh ni. Nasib la staff Agoda helpful gilerrrr! 5 bintang aku bagi dengan service Agoda. Walaupun dia sendiri terkejut kenapa dorang pulak yang kena call customer bagitau bilik tak available? Hotel pun tak inform dorang pape. Choii tak? Thanks to that staff, aku dapat full refund duit aku. Agoda yang tolong deal dengan hotel. Boleh je kan kalau masa aku call hotel dia inform benda sama yang dia deal dengan Agoda?? Hotel yang buat keputusan boleh refund ke idak. Bukan Agoda. Memang bad review lah Grand Beach tu. Sorry lah aku nak booking lagi hotel tu. Memang ramai pun bagi bad review hotel tu. Mahal je lebih. Baik aku stay tempat lain. Harga yang sama, tapi jauhhh lagi best, bilik lagi luas!


Kalau tak faham boleh pm tepi ye. Aku bagi rumusan je ni. gituu


Alhamdulillah urusan kami dipermudahkan. Ketua yang menggerakkan family day kali ni, Ros Anis! Berusaha dia cari alternatif untuk buat family day kali ni. Tahun ni tak ramai yang join, 8 family jeee. Ramai yang ada program lain. Kalau takde Anis rasanya memang takde lah family day gojes tahun ni. huhu~  Thank you beb! ❤


Since tak ramai yang join, kitorang pilih duk homestay je. Anis jumpa area PD jugak. Tapi belum sampai PD lagi. Dekat je lah kalau dari Bangi.


Tuan rumah pun baik sangat! Dia bagi kitorang check in awal pagi. Kayrul sampai paling awal, sebelum pukul 9am dia dah terpacak depan pagar rumah. hahaha~


Aku sampai almost tengah hari jugak. Adik baby tak sihat masa ni. Memasing bangun lambat. Tak cukup tidur oi baby tak sihat. Sebelum gerak, amek neb dulu.


Sampai homestay, Kayrul ada kat dapur. Memang dia orang kuat dapur sepanjang event. Dah macam bercuti dengan mak sendiri. Takyah fikir dah bab makan. Memang makanan sentiasa penuh meja. Kayrul lah yang masak, siapa lagi. Orang lain pun ada je tolong² masak, tapi orang kuat tetap Kayrul. Aku goreng nugget dengan fries je. kahh! πŸ™ˆ


Food kitorang untuk hari pertama. Daripada breakfast, lunch, dinner, makanan melimpah². Alhamdulillah. Thank you jugak untuk AJK makanan yang efficient. Food semua sedap² πŸ‘


Untuk breakfast and lunch, macam biasa lah kami buat pot luck. Menu Kayrul lah paling banyak. Tauhu bergedil, cheesecake, kek coklat sampai 2 bekas, cream horn, cekodok apa tah. Eh banyak! Lepas makan tersandar macam ular sawa. Allahu πŸ™Š


Anak² mandi swimming pool. Walaupun kecik, dorang tetap enjoy. Sampai tak jumpa daratan ye. Petang tu hujan lebat, anak aku dengan anak² Kayrul relek je berendam lagi dalam pool. Dah nak Maghrib baru naik πŸ™„


Tahun ni aku jadi AJK goodies. Saja seronok jadi ajk sebab suka nak bagi² hadiah kat orang. Ramai juga yang sudi sponsor hadiah, baik untuk anak² and untuk mak². Walaupun tak semeriah tahun lepas, tapi tetap best! Even yang tak dapat join pun, tetap sponsor hadiah! Semoga makin murah rezeki semuanya πŸ’•


Eco Bag Coway - Erina
Jejari Rangup Pedas - Lala
Travel cosemtic bags - Kayrul
Stokin - Cikkin
Pensil warna - Laila
Biskut - Aku
Waffle Cloud9 - Ros Anis


Ada banyak lagi list goodies sebenarnya. Masa beli barang kat AEON Big, team AJK seronok memborong. Tak sedar jadi banyak. LOL~  Rezeki semua orang.


Belah petang, geng laki buat BBQ. Set BBQ memang tuan rumah sediakan. Kita just bawa arang dan starter untuk api.


Lepas Maghrib, ada aktiviti mewarna untuk kids. Erina yang lead sebab hadiah mewarna dia jugak yang sponsor. yayy!


