Jan 21, 2015

Legoland Malaysia Water Park | Percutian ke Legoland Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


credit gambar to FF....sebahagian team KBBA yang kebetulan turun water park serentak...haha~  memasing dah check in hotel masa ni...ada yang bertukaran baju mandi...tak sabarnyewww!! >_<


Kitorang turun dah agak lewat...check-in hotel pukul 4pm...kengkonon masuk bilik letak beg, tukar selipar terus turun bawah....TAKDE MAKNANYA!! dah masuk bilik hotel tu mestilah nak lompat², landing atas katil empuk dulu...snap² gambar bagai...teruja lah kan first timer sampai Legoland...tengok deko gempak nak mamps...jakun lah sikit semua nak tengok, semua nak diusik, nak dibelek²....hahahaha~   pastu membuang apa² yang patut, solat bagai....pukul 5pm gitu baru turun pi water park...pfftt!


Operation time untuk Water Park dari pukul 10am-6pm sahaja!! sampai depan pintu Water Park dah pukul 5.30pm gitu...ohoiii setengah jam je nak menggeletis dalam air...grrr~  so untuk korang yang plan nak bercuti ke Legoland, plisssss jangan habiskan masa sehari je untuk masuk both theme park and water park!! tak puasssss ai tell yuuuu!! macam aku pernah mentioned sebelum ni, untuk theme park kena habiskan masa sehari, water park punnnn sehariannnnn...percayalah! :)


Ikutkan bebudak baya Zafirah (toddler) kena cas RM10...tapi sebab lagi setengah jam je nak tutup, staff situ kasi lepassss je...mekasehhh jimatkan RM10 kami....hewhew~   Zafirah nampak air dari jauh dah jerit², "mamaaaaa nak mandiiii situuuuuu....nak mandi kolammmm...nak mandi swimmingggggg..."


muka bahagia impian tercapai! ^_^


cetek je pool ni...paras pinggang Zafirah je... :)


ada banyak seksyen dalam ni...dalam 30 minit nak habis kan semua seksyen memang tak sempat lerrrr...T__T


ingat nak main slides ni....tapi Zafirah kan bangsa penggayat...menjerit dia bila aku nak langkah masuk kawasan ni...grrr~ 


ouh life vest tu memang disediakan dalam ni....dorang duk longgok² pepandai la korang pilih saiz untuk anak korang...ramai je staff² (lifeguard) jaga kawasan ni...nak mintak tolong pape, tanya soklan ke jumpa je staff² yang bertugas...dorang okayy punya...  :)


papa duk layan slide tinggiiiiii...masa ni aku duk layan Zafirah berendam kat Built-A-Raft River (refer gambar bawah sekali)....aku ajar dia duk atas pelampung...pastu ajar dia berenang dengan life vest...kikiki  seronok budak tu main air! mama lerrr sakit kaki kena bawak dia berjalan dalam kolam, nak pegang dia lagi takut tenggelam...balik hotel papa ler jadi mangsa tolong picit kaki...ffuhh~  tenkiu papa! ♥♥♥



papa and Daus...kemain korang ye...bini tinggal kat bawah layan anak²...ceh! :p


Next berendam dalam wave pool....pool ni siap ada ombak² macam mandi laut klorin...hahaha~


tepat pukul 6pm bunyi wisel and ombak pun dorang off menandakan kawasan dah diTUTUP!! T__T


gambar kenangan masuk Water Park...sian Zafirah sedeyy nak kena balik...huhu~  kita sambung mandi manda kat hotel pulak lahhh...


Bawah ni gambar² yang aku amek kat website Legoland Malaysia...

Built-A-Raft River...ni lah yang aku duk main berdua dengan Zafirah sementara papa naik slides tinggiiii tuu...syok woooo  :)


Imagination Station


Joker Soaker


LEGO Wave Pool


Brick Blaster


Splash N Swirl


Wave Rider


Tidal Tube


DUPLO Splash Safari


Red Rush


Twin Chasers


LEGO Slide Racers


Tempting takkkk???? apa lagi korangggg...jommmm lah rancang percutian 2015 pi Legoland!!! ^__^


intan payung terlebih manja! balik hotel, lepas mandi manda dia mentido kat katil dia sendiri...keletihan punya pasal tak sedar dia tertido sendiri...bayangkan seharian duk main kat theme park, water park...pastu dalam pukul 9pm gitu aku kejutkan dia sebab nak melepak dengan KBBA...bila balik hotel balik dia takmo dah tido kat katil sendiri...terkebil² mata tenung gambar² kat dinding lahhh, lampu lahhh...grrr jom la tido dengan mama!! saja Zafirah ni tauuu...


