Sep 26, 2019

Sambutan Kemerdekaan ke-62 Tahun! | Dorsett Hotel, Putrajaya

Assalamualaikum...


Pertama kali tengok perbarisan dengan anak², 3 tahun lepas, sambutan yang ke-59 tahun. Masa tu buat kat dataran Merdeka, KL. Zafran baby lagi masa tu. Sejak dari tu rasa seronok and berkobar² tau nak tengok perbarisan lagi dan lagi. Tapi sambutan yang ke-60 tak pergi kot. Laki aku malas. kahkah


Tahun lepas, sambutan yang ke-61, buat kat Putrajaya. Laki aku yang ajak pi. Kena rasuk roh patriotik kot? bahahaha~ Takde pulak update entry heh! Takpe lah cerita kat sini je. Keluar rumah pukul 7am, sampai Putrajaya dalam 7.30am gitu. Parking tak se-susah dataran KL. Yelahh building office je kat sini, park mana² pun takpe. Tak risau block laluan orang ke, kereta orang ke. Bawak kereta Axia hah lagi senang nyelit celah² tiang. hahaha~


Tapi, nak balik tu ya ampun jem melekattt. Ada la 30 minit melanguk dalam kereta sebab tak boleh gerak pergi mana². Kiri kanan, depan, belakang semua lah jem! Dah la memasing lapar sebab tak jumpa pulak orang menjual² makanan. Sian anak² aku. Adik baby tinggal rumah mak aku jaga sebab baru 4 bulan umur dia takmo la bawak dia tempat sesak² gitu.


Then, aku nampak Dorsett hotel. Terus cakap kat laki, "next year kita duk Dorsett je lah. Senang jalan kaki je pergi dataran. Takyah fikir nak cari parking, nak bersesak² balik. Releks sikit."


And you know what?


Laki aku ingattttt pesanan aku! wahahaha~ Ai is amazed! Sebulan sebelum merdeka dia dah siap booking Dorsett Hotel, Putrajaya. Booked lambat² kang penuh oi.


 Hari kejadian. Ikutkan laki suruh half day sebab nak check-in awal. Aku malas la nak bazirkan cuti aku, so aku balik kerja awal dalam pukul 3pm gitu. Kalau balik awal takpeee, bos tak marah, tak tolak cuti.😁


Lepas Jumaat laki pergi check in dulu, then dia balik rumah tunggu aku balik kerja. Tak paham aku kenapa nak check-in awal sangat. Rupanya dia nak request bilik high level. View lawa kalau bilik tinggi katanya. huk alohh~ Aku follow ajee walaupun takde beza pun aku rasa bilik memana pun.😜


Anak² aku paling happy. Bebudak kalau cakap nak tidur hotel memang happy sokmo. Tambah hotel tu ada swimming pool. Dia punya happy tu, kau suruh dia buat kerja apa pun dia akan buat tanpa bantahan! hahahaha~


Seperti yang dijangka, memang FULL HOUSE! Masa aku sampai ramai la orang kat lobi.


Katil King. Aku bawa toto jugak. Mana muat sumbat 5 beranak 1 katil tu. huhu~  Bantal extra memang dorang bagi dalam almari. So bawa toto je cukup.
Tak sempat snap gambar dah sepah dulu dorang ni. hehh
Ruang masuk dan bar minuman. Fridge ada dalam kabinet tu.
Toilet. Shower dia bukan jenit melekat kat dinding so selesa la bebudak nak mandi, especially baby.
Toiletries disediakan. Tapi aku tak pernah la pi hotel tak bawak toiletries sendiri. Mana nak tau kan hotel tu sediakan berus gigi ke idak. Rasanya takde pulak tulis dalam Agoda ke, Booking.com ke. kan?
Pool area. Petang tu ramai betul orang. Dah kata hotel full house kan. Memang meriah. Panas lit lit pulak tak kuasa aku duk lama² atas tu. Dah la tengah sinus pulak masa ni. Sakit kepala aku baik baring kat bilik lagi syok.
Lepak kejap je sekadar nak tengok macam mana rupa pool tu. Plan asal aku nak join jugak berendam, sekali lupa bawak seluar mandi daa. Tu yang malas lepak lama. Laki yang jaga bebudak mandi. Aku dengan baby lepak bilik je.

 Lepas Maghrib, kitorang keluar dinner kat Ayer 8. Tu Lan Careno, bff laki aku *tiberrr*. Memang berjanji pun dengan dia nak duk Dorsett untuk tengok perbarisan. So dinner pun sama² lah. πŸ˜


Antara menu yang kitorang order. Aku tak larat sangat nak makan malam tu sebab sinus tu lahh! grr~  Dah makan antihistamine pun gatal lagi hidung aku. Stress betul. Laki aku beria makan siap bertambah nasi.
Lepas makan, beli jiwa anak² kat Bubbles and Beans, level bawah Ayer 8 tu.
Sementara anak² main, kami lepak membawang duluuu πŸ˜
 Pukul 11pm gitu kot baru balik hotel. Allahu, macam mana lah nak bangun awal. Plannya, subuh² tu nak kena keluar dah sebab biasanya pukul 6.30am memang dah ramai orang area dataran.



