Showing posts with label Sister. Show all posts
Showing posts with label Sister. Show all posts

Mar 5, 2018

Personal Shopper London. BUKAN Aku!

Assalamualaikum...


Tahun lepas gigih adik aku and besfren dia jadi personal shopper kat UK sana. Masa tu memang tengah sale gila gila, so dorang saja la amek order dari Malaysia. Surprisingly, sambutan sangat menggalakkan!! Banyak sangat order masuk. Alhamdulillah, rezeki dorang.


1st batch orders dorang post bulan 10 tak silap. So sampai Malaysia bulan 2 hari tu. Masa aku bercuti kat Genting tu barang sampai. Supposed aku lah kena pi amek kat Shah Alam sana. Dah aku takde, parents aku lah kena pi amek. Kenapa Shah Alam? Sebab adik tumpang kontena kawan dia yang balik for good. Dapat murah sikit per box (14kg). Kawan dia tu pulak duk Shah Alam. gitu~


Aku balik je dari Genting terus punggah² kotak. Yelahh aku jugak nak kena pos ke customer. So nak tengok la besar mana nak kena pos tu.


 Ada 4 big box. Each box dalam 14kg gitu. Paling besar air fryer jenama Philips, food processor and doll house. Seriously doll house pun korang beli dari UK? πŸ˜‚  Tak boleh bayangkan macam mana ayah aku angkut kotak² masuk kereta. Ayah dah 57 tahun oii! Mujur lah dia memang taf πŸ’ͺ  tapi kesian lahhh. Mak cakap merah² muka ayah ngangkut kotak² tu semua. adudu


Terselit jugak lah parcel untuk anak² aku. Baju² semuanya. Kebetulan jugak lah banyak baju² dorang yang dah tak muat. Cantik sangat timing tu! Jimat duit aku beli baju baru untuk anak². bahaha~


 Nak sorting barang pun dah pening! Padahal tak sampai 100 parcel pun. Tapi dah rasa banyak sangat! Macam mana lah yang memang buat bisnes fulltime tu kan? huhu~


Aku asingkan sesiap mana parcel yang perlu di-pos, mana yang customer nak datang pick up. Dengan keadaan aku tengah membuyong ni agak slow lah kerja² sorting and packing. Adik dah balut siap² semua parcel dengan kertas minyak. And dia dah label kan siap² nama and alamat owner setiap parcel. Tapi aku still kena masukkan semua parcel² dalam flyers sebelum pos ke customer. Kertas tu bukan tahan. Mudah terkoyak. Kena air pun tak boleh confirm rosak. Kecuali kotak² air fryer and food processor lah. Aku pos gitu je.


Ada jugak customer yang beli sampai 7-8 item. So aku kena re-packing balik, letak dalam kotak lain leklok, pastu bungkus dengan plastik tong sampah. Selotep leklok bagi tak terbukak. Tu kena buat slow². Idak la larat aku nak mengadap benda tu lama². Sakit pinggang. haha~  Mujur adik aku memang dah inform customers awal² ETA barang akan sampai ke tangan dorang bulan MARCH. Tapi ada yang dah dapat before March lagi. haa efficient tak kakak? πŸ˜


 Syukur lah aku dah lama register dengan Easyparcel. Tak perlu lah nak singgah kaunter Poslaju (or mana² kurier), beratur, isi consignment form sampai cramp tangan. lol~  Semua details customer aku taip je. Dah siap terus print then tampal kat flyers. Pastu tunggu je lah abam kurier datang collect parcel² tu semua kat rumah/ofis. Senang kerja wehh! Aku rasa dah lama jugak aku tak pi kaunter Poslaju walaupun dekat je dengan rumah. Kalau pergi pun untuk restok flyers je. Tapi kat Easyparcel pun boleh jugak beli flyers, cuma harga mahal sikit. Macam² saiz ada. Kalau topap banyak, dapat FREE je flyers tu tau.


Contoh flyers dari Easyparcel yang kaler pink tu. aww! Hari tu aku topap RM500 credit, dapat FREE 50 credit + 50 flyers saiz L. Baloi wehh!