Tu je lah kisah percutian singkat kami di Legoland yang korang perlu tahuuuu...haha~  ada lagi entry² Legoland lain akan menyusul...kata nak buat 13 entry kannn?? eh hari tu bukan cakap 10 entry je ke?? UP lagi 3 entry baru?? pheww *check album ada lagi ke gambar nak dihaplod...kahkah*


Buat masa ni aku setelkan yang penting² dulu...ecehh penting lah sangat! ehhh ramai kot terjebak baca entry aku...ramai² bukak 'tabung khas' untuk bercuti ke Legoland! haaa aku pun bakal buat tabung Legoland jugak! mesti mau repeat!! tunggu Zafirah 4 tahun ke...banyak sikit benda dia boleh main...ngee~


Till next entry... (^^,)



**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥




Terima kasih sudi membaca!

Jan 20, 2015

Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


Masih lagi dalam Theme Park...bila korang datang sini, WAJIB terjah Star Wars Miniland okeh!! kira dah alang² datang rugi woo tak terjah sini.... :)


Kalau entry Part 1 aku cerita pasal miniland bentuk bangunan kat KL, Putrajaya etc etc...yang ni Miniland khas pasal Star Wars sahaja! wohoaa! peminat Star Wars kompem teruja!


Beberapa fakta menarik mengenai Star Wars Miniland (copied dari Lan lagi...weee):

- Lebih 1.5 juta brick lego digunakan untuk membina 1,122 model dalam miniland Star Wars...Wow!!

- Objek kenderaan terbesar dalam miniland ni adalah Clone Turbo Tank yang korang boleh tengok di scene Episod III : Revenge of the Sith... ia dibina dari 10,180 brick lego dan seberat 44kg... mengambil masa selama 350 jam untuk membina objek ini sahaja!!!! Perghhhh....

- The most challenging model untuk dibina dalam miniland ni adalah Millennium Falcon yang terdapat dalam scene Episod IV: A New Hope... ia dibina oleh 15,000 brick lego yang mengambil masa 143 jam...

- Objek terbesar dalam miniland ni terdapat di scene Star Wars: The Clone Wars iaitu Crystall Building yang seberat 120kg dan dibuat dari 45,000 brick lego...

- Objek terkecik dalam miniland ni adalah Yoda yang dibuat dari 30 ketul brick lego sahaja...


That awkward posed...mesti korang pun pernah alaminya... (-_-")


Aku masuk sensorang dengan apis and family...Zafirah dah trauma tahap apa tah dia nampak ada patung² bertopeng terus ajak pi tempat lain....melalak² dia takmo masuk dalam! haihh   papa ler kena pujuk dia...aku nak masuk jugak! nak jugak tengok ada apa kat dalam tu....nak jugak merasa dunia Star Wars...giteww~  :p


Dalam ni ada banyakkkkkkkkkk bilik! bilik pertama ko akan dipertontonkan dengan short series kartun Lego Star Wars...comelsssss!!! rasa nak tampar² kartun dalam tu...hahahaha~  eh tak seram pun...ganas pun tarakkk! kelakar and cute je jalan cerita dia....rugi tau Zafirah tak join....huhu~


Habis short filem kita masuk bilik² pameran Star Wars...setiap bilik berlainan scene...total ade 7 episod yang diorang pamerkan kat situ...yang mana follow episod² Lego Star Wars mungkin akan lebih faham... kagum gila tengok hasil seni Lego dalam setiap bilik ni....serius! jom cekidaut!


Setiap bilik akan ada info board macam ni....yang mana tak faham tu boleh baca je info yang ditulis...mesti lebih seronok tengok setiap model yang dipamerkan! setiap model ada penceritaan tersendiri... :)



















oke tu je gambar yang aku boleh share dengan korang...nak lebih² sila pi sendiri Legoland dan alami sendiri! woohoaaa!! ^_^


ouh ada jugak souvenir shop kat hujung bilik pameran...semua barangan Star Wars...aku tak singgah pun souvenir's shop...dah kata masuk sensorang...Zafirah and papa duk tunggu kat luar...tu pun papa dah bising, "lamanyaaaa ada apa kat dalam??"  ehh nak tau kena la masuk sendiri...hahaha~  :p


oke pasni cerita water park pulak...insyaAllah...stay tune! (^^,)


**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥




Terima kasih sudi membaca!

