Mar 8, 2017

Konichiwa Cafe, Restoren Jepun Halal di Bangi

Assalamualaikum...


Siapa yang biasa datang Bangi atau memang duk Bangi memang dah sedia maklum, Bangi ni syorga makanan! restoren² tumbuh macam cendawan oiii! kadang tu sampai pening nak pilih nak makan apa sebab banyak sangat pilihan...hahaha~


Baru ni aku perasan ada pulak restoren JEPUN baru bukak...HALAL pulak tu...ramai kawan² aku share kat facebook dorang makan kat restoren ni....sebab taknak ketinggalan, ku hajak dak encem terjah jugak restoren ni...lagipun dah lama tak makan makanan Jepun especially sushi...aku memang peminat sushi...tapi dak encem tak suka makanan tak masak ni tu yang asyik ngidammmm je...lol~


 Ni lahh restoren yang dimaksudkan...KONICHIWA CAFE....terletak sebaris dengan restoren D'One Steak...eh orang bangi mesti kenal D'One Steak...


Pemilik KONICHIWA CAFE sememangnya Melayu asli dan ISLAM! chef² yang diupah juga semuanya MELAYU ISLAM...begitu juga pekerja² nya...jadi kalau dah background toke dan pekerja semuanya Melayu Islam, dah tentu lah bahan² yang mereka gunakan untuk setiap masakan adalah dari sumber yang halal...😁


Kalau korang perasan pada signage cafe ni, ia bukan sahaja menyediakan menu² Jepun...ada juga menu² barat dan tempatan! bak kata owner, dalam satu family, bukan semua orang suka makan makanan Jepun....kadang anak² suka sushi, tapi mak nak makan mee kari, ayah nak chicken chop...jadi boleh kata, Konichiwa cafe menyediakan menu berkonsepkan FUSION...sesuai mengikut citarasa ramai orang! sebab tu laaaa dak encem rela follow bini dia nak makan kat sini...kalau takde menu lain kau ingat dia nak bawak?? dalam mimpi je lahh...hahaha


 Suasana kedai yang cozy...boleh muat dalam 30 pax untuk satu² masa...


Sementara tunggu food siap, posing dulu dengan background comel ni...mekaseh papa amekkan gambar yang cantik ni...tak senget langsung! 🙄


oke jom cekidaut antara menu yang kitorang order...mohon jangan terliur 😁



Makanan Jepun:

 Saba Bento - RM22.90


Agedashi Tofu (Deep Fried Soft Tofu) – RM8.90


Assorted Sushi – RM3.90/pcs hingga RM18.90/pcs (Jumbo Roll)...buat masa ni dorang tak sediakan lagi menu platter macam ni...mungkin akan datang, kalau demand tinggi gituu...


Grilled Beef Udon - RM17.90


Okonomiyaki – RM15.90...biasa dengar Takoyaki kan?? yang bulat² tu...haa ni Takoyaki versi Pizza bersaiz 8"...haha~  kena try okeh!


Chicken Teppanyaki - RM23.90



Makanan Barat:

Black Pepper Grilled Chicken Chop - RM16.90...fries dia tu buat sendiri...bukan yang frozen punya...


 Cheezy Tori Karagae - RM10.90...ayam goreng tepung disalut dengan cheese...berebut Zafirah and dak encem makan 😑



Makanan Tempatan:


Mee Udang Serai - RM15.90


Mee Kari Bonda - RM15.90...highly recommended!! sedap and pedas! 👍


Konichiwa Fried Rice - RM16.90



Minuman:

Antara minuman yang kami order, dari kiri, Kopi (Hot - RM2.90, Cold - RM3.90), Ice Mata Kucing - RM6.90, Coffee Float (tak silap) and Chocolate milkshake - RM9.90



Banyak kan kitorang makan?? perut raksasa memang gini...kahkah~


Kitorang datang ramai² dengan geng blogger jugak...tu meriah kemain makanan...tapi best la, dapat merasa semua menu sikit sorang...nyum nyum!


Zafran pun suka makan kat sini....will definitely repeat!! bawak mak ayah, adik, ipar duai, geng kepoci sisterhood forever! bahaha~   selama ni kemain susah nak cari makanan Jepun yang halal...now dah tau lubuk mana nak membeli sushi, senang lah hidup aku pasni...


Thank you Konichiwa Cafe for having us...


More info:

Jalan 6/7b, Seksyen 1,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia
Phone: +60 12-200 2090
(landmark sebaris dengan kedai makan D'One Steak bangi )


Waktu Operasi:

Isnin: Tutup
Selasa – Khamis: (12.00 tengahari hingga 10.00 malam)
Jumaat: (2.00 petang - selepas solat Jumaat hingga 11.00 malam)
Sabtu – Ahad: (2.00 tengahari hingga 11.00 malam)


Facebok: Konichiwa Cafe
Instagram: Konichiwa Cafe





Terima kasih sudi membaca!

13 comments:

Nina Mirza said...

Kak.nina pun dah makan kat sini.
Suka sushi dia! Sedap....

Anum said...

bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa

Liyana Anuar said...

banyaknye makanan

Izwa Kamaruddin said...

jenuhlaaaa telan air liurrrrr tengok gambar kat entry niiii dah laaa gambar besar-besar! ekekee...

adarain said...

Tadi lalu kat D'one stik.. macam tak perasannn.. nak tenngok besook..terliur plak.

AinulMalik said...

Minatnya! Memang mencari yang Melayu punya. Terima kasih!

eima said...

MERIAH .... UNTUNG DPT MKN FREE ....

ade menu lain selain sushi mmg boleh la msk kedai ni ... ai tak suka sushi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Jauh pulak akak nak mencuba yana..
Nampak sedap semua menu2 tu..
Betul tu yana bukan semua orang suka makanan Jepun..
Bijak owner tu.. buat pelbagai menu..

Julia Johari said...

Mee kari bonda tu fuhhhhhhhhhh...dah la juju peminat mee kari nombor 1...sedap pedas ye....fuhhhhhh kecur ailio hahahha

Nadia Johari said...

tergoda dengan shushi dia oii

efa said...

la..igtkan mkanan jepun ja..lelain pon ado..bgus toi kdai ni

Unknown said...

Jarang nak jumpa restoran jepun yang mixed dengan western dan melayu ni

dorsett pink said...

tak pernah lagi singgah cafe ni, nanti nak cuba gak la makan sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015