More, harga postage lagi murah banding kau pi kaunter Poslaju! Untuk 1 kg item, kau cuma perlu bayar RM6 sahaja! wohoaa! Of course T&C applied. Kau register lah Easyparcel dulu baru kau faham. hihi


Kalau tengok caption dalam gambar tu aku guna kurier Nationwide. Entah kenapa aku kurang puas hati dengan servis Poslaju cawangan Bangi. Dah booking tarikh untuk pick up, tapi dorang tak datang. Ada sekali tu dorang datang, tapi naik motor. Lerr! Parcel aku besar² mana muat sumbat atas motor bang! Kalau Poslaju KL dorang hantar van untuk pick up barang tau! Pastu bila pi ofis inform masalah ni, dorang suruh aku pulak request nak motor ke van. Ohoii dalam Easyparcel mana ada request² jenis kenderaan. Common sense je kot, aku dah mentioned nak pos PARCEL, bukan dokumen (dalam Easyparcel ada options ni je). Dah buat report semua tapi krik krik jugak. Yelahh company besar kan? Apa ada hal hilang sorang customer. Moh la bertukar kurier lain. Aku tengok orang rate service Nationwide pun bagus jugak. Barang sampai cepat.


At first, dorang pun sama jugak tak datang pick up. So aku decide untuk emel ke HQ Nationwide and also Easyparcel. Sebab dorang duk cakap aku punya booking tak masuk dalam sistem dorang. Kot lah Easyparcel yang problem. And respond yang aku dapat sangat positif! Cepat lak tu! Office Nationwide cawangan Teras Jernang sana call aku and bagi terus nombor fon driver yang in charge round area rumah aku. Kan senang gitu. Aku call direct je dengan driver and tanya pukul berapa dia nak datang. Takde la aku duk melanguk menunggu.


 Sebahagian parcel yang selamat di-pick up (dalam red circle tu je. Ada 10 parcel). Thank you Nationwide sebab memudahkan urusan saya! Ouh lagi satu, kalau pos barang besar dan berat, Nationwide punya rate jauh lebih murah banding Poslaju.


Selepas sebulan setelkan pos pos barang (sekali pos dalam 10-11 parcel gitu je tu yang lambat setel), finally rumah ku kembali lapanggggg!


Tu ada lagi few barang yang tinggal. Ada yang pick up (tapi sampai sekarang tak datang² pick up!), ada yang belum habis bayar. Adik cakap 2nd batch nanti sampai bulan depan! Kakak ko ni nak meletop dah oii! Tapi dia pun memang dah informed customers keadaan aku and ETA tu. Tapi tetap lah ada yang tak faham bahasa. Tak habis² wasap adik barang dah pos ke belum. Tu belum lagi yang duk pertikai kenapa adik aku cas upah harga gitu. Eh kau rasa mahal pi lah sendiri London, beli sendiri. hahaha~  Udahnya adik takmo dah jadi PS. Annoyed! Cukup 2 batch katanya. Enough! kahkah~  Meniaga macam ni kena ada minat baru syok. Kalau tak minat tu yang rasa lebih penat banding keseronokan kau melayan karenah customer. gituu~


Macam aku tolong dia pos-pos barang ke customer, aku minat kerja² tu. Jangan tanya la kenapa minat. Aku pun tak tahu. hahaha~  Sampai kan hari tu ada orang pelik sangat bila aku cakap aku tak amek upah apa² pun untuk pos kan barang² adik aku. Dia just bayar duit postage, duit flyers. Semua ada dalam resit. Upah memang takde. Orang tu siap cakap, "Zaman sekarang ni ada ke orang buat kerja ikhlas walaupun adik beradik? mesti nak upah jugak kan?"