Jan 19, 2015

Legoland Malaysia Theme Park (Part 2) | Percutian ke Legoland Bersama Kelab Blogger Ben Ashaari

Entry berkaitan:
Review Legoland Hotel
Legoland Malaysia Theme Park (Part 1)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 2)
Legoland Malaysia Theme Park (Part 3) | Star Wars Miniland
Legoland Malaysia Water Park
Swimming at Legoland Hotel
Harga Tiket Legoland


Assalamualaikum...


oke sambung lagi entry Theme Park...pheww~   ekceli dalam ni banyak jugak ride yang Zafirah boleh naik...sebab rata² ikut ketinggian...dorang tak strict sangat pun....kalau korang konfiden anak korang boleh naik, bawak je la naik ride yang ada...takde la extreme mana pun....korang as parents yang faham kemampuan anak memasing...sooo kalau konfiden, bagi je dia naik...ofkos korang kena join naik sekali lahh...kalau tak konfiden, tengok je lahh orang lain naik...gituu... :)


First ride yang Zafirah naik dalam Theme Park...dari jauh lagi dia dah tunjuk, "mama!! aimy nak nek eroplennn!!!"


Memula cuak jugak nak bawak dia...sebab benda ni berpusing agak laju...pastu kita boleh kontrol nak tinggi rendah...masa beratur banyak kali aku pesan, 

"aimy tak takut kan??"
"aimy takmo nangis!"
"aimy dah besar...takmo nangis tauu!"

ulang² ayat tu sampai berapa puluh kali tah...nak bagi dia hadam! hahaha~  yelaa kan buatnya tengah berpusing tu dia melalak nak turun...naya oii!! T__T


tak nampak ketakutan di situ...yeyyy!! Zafirah berjaya naik first ever ride dalam theme park Legoland!!! weehuuu! (♥_♥)


dengar macam mama je eksaited kan?? haha  percayalah aku bising² tu pun sebab nak psiko Zafirah supaya tak takut! setiap kali lalu depan papa aku jerit menunjukkan ride ni seronok sangat! psikologi aku berjaya! berjaya yang tahap dia nak ulang naik lagi sekali...tapi aku malas nak beratur....hahaha  sori Zafirah! :p


Next ride kita main tembak²...tak ingat aku apa nama ride ni...huhu~


Sebijikkkkk macam ride yang aku naik kat Movie World, golkos...dalam entry movie world pun banyak kali aku duk buat ayat, "kalau bawak Zafirah ni syok ni..."  haa sekarang memang dreams came true!!! bebetul aku hangkut Zafirah naik ride tembak²!! weeeeeeeeeeeeee~  ^_______^


Sepanjang dalam ride dia diammmm je...agak gelap dalam tu...tapi mulut aku macam biasa la pot pet pot pet bagi suasana terlebih meriah and less seram...hahaha


"u nampak tak lengan i macam sado dalam gambar ni??"

"i tak tengok pun lengan u..."

kahkah..stress pakcik tu dengar jawapan gitu  :p


Elok je keluar daripada tempat ni Zafirah nangis...!

"aimy takottttttt!!!"  (-_-")


oke move on to next ride pulak....ride ni pun aku duk ngidam nak bagi Zafirah naik daripada golkos lagi...hahaha~


dia macam solero shot kat genting tuuuu...tapi ni versi bebudak...ekceli ketinggian Zafirah tak lepas sikitttttt je...tapi kitorang konfiden bawak masuk jugak....bagi dia experience! huhu~


ecece kemain senyum muncung²...dia tak tahu apa yang bakal dia lalui...muahahaha!


time kat atas oke lagi...time benda tu turun....haaaa mula dahhh drama!!! gayat punya pasal!! papa pulak tak reti nak positif kan Zafirah...dia pegang tangan Zafirah gitu² je...orang peluk lerrr anak tuuu bagi dia selesa...ayoyoyo! (-_-")


bila benda tu berhenti je terus Zafirah bangun panjat kerusi nak keluar T__T


So kalau anak korang penggayat toksah la gatal bawak naik benda ni...stress je kang! huhuhu~  sampai sekarang terngiang² Zafirah duk panjat keluar kerusi...pastu aku blur tak tahu nak amek dia macam mana....kadang² bila dah panik otak boleh jadi blur okeh!! T__T   eh jangan salah faham tau...! Zafirah keluar kerusi masa benda tu berhenti kat bawah...bukan time kat atas tu dia panjat...huii kalau gitu lama dah aku pengsan!


