Jul 17, 2017

Sambungan Raya Day #1

Assalamualaikum...


Aci tak main sambungan²? hahaha~  lantak situ. oke ni memang entry sambungan dari entry Syawal Pertama hari tu. Kalau ada yang belum baca lagi pi klik entry Syawal Pertama tu eh.😁


Lepas sesi bersalaman, bagi duit raya, bergambar, kitorang semua keluar beraya. Family aku macam biasa lah, pi rumah atok aku kat Shah Alam. Satu² nya atok yang aku ada sekarang ni. Belah mak dah takde siapa dah. Belah ayah je ada atuk lagi. ayuh jumpa atok!


 Umur atok dah 81 tahun. Kot la ada yang wondering. hahaha~ Alhamdulillah masih tegap, masih berselera makan, masih mampu berjalan raya dan pi holiday. Bekas askar kekdahnya. Gitu lah kudrat dah tua pun masih bertenaga πŸ’ͺ


Tak lepak lama pun rumah atok sebab nenek nak pi beraya rumah mak dia. Maka ke Ampang lah pulak. Rumah mak Onga (kakak mak).


 Boleh kata semua adik beradik mak berkumpul Ampang, kecuali mak tuo (kakak sulong mak). Dia beraya kat Melaka dengan anak beranak dia semua. Sebab kami dah takde atok nenek jadi sukahati nak berkumpul rumah siapa. hehu


Raya dan duit raya berpisah tiada *ewahh!* Tapi kakyong suka nau nyakat bebudak. Sebelum bagi duit raya kang dia suruh nyanyi lah, tanya soklan lahh. Cousins yang dah besar² oke lah layan. Ce anak² aku dia buat gitu? terus dorang takmo duit raya tu. Dorang bukan paham lagi betapa pentingnya duit² raya tu demi masa depan dorang. hahaha πŸ˜‚


 Thank you cikyong! πŸ˜˜


 Thank you mamak Aman bagi duit rayaaa...aku memang stress kalau si Azfar Roslan tu amek kan gambar. Tangan dia memang ada sindrom parkinson ke hape tak tau lah. Bergegar manjang.πŸ˜‘


Cuzziesss...and makcik pakcik...and nephews...and niece terselit celah² tu halahh halahh πŸ˜


Lama jugak melepak rumah Mak onga. Siap solat Zuhur bagai. Pastu kitorang ke Keramat pulak. Beraya rumah mak sedara and pak sedara ayah.


Rumah pertama, rumah atok Enal (adik anjang aki). Every year rumah Atok Enal memang meriah dengan tetamu, especially hari raya pertama. Tak payah pi rumah setiap orang, jumpa kat rumah tok Enal je dah cukup. haha!


ni je lah gambar family yang macam hurmm πŸ˜‘ jadi lahh. Atok Enal yang amek kan gambar ni...


Beautipul cuzzies and makcik. Kat rumah atok Enal ni dah macam reunion/gathering family. Memang rumah wajib pi tiap kali raya. Mungkin jugak rumah dia besarrrrrrr so convenience sangat nak berkumpul ramai²


Next rumah nenek alang (adik arwah nenek). Sebelum tu ada pi rumah nenek sedara lain jugak tapi lupa snap gambar. Pastu pi rumah sedara mana tah. kahkah  Masih dalam Keramat. Sedara ayah aku ramai nau kat Keramat tu. Dah la jumpa setahun sekali. Ada yang beberapa tahun sekali baru jumpa, memang tak ingat. Ampun! πŸ™


alolo imam kemetot tu beria nau sujud sampai tertonggeng dah napeee


Masa ni dah pukul 6pm++. Patah balik Ampang sebab mak aku tertinggal fon kat rumah Mak Onga. Singgah solat kat surau Jalan Memanda tu jugak sementara tunggu mak Onga balik sebab dia keluar pi beraya rumah ipar duai dia. Lepas amek fon terus balik rumah. Malam tu follow dak encem balik kampung dia pulak kat Melaka.


Kejap je stay Melaka. Malam raya kedua tu pi Seremban, rumah Wan dak encem, pastu balik Bangi balik. Tak banyak rumah pun beraya kat kampung dia. Setengah hari je dah setel beraya semua rumah sedara mara dia.


