Showing posts with label Toys. Show all posts
Showing posts with label Toys. Show all posts

Oct 6, 2017

Peminat Tegar Harry Potter

Assalamualaikum...


Ingat tak dulu aku pernah cerita adik aku buat seprais balik Malaysia tiba²? Kalau tak ingat boleh klik > SINI


Time tu adik aku balik memang selai sepinggang. Baju selai pun dia tak bawak. Kat rumah memang banyak je baju² dia yang tinggal. haha~  Tapi dia angkut mainan² bawak balik. Ada untuk anak² buah, ada yang dia punya. Dia punya kemain sorok dalam bilik, tunggu dia balik for good baru nak 'kerjakan' mainan² tu, nak buat display kat rak khas lah bagai. Layan. Alahh mainan train and puzzle 1000 pcs. Dia tak bagi anak² aku usik, risau cepat rosak. kahkah


So, ni lah satu² mainan yang dia bagi anak aku main πŸ‘‡


 err benda ni actually main/great hall dalam Hogwards School. Eh siapa layan Harry Potter faham lah kan. Adik aku memang peminat setia Harry Potter. Kat London senang nak cari merchandise HP. Aku pun minat, tak pernah missed setiap movie HP and sentiasa jadi yang terawal untuk tengok setiap movie baru HP. Now aku ngajar Zafirah layan movie Harry Potter. And she likes it! siap addicted. kahkah  *misi berjaya*😝


Adik aku beli second hand je mainan ni. Katanya kalau beli baru harga mencekik. Beli kat amazon.com kot, ke ebay. Tak ingat. Malas ingat sebab tak penting. bahaha~


 Dia macam 3D puzzle. Kena pasang parts by parts. Renyah jugak la sebab takde manual book. Dah kata barang second! Mujur lah otak aku genius, agak² je nak sambung tang mana. pfft!


 Hampir siap! Masa ni mata dah agak mengantuk, tapi sebab aku pun eksaited nak tau rupa great hall ni macam mana lepas dipasang, gigih laa teruskan jugak install.


 Dah siap. yeyy!


 Gitu je rupa dia. haha~ 


 Zoom belah dalam. Meja tu sepatutnya ada kaki. Lepas tu belah atas tu boleh pusing². Kan dalam cerita Harry Potter, time dorang berkumpul kat dewan, bila time makan je ting! magic meja yang kosong tetibe penuh makanan penuh atas meja. haa gitu la konsep meja mainan ni. Tapi like I said, barang second, ada la tu parts yang hilang.


Gini lah rupa bila bumbung and sebelah wall dibukak. Mainan ni lebih pada untuk display je. Bukan untuk buat main sangat pun! hehe~


Tapi

Tapi

Tapi..


Baru ni dak Zafran dah jahanamkan great hall Hogwards tu πŸ˜‘  Hero tu kan memang tau. Tangan dia ganas lain macam. Kaklong dia main sikit punya cermat, dapat ke dia, hancurrr berderaiii. grr~


See! Alkisahnya dia nak amek mainan lain dalam kotak hijau tu. Kebetulan time tu great hall ni duk atas kotak hijau. Dia main seret je benda tu ke tepi, habis jatuh, berderai! Mujur la memang jenis puzzle, boleh pasang balik.


Tapi sampai sekarang aku biar je berderai gitu. kahkah~  Tak sempat ahh nak ngadap benda tu. haihh~  Tunggu la aku rajin, aku pasang la balik. Pastu letak tinggi² atas almari. Semua orang tak boleh pegang. hahaha~  Sok maksu balik pandai la dia susun semua Harry Potter's merchandise yang dia dah kumpul letak dalam satu almari khas. Iyee ada banyak lagiii merchandise Harry Potter yang adik aku beli. Kipas susah mati kekdahnya. Great hall ni SALAH SATU nya. Kat rumah dia kat London sana bersepah lagi. 


Tak kisah dikk janji awak bahagia.😜


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Feb 16, 2015

Miniature Wooden Track from Pink Garage Collection | Educational Wooden Toys

Assalamualaikum...


