Showing posts with label Solid Food. Show all posts
Showing posts with label Solid Food. Show all posts

Dec 27, 2018

Cara Bawa Baby Food Semasa Travel

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan *ecece*, aku nak share cara aku bawak food untuk adik baby masa travel ke Bangkok. Mungkin lain orang lain cara nak handle and prepare baby food. Aku share ni pun sekadar memberi idea kat korang yang nak travel dengan baby, InsyaAllah.


 Aku bawak food yang dah siap frozen. Memang kat rumah pun aku biasa buat frozen food untuk baby. Masak bubur, sayur, lauk², then letak dalam ice cube and frozen kan. Bila² nak guna just ambil 2-3 cube and panas kan. Bagi aku cara ni memudahkan kerja² harian aku. Lagipun baby makan dalam kuantiti yang sangat sikit! Dalam 2oz gitu jee. Bazir pulak masa aku nak masak takat 2oz bubur + lauk setiap hari. Bukan hilang zat pun kalau makanan tu masuk freezer.


Well, depends masing². Ini cara aku.✌


Untuk bawa food ke Bangkok hari tu, aku prepare ngam² portion untuk 4 hari. Waktu lunch je aku bagi adik baby makan bubur. Breakfast aku bagi roti or buah² kat cafe hotel, dinner pulak susu je. Zafri tu baru 7 bulan wakk. Main food dia masih lagi SUSU. Bubur, puree semua ni just tambahan je. So takde la aku strict sangat bagi makan bubur sampai 3x sehari. Asal dia kenyang sudah.


 Simpan stok frozen bubur dalam cooler bag. Letak ice pack sekali bagi tahan. Perjalanan dari KL-Bangkok dalam 2 jam gitu je. Aku letak 1 ice pack ni pun dah cukup tahan.


Sampai hotel, terus masuk dalam fridge. Setengah hotel ada bahagian freezer, setengah takde. Macam Centara Watergate hotel ni, takde freezer. Pasrah je lahh letak dalam chiller.


To my surprise, tahan oke! Bubur cube aku tak cair langsung!! yahoo! 😍


 Aku panaskan cube bubur dalam warmer Autumnz ni. Beli dari zaman Zafirah baby lagi. Dah 6 tahun umur warmer ni. Tulisan pun dah hilang² haa. Penutup bekas tu memang hilang. kahh! Lepas panaskan bubur aku transfer ler dalam bekas lain.


Zafran dulu tak pernah guna pulak warmer ni. Sebab tak berjalan sangat. hahaha~  Syukur lah aku tak buang lagi. Elok simpan dalam KC mak aku. Mujur jugak aku ingat benda ni masih wujud and bila selongkar KC terus jumpa! Kalau tak, haru jugak nak mencari satu rumah sebab asalnya tak ingat aku simpan mana. LOL~


Plan B, kalau aku tak jumpa warmer ni, memang aku tak bawak apa pun food untuk adik baby. kahkah~ *jangan contohi aku*


Ni gambar masa hari terakhir di Bangkok. Elok lagi cube bubur tu kan? Walaupun tak beku, tapi sebab simpan dalam fridge memang tahan wakk. Tak basi pun. huhu~


Atau cara lain korang boleh buat, beli porridge cooker saiz 1L ke bawah, masak panas bubur tu kat hotel. Tapi kena bawak bahan mentah siap² lah (beras, ikan bilis, sayur etc). Simpan dalam zip lock plastic siap² untuk portion sekali masak. Korang boleh Google je cara packaging bahan mentah while travel. Ramai dah share. Kalau travel more than 3 jam and nak duduk lama (lebih seminggu) memang aku prefer cara ni. Takat duduk 3-4 hari, perjalanan pun tak jauh mana, aku lagi suka bawak yang frozen, tinggal panaskan aje. gituu~


Ni salah satu contoh porridge cooker. Aku beli kat Shopee RM50 gitu. Saiz 0.7L. Kecik comel memang senang nak angkut masuk luggage. Sekali masak boleh la simpan stok untuk 3-4 hari. Boleh masak bubur, sup and panaskan makanan. Cuma gunakan air je untuk masak macam steamer la konsep dia. Ada timer, so tak perlu risau hangit ke apa. Eh try lah beli baru tau baloi ke idak. hahaha~


K sekian sharing tak seberapa dari aku, mak anak tiga. Masih belajar lagi untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah.


Semoga bermanfaat!





Terima kasih sudi membaca!

