Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Sep 26, 2019

Sambutan Kemerdekaan ke-62 Tahun! | Dorsett Hotel, Putrajaya

Assalamualaikum...


Pertama kali tengok perbarisan dengan anak², 3 tahun lepas, sambutan yang ke-59 tahun. Masa tu buat kat dataran Merdeka, KL. Zafran baby lagi masa tu. Sejak dari tu rasa seronok and berkobar² tau nak tengok perbarisan lagi dan lagi. Tapi sambutan yang ke-60 tak pergi kot. Laki aku malas. kahkah


Tahun lepas, sambutan yang ke-61, buat kat Putrajaya. Laki aku yang ajak pi. Kena rasuk roh patriotik kot? bahahaha~ Takde pulak update entry heh! Takpe lah cerita kat sini je. Keluar rumah pukul 7am, sampai Putrajaya dalam 7.30am gitu. Parking tak se-susah dataran KL. Yelahh building office je kat sini, park mana² pun takpe. Tak risau block laluan orang ke, kereta orang ke. Bawak kereta Axia hah lagi senang nyelit celah² tiang. hahaha~


Tapi, nak balik tu ya ampun jem melekattt. Ada la 30 minit melanguk dalam kereta sebab tak boleh gerak pergi mana². Kiri kanan, depan, belakang semua lah jem! Dah la memasing lapar sebab tak jumpa pulak orang menjual² makanan. Sian anak² aku. Adik baby tinggal rumah mak aku jaga sebab baru 4 bulan umur dia takmo la bawak dia tempat sesak² gitu.


Then, aku nampak Dorsett hotel. Terus cakap kat laki, "next year kita duk Dorsett je lah. Senang jalan kaki je pergi dataran. Takyah fikir nak cari parking, nak bersesak² balik. Releks sikit."


And you know what?


Laki aku ingattttt pesanan aku! wahahaha~ Ai is amazed! Sebulan sebelum merdeka dia dah siap booking Dorsett Hotel, Putrajaya. Booked lambat² kang penuh oi.


 Hari kejadian. Ikutkan laki suruh half day sebab nak check-in awal. Aku malas la nak bazirkan cuti aku, so aku balik kerja awal dalam pukul 3pm gitu. Kalau balik awal takpeee, bos tak marah, tak tolak cuti.😁


Lepas Jumaat laki pergi check in dulu, then dia balik rumah tunggu aku balik kerja. Tak paham aku kenapa nak check-in awal sangat. Rupanya dia nak request bilik high level. View lawa kalau bilik tinggi katanya. huk alohh~ Aku follow ajee walaupun takde beza pun aku rasa bilik memana pun.😜


Anak² aku paling happy. Bebudak kalau cakap nak tidur hotel memang happy sokmo. Tambah hotel tu ada swimming pool. Dia punya happy tu, kau suruh dia buat kerja apa pun dia akan buat tanpa bantahan! hahahaha~


Seperti yang dijangka, memang FULL HOUSE! Masa aku sampai ramai la orang kat lobi.


Katil King. Aku bawa toto jugak. Mana muat sumbat 5 beranak 1 katil tu. huhu~  Bantal extra memang dorang bagi dalam almari. So bawa toto je cukup.
Tak sempat snap gambar dah sepah dulu dorang ni. hehh
Ruang masuk dan bar minuman. Fridge ada dalam kabinet tu.
Toilet. Shower dia bukan jenit melekat kat dinding so selesa la bebudak nak mandi, especially baby.
Toiletries disediakan. Tapi aku tak pernah la pi hotel tak bawak toiletries sendiri. Mana nak tau kan hotel tu sediakan berus gigi ke idak. Rasanya takde pulak tulis dalam Agoda ke, Booking.com ke. kan?
Pool area. Petang tu ramai betul orang. Dah kata hotel full house kan. Memang meriah. Panas lit lit pulak tak kuasa aku duk lama² atas tu. Dah la tengah sinus pulak masa ni. Sakit kepala aku baik baring kat bilik lagi syok.
Lepak kejap je sekadar nak tengok macam mana rupa pool tu. Plan asal aku nak join jugak berendam, sekali lupa bawak seluar mandi daa. Tu yang malas lepak lama. Laki yang jaga bebudak mandi. Aku dengan baby lepak bilik je.