Aku pun tak tahu lah dah kali ke berapa aku bershopping dengan Aty...toke Pink Garage Collection...hihi~  tengok facebook dia rasa nak beli semua koleksi wooden toys yang dia ada...pheww~


Boleh kata semua menan yang aku shopping dengan Aty is wooden toy...cuma bukan semua lah aku up kat blog...ada jugak mainan selain wooden toy aku beli dengan Aty...tapi majoritinya WOODEN TOYS lahhh...sampai laki aku tanya,

"apa benda yang bestnya wooden toy ni?? ai tengok sama je macam toys lain..."


"eh beza laa...ni education punya toys...lain² tu more to fun je..."  << konfiden binik menjawab! padahal terjebak dengan Aty! bahaha~


Latest collection of wooden toy Zafirah...yeyy!


Asalnya aku nak amek yang jenis kereta...pastu Aty kata takde stok...kau nampak tak kemain laku menan wooden toys ni...?? selalu tau asal ada benda aku kenan dia kata takde stok...takde stok....eiii len kali restock banyak sikit plisss!! hahaha~


Since aku malas nak tunggu² stok sampai sebab tak nyabo nak bagi anak main...and ni kira hadiah besday sekali lah kan...aci tak?? bahahaha~  so aku amek je lah mana² stok yang ada which is macam gambar atas ni....


Balik rumah....


"mama ada menan baru untuk emiiii..."


"menan baruu?? waaaaaaa~"  sambil mata bersinar²...kalau korang tengok cerita Puss in Boots kau faham lah mata bersinar² tu macam mana....hihi~  :p


kemain peluk kotak...eh kau jangan tak tahu menan ni dia bawak tido oke!! hahahaha~



cara main ko letak bebola tu kat atas track and biar dia meluncur sendiri sampai bawah...nampak macam simple kan?? kau cuba main sendiri tengok simple ke idak...kadang aku bawak menan ni pi rumah mertua...mak mertua aku, adik² ipar aku join main sekali kaoooo! kahkah~  pastu dorang pun cakap, "eh susah jugak nak bagi bebola ni meluncur cantikkkk sampai bawah..."


Papa lagi lah...main sekejap je...pastu dia boring sebab tak menjadi bebola tu meluncur cantik sampai ke bawah...tah pape!


Kalau ko tak faham apa aku cakap sila lah beli wooden track ni dan alami sendiri!! ada part yang agak menduga kesabaran kita...serius niiiii!! ^_^


Jom ramai² serbu page PINK Garage so sama² boleh terjebak macam aku!!! muahahahaha~



Atau boleh juga terjah instagram: pink_garage_collections
atau terus direct sms/wassap:019-2085089
[untuk urusan jual beli sahaja..tolong jangan call]
EMAIL :: nurha_abdul82@yahoo.com


HAPPY SHOPPING!!



Terima kasih sudi membaca!

Sep 16, 2014

Bila Mama Cuti :)

Assalamualaikum...


Akibat terpaksa cuti semalam...makanya tugas aku ialah menjaga anak dan rumah....ye...anak kena jaga...rumah pun nak kena jaga jugak! tiada istilah 'cuti' untuk para isteri dan mak mak...percayalah! yang tak faham tu, sampai masa ko akan alami sendiri....muahaha~


Papa tak cuti...so tinggal aku berdua je dengan Zafirah....plan asal nak bawak dak bertuah tu jalan²...pi ioi mall ke, Jusco ke....aku nak terjah Daiso...dah lama tak perabih duit kat sana...kahkah~  tapi papa tak bagi....bahaya keluar berdua katanya...cehhh macam la aku tak pernah keluar berdua dengan Zafirah....dah somi tak bagi takkan aku nak durhaka arahan dia ye dak?? lagipun papa cakap tunggu dia balik kerja pi Daiso sama² dengan dia...


okay lahhh...dah papa cakap gitu...makanya duk diam² je lah kat rumah....setiap jam jeling jam dinding...tak sabar tunggu papa balik...tak sabar nak pi Daiso!! wakakaka~   :p