Jan 28, 2013

Resipi Butter Porridge untuk Baby

Assalamualikum...

hari ni aku nak share resipi Butter Poridge yang aku selalu buat untuk Zafirah...
sampai dah jadi feveret Zafirah pun...
sebab selalu sangat buat...kikiki~
oh bukan sebab aku malas atau takde idea nak masak apa...
kan aku dah pernah cakap,
Zafirah suka makan bubur nasi je...
benda² lain dia tak suka...  :)

Macam biasa lah, idea asal resipi ni aku amek dari Blog Saya Hot...
ku ubah sikit² ikut selera aku dan Zafirah...
err kenapa kena ikut selera aku??
bukan aku yang makan....haha~
tapi aku yang memasak...
so biar la nak ikut selera aku pon!
takde beza pun selera aku dengan selera Zafirah  :')

oke jom cekidaut bahan² dan cara² membuatnya~



Bahan-bahan (guna satu pot beras):
1) 3 ketul ayam
2) sebatang carrot
3) setengah jambak broccoli *jambak??*
4) 2 ulas bawang putih
5) sebiji bawang merah
6) seulas labu  *seulas??err*
7) sebiji kentang saiz sederhana (lupa nak masukkan dalam gambar..kui³)


8) 1 sudu besar Unsalted Butter jenama Anchor untuk menumis


9) sedikit minyak zaitun...


Cara² membuatnya:
1) mula² panaskan periuk
2) masukkan unsalted butter...diikuti minyak zaitun
3) tunggu sehingga minyak / butter betul² panas
4) campakkan bawang² putih dan bawang merah


5) tumis sampai naik bau


6) masukkan ayam


7) agak² ayam dah masak sikit, masukkan segala sayur mayur
8) tuangkan sedikit air untuk merebus segala sayur² dan hayam²


9) sementara tunggu sayur jadi lembut dan ayam masak, dalam periuk lain, masaklah 1 pot nasi...jangan lupa lebihkan air ye...


10) bila sayur mayur, ayam² dah masak, blend lah mereka halus²....ayam tu korang amek isi je la...jangan lerr pi blend tulang temulang sekalik...ayakk! aku blend gitu² je sebab Zafirah dah boleh mengunyah....jadi tekstur makanan adalah bergantung kepada anak memasing ye  :)

11) ekceli lepas step ni korang dah boleh hidang kat anak²...yang di blend ni jadikan lauk, makan la sekali dengan nasi...tapi Zafirah tak suka makan cara gitu...


12) so aku campurkan sekali sayur mayur dan ayam yang diblend tadi ke dalam nasi yang sedang dimasak...ekceli nasi tu dah masak pun...aku campur je balik dengan sayur mayur tadi...gaul² dan biar sampai agak kering...tapi jangan kering sangat...agak² je....jangan lupa sentiasa gaul kasi nasi tu jadi lumat....


13) dah siap!! nampak tak tekstur nasi dan sayur mayur tadi tak berapa nak hancur sangat?? 

Masa Zafirah takde gigi, aku masak je nasi sekali dengan sayur mayur, ayam/daging/ikan, then blend je semua sekali...tapi sejak dia dah pandai mengunyah aku masak asing² nasi dan lauk²....makanan yang senang dilenyek aku takkan blend...contoh labu, carrot....tapi makanan yang tak boleh dilenyek macam broccoli,  isi ayam, bawang² segala tuh aku masak asing, then blend...lepas blend baru dicampur dengan bubur nasi...

Jadi, cara masakan ni ikut pada tekak anak memasing lah ye....

Selamat mencuba! (^^,)


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 23, 2013

Snek...Epal Kukus


aummmm!! nyam nyam~
feveret snek Zafirah masa kini...
EPAL KUKUS! yeyy!
mahap lah gambar selekeh sikit...
sebelah tangan snap gambar, sebelah tangan lagi duk suap makanan Zafirah...
tak fokus sangat...kikiki~

nak resipi?? haha~
kacang putih je nak buat epal kukus...  :)
tapi....
ai nak share jugak lahh!
sharing is SEXY! ^___^


 bahan² yang diperlukan dah tentulah EPAL! hahaha~
sekali buat aku guna 2 bijik terus...
sehari je boleh habis 2 biji epal...pfftt~
aku pun tak tahu la mana Zafirah sorok makanan yang disumbat banyak² dalam mulot dia tu... -.-'

oke lepas tu kan korang potong la kecik² epal ni...
potong dadu bak kata chef²...
sekecik² dadu lah kan...
senang nak ngappp! :)


lepas tu kukus selama 30 minit...
atau sehingga buah jadi lembut...