Lorr kalau dengan adik pun kau nak berkira mintak² upah sok kau mati dia mintak kau bayar untuk setiap Al-Fatihah yang dia baca amacam? mampu? ngee~  Hari ni aku tolong adik aku, akan datang dia pulak tolong aku. Nak berkira sangat siapa paling banyak tolong pun payah jugak. Hidup dalam gua je lah gitu. huhu~


Harap yang mana belum setel bayar tu tolong lah setel kan cepat sikit. Sakit mata tau tengok parcel² awak tu. Yang nak pick up tu pun cepat lah datang amek. Kang aku jual semua tu baru tau. Duit aku pulang lah balik kat dorang. Siapa suruh lambat sangat kan? Ingat aku tak boleh jual ke barang² tu? Ramai yang nak! eh macam dorang baca blog aku πŸ˜


k tu je nak cerita. Terima kasih korang sudi baca aku bebel sampai habis. kikiki~  Jangan tanya ada lagi tak amek order. Dah tulis kat atas tu adik aku serik dah nak jadi PS. hahaha~  Tengok lah akhir tahun nanti, kot dia rajin nak jadi PS lagi. Musim winter especially Krismas sale menggila wehh! Puas hati shopping! Dah la jimat duit flight pi London. Kau upah orang je tolong beli. Serius murah! Tunggu Krismas nanti ehh. πŸ˜






p/s: Jangan pertikai kenapa seller biasa cas postage lum sum RM10 terus. Nak beli kertas untuk print consignment, ink printer, bil letrik, beli flyers, kotak, bubble wrap, selotep etc. More, bukan semua alamat boleh guna easyparcel. Kalau duk ceruk pedalaman seller kena pi kaunter jugak untuk pos barang kau tu. Minyak kat Malaysia ni mahal tahu?



Terima kasih sudi membaca!

Oct 6, 2017

Peminat Tegar Harry Potter

Assalamualaikum...


Ingat tak dulu aku pernah cerita adik aku buat seprais balik Malaysia tiba²? Kalau tak ingat boleh klik > SINI


Time tu adik aku balik memang selai sepinggang. Baju selai pun dia tak bawak. Kat rumah memang banyak je baju² dia yang tinggal. haha~  Tapi dia angkut mainan² bawak balik. Ada untuk anak² buah, ada yang dia punya. Dia punya kemain sorok dalam bilik, tunggu dia balik for good baru nak 'kerjakan' mainan² tu, nak buat display kat rak khas lah bagai. Layan. Alahh mainan train and puzzle 1000 pcs. Dia tak bagi anak² aku usik, risau cepat rosak. kahkah


So, ni lah satu² mainan yang dia bagi anak aku main πŸ‘‡


 err benda ni actually main/great hall dalam Hogwards School. Eh siapa layan Harry Potter faham lah kan. Adik aku memang peminat setia Harry Potter. Kat London senang nak cari merchandise HP. Aku pun minat, tak pernah missed setiap movie HP and sentiasa jadi yang terawal untuk tengok setiap movie baru HP. Now aku ngajar Zafirah layan movie Harry Potter. And she likes it! siap addicted. kahkah  *misi berjaya*😝


Adik aku beli second hand je mainan ni. Katanya kalau beli baru harga mencekik. Beli kat amazon.com kot, ke ebay. Tak ingat. Malas ingat sebab tak penting. bahaha~


 Dia macam 3D puzzle. Kena pasang parts by parts. Renyah jugak la sebab takde manual book. Dah kata barang second! Mujur lah otak aku genius, agak² je nak sambung tang mana. pfft!


 Hampir siap! Masa ni mata dah agak mengantuk, tapi sebab aku pun eksaited nak tau rupa great hall ni macam mana lepas dipasang, gigih laa teruskan jugak install.


 Dah siap. yeyy!


 Gitu je rupa dia. haha~ 


 Zoom belah dalam. Meja tu sepatutnya ada kaki. Lepas tu belah atas tu boleh pusing². Kan dalam cerita Harry Potter, time dorang berkumpul kat dewan, bila time makan je ting! magic meja yang kosong tetibe penuh makanan penuh atas meja. haa gitu la konsep meja mainan ni. Tapi like I said, barang second, ada la tu parts yang hilang.


Gini lah rupa bila bumbung and sebelah wall dibukak. Mainan ni lebih pada untuk display je. Bukan untuk buat main sangat pun! hehe~


Tapi

Tapi

Tapi..