Sepanjang kat rumah, aku duk melayan tuan puteri bermain²....kadang dia layan tengok kartun....bila dah habis kartun, dia ajak main pulak....layankan aje lah....  :)


Main doktor²...Zafirah jadi doktor, mama jadi patient...asyik kena suruh makan ubat je....pastu dia tanya balik, "tak sedap ke??"  pastu dia hulur tangan kat mulur kita suruh ludah balik ubat yang tak sedap tu....pastu dia buang ke tepi...hahahahaha  macam biasa buat jee kannn cik Zafirah oiiit! :p


Set doktor tu aku baru beli kat Giant Sg. Chua....memang saja beli sebab dia asyik la sebut nak jumpa doktor...tangan kudis sebab dia duk garu² pun dah bising nak jumpa doktor...pastu berlakon demam lah, sakit kaki lah, batuk lah....semata² nak jumpa doktor...tapi suruh makan ubat taknak pulak! grrr~


Dah boring main doktor², main Lego pulak...lego² ni semua hadiah masa birthday party Zafirah hari tu...aku buatkan bentuk robot...tapi Zafirah cakap tu bukan robot...tu baby...sebab dia tak boleh jalan...kena dukung je...okayy lahhh...baby pun baby lahhh...baby robot! lol~  :p  More, sambil main, sambil belajar kenal warna...ada few warna yang Zafirah dah kenal macam Merah, Biru, Hitam, Putih....warna² asas je...warna² lain dalam proses belajar lagi...  :)


Aku post gambar ni kat IG and FB semalam...ada yang kata aku kreatif sebab reti buat robot guna lego...hakhakhak~  percayalah ai is not that kreatif...aku tiru je sebijik² gambar kat bekas lego tuuuu...tak susah punnn...ngeeee~  :p


Dah penat main, nak susu pulak...pastu makan....pastu merengek²...itu tak kena...ini tak kena...


Last² pengsan! :p


Masa ni dah pukul 3pm++ gitu....biasa tengah hari dia dah tidur...semalam dah petang baru mentido....duk tahan je mata tu...tu yang tak sempat habis susu sebotol dah lena...bahahaha~  :p


Bila anak mentido, aku sambung buat kerja rumah...kain baju kotor menimbun dalam bilik oiiii!!! semalam cuaca panas...cantik sangat untuk jemur kain....sampai 3 round kot aku membasuh baju...dah kering terus lipat...malas nak bertangguh kang lagi menimbun kain lagi pemalas nak kemas masuk dalam almari....


2 jam jugak la Zafirah mentido....macam² kerja aku buat dalam 2 jam tu....siapa kata duk rumah releks??? masa ko mungkin lebih fleksibel....tapi releks?? hahahaha~   keje opis jauh lebih releks....duk rumah penat oiii! baru nak rehat kang anak nak susu lah, nak berak lah....hihi~  walaupun penat, kerja mak mak ni best! seronok sangat! tahniah buat korang yang berjaya jadi full time housewife! ^_^


Dalam pukul 5pm++ Zafirah bangun tidur....


Lepas bagi susu dia mintak nak main lego lagi...kali ni aku suruh dia main lego yang big size pulak...hehe~


Ekceli sekali sekala je aku keluarkan lego² ni....ate mama Zafirah pemalas nak kemas selalu lego yang bersepah²....muahahaha~  sakit mata tau tengok lego bersepah....tambah yang kecik²....terpijak memang bisa oii!! 


Zafirah takde playroom...ada je bilik untuk buat playroom kat tingkat atas....tapi kitorang banyak habiskan masa kat ruang tamu....so kalau time bersepah, ruang tamu la jadi mangsa....bila ada orang datang kelam kabut nak ngemas...! hahahaha~


oke tu je sinopsis aktiviti Zafirah semalam....


Salam Hari Malaysia to all Malaysian!


bye! ((^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Feb 5, 2014

Jom Main Ketuk²!