 Lepas Maghrib, kitorang keluar dinner kat Ayer 8. Tu Lan Careno, bff laki aku *tiberrr*. Memang berjanji pun dengan dia nak duk Dorsett untuk tengok perbarisan. So dinner pun sama² lah. πŸ˜


Antara menu yang kitorang order. Aku tak larat sangat nak makan malam tu sebab sinus tu lahh! grr~  Dah makan antihistamine pun gatal lagi hidung aku. Stress betul. Laki aku beria makan siap bertambah nasi.
Lepas makan, beli jiwa anak² kat Bubbles and Beans, level bawah Ayer 8 tu.
Sementara anak² main, kami lepak membawang duluuu πŸ˜
 Pukul 11pm gitu kot baru balik hotel. Allahu, macam mana lah nak bangun awal. Plannya, subuh² tu nak kena keluar dah sebab biasanya pukul 6.30am memang dah ramai orang area dataran.



 Pukul 7.15am baru turun. hahaha~  Tu pun dramaaa nak kejutkan dorang bangun and mandi. Beli roti and air kat 7-11 bawah hotel, baru pergi dataran. Memang ramaiiiii orang! pheww~


 Nasib la ada Lan, dorang turun awal so dapat la chop tempat depan sekali. Dekat jugak la dengan area pentas. Tapi dekat dengan speaker ya aulohh bingitttt telinga. Situ je yang available katanya. Tempat lain semua penuh dah. Belasah je lah janji dapat tengok perbarisan. huhu~


Baby yang sentiasa gelisah sebab speaker kuat gilerrsss! Berdentung² jantung punya kuat. hahaha~ Aku sempat jamah roti gitu² je. Busy tenteram kan baby.


Ihsan kamera tok laki. Aku busy lah dukung baby meligan tak dan pegang fon pun.πŸ˜’
Yang ditunggu-tungguuuu. Eh tahun lepas takde tau kontinjen dorang ni. Serius takde! But this year dah ada balik. Yayy!

Bagi aku, suasana sambutan kat Putrajaya JAUH lebih selesa banding di KL sana. KL tu kiri kanan mall, jalan sempit, sesak! Dataran Putrajaya ni luas. Korang boleh banding kan lah gambar dalam entry ni dengan entry aku 3 tahun lepas (sambutan yang ke-59 tahun). Memang beza tau. Part sejarah, sentimental value, KL tu toksah cerita lahh. Aku kekecik dulu mana wujud lagi Putrajaya tu. haha~  Aku just share realiti nya pada zaman sekarang. πŸ˜


 Dalam pukul 9am lebih gitu aku decide untuk balik hotel. Baby dah tak selesa sangat, meragammmm! Eiii syukur gilaaa duk Dorsett! This year terpaksa jugak lah bawa adik baby sebab tidur hotel kan. Mak aku pun taknak punya kalau aku tinggal kan baby dengan dia. Lasak ok! Kang dia main turun naik tangga macam mana mak aku nak kejar? huhu~


 Lepas bagi susu, dia sambungggg meligan. Actually memang dia nak tidur, sekali hujung² perbarisan ada air show pulakkk. Sukhoi kot lalu, bergegarrrr hotel. Terus segar mata dia πŸ˜‘


Dah dia taknak tidur, aku kemas² la barang, mandikan dia, tukar baju semua sementara tunggu apak and yang lain balik. Pukul 10am habis dah perbarisan. Kejap je pun. Nak chop tempat tu yang kena datang awal. hihi~


Zafirah sempat berendam swimming pool sebelum check out. Biasanya bila duk hotel kitorang akan request untuk late check-out. Alahh tak lama pun. Biasa dorang bagi 30 minit extra je. Tapi sebab weekend, full house pulak tu, hotel tak bagi late check-out. Kena sharp pukul 12pm juga keluar. Nak dekat pukul 12pm siap call bagi reminder kena check-out awal. hahaha~  Yelahh faham, cleaner nak kemas bilik, pukul 3pm orang lain pulak masuk. Kang tak sempat kemas, guests seterusnya mesti bising.


Siap bertukar baju memasing! Nak pergi birthday party pulak kat Klang. Gigih! hahaha~


Puas hati la stay sini. Staff pun ramah tamah, senyum je greats tetamu. InsyaAllah next year kalau sambutan kat Putrajaya lagi kitorang akan stay sini lagi. Kalau korang nak follow jejak aku, booking at least sebulan awal oke! Lambat² gigit jari je lahh. haha~


Tapi kalau sambutan kat KL, aku nak booked hotel area dataran KL lah pulak. Gigih yee. πŸ’ͺ


Check-out vlog aku pasal hari kemerdekaan kat Youtube πŸ‘‰ https://bit.ly/2mz6dYH
BTW, sehari sebelum merdeka tu aku kena sinus. Tak sangka pulak kuat bunyi sok sek sok sek dalam video. Itu pun aku dah cuba kurangkan sebanyak mungkin bunyi sok sek sok sek tu. Bukan sengaja kayy! Pastu bukan lama pun ada bunyi tu. Tengok sampai habis lah baru komen πŸ˜


Thank you sudi baca. Till next entry πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Sep 6, 2016

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-59 di Dataran Merdeka

Assalamualaikum...