Baru ni dak Zafran dah jahanamkan great hall Hogwards tu πŸ˜‘  Hero tu kan memang tau. Tangan dia ganas lain macam. Kaklong dia main sikit punya cermat, dapat ke dia, hancurrr berderaiii. grr~


See! Alkisahnya dia nak amek mainan lain dalam kotak hijau tu. Kebetulan time tu great hall ni duk atas kotak hijau. Dia main seret je benda tu ke tepi, habis jatuh, berderai! Mujur la memang jenis puzzle, boleh pasang balik.


Tapi sampai sekarang aku biar je berderai gitu. kahkah~  Tak sempat ahh nak ngadap benda tu. haihh~  Tunggu la aku rajin, aku pasang la balik. Pastu letak tinggi² atas almari. Semua orang tak boleh pegang. hahaha~  Sok maksu balik pandai la dia susun semua Harry Potter's merchandise yang dia dah kumpul letak dalam satu almari khas. Iyee ada banyak lagiii merchandise Harry Potter yang adik aku beli. Kipas susah mati kekdahnya. Great hall ni SALAH SATU nya. Kat rumah dia kat London sana bersepah lagi. 


Tak kisah dikk janji awak bahagia.😜


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Mar 28, 2017

Adik gua Buat Surprise

Assalamualaikum...


Khamis 2 minggu lepas, err dalam 16/4/17 gitu tak silap, adik aku buat kejutan yang tak pernah kami terfikir and jangka....memang surprise sungguh² laaa kannn...haha~


DIA BALIK RUMAH!


Balik rumah tu balik Malaysia lahh!! hahaha~  dah la tak inform sesape...eh mak ayah aku pun tak tahu dia nak balik oke! yang kitorang tau dia tak lepas nak pi US sebab Visa tak approved so dia terkandas kat London sensorang...housemate dia je dapat pi sebab dia dah buat visa 2 tahun lepas and valid for 10 years...full stop!


Sekali malam tu dia muncul depan rumah! choii sangat! dia pakat dengan kawan dia dak pikah....dia sampai KLIA kul 6.30pm gitu...pastu kawan dia amek lepas Maghrib...sempat dorang pekena nasi kukus Mama....sampai je depan rumah kawan dia call mak aku....time tu dah kul 9pm+ gitu...mak aku dah landing atas katil pun....ikut hati malas nak bukak pintu...tapi dak Pikah cakap ada barang kiriman adik aku....terpaksa la jugak bangun nak tengok barang kiriman sangat tu kannnnn...sekali....haa tersembul muka adik aku depan pintu...kau ghase?? πŸ˜‘


Aku takde kat rumah time adik aku sampai...aku keluar pi dinner...balik rumah nampak ada unfamiliar kereta park depan rumah...kitorang ingat kawan mak ke kan...sekali bukak pintu nampak muka debab adik...huk alooo! terus pelukkkk! rinduuuu....2 tahun tak jumpa....haha~  yelahh last jumpa masa aku pi London tahun 2015 dulu...lama dahhh...aku makin selim, dia makin debab...lol πŸ˜


Kitorang rahsiakan pasal adik aku balik dari sedara² lain...sebab nak buat seprais kat dorang gak...mana aci kitorang je terkezut...orang lain pun kena terkezut sama! hahaha~


 Dinner with lovely girls! saja mak ajak kazen² datang Bangi...dorang cuti seminggu so nak balik kampung kat Kelantan...sorang dari UIA Gombak, sorang baru lepas amek result SPM kat SMAP Labu, sorang lagi sekolah kat Klang...so sebelum balik Kelantan meh la jumpa kakak sedara korang dari London tuuu...kehkeh~  memasing terkezut tengok adik aku ada kat rumah...😁


Masih lagi rahsiakan kehadiran adik aku kat family lain...kiranya dalam group wassap, facebook, IG tak cerita langsung pasal adik aku...Ahad tu plan nak terjah rumah makcik aku kat Ampang...nak surprisekan dia....haha~


Sekali makcik aku nan hado!! dia pi kenduri kawan dia kat Ipoh...grrrr~  tapi kazen² aku ada laa kat rumah....tapi jadi tak best sebab motif utama nak sepraiskan makcik aku!! arghh apa lahh mak onga niiii....time ni la nak pi Ipoh bagai....hahaha


So, kazen aku belanja lunch....lagipun rumah dia takde air...isu paip pecah rasanya....dorang pun tak makan dari pagi....kebulur dah...sian...ngee~


Kitorang pi @owlerycafe , kat Taman Dagang Avenue...dorang pun tak pernah pi cafe ni...so marilah cuba food kat sini....nyum nyum..