Assalamualaikum...


Sebabkan Zafirah macam ketagih nak mengetuk² segala benda sekarang ni, aku pun gigih la mencari mainan yang sesuai untuk perkembangan mengetuk dia tu...hahahaha~   mujur la kawan² aku ramai yang buat bisnes menjual mainan bebudak....setakat ni aku lebih suka membeli wooden toy...learning toy kekdahnya...hihi~  


Ni lah latest wooden toy Zafirah...




KNOCK GROUND MOUSE....berbelit lidah nak nyobut! heh~    :p


Kebanyakan wooden toy aku beli online je...so far aku suka membeli dengan Aty...dia jugak lah yang pengaruh aku pasal wooden toy...kahkah~   tak susah berurusan dengan Aty...dah 2 kali aku membeli dengan dia...sawan oii tengok blog dia menjual menan² anak....grrrr~


Elok je wooden toy mouse ni sampai kat opis aku, laju² bukak packaging...mama kena test dulu....nak tengok sesuai ke idak anak aku main...hihi~   bila tengok oke, lepas amek Zafirah kat taska aku terus bagi dia ngadap menan baru...weeeeee!



 kemain khusyuk dia melayan ketuk²...menan baru kannnn...eksaited tahap dewa....takde ubat hilang stress yang lebih mujarab daripada melihat keseronokan, kebahagiaan anak  :')



Ekceli Zafirah ada few koleksi wooden toy....tak banyak la macam toke wooden toy kan....hahaha~   tapi serius wooden toy ni bagus as learning toy...lagipun menan jenis gini tahan lasak...banyak kali jugak anak aku campak, baling, hempas menan² dia...Alhamdulillah takde cacat cela....


Ada banyak lagi pilihan wooden toy korang boleh pilih...just klik link kat bawah ni k!


untuk pembelian pula korang boleh hubungi:
pinkgaragecollections@yahoo.com



tu je nak cerita...bye! (^^,)







p/s: Ramai yang masih bercuti hari ni...aku dah start kerja...tengah tune mood untuk buat kerja...lama sangat cuti...mood pun ke laut...ngee~    @_@

 Terima kasih sudi membaca!

Jan 30, 2014

Kitchen Set untuk Zafirah! :p

Assalamualaikum...



Dah lama aku teringin nak belikan set kitchen untuk Zafirah...nampak tak siapa yang teringin sebenarnya???? Zafirah tak pernah tau pun kewujudan set kitchen ni...mama yang hover okeh!!! kahkah~   


Aku beli set ni kat GM Klang....lama dah ngidam nak pi sana sebab member aku cakap menan² kat sana murahhhhhh! barang² rumah macam wall deco pun murah....tapi kalau nak beli baju bajan tu better pi Kenanga City laaaa....lebih berbaloi....takat menan² budak oke la nak sawan kat GM Klang...ngeee~


eh meh la tengok set kitchen Zafirah....aku beli RM70....banyak design rupanya set kitchen ni...rambang mata aku memilih....ikutkan aku nak suruh dak encem beli yang harga RM100 yang siap ada baby seat lagi...comel gila!!! tapi dia nak jugak beli yang murah...fine! dia yang membayar...aku pasrah je lerr....hikhik~


Zafirah dah kenal telur...hari² dia nak masak 'tolo'...wakaka~  :p


siap ada sink...untuk basuh sayur kekdahnya...  :p



senduk, sudu, cawan segala ni aku gantung sebab nak amek gambar...hahahahaha~   kalau Zafirah nak main aku kena cabut semua ni...Zafirah tak reti nak tarik kang habis patah riuk kitchen dia kangggg...sentap papa! kitorang beli yang murah kannnn...so kualiti so-so je...tak boleh ganas sangat....huhu~


siap ada kompartmen untuk oven kaoo...kelasss menan bebudak sekarang...aku dulu paling canggih pun play dough je lah...ngeee~


oh dapur ni siap ada 'api' okeh...! satu bahagian je menyala...tak best langsung! bising lak tu bunyi 'api'....bateri lak kena beli sendiri...takde bateri takde la menyala lampu 'api' tu....camno nak masak?? kehkeh~


bakat dah ada tu Zafirah...keep it up! :p   tiap kali balik taska dia mintak main 'mashak-mashak'...pagi² nak umpan dia mandi tanpa berdrama sinetron aku ajak dia main masak² dulu....hahaha adoyaiii~! buat masa ni set kitchen ni lah feveret toy Zafirah....