 Pukul 7.15am baru turun. hahaha~  Tu pun dramaaa nak kejutkan dorang bangun and mandi. Beli roti and air kat 7-11 bawah hotel, baru pergi dataran. Memang ramaiiiii orang! pheww~


 Nasib la ada Lan, dorang turun awal so dapat la chop tempat depan sekali. Dekat jugak la dengan area pentas. Tapi dekat dengan speaker ya aulohh bingitttt telinga. Situ je yang available katanya. Tempat lain semua penuh dah. Belasah je lah janji dapat tengok perbarisan. huhu~


Baby yang sentiasa gelisah sebab speaker kuat gilerrsss! Berdentung² jantung punya kuat. hahaha~ Aku sempat jamah roti gitu² je. Busy tenteram kan baby.


Ihsan kamera tok laki. Aku busy lah dukung baby meligan tak dan pegang fon pun.πŸ˜’
Yang ditunggu-tungguuuu. Eh tahun lepas takde tau kontinjen dorang ni. Serius takde! But this year dah ada balik. Yayy!

Bagi aku, suasana sambutan kat Putrajaya JAUH lebih selesa banding di KL sana. KL tu kiri kanan mall, jalan sempit, sesak! Dataran Putrajaya ni luas. Korang boleh banding kan lah gambar dalam entry ni dengan entry aku 3 tahun lepas (sambutan yang ke-59 tahun). Memang beza tau. Part sejarah, sentimental value, KL tu toksah cerita lahh. Aku kekecik dulu mana wujud lagi Putrajaya tu. haha~  Aku just share realiti nya pada zaman sekarang. πŸ˜


 Dalam pukul 9am lebih gitu aku decide untuk balik hotel. Baby dah tak selesa sangat, meragammmm! Eiii syukur gilaaa duk Dorsett! This year terpaksa jugak lah bawa adik baby sebab tidur hotel kan. Mak aku pun taknak punya kalau aku tinggal kan baby dengan dia. Lasak ok! Kang dia main turun naik tangga macam mana mak aku nak kejar? huhu~


 Lepas bagi susu, dia sambungggg meligan. Actually memang dia nak tidur, sekali hujung² perbarisan ada air show pulakkk. Sukhoi kot lalu, bergegarrrr hotel. Terus segar mata dia πŸ˜‘


Dah dia taknak tidur, aku kemas² la barang, mandikan dia, tukar baju semua sementara tunggu apak and yang lain balik. Pukul 10am habis dah perbarisan. Kejap je pun. Nak chop tempat tu yang kena datang awal. hihi~


Zafirah sempat berendam swimming pool sebelum check out. Biasanya bila duk hotel kitorang akan request untuk late check-out. Alahh tak lama pun. Biasa dorang bagi 30 minit extra je. Tapi sebab weekend, full house pulak tu, hotel tak bagi late check-out. Kena sharp pukul 12pm juga keluar. Nak dekat pukul 12pm siap call bagi reminder kena check-out awal. hahaha~  Yelahh faham, cleaner nak kemas bilik, pukul 3pm orang lain pulak masuk. Kang tak sempat kemas, guests seterusnya mesti bising.


Siap bertukar baju memasing! Nak pergi birthday party pulak kat Klang. Gigih! hahaha~


Puas hati la stay sini. Staff pun ramah tamah, senyum je greats tetamu. InsyaAllah next year kalau sambutan kat Putrajaya lagi kitorang akan stay sini lagi. Kalau korang nak follow jejak aku, booking at least sebulan awal oke! Lambat² gigit jari je lahh. haha~


Tapi kalau sambutan kat KL, aku nak booked hotel area dataran KL lah pulak. Gigih yee. πŸ’ͺ


Check-out vlog aku pasal hari kemerdekaan kat Youtube πŸ‘‰ https://bit.ly/2mz6dYH
BTW, sehari sebelum merdeka tu aku kena sinus. Tak sangka pulak kuat bunyi sok sek sok sek dalam video. Itu pun aku dah cuba kurangkan sebanyak mungkin bunyi sok sek sok sek tu. Bukan sengaja kayy! Pastu bukan lama pun ada bunyi tu. Tengok sampai habis lah baru komen πŸ˜


Thank you sudi baca. Till next entry πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Sep 24, 2019

Bercuti di Far Far Away, Hulu Langat

Assalamualaikum...


Pernah dengar nama tempat FAR FAR AWAY??


Ni bukan cerita dongeng yang kena masuk alam lain tu. Tak, tak. Tempat ni memang betul² wujud, dan nama dia ialah FAR FAR AWAY. Tak jauh pun. Hulu langat ajeeee!


Tak percaya? Takpe. Teruskan membaca πŸ˜


Kitorang gerak dari Bangi dalam pukul 12pm. Delivery brownies dulu kat Sg. Tangkas (sempatttt!). Perjalanan dalam 1 jam jugak lah. Aku follow je waze suruh lalu mana. Memang tak familiar langsung jalan ke Hulu Langat tu. huhu~  Banyak betul kereta, dah la jalan kampung, memang slow je lah bawak.