Macam² kitorang order...lapar kan...haha~  total damage RM284 gitu kot...tak ingat....thank you kakyong for the treats!! semoga makin murah rezeki kakyongggg! πŸ˜˜πŸ˜˜


Kenyang makan, pi Antah Tower lak...rumah maklong aku...kebetulan adik beradik ayah berkumpul makan² that day...senang dapat jumpa semua serentak...takyah pening nak pi rumah sensorang...haha


atok rindu nau cucu dia...mujur tak sakit jantung tengok cucu membesar dengan jayanya! πŸ˜


Lepak Antah Tower sampai lewat petang...pastu balik...capek! sebab kekenyangan...kazen aku pi buat Shell Out pulak kat rumah maklong...aku baru tau aku ada kazen chef...LAKI oke! aku pun tak reti masak gitu...huhu~


During weekdays tak banyak aktiviti boleh buat dengan adik aku....kerja kan...mak aku je amek cuti semiggu sebab nak tolong setelkan urusan adik aku....bawak dia balik Parit jumpa tokcik, bawak dia pi Melaka jumpa makcik kat sana pulak, bawak dia pi dentist cabut and operate gigi, pi jumpa orthopedic...haha  memacam lah dia buat dalam masa seminggu kat Malaysia ni kan....


Sampai lah hari terakhir, dia ajak main boling...kempunan sangat katanya...tapi tangan dia tengah tak sihat...dah kata baru jumpa Orthopedic...masa keluar malam tu pulak aku lupa bawak stokin, ayah pun sama...lagi la malas nak main...takkan nak beli stokin baru lak kan...mahal woo kalau beli kat tempat boling tu....


Udahnya aku ajak ayah pi makan je lah...kitorang pi Alamanda....sebab situ tak ramai orang dah sejak IOI City Mall dibuka....selesa sikit jalan....hehe~


Ayah ajak makan kebab...rupanya toke kebab ni jiran aku...kahkah~   tak pernah tau πŸ˜


Then singgah Aeon Big beli barang sikit untuk adik aku bawak balik sana....takde apa sangat pun dia nak bawak balik...mostly makanan je...kain baju takde kot sebab dia balik sini pun selai sepinggang je aku tengok...hahaha


Adik aku dah balik London hari Sabtu lepas...flight kul 10am...naik MAS...kebetulan pulak time dia balik memang tengah Matta Fair...return tix cuma RM2.3k sahaja....sumpah berbaloi beli tiket flight during matta fair....hehe


Jumpa lagi another 2 years sista!! missing u always! πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

May 11, 2015

And The Journey Begins ^_^

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku dah selamat pergi dan balik from London...ni kali kedua kitorang jejakkan kaki kat London....syukur syukur ya Allah kerana murahkan rezeki kami sekeluarga... :)


Trip kali ni lebih pada nak attend convocation day adik aku yang memang study masters kat sana...now continued PhD pulak....part tu aku cerita lain entry kayy....huhu~   dah alang² accomodation free sebab stay rumah adik, kitorang guna lah peluang ni untuk holiday sekali....mujur lah awal Mei memang banyak public holiday....so bantai cuti sampai 2 minggu terus...wohoaa! ^_^


Kali ni kitorang naik MAS...dan segala perbelanjaan dari tiket flight sampai lah expenses kat London semuanya SELF-SPONSORED! habis duit simpanan setahun....T_T   demimu adikku...pfftt!


Kitorang beli tiket promo....bulan 12 tahun lepas dah beli tiket flight...setiap akhir tahun MAS akan buat promo...so rerajin la jeling² website MAS...masa aku beli tu harga tiket tak sampai rm3k sorang (return)....dalam rm2.7k gitu....Zafirah punya tiket beza dalam rm300 je...dia dah toddler kannn....terbatuk nak membayo duit tiket dia...huhuhu~   time Matta Fair pun MAS ada buat promo...parents aku beli time Matta Fair bulan 2 ke bulan 3 hari tu...tak ingat pulak....dalam RM2.5k je seorang...murah oiii!