Tu je lah kisah raya pertama and raya kedua sikit. Tahun ni team raya Selangor. Mungkin sampai bila² pun akan raya Selangor je lepas ni. Raya dengan family aku jugak best. kahkah~


Nanti sambung lagi eh cerita hari raya. tata~





Terima kasih sudi membaca!

Jul 13, 2017

Link Akaun Tabung Haji Anak² dengan Maybank2u

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku ada cerita Cara Transfer Duit Dari CIMB click ke Tabung Haji < klik untuk baca lebih lanjut.


Kali ni aku nak kongsi cara untuk link kan akaun tabung haji ANAK² dengan Maybank so that korang boleh update balance dalam akaun anak² korang thru Maybank2u je. Tak payah bersesak² pi kaunter TH semata nak update buku heh~


Mungkin ramai dah tau cara ni, tapi aku yakin ramai juga yang belum tahu. Macam aku, baru tau Isnin hari tu yang kita boleh link kan akaun TH anak² dengan Maybank. Aku dah start link kan akaun TH aku tahun 2014. Lama dah. Tapi masa tu boleh link 1 akaun TH je ke Maybank. Ramai kawan² aku cakap dari tahun 2015 dah boleh link akaun TH anak² pulak dengan Maybank. duhh! mana nak tau tak pernah nampak orang share πŸ™„


Oke so lepas dah tau tu, laju² opismet ajak pi atm Maybank untuk register. Yaa untuk register memang kena melalui mana² ATM Maybank ye. Tak semestinya kena pi bangunan Maybank. Maksudnya korang nak pi Petronas pun boleh janji ATM tu Maybank punya. haa paham ke paham?


Lepas masukkan kad atm Maybank tu akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian Tabung Haji (TH). 


 Then keluar paparan ni. Klik bahagian 'Daftar Akaun kanak² ke ATM kad'. Sekali lagi diingatkan ye, if korang jenis pantang nampak duit asyik nak belanja je better jangan link kan macam ni. Sebab memang senang je nak withdraw duit TH thru atm maybank. Senang sangat! klik kat Pengeluaran tunai tu je. Then withdraw macam biasa. pfft!


So niat asal tu penting! motif aku link kan macam ni sebab nak mudahkan untuk check balance dalam akaun TH anak². Bukan untuk keluarkan duit! gituuu πŸ˜œ


 Maksudnya korang (parent) atau pemegang akaun PRIMARY kena link kan dulu akaun korang dengan Maybank, baru boleh link akaun anak² pulak. Paham ke paham?


Setel. Kejap je kan? pheww~


Next, bukak Maybank2u pulak nak tengok dah link ke belum.


 Lepas log-in MB2U, akan keluar paparan ni. Scroll ke bawah sampai korang jumpa πŸ‘‡


 Then klik yang dalam bulatan merah tu..


 Akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian kanan tu ada macam 3 titik tu, pilih 'View other Accounts'. Actually, lepas dah link kan akaun TH ke Maybank memang korang boleh keluar masuk duit kat TH by online je. Takyah pi kaunter TH pun. Mudah gila! Tapi hati² lah ye jangan asyik keluar duit je tak masuk². Korang yang rugi tau πŸ˜


Kalau ada number account anak² tu maknanya dah berjaya link lah tu. yay!


Boleh check balance setiap akaun dengan klik kat nombor akaun anak² kita tu je. Lepas transfer dari Maybank2u or CIMBclick, korang boleh terus check balance TH anak² korang. Yang penting semua dihujung jari. Mudah sangat kannnn! πŸ‘πŸ‘


Sekarang TH sendiri dah ada online bankin. Boleh check transaction kat situ. Tapi kena pi kaunter TH untuk activate kan. Ke macam mana tah. Tak rajin lah nak pi kaunter TH. Walaupun dekat dengan rumah. Serius tak rajin. Setahun sekali je kot pi TH. Tapi lepas ni semua dah boleh buat online, memang tak jejak dah kot kaunter TH tu. ngee~


Jangan lupa masukkan semua duit raya anak² dalam TH ye korang! yang mana pilih untuk beli emas tu terpulang lah. Cara masing². Yang penting motif kita sama, demi masa depan anak². Tak gitu? ✌


kbai~





ENTRY UPDATED ON 6 MARCH 2020




Terima kasih sudi membaca!