Dah sampai simpang masuk ke Jalan Far Far Away. Simpang dia kecik and naik bukit sikit. Jangan risau, SEMUA JENIS KERETA BOLEH LALU! Cousin aku bawak beetle pun relek je lalu situ. hihi~  Kalau korang nampak signboard macam dalam gambar tu maksudnya betul dah jalan tu. Percaya lah cakap Waze.


Tuan tanah dah buat jalan elok untuk kereta lalu. Takde la berbatu sangat or tanah merah semata. Dalam 600m jugak kena lalu jalan ni. NO lampu jalan! So tak payah berangan nak keluar lepak kedai minum kopi malam². Duduk je lah dalam rumah diam²! hahaha~  Tapi malam tu ayah aku gigih keluar attend kenduri kawan dia kat Subang. Pukul 11pm baru balik. Dia keluar sorang kayy. huhu~


Ni lahh homestay dia. Besarrrrrrrr!! Cantikkkk!! Dream house kebanyakan orang. haha~


Let's house tour!!


From main entrance
From main entrance
Balkoni area
Dapur
Reading area. Ulat buku confirm suka lepak sini
BBQ area
BBQ area
Pool. Gigih cousin aku bawak pelampung swan besar gedabak.
Kat rumah ni ada 4 bilik sahaja. Boleh muat up to 12 pax, MAX 20 pax.


TIADA TV disediakan! Radio, WIFI semua tarakkk! Tapi line telefon ada. Aku pakai RedOne elok je line laju. Data internet pun elok 3G/4G. Tapi family aku yang pakai Celcom katanya line tak berapa kuat. Kena duk balkoni baru elok. Kalau masuk dalam bilik tak dapat dah line internet. haha~


Datang sini, bawak lah board games ke, beyblade ke. Tak pun borak lah dengan sedara mara / kawan-kawan. Mandi pool, bbq, jalan² tengok hutan. Eh banyak aktiviti boleh buat sebenarnya tau. Sekali sekala hidup tak tengok fon, best sebenarnya. Aktiviti aku selain jaga adik baby melasak, makan, makan, makan. lol~


Waktu petang, buat bbq. Cousins lelaki yang buat kerja membakar² ni.
Kekanak main congkak. Tuan rumah yang sediakan congkak tu. yay!
Port makan kitorang, area verandah. Best gilaaa! Sambil makan, hirup udara segar (dalam hutan kan?), sambil borak². Eii heaven oke! Heavennnn!
Kesayangan hamba!
Geng dapur πŸ˜œ

Waktu malam, kitorang habiskan masa dengan berborak, melayan kekanak main and MAKAN lagi dan lagi. kahkah! Cousins lelaki bantai main kad sampai pukul 3am!

Morning dari Far Far Away!! Tempat giling tu tuan rumah sediakan jugak. Ada nasi lemak jugak sebenarnya tuan rumah sediakan untuk 20 pax. Tapi lambat sikit sampai, so amek gambar appetizer je lah dulu. haha~

Perkakas dapur, pinggan mangkuk kat sini semua jenis antik². Merasa lah jadi orang have have macam dalam drama tv tu. Mak aku guna semua teko² kat rumah ni untuk bancuh air. Cantik sangat mak cakap. Kenot tahan. hahahaha~


Muka belum mandi πŸ˜œ  Celik mata je makan. Kalau family gathering jangan harap la nak diet. Makcik² aku suka masak. Lepastu jamu anak² buah makan, makan, makan. Love them! ❤

Lepas breakfast, pergi swimming. Kat sini tak guna air chlorine tau. Owner letak air garam. Tak tanya pulak dia guna garam apa. Kalau korang pergi, korang tanya lah. Pastu update aku tau. hihi~
Tu lah owner Far Far Away, Mr Terry. Orang Australia. Tapi wife dia orang Malaysia, Puan Yati. Masa kitorang sampai, wife dia pergi bercuti dengan kawan² ke Padang, Indonesia tak silap.

Cousin aku booking thru Airbnb. Korang search je Far Far Away Homestay kat airbnb tu. Harga RM1800 per night (weekend).


House rules: TAK BOLEH BAWA TILAM SENDIRI (hygienic purposes).


So kalau datang ramai² lebih daripada 12 orang, inform je pada Mr. Terry or Puan Yati berapa pax yang extra tu, dorang akan sediakan tilam, bantal, selimut semua lah. LENGKAP! Sebab tu aku ada mentioned atas tu, MAX 20 pax boleh masuk rumah ni.


Overall, aku puas hati sangat bermalam kat sini. Perfect place untuk family gathering atau lepak dengan kawan². Punya best tempat ni, sampai mak aku siap booking untuk datang lagi sekali bulan 12 nanti. wohoaa!


Macam biasa lah, aku ada upload video pasal tempat ni kat Youtube.
Cekidaut πŸ‘‰ https://bit.ly/2mjv8PI
Jangan lupa klik LIKE dan SUBSCRIBE! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015