Dah setel beli tiket baru boleh fikir nak tukar duit pulak....currency masa aku tukar duit bulan lepas paling murah is 5.4....pheww~


So alkisahnya kitorang fly on 28th April, pukul 9.50am (2 weeks sebelum fly MAS hantar emel inform tukar timing)....2-3 hari sebelum dah packing² barang...Ada 4 luggage yang kitorang bawak....baju bajan 1 luggage je....lagi 3 luggage full of stok² makanan yang dipesan oleh orang sana...pfftt! Walaupun pi almost 2 weeks, kitorang memang tak bawak baju banyak...kat rumah adik ada washing machine...so boleh basuh² baju....tak pun shopping je baju baru kat sana...senang...hehe~


Pukul 8am dah terpacak depan airport...untung bawak budak....ada kaunter khas...tak payah sesak² beratur dengan passengers lain...ngeee~  pagi tu senang betul kejutkan Zafirah...sebab dah lama dia tunggu nak nek eroplen pi London, nak jumpa maksu...haha


aku suruh posing untuk tunjuk gambar kat teacher...kemain bahagia muka siap jerit, "babaiiiii teacherrrrr!!!!"  nampak nau eksaited tak payah pi skool...ceh!


kitorang naik Airbus A380 atau MH004....besar giler flight...ada 2 tingkat...kitorang duk kat lower deck sebab upper deck dah full...tak kisah duk memana pun janji dekat dengan toilet...hehe~  24 hours or 48 hours sebelum fly kena call MAS dulu untuk pilih seat supaya idak la berpecah² nanti....kitorang tak amek seat berbayar....kalau seat berbayar RM50 per head...bazirrr...pilih je seat biasa, janji dekat dengan toilet and duk sebelah² dengan family...call je hotline MAS senang....  :)


tazzabarrrr nak pi negara sejuk! :p


ecece dah tak takut naik flight...time take off dia cool je...layan kartun...huhu~


Zafirah sendiri yang cari cite kartun ni....anak millenium kekdahnya.. ^_^


Lepas sejam fly, cabin crew sediakan food....luncheon...yummeahh!


menu pertama, nasi tomato and rendang ayam...dan segala macam side dish....papa and Zafirah makan benda yang sama....Zafirah boleh habiskan sorang nasi tu...sedap sangat kot eh ayam rendang MAS?? ke lapar sangat??? lol~  :p


ouh since Zafirah dah ada seat sendiri, makanan pun ada kuota untuk dia sorang...macam tu jugak dengan luggage...kalau naik MAS, kuota luggage seorang max 30kg (2 luggage sahaja per person)...so kitorang patut boleh bawak 6 luggages with total of 90 kg...pfftt! more, dalam MAS takde food khas for kids...besar, kecik, tua, muda semua sama je menu....nasib la Zafirah ni fleksibel...makanan pedas pun dia boleh bedal....no hal~  :)


menu kedua, steam fish with white sauce and baked potatoes and sayuran....ni untuk aku....boleh pulak aku mendemam masa ni...takde selera nak makan....mood pun tarakkkk! adeyyy~  T_T


lepas makan tido! biasa tu kan...biasaaaaaaaa   :p


Perjalanan almost 14 jam....takde transit....tapi idak la mentido je selama 14 jam tu kan....tido kejap²....bila Zafirah tido, kitorang pun tido....bila dia bangun kitorang pun kenaaaaa bangun! eh papa sorang je yang bangun...aku demam kan...tak larat giler nak melayan Zafirah melasak...3 tahun lepas dia baby....senang sangat jaga time travel...now dah besar...berlari sana sini, menyanyi², kacau orang....ffuhhh pitam! tapi aku lagi suka dia melasak daripada dia jadi pasif....hehe~  :)




 kejap lari ke depan, kejap belakang...pastu tengok orang lain tengok movie apa...grrr~