setiap hari aku bekalkan epal kukus untuk Zafirah makan petang²...
atau bila² dia rasa nak mengunyah...haha~
kalau pi jalan² pun aku bawak je bekal epal kukus...
lajuuuu dia makan!
baby yang takde gigi pun boleh bagi epal kukus...
make sure kukus sampai buah betul² lembut...
kalau dorang taknak kunyah pun takpe...
sebab epal tu memang dah sangat lembut...
hisap² pun dah boleh hancur...giteww~  :)


Selamat mencuba! (^^,)






p/s: Zafirah tak suka makan epal mentah yang masih keras...sebab tu aku kukus kasi tekstur buah jadi lembut...  :)

p/s:  esok cuti...meleret sampai senin...yeyyy! boleh main gomol² dengan Zafirah and papa...eh! O_o'



Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 16, 2013

Resipi Fruity Oat Baby

Entry khas untuk dak encem...
sebab??
hari ni aku kena pi outstation ke Perak...
stay sana 2 hari 1 malam...
esok baru balik...
tapi sampai rumah mungkin lewat petang atau malam...
makanya dak encem lah yang kena ambil alih tugas menjaga Zafirah...
dak encem lah yang kena sediakan makan minum Zafirah,
stok² susu, untuk dihantar ke babysitter...
patutnya aku kena stay kat site 3 hari 2 malam...
sebab ada inspection siang dan malam....
tapi............
ai kan anak bos...
bos nak balik awal...
so ai follow bos je lerrr....ekekekeke~  #untungla  *lalalala*  :p

Risau gak aku nak tinggalkan Zafirah dengan papa...
aku tak yakin sebenarnya papa jaga Zafirah...wakakaka~  *keji*
nasib baikkkkkkkkkkkkk rumah MIL dekat!
selalunya bila aku outstation dak encem mesti tido rumah mak dia...
so mesti la kena angkut Zafirah sekali kan?
takkan nak pisah²kan pulak bapak dengan anak....hihi~

so papa! please......hafal entry ni....
sok pagi u yang kena prepare breakfast Zafirah!
jangan la duk harapkan mak...
sian mak~   :)


haa ni aku berjaya snap gambar packaging oat yang aku guna....blend siap-siap oat tu sampai jadi tepung.... :)


buah-buahan yang ada kat rumah tu...oh Zafirah suka sangat makan mangga...mama pun suka makan mangga...orang cakap selera anak tak jauh beza dengan selera mamanya....Alhamdulillah....senang kerja aku memasak! hihi~  :)


masukkan 2 sudu oat, buah-buahan secukup rasa (dipotong kecil²) dan sedikit air ke dalam periuk...air jangan letak banyak sangat....letak suku cawan je...letak banyak² kang jadi oat banjir lak...haha~  :p

masak dalam 5 minit atau sehingga buah-buahan jadi hancur...kalau nak cepat masak guna buah yang senang hancur macam mangga, pisang, pic etc...guna api kecil je ye! sentiasa kacau bahan² dalam periuk...kasi sebati kemanisan buah dengan oat...giteww~


bila dah masak, campurkan  1-2 sudu yougurt....taknak letak yourgurt pun takpe...  :)

tapi untuk Zafirah, macam biasa kena letak dalam thermos...sebab nak hantar ke babysitter...




good luck papa! ^__^







p/s:  setengah budak, prot dorang tak tahan makan mangga pepagi...sebab tu aku campur dengan oat...bukan lah bagi mangga semata...so far prot Zafirah tahan je makan mangga ke, limau/oren ke segala buah² yang berasid tu...ikut genetik mama kut....prot raksasa...kahkahkah~  :p


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 11, 2013

Breakfast Fruity Oat with Yourgurt untuk Zafirah

Idea asal aku amek dari Blog Saya Hot...
aku alter sikit ikut selera Zafirah...
tak susah pun resipi ni...
boleh buat sambil pejam sebelah mata...
kalau pejam dua² belah mata memang kompem takkan siap la breakfast anak uols...muahahaha~

oke jom cekidaut bahan² yang diperlukan...