Setel mewarna, birthday celebration. Yayy! Eh ke celebrate dulu baru mewarna?? hahaha  tak ingattt πŸ˜


Celebrate birthday Zafran yang kebetulan memang jatuh hari tu and birthday Althea, anak Ros Anis (bulan sama). Aku beli kek kat area PD tu je. Toppers beli kat Yummie Bakery, Bangi. Ingat nak beli kek SR, sedap sikit. Tapi laki cakap takyah bazir. Beli kedai biasa je. hurm Sampai sekarang tak habis² kek tu πŸ˜


Backdrop ampaian je wakk. hahaha~ Asalnya nak lekat hiasan tu kat dinding. Tapi entah kenapa selotep tak kuat. Asyik tercabut je. Ehh stress jugak lah nak menampal² backdrop. grr~


Pibedeyy Zafran and Althea! Semoga membesar menjadi anak soleh solehah penyejuk hati mama papa/ mami dedi πŸ’•πŸ’•


Terima kasih anak² meriahkan lagi celebration malam tu. πŸ˜˜


Alahh alahh big boy dah dia. 4 tahun πŸ˜


Setel celebration, perut pun dah kenyang gilaaaa, geng mak-mak nak main game 'KOTAK BERACUN'.


Baru main 5 minit laki aku masuk cakap nak tengok bola. Maka beralih la kami duk luar rumah. Geng apak nak tengok bolaaaaa.


Cara main kotak beracun:
1) AJK games akan tuliskan arahan apa² dalam kertas
2) Then gulung² masuk dalam kotak/bekas
3) Jumlah arahan ikut pada jumlah pemain, kalau 7 orang main, so ada 7 arahan.
4) Contoh arahan: Panggil pasangan anda dan katakan padanya I love u kemudian cium.
Ini contohhhhhhhhhhh πŸ˜
5) Pemain kena duduk dalam bulatan dan kotak beracun akan di pass-pass ikut alunan musik.
6) Bila musik stop, pemain yang terakhir pegang kotak beracun kena ambil satu arahan dalam kotak tu.


Dia macam main rebut kerusi, ada musik bagai. So nasib la kau dapat arahan apa. Aku dapat kena ajuk cara Chef Wan masak gitu. Oke la tak susah sangat. Krem pipi duk ketawa je main game ni. Kongasam tau ajk pun. haha~ 


Setel main game, sembang² kejap pastu naik tidur. Anak² dah kepenatan. Swimming lama sangat gitu lah. hihi~


Nanti sambung lagi ye kisah family day πŸ˜˜






Terima kasih sudi membaca!

Oct 7, 2019

Cameron Trip 2019

Assalamualaikum...


Entry throwback lagii. Untuk rujukan di masa hadapan. Senang nak tau bila kali terakhir aku sampai Cameron. kahh!


So lepas attend wedding makcik aku kat Perak, kitorang terus gerak pergi Cameron. Kitorang booking homestay kat Crown Imperial Court, Brinchang. Aku pernah buat entry pasal homestay ni (refer entry πŸ‘‰ Cameron Highland Trip 2016). Memang recommended. Kebetulan memang datang ramai² tu kitorang booking lagi homestay ni. Plan asal booking 2 unit (owner lain²) sebab ada banyak family. Tapi last minute 2 family tak dapat join sebab masalah kesihatan. Lepas kenduri dorang terus balik KL. Last minute jugak cancel homestay. Patutnya kena burn lah deposit kan? Or at least kena bayar half harga sewa. Tapi kebetulan ada orang lain booking last minute so owner pulangkan semua duit deposit. Alhamdulillah. Semoga dimurahkan rezeki owner πŸ˜˜


Zafran umur 1 tahun 6 bulan, Zafri 1 tahun 1 bulan. Abang dulu behave sangat. Elok je duk diam bila nak snap gambar. Adik baby? Meligannn je kerja πŸ˜’


See! Mana maunya dia duk diam walaupun seminit!! Aku kena snap gambar laju² tau. hehh!

Lepas check in, aku ajak cousins aku jalan² kat strawberry farm. Dah agak lewat masa ni. Musim hujan masa kitorang datang ni so kena tunggu hujan berhenti baru boleh keluar.


Alahh kemetot nya Zafran dulu. Duk dalam carrier nampak topi je. bahaha~  Sekarang pun kemetot jugak walaupun umur nak masuk 4 tahun akhir bulan 10 nanti. Tapi akal panjanggggggggggggggg. Adik baby dah dekat sama saiz dengan dia. lol~


My sepupu² kpop πŸ˜


Time tengah baik. Kalau tengah gaduh tu habis puting beliung tempat tu nanti. haha~


Menu wajibbbb kalau datang strawberry farm. nyumss!