flight 2 tingkat...seronok dia main turun naik tangga...korang memang boleh jenjalan turun naik tangga ni....tapi round area ekonomi seats je lahhh...tak boleh lalu business class seats or first class seats...hehe~


see mama mentido sepanjang perjalanan...hahaha  tenkiu papa tolong jagakan Zafirah...  :)


boleh sentiasa update perjalanan kita...nak tahu dah sampai mana...lama wooo 14 jam duk dalam flight...huhu


dalam 2 jam sebelum mendarat ada lagi meal dorang sediakan....nasi with daging masak kicap and spaghetti ayam....aku amek nasi sebab lunch sebelum tu tak makan nasi...lapar pulak...Zafirah aku amek kan spaghetti...sekali dia tak makan pun! bazir tau...hehh~


In between meals tu ada la dorang bagi snacks, air....if nak tambah air ke apa² boleh mintak je kat cabin crew...tapi masa ni cabin crew bertugas tak best! kerek je...aku tekan button panggil dorang pun takde yang attend...dak encem yang kena pi belakang (pantry dorang) request for air...haiyaa~   nasib aku tengah demam tak kose nak membebel...hehh~


Akhirnya....lepas 14 jam atas flight...kematu montot....sakit² badan aku....bila mendemam memang badan akan rasa sakit², sengal² sendi....mengharapkan ihsan suami tolong urut je...ngeh²~


adik sambut kitorang kat pintu keluar....missed u a lot sista!!! muahciked!


Sesungguhnya cuaca time ni ialah 12 celcius....sejukkkkkkkkkkk!!! ai is tak tahan!! kena pakai jaket teballlll   T_T


dari airport pi rumah adik naik train je...kat London jangan risau pasal transport....tetibe je rasa muda remaja duk sana...ekceli bukan senang lah nak naik public transport dengan anak kecik....sebab bukan semua station ada lift or escalators...kadang kena turun naik tangga....tapi fun and less penat sebab cuaca kat sana sejuk....so takde adegan ketiak basah...lols~  :p


♥ ♥ ♥


adik dah tolong belikan sesiap oyster card...kalau duk lama kat sana better beli oyster card...macam kad touch & go...boleh topap²...more convenience untuk travel dengan public transport...bukan naik train je, naik bas pun boleh pakai oyster card! then bila nak balik Malaysia, return je balik Oyster card ni kat kedai yang ko beli and amek balik deposit yang dah bayar awal²...aa part beli² oyster card aku tak paham sangat...soriii! :p


masa ni mata aku dah tak tertahan nak tutup....ikutkan kat Malaysia time ni pukul 12am...memang waktu tido oiii....ini kot yang dinamakan jet lag?? haha~


Zafirah pun merah² mata tahan mengantuk...tapi dia eksaited jumpa maksuuuu...huhu  sabo ye nakk...sampai rumah maksu kita tidoooo...  :)


dari airport stop kat Hammersmith Station....naik bas nombor 266 pulak to Third Avenue...then jalan kaki sikit baru sampai rumah adik...


ouh tiba² rasa bangga tengok kereta Satria GTI ada kat London...wohoaa!


Sampai je rumah terus suruh adik pasang heater sebab tak tahan sangat sejuk...eh dalam rumah dia pun sejuk gila okeh!! kalah sejuk kat Genting...tu dalam rumah tuuuuu!! argh! adik cakap dorang memang jarang pasang heater sebab bil heater mahal gilerr....pastu slamber aku cakap nanti mintak duit bil bulan ni kat mak....kahkah~   serius tak tahan oii sejukkk!! dah la tengah mendemam....eh orang tak demam pun mengigil² apa lagi aku yang memang sedia tak sihat kannn....


Lepas solat Zuhur + asar memasing pengsannnnnnn! pastu pukul 3am terjaga sebab Zafirah memberak....adoii


k tu je nak cerita....till next entry...tata! (^^,)



************************************************************************************


IKLAN


Free gift terbaru: MAKE UP BAG!!
limited stok!
wassap segera untuk pembelian! 
harga kasih sayang untuk korang  :)


SKINBAR...RM39 sahajaaaaaa  (tak termasuk postage)




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015