bahan utama dah tentulah OAT....aku guna rolled oat jenama Anzen, packaging biru....agak susah nak cari jenama tu...sori la aku dah buang pulak peket oat tu so tak boleh nak snap gambar....kalau korang perasan oat aku tu macam susu tepung je kan?? hihi...aku blend siap² sebab Zafirah tak boleh nak makan lagi texture kasar² ni walaupun dah ada 6 batang gigi....aku risau dia susah nak telan and perut dia susah nak hadam...haaa mama nya yang riso lebeyyy! kekeke~  :p


watak seterusnya ialah buah epal bersaiz kecil...nak guna buah lain pun boleh....nak campur² buah pun boleh....terpulangggggg! ^_^


yougurt...yang ni optional....watak tambahan je ni....taknak letak pun boleh....  :)


Cara-cara membuatnya:


- letak 2 sudu oat dalam satu bekas
- campurkan dengan air yang panas mendidih....setengah orang prefer masak dulu oat atas api...terpulang lah cara memasing....


- campurkan buah epal dengan oat tadi
- then kukus selama 30 minit....atau sehingga texture buah epal menjadi sangat lembut....
- aku sangat suka guna pengukus...tak tahu lah kenapa... aku rasa berkukus ni sangat ohsem! hihi~

"kalau takde pengukus??"

oke alternatif lain, korang rebus je la oat dengan buah² tu dalam periuk...settle! :)


bila buah dah lembut, lenyek²kan....lenyek gitu² je...texture buah memang dah jadi sangat lembut lepas dikukus...baby nak kunyah guna gusi pun boleh ...dun worry!  :)


campurkan 1 sudu yourgurt...gaul²kan hingga sebati...dan tersedialah untuk di ngappp oleh si comel anda...ecehh~


aku masukkan dalam thermos untuk bagi ke babysitter Zafirah...thermos jenama Gourmet yang mahal mencekik tapi hanya boleh digunakan di Malaysia...grrr! aku beli ni pun semata² nak pi London hari tu...tapi tak berkesan pon!! tak sampai 5 minit makanan dalam tu dah sejuk! grr grrrr~  -.-

kalau ikut pada kotak, thermos ni boleh kekalkan haba makanan sehingga 6-7 jam gitu...untuk breakfast Zafirah memang lepas masak je, panas² tu aku masukkan dalam thermos...bila² dia nak makan tak perlu risau makanan dah sejuk ke hape...giteww~  :)

oh Fruity Oat ni boleh diberi kepada baby berusia 7 bulan ke atas...kalau anak uols takde gigi, pastikan oat tu uols blend hancur², buah² tu pun kasi lenyek hancur²....

Selamat mencuba!! ^__^



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jan 9, 2013

Stok Makanan Untuk Zafirah

susah tau nak snap gambar gigi rabbit tu...hikss~

Ada yang ingat aku ni supermom yang super duper rajin duk masak hari² untuk Zafirah...kekeke~ *vangga jap!*  hakikatnya aku hanyalah seorang mama yang biasa² je...yang cuma memasak untuk anaknya seminggu sekali...sobsob~  aku tahu ramai je mommies yang berkerjaya mampu jalankan segala kerja² rumah terutamanya memasak di waktu pagi sebelum bertolak pi keje...wuii tabik spring pada mommies² yang berkenaan...sesungguhnya aku tak mampu nak bangun sesubuh buta, lalu bersilat pung pang pung pang kat dapur sediakan breakfast dan lunch untuk anak dan suami...hahaha~

Buat masa ni aku cuma mampu sediakan fresh breakfast untuk Zafirah...aku buat oat + buah²an...nak resipi?? nanti aku share ye...tak sempat nak snap² gambar lagi...hihi~

Untuk lunch Zafirah aku akan buat bubur nasi...aku akan masak banyak²...bila dah masak simpan dalam ice cube, then letak dalam freezer....macam ni~



bekas ice cube ni aku beli kat Daiso RM5 sajok! sekali dengan penutup tau...kalau takde penutup kang tercemar lak makanan anak...giteww~  alaa konsepnya sama la macam buat puree buah tu kan ramai je guna ice cube gini...bezanya aku bukan buat puree, tapi letak bubur nasi dalam tu...paham? tak paham tanya   (^^,)

Biasanya aku akan sediakan 5 cube bubur untuk dihantar ke babysitter (bs)...kalau cube besar aku cuma letak 2 cube je lah.... de-frozekan bubur ni sama je macam de-froze stok susu (EBM)... korang boleh refer entry 'Cara Panaskan Susu Ibu yang Beku'....kalau nak guna keesokan harinya, malam sebelum tu korang dah boleh turunkan berapa cube bubur yang korang nak ke peti ais belah bawah...by the time baby nak makan, bs just panaskan je guna warmer, kukus or panaskan dalam periuk....bs aku ni panaskan bubur Zafirah dalam periuk je...kalau kat rumah, aku lebih suka guna pengukus...nak guna warmer pun boleh, cuma makan masa lama....aku malas nak tunggu....hihi~