Set kitchen ni aku letak kat bilik menggosok aka bilik tetamu kat tingkat atas...Zafirah leka sangat bila main masak²....senang aku nak buat kerja....janji aku kena sentiasa ada depan mata dia....and mainan ni aku biarkan je kat tingkat atas....dah papa kata tak kukuh...kualiti cap ayam....tak kose nak hangkut turun naik rumah....kang tercabot sana sini pemalas jugak nak memasang balik....kihkih~   :p


Eh kalau korang nak beli set kitchen gini kat online pun ramai dah jual....harga mampu poket bak kata Pinky Momma....huhu~  


********************************************************************************************************

IKLAN:


Beli Ephyra dengan harga lebih murah dari pasaran!!!

CANTIK + GLOWING + SIHAT = EPHYRA!

tak payah beli banyak² produk pun...^_^

hantarkan emel ke ctliyanadmib@gmail.com
atau wassap 0133618800

dan dapatkan harga kasih sayang!!

INSYAALLAH TIDAK MENGECEWAKAN!!










p/s: aku baru perasan kompeni aku start cuti hari ni...soooo panjang lerrr langkah...sale merata-rata oiiii...sawannnn!!!! kesian wallet aku...berbuih-buih kena sawan... T_T


 Terima kasih sudi membaca!

Jan 6, 2014

Fire Truck untuk Zafirah?? errr~

Assalamualaikum...



Aku beli kat Daiso....hikhik~  first time beli menan anak kat Daiso....aku pun tak tahu apesal aku belikan fire truck untuk anak dara aku....hahaha~  mungkin nak suruh dia ceburi bidang macam aku kot dah besar nanti???  lepas tu kang ramai salah faham ingat aku kerja bomba....kahkah~   iols jadi consultant dorang je....bukan bekerja di dalam bomba...err betul ke ayat aku tu....?? entah! :p


Papa tengok aku beli menan baru kat Zafirah terus dia mengeluh panjanggggg....hahahahaha~  lepas tu bila tengok Zafirah kemain eksaited siap terkinja² sebab dapat menan baru aku pun cakap la kat papa,


"tak suka ke tengok anak seronok macam ni?? hilang tau semua penat, stress seharian....takat labur RM5 kat Daiso tu apa lah sangat...compare dengan kebahagiaan anak...hehh~  priceless!"


papa diam je dengar tarbiyah bini dia.....wakakaka~   ada betulnya kannnn hujan iols iteww??  (^^,)



Aku post gambar fire truck kat FB ramai pelik...apa ingat boboy je suka main truck?? gegurl pun suka hokay! hakhakhak~   Zafirah memang suka mainan beroda....car, train, truck...you named it! janji beroda memang dia suka! aku?? apa yang anak suka, aku OK jeeee....janji tak mengkopakkan poket mama papa udah lerr....  :')


eh lupa....adik aku cakap dia pun nak belikan menan fire truck untuk anak aku....dia nak beli kat Hamleys, London (sebab adik aku study kat sana)...err kalau fire truck tu lagi ohsem beli lerr....ai tak kesah je simpan koleksi fire truck kat rumah niii....hikss~   :p


Anak korang suka menan macam mana??  :)







p/s: meeting sepanjang hari...nasib esok cuti....holiday yaww!! ^.^


 Terima kasih sudi membaca!

Sep 24, 2013

Alphabet Mat Untuk Zafirah

Assalamualaikum...