Rabu lepas, 31 Ogos 2016, roh patriotik mana tah rasuk jiwa aku tetibe je semangat nak tengok perbarisan kat Dataran Merdeka....pfft! aku sebenarnya nak expose kat Zafirah pasal hari kemerdekaan...sebab aku kekecik dulu parents aku rajin bawak tengok perbarisan kat dataran...now aku rasa aku patut bawak anak² aku pulak pi sana....baru semangat gitu! hihi~


Masa aku suarakan hasrat aku ni dak encem macam susah nak percaya...sebab dia tau bini dia bukan 'morning person!' kahkah~  aku ni pantang lah orang perlekehkan cakap aku kan....demi membuktikan semangat patriotik aku dan dan la gigih bangun pagi....😁


Tapi aku bangun agak lewat jugak...5.30am baru bangun...huhu~  pastu bila aku dah siap mandi manda semua dak encem macam malas nak pi pulakkkkkk....hei jangan nak machiam machiam...ai dah semangat bangun pagi ni jangan gatal nak tukar² plan...mau masam muka sepanjang merdeka kang! haaa πŸ˜€


Dalam 6.30am gitu baru dia bangun...kejutkan anak²....siap² semua....


Almost 7am baru keluar rumah...kahh! lambat oii keluar kul 7am....sepatutnya keluar rumah pukul 6am!! bak kata Lan, kalau keluar pukul 7am baik tengok tv kat rumah jeee....hahaha


Tapi sebab aku nakkkk jugak pi dataran, pukul 7am pun 7am laaahh....janji sampai dataran...ada parking ke takde, sesak ke tak, semua belakang kira...janji sampaiiiii....hahahaha


Pukul 7.30am sampai dataran....Alhamdulillah highway CLEAR! parking je leceh sikit...kitorang park atas kaki lima...polis bantuan siap bagitau nak park macam mana taknak kasi halang lalu lintas...kihkih  mekasehh abam polis...!


Tapi area dataran memang dah PENUH DENGAN MANUSIA!! dorang semua keluar rumah pukul 6am kot...tak pun solat subuh depan dataran tu haaa...since kitorang sampai agak lambat, tak dapek la duk depan stage utama, depan padang...kena duduk area hujung² perbarisan....eh tak kisah lah....janji dapat jugak tengok perbarisan...😝


berkat kesabaran, berjaya gak mencelah tengah² orang ramai tu...kikiki  eh kitorang duduk depan sekali kottttttt! lagi best duk sini daripada duk depan main stage tu....


Tak percaya?? nah teruskan membaca! πŸ‘‡


see?? beberapa langkah je boleh salam dengan pasukan perbarisan...kehkeh~  FYI, nugget tu RM2 secucuk (ada 3 ketul)...standard price la ni....aku tak sempat nak prepare bekal pagi tu...dah kata bangun lambat...sempat bawak bekal air masak je...hahaha~   tapi dak encem beli gak air tin milo and soya....bazir oke bazir...lagipun leceh nak pegang² sampah...walaupun beg ai besar tapi rasa tak best simpan sampah dalam beg....huhuhu~  jangan jadi tipikal Malaysian oke buang sampah merata²...ai simpan sampah dalam beg dulu, dah jumpa tong sampah baru buang...sila contohi saya...ehh! πŸ˜


Agak lama tunggu perbarisan mula...sebab kitorang duk hujung²....kena tunggu dorang jalan depan seat menteri² dulu...hehe~   pastu ada persembahan depan main stage, tapi kitorang tak dapat tengok la persembahan tu kan....dapat dengar je...