Lagi satu kalau bubur dah dipanaskan, toksah lerr duk masukkan balik dalam peti ais...hilang zat makanan tu nanti....aku biasa kalau Zafirah tak habis makan aku je tolong perabih....hahahahaha~  tapi tak pernah lak dia tak habis makan...huhu~ :)




ni satu lagi patern ice cube yang aku beli kat Daiso...aku tengok yang kedai² baby jual, yang ada macam² kaler tu kemain mahal harganya...aku ni kalau benda² remeh gini tak kose nak membazir duit sangat...selagi boleh jimat kita jimatttttt....itu prinsip hidup aku lah...setelah berkahwin dengan dak encem yang super duper jimat tu....hahaha~  *larikkkkk*

So....ni lah caranya aku sediakan bekalan makan tengah hari Zafirah setiap hari....stok seminggu tu idak la stok untuk 7 hari ye...maksud aku stok during office hour...hari bekerja ialah 5 hari saja seminggu...hari Sabtu dan Ahad aku masak fresh je untuk Zafirah....gedik aihhh duk rumah pun nak guna frozen food jugak....huhuhu~  unless aku ada hal yang super penting dan kena rush so aku guna frozen bubur je la untuk bagi Zafirah makan tengah hari....pandai² la bajet nak masak berapa pot beras untuk anak makan selama 5 hari....oke?  :)

Ada soklan?? *macam cikgu dah haaa~*  ^_^




 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!


Jan 3, 2013

Resipi Bubur Nasi Simple...

Sesuai dibuat ketika mak² nak angkut anak² pi travel...
tapi tempat yang boleh memasak la...
kalau tempat tu takde dapur, tak boleh memasak, kena fikir cara lain la ye...
kali ni aku nak share apa yang aku masak untuk Zafirah masa pi Raub hari tu...

kalau mak² yang otai mesti pandang sebelah mata je nak masak untuk anak...
tak perlu baca resipi aku pun takpe...hahaha~
tapi ni aku share untuk new mommies...
dan mana² mommies yang belum ada pengalaman membawa anak² kecik berjalan²...
cekidautttttt!~



Bahan-bahan (untuk sekali makan):
2-3 sudu besar beras (nak ganti dengan rolled oat pun boleh)
setengah batang carrot (atau apa² sayur yang senang dilenyek²)
2-3 sudu ikan bilis sangai

[notakaki] kat homestay Pulau Chekas takde disediakan peti ais...so aku bawak apa² makanan yang tak perlu letak dalam peti ais...

Cara nak buat ikan bilis sangai:  rendam ikan bilis dalam 30 minit dengan air sejuk (room temperature)....toskan...goreng atas kuali TANPA minyak....bila dah rangup, blend....siap!  [sumber: blog saya hot]  ^_^


mula² masak nasi dulu....lebihkan air dalam setengah periuk....oh periuk ni aku bawak sendiri dari rumah...chop board, pisau, bekas makan baby pun aku angkut dari rumah....hihi~


bila air mula mendidih, masukkan carrot....bila carrot dah lembut, nasi dah masak,  masukkan ikan bilis sangai....

lama jugak nak masak bubur Zafirah...aku guna api kecik je...dalam sejam lebih jugak la tunggu...sampai tertido bagai...hahaha~  eh bubur kena sentiasa kacau tau untuk pastikan nasi jadi lumat...Zafirah dah ada 6 batang gigi...so aku tak buat bubur hancur sangat....bagi dia boleh gigit², kunyah² jugak....korang boleh tambah air untuk adjust tahap kelumatan bubur  :)

lepas dah masak, biarkan sejuk sikit...lenyek² nasi dengan carrot...sedialah disumbat ke dalam mulut anak² anda....jangan lupa sebelum makan baca bismillah...

selamat mencuba! ^___^


****************************************************************************



aku perasan Zafirah suka makan bubur nasi....tak kisah la apa yang aku campur dalam bubur tu, janji NASI! bubur simple macam gini pun lajuuuuu dia makan...aku dah cuba buat benda lain macam nasi lemak, shepherd pie, keria labu, nugget ayam, puding roti...ehh senang cerita macam-macammmmmm aku dah masak untuk Zafirah...tapi dia TAKMO makan!! dia cuma makan bubur nasi sahaja! haihh...-.-'   tak kisah la sayang! senang kerja mama tak payah susah² Google resipi...bukan susah pun nak buat bubur nasi...huhuhu~  terliur je aku nengok mommies² yang rajin ni masak macam² untuk anak...tapi nak buat macam mana, Zafirah tak suka...taknak menyusahkan mama eh?? kekeke~  bagus! bagus! memang ikut perangai papa... :p

anak korang suka makan apa??  (^^,)