Berjaya gak beli alphabet mat ni haa...
lama dah ngidam...
asyik ngidam je aku nih...
mengandung nya tak jugak! pffttt~  >_<


Kebetulan AEON Alamanda ada buat promosi...
RM59.90...errr murah ke??
masa beli tu dah rasa mahal dah....
tapi sebab ngidam kononnya....hahaha~
padahal duk terpengaruh tengok orang lain beli mat ni untuk anak dorang...
aku nak jugak beli untuk anak aku!
sanggup la pejam mata membayar...
eh bukan ke papa yang membayar?? kahkah~


Tapi menurut Aty dia dulu beli mat gini untuk Qaleef RM79.90...
bapak mahal !
maksudnya memang betul la aeon punya promosi...
bukan tipu²...kehkeh~
legaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
berbaloi duit papa kan papa kannnn??  :p



Balik je rumah laju² bukak plastik...
mama yang hover sebenarnya...
Zafirah tu cool je...wakakaka~




Aku letak mat ni kat salah satu sudut area ruang tamu...
ruang tamu mak aku ni jenis memanjang...
perabot tak banyak pulak tu...
ada tv and sofa 3 seater je kat ruang tamu ni...
tv and sofa letak kat sudut satu lagi....
mak aku cakap memang saja biar rumah tu lapang...
seronok tengok cucu main lari² katanya...kihkih
so aku dengan selambanya gunakan sudut yang kosong ni,
jadikan playground Zafirah...weeeeeeeeeeeeeee!! ^__^


Aku buat gini pun sebab nak disiplinkan Zafirah
supaya dia tak sepahkan mainan² dia tempat lain...
kalau bersepah pun biar area situ je....
tapi ko pepaham je la budak setahun 7 bulan apa la yang dia ngerti pasal disiplin... (-_-")
aku plan nak beli pagar kaler² letak keliling mat ni...
macam kat rumah Abang Ben Ashaari....hikss
at least dia nak sepah² pun dalam tu kawasan tu je...
erm tunggu My Dear Warehouse Sale...  :)




Ekceli bukan la semua mainan dia aku letak kat ruang tamu....
aku cuma letak mainan kecik² and wooden toy je...
kiranya segala learning toy kita campak kat ruang tamu...
toys yang merepek²/besar letak kat atas...
kitorang banyak spend masa kat tingkat bawah daripada tingkat atas...
aku terpaksa divide mainan² Zafirah macam ni...
sebab kadang² aku nak menggosok baju kat bilik atas,
or nak melipat baju, nak mengemas segala....
dia sibuk nak ikut...
lepas tu boring bila takde benda nak main....
satu hal lah pulak nak hangkut mainan dia turun naik tangga hari² kannnn...
tu kena letak spare mainan jugak kat bilik atas...
pasal bilik mainan tu aku story entry lain yeh...hihi~


More, segala mainan² Zafirah bukannya aku lambakkan macam dalam gambar tu tau!
kang ada lak ingat aku ni pemalas nak kemas menan anak...grrr
tiap kali lepas main, biasanya waktu malam lah...
aku akan simpan segala mainan² dia ni dalam almari TV...
haa ko jangan tak tau....
orang lain punya almari tv hias cantik² letak bunga², frame bagai...
almari tv mak aku letak mainan² cucu...wakaka~   :p
yang tu pun aku story lain entry....
orang tak tanya pun kan...
tapi aku nak jugak cerita! ngee~


Selain jadikan tempat bermain/playground...
lagi satu fungsi Alphabet Mat ni ialah....


^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^

^







TEMPAT TIDUR!!!
pun voleyyyy lahhhh!! :p


oh gambar last tu sepupu aku....
makcik kesayangan Zafirah....
well Zafirah memang suka dengan orang kurus²...
tak tau kenapa...kahkah~



oke tu je nak cerita...bye!!








p/s:  abang ipar aku kena operate kepala hari ni....semalam dia sawan....kat Ipoh lak tu!! erm panjang ceritanya...dipendekkan....mohon jasa baik kawan² doakan kesihatan abang ipar aku...semoga selamat semuanya...amin~


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015