Waktu malam kitorang pergi pasar (night market). Bukan depan Crown Imperial tu dah. Sekarang dah tukar lokasi, jalan hala ke Tanah Rata. Aku tak ingat nama tempat dia. haha~  Malam tu hujan renyai², gigih jugak pergi pasar sebab nak shopping makanan. Family aku memang baka kuat makan agaknya. Semua gigih pergi pasar demi makanan. kahkah~  Sejuk² sedap melantak. Makan ramai² pulak lagi lahh asyikkk! 


Ni suhu waktu pagi. Sejuk wehh! Sebab musim hujan. Berkabus lagi.


Kabus teballll. Tak payah pergi negara lain, Cameron pun boleh dapat view macam ni πŸ˜


Kitorang tunggu sampai hujan reda, terus check out and singgah makan scones kat kat Kg. Sedia. Datang Cameron kalau tak singgah Kg. Sedia macam tak lengkap tau.😁


 Ahh tengok gambar je pun dah kecur air liur. Rindu Cameron!



 Beloved!


 Anak² aku pun banyak makan nasi lemak. Scones dorang tak berminat pulak ye. Hurm bagus juga, mama boleh makan banyak sikit. kahh!


 Gambar throwback lagi. 2014 umur 3 tahun (aku tengah pregnant Zafran kot masa ni) vs 2019 umur 7 tahun. Allah kejap nya besar anak mama ni πŸ˜


Tiap kali datang mesti bergambar kat sini. Malas pulak nak selongkar album lama cari gambar throwback. Yang atas² tu pun makan masa sepanjang pagi ye nak menggodek google photo/blog. hahaha~


Next, kitorang singgah restoren Abang kot nama dia. Nak beli nasi lemak strawberry. Memang tak reti kenyang ye? lol~  Sekali sampai, letrik takde, so tak boleh makan kat situ. Dia bagi tapau je. Tapi limited lah. Dorang habiskan apa yang sempat masak sebelum tu je. By the time sampai turn aku tinggal 2 pack. Ingat nak amek dua² (aku satu, mak aku satu). Sekali ada abang sebelah tu cakap wife dia ngidam. So laki aku cakap takpe lah, kita amek satu je, lagi satu bagi la wife abang tu. Sian pulak. ngee~


Next, singgah Bharat Tea. Sekarang dah kena charge ye nak turun tengok ladang teh tu. Ni mesti banyak kes vandalism so banyak kos maintenance. Hurm. RM2 kot per head. Tak ingat dah. Tapi takde la mahal. Kids free rasanya. Gigih ye turun, dah la baru lepas hujan, jalan licin. Gambar kenangan tu penting. Lagi mahal dari entrance fee tu. hihi~


Parents aku tunggu dalam kereta. Dorang malas nak turun.


Ayuhh posing!


 Pegang tangan mama sampai syurga ok! πŸ˜˜


Tangan apak menggigil tu duk lambung Zafran. Banyak kali snap jugak tu. Tapi demi gambar macam ni, gigih ye πŸ’ͺ


 Bila tengok muka anak², memang aku tak percaya aku boleh mengandung kan and beranakkan dorang. Belum cerita bab parenting lagi. pfft! Nikmat tuhan. Syukur Alhamdulillah πŸ’•


Kena beratur nak amek gambar kat sini. Lepastu main suruh je sapa² tolong snap kan gambar. haha~  Nasib lah budak tu pandai amek gambar. Lelawa gambar kitorang dia amek. Tq dik! πŸ˜


Oke tu je kisah Cameron 2019. Tunggu tahun depan pulak kot baru datang lagi. Laki aku bukan rajin nak drive jalan kona kona tu. haha~  Ini pun sebab dah alang² balik kampung, tu singgah.


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Oct 2, 2019

Homestay Murah dan Selesa di Parit, Perak

Assalamualaikum...


Entry throwback ye gais. hihi~


Awal May hari tu, aku attend weeding makcik aku di Parit, Perak. Kenduri nya hari Sabtu, tapi mak aku ajak gerak hari Jumaat. Sebab lepas kenduri aku ajak family aku naik Cameron pulak. Alang² dah dekat tuu apa salahnya singgahhh πŸ˜


 Aku cakap kat mak nak gerak awal pagi. Baru lah baloi amek cuti Jumaat tu. Zafirah pun ponteng! Nak pergi wedding nenek kan. ehhh! πŸ˜  Tapi dalam pukul 10.30am jugak baru gerak. Not easy lah menyiapkan 3 tentera kecik. huhu~


Plan asal nya nak bermalam kat rumah kawan mak aku. Dia ada buat homestay area Bota. Aku membayangkan rumah kayu yang cantik macam kat Melaka tu. hekhek~  Sekali bila sampai rumah tu......herm..... Mungkin expectation tinggi sangat. πŸ€”


Bila jumpa orang yang menjaga rumah pun sama² uzur (abang pada kawan mak), tak berani lah nak komplen banyak. Aku rasa tuan rumah boleh baca fikiran kitorang. Dia suruh kitorang masuk dalam rumah untuk tengok keadaan dan pastikan tak salah buat keputusan. Allah, serba salah jugak sebenarnya. Aku cuba jugak positifkan diri, cuba untuk terima bermalam kat situ.


