Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Sep 25, 2021

Covid Test di KLIA 2 | Travel Bubble Langkawi 2021

Assalamualaikum...


Fuhh lama betul tinggal dunia blog. Sawang terukkk dah ni. haha~   Tiba² rasa nak update sesuatu sebab aku rasa blog masih relevan zaman ni. kan? kan?


So baru ni aku pi bercuti ke Langkawi. Support travel bubble gitu. Aku harap takde yang kecam lah posting ni. Kalau tak suka boleh skip takyah baca. Aku tak suka orang yang negatif follow aku. titik!

Rasanya semua orang aware pasal SOP ke Langkawi. Selain dari kena lengkap 2 dos vaksin dan habis edah 14 hari, korang kena buat swab test. Test ni samada buat di klinik (72 hours before fly, then bawa result ke kaunter untuk verification), atau bawa sendiri self test kit, dan test di kaunter. Bukan buat test sendiri kat rumah ye, kena test depan staff KKM yang bertugas di airport.

Yaa ada staff KKM bertugas untuk pantau proses covid test dan doktor untuk sahkan result korang tu. Kalau tak pandai buat sendiri, staff tu yang akan tolong ajar. Lepastu kena verify result kita tu di kaunter check in.


Sampai je airport, korang boleh tanya polis bantuan yang bertugas kat mana kaunter untuk swab test. Then, korang akan jumpa 'Kaunter Pendaftaran' ni. Kena daftar nama semua yang kena buat test. Airpot lengang gilehh so takyah beratur² pun nak buat test.

Takde jolok2 hidung pun..semua guna saliva je..pastu only 7 years old and above yang kena buat test..hat kekecik tak payah test..tak faham tanya je staff ok! Staff airport semua very helpful! Seronok pulak aku nyembang sampai laki duk bising suruh cepat nak kejar masa..sekali sekala jadi ramah dah kena marah 🥲


btw, kitorang dah buat web check in seminggu sebelum fly. Masa check-in, dorang akan request kita masukkan QR code sijil vaksin tau. Kalau takde sijil vaksin memang tak boleh check in ye. Then, boarding pass kita akan ada cop 'Verification Needed'. Benda ni lah result swab test kita yang nak kena verify di kaunter. If bawa result dari klinik pun kena verify di kaunter.


Kitorang beli sendiri test kit...flight pukul 9.50am, kitorang sampai epot pukul 8am...airport lengang ye, takde beratur2 pun untuk test...haha


Memang ada gambarajah panduan guna self test kit. Tapi risau kang salah, better tanya je staff bertugas. Macam aku mentioned sebelum ni, staff very helpful.


Kena tunggu result dalam 15 minit, then pi verify result tu kat mana² kaunter check in (tak banyak pun kaunter yang bukak). Proses ni makan masa dalam 40-45 minit jugak..lagi ramai ahli nak kena test, lagi lama lah proses...belum campur berborak lagi..staff epot pun rajin layan nyembang 😂


See...lengang..huhu.  Syukur jugak kedai runcit bukak. Beli roti dengan air untuk bebudak. Sian dorang lapar nak breakfast.


Setiap check point nak ke boarding gate pun ada saringan - check sijil vaksin dan result covid test...details ye dorang check. Leceh? haa memang kena leceh lahh...kang ada kluster korang jugak bising khennn.


Nak dekat sampai boarding gate pulak kena isi form (online form) setiap passengers...kitorang 5 beranak, banyak jugak la benda nak kena isi 🥴

Lagi 10 minit nak boarding baru kitorang boleh bertenang 😂


Satu keluarga, sorang je lah yang isi form. Tapi dia kena isi semua nama yang akan naik flight. Faham ke faham?


Finally, boarding! Kitorang tak beli seat pun. Semua auto assign. Alhamdulillah takde terpisah².


Beli food siap² kat web sebab flight pagi memang tak sempat lah nak breakfast. Laki aku beli nasi Beriyani tak silap. Dia seat lain tak dan amek gambar. Makan share² je sebab bebudak dah kenyang makan roti. Alahh perjalanan sejam je pun. Sampai Langkawi boleh makan lagi.


Sejam kemudian, selamat landing di bumi Langkawi.


Ok rasanya tu je sharing pasal covid test untuk travel bubble Langkawi. Kalau aku rajin menulis lagi nanti aku share keadaan kat Langkawi pulak ye. LENGANGGGGGG ok!!!!


