Bila sebut pasal Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal, otak aku duk terbayang buat kek. Sebab dulu, zaman mak aku meniaga kek, memang botol ACV sentiasa ada kat rumah aku. Now tak jual kek dah. Tak larat katanya. Kalau buat pun untuk makan sendiri. Tapi jarang lah nak campur ACV.
Rupanyaaaaa ACV ni boleh juga dibuat minum! ACV juga merupakan minuman kesihatan yang sangat elok untuk diamalkan. WOW! Apesal aku baru tau?? kalau tau dari dulu lama dah aku amalkan. hihi~
So baru ni ada kawan suggest aku minum ACV brand Surya. Lagipun ada campuran madu, so aku rasa selamat lah nak minum. Maksud aku dari segi rasa dia tu. At least kita tahu madu ni rasa dia manis. Kalau campur dengan air suam biasa pun dah rasa sedap. Kalau campur cuka, sedap jugak lah kot
Eh memang sedap pun!! rasa air F&N epal tu, tapi versi takde gas. Ada la rasa tajam² sikit. Tapi sedap lah ikut tekak aku. Minum secawan setiap hari, selepas berbuka. First time minum awal² puasa hari tu, terus rasa nak membuang kaoo. Lancar terus sistem pencernaan aku. kahkah~
Bulan puasa ni memang elok sangat lah amalkan ACV. Dah la kurang minum air, potensi sembelit tu agak tinggi. Bila amalkan ACV, Alhamdulillah memang lancar sangat membuang. Takyah aku melanguk lama² dalam jamban
Manfaat dan Kelebihan ACV
Banyak sangat kelebihan bila amalkan ACV ni sebenarnya tau.
Membantu mengawal paras gula dalam darah
Membantu menurunkan paras kolestrol
Membantu menurunkan berat badan
Membantu membuang toksin dalam badan
Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk
Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, rumpai laut dan tumbuhan berduri
Membantu melancarkan penghadaman
Membantu melegakan sakit tekak
Membantu mencegah karies gigi
Membantu mencegah mulut berbau
Membantu mencegah bau badan
Membantu melegakan lebam
Membantu menanggalkan ketuat pada kulit
Membantu meningkatkan metabolisme
Membantu mengilatkan dan melembutkan rambut
Membantu untuk mencegah wajah berjerawat
Haa banyak kan kelebihan Apple Cider Vinegar?? Kalau korang google, lagi macam² manfaat pasal ACV korang boleh jumpa. Sangat banyak sampai korang rasa nak beli sekarang dan amalkan terus! gituuu~
Cara Minum ACV
Cara aku, bancuh dengan air sejuk. Dalam 2-3 sudu ACV campur dengan secawan air. Awal² dulu beria lah sukat guna sudu bagai. Bila dah selalu minum ku tuang je terus dari botol. Agak² secukup rasa je.
Kalau taknak bancuh dengan air, nak gogok gitu je pun boleh! maksudnya minum ACV semata. Aku tak pernah try lagi sebab seram rasa tak sedap. haha!
Atau boleh juga dicampurkan dalam masakan/makanan korang. Salah satu contoh macam aku cakap mula² tadi, mak aku campur dalam bancuhan buat kek, muffin etc. Ada yang campur dalam sos nasi ayam tu. Depends pada tekak memasing lah ye nak minum macam mana ACV ni.
Kat Mana nak Beli ACV?
Ada kawan pernah jumpa kat Watson. RM21 tak silap untuk sebotol 450ml. Atau boleh juga beli online di Shopee atau Lazada.
Aku dah mula minum ACV sejak awal bulan puasa hari tu. Hasil dia? AMAZING especially part membuang tu. Lancarrrrrr
Kalau korang berminat nak beli boleh usha link bawah ni kayy:
Facebook: Surya Malaysia
Instagram: surya.malaysia
E-commerce link:
Terima kasih sudi membaca!
9 comments:
bagus ek
Mmg bgs n sdp
Saya nak ke watson s alam. Kalau ada tu saya beli.
Sdapkn yanq.. berkesan plk tu. Lps ni nk bli lg laπ
Ramai betul dah akui kebaikan cuka epal Surya ni, nanti lepas bersalin nak amalkan jugaklah.
bagus tu
baik untuk kesihatan ACV ni
Bagus ni
minum camtu sesudu dua pun sedap
Post a Comment