Zafirah dah mula mandi peluh, pastu tiap 5 minit tanya "mana merdeka??" grrr


Zafran pun dah mula mengantuk, rimas, serabut....dengan aku sekali peluh² melayan anak...hahaha~   masa dalam kereta aku ada pam susu dengan harapan tak perlu lah aku nursing in public (NIP)...tapi aku pi letak botol susu tu kat poket yang ada teh herba Nonaroguy, dia punya bau herba tu habis melekat kat botol...udahnya Zafran refuse minum susu dari botol tu...argh!! tau tak stress dia macam mana????!!!!! mujur akak yang duk sebelah aku baik...aku mintak tolong dia cover aku nak NIP....sebab dak encem duk depan aku and riba Zafirah...susah dia nak tolong cover...kena mintak tolong orang lain...huhu~


Pastu tengah aku NIP orang belakang pulak hulurkan kain untuk kipas kepala Zafran...dia kesian tengok Zafran dah meragam....padahal Zafran meragam bukan sebab panas tu tapi sebab nak susu + mengantuk...kikiki~


Terima kasih Allah kerana hadirkan orang yang baik² disekeliling aku yang memudahkan urusan aku...permudahkan lah urusan mereka juga...amin~


Once perbarisan sampai kat depan kitorang...haaa memasing diam! teruja! Zafran daripada nak lelap terus terbeliak mata...kahkah~


eksaited dia tengok pasukan² pancaragam...mama pun sampai sekarang minat sangat tengok pancaragam...hihi


belon giant team BOBOIBOY! sawan jap bebudak tengok...eh makpak budak pun sawan!! kahhh!


kereta² antik...erm biasa² je ni...ngee~



oke tu je lah yang mampu dak encem ai snap...tak rajin nak snap semua...banyak oiii...kalau nak tahu kena pi tengok sendiri....at least once in a lifetime lah kan...serius ni....kalau tak pernah pi, kena try pi sekali...baru rasa semangat tu...hihi~   yang duk luar KL tu tolong lah jangan argue apa²....kalau rasa nak datang KL semata² tengok perbarisan, silakan...kalau taknak terpulang...pilihan memasing....pendapat aku, kalau korang memang duk area Lembah Kelang ni try la sekali tengok perbarisan kemerdekaan kat Dataran....sekali je beb...FEEL dia lain macam! πŸ˜


lupa nak cerita, bendera, belon and beg merah tu dapat FREE!! hihi~


tak panas ke??


Alhamdulillah cuaca hari tu baik sangat! mendung sepanjang hari...kitorang tak kena matahari sikit pun! kalau ko tengok gambar tempat duduk aku kat atas tu, redup kan?? sampai habis perbarisan redup macam gitu je...memang tak kena matahari langsung! area depan dataran tu mungkin agak terik lah kan....tapi kawasan kitorang duduk memang tak kena cahaya matahari...cuma bahang je lah sebab ramai orang kan...sesak! tapi puas hati sebab dapat tengok perbarisan dari jarak yang sangat dekat!


Tahun depan datang lagi eh papa?? LOL~ πŸ˜


Kejap je perbarisan kemerdekaan ni....pukul 10am gitu dah habis...tapi kitorang stuck kat parking...sebab ada kereta double park...yang double park ni pulak tak reti ke nak balik awal??? dah tahu kau blocked kereta orang balik la awal sikit...haihh


Udahnya almost 11am baru dapat keluar parking...tu pun kena selit²...hurm


Then aku ajak dak encem pi Ikea Cheras...pi makan + shopping...lagipun baru pukul 11am...awal lagi....belum jem lagi kat Ikea tu...kihkih~  mujur dia nak layan...hahaha~


Food court dah mula penuh tapi tak susah nak cari seat kosong...Alhamdulillah...aku pilih seat yang ada tempat main² kat tetengah tu...senang sambil makan, sambil Zafirah memain...idak la dia boring...hihi


our luncheon! Alhamdulillah


Lepas makan aku masukkan Zafran pulak dalam playground ni...saja bagi dia merasa main² dalam tu...dari tadi duk tengok orang main geram je muka dia...terjerit² bagai...nahh sila main puas²!

kalau lah Ikea jual mainan ni, memang nak beliiiiiiiiiiiiii...bahaha


Lepas makan, jalan² area showroom....memang takde niat nak beli apa² pun kat sini....just go with the flow...tapi dah nampak benda yang berkenan rembat je lahh...kahkah


Alaa tak banyak pun...just beli bip yang macam baju hujan for kids tu dengan rak tv RM39....kecik je rak tv tu...memang mencari rak tv untuk letak dalam bilik...sampai sekarang kotak duk dalam bonet kereta lagi...BAHAHAHA! πŸ˜


one of my wishlist...nak sumbat semua mainan² Zafirah dalam ni...dalam masa sama orang boleh duduk atas almari ni....best! tunggu bajet dulu...ngee


Habis shopping terus balik rumah...mentido! penat woo...tapi best! hihi


k tu je nak cerita...tata!







Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015