Jul 11, 2017

Syawal Pertama 2017

Assalamualaikum...


Dah nak habis syawal oii. Baru hegeh hegeh update entry..kahkah


ehem tumpang lalu tuan rumah posing ootd raya. Bukan selalu kakak nak ootd gituuu πŸ˜  Baju ni beli dalam 2-3 hari before raya. Mujur ada saiz. Ni pun rembat saiz S. Biasa aku pakai saiz M. Belasah je amek jugak. Siap dapat pesanan penaja, 'u JANGAN gemok!'  
kau ghase? πŸ™„


Sehari sebelum raya tu pakcik dari Kelantan sampai. Dorang pun raya Bangi tahun ni. Meriah rumah aku. Tak pernah la pagi raya riuh rendah. Tahun ni meriah kemain! mak aku siap beli air fryer and pressure cooker baru demi nak masak lauk sedap² pagi raya. wohoaa!


 Juadah berbuka malam terakhir sebelum raya. Meriah gilaaa. Sedap toksah cakap laaa. Licinnnn


Tahun ni tak main bunga api malam raya. Bajet ketat oke. Bazir je beli bunga api dah la mahal. kahkah~  Dak encem beli mercun pop pop je sekotak besar. Kat Mydin jual RM20, ada 50 pcs gitu (box kecik), tak ingat. Tak main bunga api, family aku bantai layan cerita hantu. The Autopsy of Jane Doe tajuk dia. Aku tengok gitu² je. Faham la plot cerita pasal apa semua. Tapi malas nak tengok beria. Kang termimpi². Eh setan dah tak kena ikat oke! πŸ˜‘


Aku tidur awal. Takut terlajak bangun pagi raya. haha~




Pagi raya:

Solat raya start pukul 8.30am. Hujan pagi tu, Alhamdulillah. Aku tak join solat raya. Sebab Allah dah bagi raya dulu sebelum tu😝


Sementara tunggu orang lain balik dari masjid, aku tepek mekap. Apesal tah hari tu eye liner tak berapa menjadi. Penat edit, padam, calit, padam, calit. Sampai pedih mata. Last² redho je lah rupa macam mana pun. Janji nampak ada eye liner. haha


 Bersiap. Plan asal nak sarung tudung kaler lain. Tapi aku tak tau tudung macam mana yang matching dengan baju ni sebenarnya. Pagi tu tak dan nak mencari tudung bagai. Dah banyak buang masa calit eye liner je. hehh  last² capai je lah tudung apa ada kat penyidai. Yang penting konfiden cantik!✌



Duit Raya:

Sesi bagi duit raya memang wajib bila dah berkumpul ramai² gini. Walaupun aku tak layak dah terima duit raya, layak bagi duit raya je πŸ™„ tapi aku wakilkan anak² aku untuk terima duit raya. bahaha


Turn anak² aku collect duit raya...weee!


 Turn cousins aku pulak received duit raya. Eh aku pun bagi duit raya kat kazen² aku. Well, cousins aku ramai student so dorang layak terima duit raya dari aku. haha! Ada 5 orang patutnya. Yang bongsu mana pi tah tak jumpa lak dalam album. Dia paling lambat bersiap. Duk lilit shawl bagai. Kan dah tak masuk dalam gambar πŸ˜‚


Grandparents with grandchildren πŸ˜˜


ootd anak²


Family kecik kami. Dah 4 tahun adik aku tak masuk dalam family photo raya. πŸ˜© miss u always sisturrr! cepat lah habis belajar. Boleh raya sama²


Beloved. Family aku and pakcik aku (adik mak).


Setel bergambar, kitorang keluar beraya. Aku pi rumah atok kat Shah Alam, pakcik aku pi Ampang, rumah mak onga (kakak mak). Nanti sambung lagi eh cerita hari raya. Banyak pulak amek gambar so kena buat entry banyak². haha!


Selamat hari Raya semua dari aku sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku menyinggung, menyentap mana² pihak. Ketahuilah bahawa blog ni blog personal yang bercerita hal-hal peribadi dan kegemaran aku je. Bukan blog gosip. Ai pun tak minat gosip² ni. kihkih~


Mana² yang mengenali aku, jemput la datang beraya ke rumah bila². Tapi inform awal tau. Tidak kalu, ku hidang kuih raya aje. ngeee~


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015