
Harap maaf lah ye...ni je gambar yang aku snap sebenarnya...hahaha~
sebab memasak time bulan puasa,
letih woooo...tak kose nak snap-snap gambar segala..ngehh~ =)
Ni kira versi mak aku laaa...
memang tak tengok internet pun...
ikut sedap tangan je nak bancuh macam mana...huhu~
Bahan-bahan:
A::
6 biji telur (bergantung pada saiz puding...tapi jangan banyak sangat, nanti puding keras...macam puding aku ni haaa...keras sikit sebab TERlebih telur..ngee~)
1 tin susu pekat (nak guna susu cair pun boleh)
1 sudu teh perisa vanilla
B::
4 sudu gula
2 sudu air
(senang cerita 2:4 la untuk bancuh gula hangus ni...hihi~)
Cara-cara membuatnya::
1. Masak bahan-bahan bahan-bahan B sehingga warna gula bertukar menjadi perang...kena sentiasa berjaga...takut terlebih hangus gula jadi hitam daaaa...hahaha *aku bercakap berdasarkan pengalaman sendiri =P*
2. Pukul bahan-bahan A sehingga agak-agak telur dah hancur...
3. Bila gula hangus dah masak, masukkan kuah gula tadi ke dalam bekas yang hendak dihidangkan dengan kadar segera..gula hangus ni cepat keras ye...so kena tuang cepat-cepat...
4. Kemudian, tuang pula bahan-bahan B yang dah siap dipukul ke atas gula hangus tadi...means dalam bekas yang sama korang tuang gula hangus tu laaaa...aaa faham??oh ikut la kalau korang nak guna loyang boleh, nak guna bekas kaca biasa pun boleh...aku guna bekas kaca biasa sebab tempat kukus kat rumah aku ni kecik jeeee...kalau bekas kukus korang besar guna la loyang besar yang macam kat kedai tuuu...paham?? =)
5. Panaskan tempat untuk kukus...macam mana nak tahu tempat kukus dah ready?? tunggu sehingga air mendidih...bila air kukus dah mendidih baru masukkan bekas puding tadi untuk dikukus ye...
6. Kukus selama 15 minit sahaja...! aku guna timer kat oven...haha janji ada timer...=P
7. Bila dah masak...biarkan sejuk seketika..then letak lah dalam peti ais..ikut suka...kalau taknak sejuk tak payah la letak dalam peti ais..boleh terus makan... ^__^
oke sekian sahaja resipi dari Yanamib...phewww...gila lah sejak-sejak dah jadi bini ni makin berjinak-jinak dengan dapur...auwww~ next week nak buat lagi puding caramel...tapi versi chef wan...chef wan ada tambah hirisan lemon dalam bancuhan A tadi...mesti lagi sedap...nyum nyum~
Next time share resipi agar-agar buah Yanamib...hahaha aku memang suka buat resipi sendiri...lalalalala~ okebai! ^__^
Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!


Resipi Puding Cream Caramel Versi Yanamib