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 7, 2012

Melt in Your Mouth Shortbread untuk Zafirah

Assalamualaikum puan-puan...mommies gojes sekalian!
Hari ni chef YanaUjang akan share satu lagi resipi finger food for babies...
walaupun saya cuma copy resipi ni dari blog "Blog Saya Hot"...
saya tetap mengaku saya chef...ahaks!~  :p

oh "Blog Saya Hot" umpama mentor saya...
sangat banyak resipi dikongsikan di blog beliau..
sampai saya jadi rambang mata nak pilih resipi untuk dimasak ke Zafirah  -.-

saya mula beri shortbread ini kat Zafirah sejak umurnya 8 bulan...
terpulang pada puan² nak mula bagi shortbread kepada anak puan waktu bila...
nak tunggu setahun pun boleh...
terpulang....saya taknak nanti ada yang tanya,

"eh baby 8 bulan boleh ke makan gini??"

dan macam² jenis soalan berbentuk "ehhh??" "ehh" "ehhhhhh"...no no no...
saya tak mahu dengar semua tu...
hanya puan² yang tahu kemampuan anak puan² makan...
gitewww~  (^^,)

jadi tanpa membuang masa, mari kita mulakan sesi memasak! yeyyy!
oh jangan lupa untuk cuci tangan bersih² ye  *duhhh!*  :p


 bahan² nya ialah tepung atta, tepung jagung dan unsalted butter...saya beli jenama Anchor sebab tu je yang glemer dan senang cari di mana² pasaraya...saya beli kat Giant je  ^_^

oh pre-heat oven dulu ye pada 190 darjah celcius...


 kita bahagikan bahan² tadi...

1/2 cup unsalted butter
1/8 cup tepung jagung
3/4 cawan tepung atta

Mujurlah kat rumah mak memang ada measurement cup tu...senang nak memasak follow resipi sebijik-sebijik...kahkahhh  *chef lah sangat kannnn!*  :p

eh kalau korang takde measurement cup ni korang boleh search je kat Google website for 'Cooking Measurement Converter'...ada banyak website...so korang pandai² la tengok...dari website ni jugak la aku boleh tau 1/8 cup to sama dengan 1 sudu besar...paham dak ni?? tak paham tanya....huhu~


 pukul unsalted butter sampai kembang...mak aku cakap 'kembang' tu maksudnya butter dah lembut...senang nak kacau...


kemudian saya bahagikan adunan kepada 2...sebab nak buat dua flavour..satu campur dengan 2 sudu madu kurma...satu lagi campur dengan  2 sudu teh cream cheese...untuk flavour pun terpulang la korang nak campur apa...  :)

Simpan adunan dalam peti lebih kurang setengah jam...bukan peti besi...tapi peti sejuk...lalalala~  then bentuk² kan mereka mengikut kreativiti memasing...


 aku tak kreatif...maka hasilnya adalah sangat membosankan...kahkah...yang penting semua ni bakal masuk perut Zafirah...so lantaklahhh...huhuhu~

Bakar selama 20-30 minit...

dan hasilnyaaaa~


oh abaikan yang macam hangus tu...tak hangus pun sebenarnya...tu kaler kurma...grrr~


Satu bancuhan ni boleh dapat dalam 9 biji biskut...
tu pun bergantung pada saiz biskut jugak...hihi~
aku simpan dalam tupperware kedap udara and letak pada suhu bilik je...
tahan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~
tapi kalau tak konfiden nak letak dalam fridge pun boleh   :)

aku suka flavor cheese...lemak berkrim gitu...
tak amek pulak gambar Zafirah makan shortbread...
memang bersepah habis lantai...
biskut ni sangat rapuh...
jadi risiko untuk tercekik adalah sangat rendah...
risiko untuk baby tabur atas sofa/lantai adalah sangat tinggi...hahaha~
sebagai langkah berjaga², sentiasa lah pantau anak uols makan...
jangan tinggalkan dia mentakedarah biskut sorang²...oke?! =)

Selamat mencuba!! ^_^



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015