More, banyak kelebihan datang tempat gini dengan kawan²...the more the merrier...haha~  bila jadi kes² gini ada kawan boleh tolong...mekaseh apis tolong dukung Zafirah hari tu...hikss~  :')


Jom jalan tempat lain pulak...syukur Zafirah bangsa senangggggg nak pujuk...alihkan perhatian ke tempat lain yang lebih menarik sure dia okayyy...  ♥♥♥


ada bunyi² muzik kat sini....suka Zafirah dengar....

"aimy tak nampak muzik ponn..."

"mama pun tak nampak muzik...kita dengar je kayy..."


tengah round² terserempak pulak dengan team KBBA yang lain...total ahli KBBA yang datang Legoland dalam 16 orang...termasuk family memasing lagi....lebih 20 orang kot? meriah wooo....tapi ada yang sampai awal, ada sampai lambat...yang sampai awal dapat lah masuk Theme Park awal...tak kose nak tunggu yang lambat tu...rugiiiii!! :p


Dalam kawasan ni ada satu je ride yang boleh bawak Zafirah...ride lain semua tak lepas syarat! hehhh~   nama ride ni Observation Tower...cekidaut!


budak gayat! peluk mama kuat²...ni mesti kes trauma sebab naik solero shot tadi kan?? hahaha~  adoyaii~



alaaa macam naik menara Taming Sari kat Melaka tu jee...kahkah~  dari atas dapat la ko view keseluruhan Legoland... ^_^


Dah letih round jom lah cari tempat makan pulak...lapaq!


tak masuk pun sini...baca entry Lan dia cakap tempat ni untuk bebudak besar je...macam sekolah rendah kot...entah laa...


Kitorang lunch kat cafe depan Albert Enstein ni haa...mujur lah dapat baucer untuk makan RM65...boleh makan puas²...kalau takde baucer mesti beli 1 meal je pastu share²...harga mencekik oke! huhu~


Habis makan sambung round theme park...panas terik toksah cakap laa...lemau badan...nak jalan pun lembikkkk je...tapi gigih jugak jalan! rugi oii dah alang² sampai takkan nak melanguk je kan? huhu~


ride yang ala ala extreme...hahaha~  tak sangka ada jugak roller coaster dalam ni...ada dua roller coaster...dua² tak berapa nak extreme...serius! budak sekolah rendah relekkkk je naik! :p


part ni je yang extreme sikit...sikitttt jeee...aku siap boleh angkat tangan tu kira tak extreme ler tuuu....hahaha~


roller coaster yang lagi satu tak sempat naik... T_T


kanak² riang... :p


Korang mesti heran kan apesal aku ni kejap pakai jeans, kejap seluar gelap pulak...papa pun sama...Zafirah tu sejak bila pulak tukar baju mandi?? haha~   ekceli bila jam dah pukul 4pm kitorang decide untuk check-in hotel...lepas check-in, berendam dalam Water Park dulu....berendammmm sampai water park tutup pukul 6pm, kitorang masuk balik Theme Park...sebab theme park tutup pukul 7pm...haruslah gunakan masa sehabis baik! bukan senang nak sampai sini wooo...kehkeh~


Dah la lupa bawak turun towel...dengan baju basah² selamba masuk theme park, naik mana² ride yang tak sempat naik sebelum tu...daripada baju lenjun sampai kering dengan sendirinya dalam Theme Park tu...beheheee~


habis dah adventure dalam Theme Park  T__T


oke sampai sini dulu untuk Part 2...tunggu part 3 pulak ehh...stay tune! (^^,)



**********************************************************************************************


IKLAN:


CANTIK > SIHAT > KURUS = EPHYRA!


jom order laju²! harga kasih sayang untuk korang! lebih murah dari harga pasaran ye! and ouh aku jual Ephyra original....bukan fake tauu...thanks korang! ♥ ♥ ♥




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015