Tapi ayah aku taknak. Awal² dia dah tarik muka. kahh! Laki pun remind, adik baby tu fragile. Tak boleh kena habuk² ni. So kitorang guna alasan baby je lah untuk cancel duk situ. Memang kebetulan sampai je Parit baby batuk². Aku rasa dia sensitif bila jalan jauh. Padahal masa kat rumah elok je sihat. Sampai sekarang tak berani bawak baby drive jauh². Nak pergi negeri lain sila naik flight! gituuu~


So kitorang decide untuk cari homestay lain. Rumah tu OK. Besar dan luas. Laman pun luas memang seronok bebudak main kejar². Tapi agak berhabuk (lantai, katil, perabot etc). Sedikit uzur lah bagi aku. Tuan rumah cakap biasanya bebudak muda yang duk situ. Logik lahh. Murah kot dia bagi sewa, RM150 je semalam! Kalau duk 10 orang baru berapa ringgit satu kepala?


Last minute bertukar plan, panik jugak lah nak mencari tempat bermalam. Then mak aku suggest bermalam kat Lanai Casuarina Cempaka Sari. Dekat dah dengan rumah pengantin. Walaupun hotel tu NOT recommended jugak lah sebab berhabuk and takde family room. huhu~  Tapi, no choice kan?


Sekali fully booked daaa. hahaha~


Aku tak ingat kitorang google ke waze je nearby homestay. Then laki aku call nombor yang keluar, Alhamdulillah jumpa yang available.


Dekat je dengan Lanai Casuarina tadi.


Kalau korang dari KL, nampak je tower clock tu masuk simpang kiri (anak panah). Homestay tu betul² depan klinik kesihatan Parit. Rumah kedai tau! Mak aku dah mengeluh. Biar betul nak duduk rumah kedai?? hahaha~  Ayah aku pun sama skeptikal. Tapi muka dia cool lagi. Penat driving kot malas nak layan. hahaha~


Owner homestay ni cina. Banyak unit homestay dia. Kiranya kat shop lot tu ada banyak unit dia punya. Ada 2 bilik, ada jenis SOHO, ada 3 bilik. Pilih je lah mana yang sesuai dengan family korang. Bagus dia layan kitorang. Siap ajak masuk dalam tengok keadaan rumah dulu. Beria dia ajak tengok dulu. Kalau taknak takpe takde hal. So laki aku pun ikut laa tengok keadaan rumah.


Guess what??


LUAR SETINGGAN, DALAM KONDO! Boleh bayang??


Sempat aku amek video.


Living hall. Ada sofa bed juga so anak² aku tidur situ. Meja makan dengan 2 kerusi, penyangkut baju, TV ada kat area ni.

Room 1. Almari solek, katil Queen, iron ada dalam ni.

Bilik 2. Almari solek, katil Queen.

Setiap bilik ada penyangkut baju yang lekat kat dinding jenis cangkuk tu. Cukup la untuk gantung tudung, seluar etc. Kemudahan lain: water heater, iron & ironing board, air cond, TV (siap astro). Sejadah pun disediakan. Mungkin sebab ramai melayu Islam yang datang sini. MRSM dekat pulak tu, kadang parents datang nak hantar, amek anak dorang akan bermalam kat homestay ni. Owner cakap musim perayaan biasanya FULL HOUSE! Pehh hebat! Kebersihan aku bagi 10/10!!


Puas hati sangat sebab jumpa homestay yang elok and selesa untuk bermalam. Padahal esoknya tu awal pagi nak check-out sebab makcik aku nikah pagi. Walaupun dekat, parents aku malas nak ulang alik. Dah jumpa sedara mara takkan lepak kejap je kan? Dari kenduri terus gerak pergi Cameron je. Senang.


So kalau korang datang Parit and tak tahu nak stay mana, boleh try booked homestay ni ok! Tak silap aku yang 2 bilik tu RM150 gitu. Yang penting takde habuk!! haha~


Adress:
Parit Neoh Homestay
No. 13 Jalan Pejabat Pos, 
Parit, Perak





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015