Terkejut ular masuk rumah. Tapi memang rezeki la.. Tanya abah, Rupa-rupanya inilah...See more

“Fans Coldplay sebak tengok vokalis Coldplay Chris Martin bersujud bila tiba di Malaysia tadi. Pemilik video ni men… See more

Mawar dan Raf sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.Isu rumah tangga Mawar dan Raf didakwa sedang bergolak selepas dia... See More

Till then....
 



Terima kasih sudi membaca!

Dec 27, 2018

Cara Bawa Baby Food Semasa Travel

Assalamualaikum...


Seperti yang dijanjikan *ecece*, aku nak share cara aku bawak food untuk adik baby masa travel ke Bangkok. Mungkin lain orang lain cara nak handle and prepare baby food. Aku share ni pun sekadar memberi idea kat korang yang nak travel dengan baby, InsyaAllah.


 Aku bawak food yang dah siap frozen. Memang kat rumah pun aku biasa buat frozen food untuk baby. Masak bubur, sayur, lauk², then letak dalam ice cube and frozen kan. Bila² nak guna just ambil 2-3 cube and panas kan. Bagi aku cara ni memudahkan kerja² harian aku. Lagipun baby makan dalam kuantiti yang sangat sikit! Dalam 2oz gitu jee. Bazir pulak masa aku nak masak takat 2oz bubur + lauk setiap hari. Bukan hilang zat pun kalau makanan tu masuk freezer.


Well, depends masing². Ini cara aku.✌


Untuk bawa food ke Bangkok hari tu, aku prepare ngam² portion untuk 4 hari. Waktu lunch je aku bagi adik baby makan bubur. Breakfast aku bagi roti or buah² kat cafe hotel, dinner pulak susu je. Zafri tu baru 7 bulan wakk. Main food dia masih lagi SUSU. Bubur, puree semua ni just tambahan je. So takde la aku strict sangat bagi makan bubur sampai 3x sehari. Asal dia kenyang sudah.


 Simpan stok frozen bubur dalam cooler bag. Letak ice pack sekali bagi tahan. Perjalanan dari KL-Bangkok dalam 2 jam gitu je. Aku letak 1 ice pack ni pun dah cukup tahan.


Sampai hotel, terus masuk dalam fridge. Setengah hotel ada bahagian freezer, setengah takde. Macam Centara Watergate hotel ni, takde freezer. Pasrah je lahh letak dalam chiller.


To my surprise, tahan oke! Bubur cube aku tak cair langsung!! yahoo! 😍


 Aku panaskan cube bubur dalam warmer Autumnz ni. Beli dari zaman Zafirah baby lagi. Dah 6 tahun umur warmer ni. Tulisan pun dah hilang² haa. Penutup bekas tu memang hilang. kahh! Lepas panaskan bubur aku transfer ler dalam bekas lain.


Zafran dulu tak pernah guna pulak warmer ni. Sebab tak berjalan sangat. hahaha~  Syukur lah aku tak buang lagi. Elok simpan dalam KC mak aku. Mujur jugak aku ingat benda ni masih wujud and bila selongkar KC terus jumpa! Kalau tak, haru jugak nak mencari satu rumah sebab asalnya tak ingat aku simpan mana. LOL~


Plan B, kalau aku tak jumpa warmer ni, memang aku tak bawak apa pun food untuk adik baby. kahkah~ *jangan contohi aku*


Ni gambar masa hari terakhir di Bangkok. Elok lagi cube bubur tu kan? Walaupun tak beku, tapi sebab simpan dalam fridge memang tahan wakk. Tak basi pun. huhu~


Atau cara lain korang boleh buat, beli porridge cooker saiz 1L ke bawah, masak panas bubur tu kat hotel. Tapi kena bawak bahan mentah siap² lah (beras, ikan bilis, sayur etc). Simpan dalam zip lock plastic siap² untuk portion sekali masak. Korang boleh Google je cara packaging bahan mentah while travel. Ramai dah share. Kalau travel more than 3 jam and nak duduk lama (lebih seminggu) memang aku prefer cara ni. Takat duduk 3-4 hari, perjalanan pun tak jauh mana, aku lagi suka bawak yang frozen, tinggal panaskan aje. gituu~


Ni salah satu contoh porridge cooker. Aku beli kat Shopee RM50 gitu. Saiz 0.7L. Kecik comel memang senang nak angkut masuk luggage. Sekali masak boleh la simpan stok untuk 3-4 hari. Boleh masak bubur, sup and panaskan makanan. Cuma gunakan air je untuk masak macam steamer la konsep dia. Ada timer, so tak perlu risau hangit ke apa. Eh try lah beli baru tau baloi ke idak. hahaha~


K sekian sharing tak seberapa dari aku, mak anak tiga. Masih belajar lagi untuk jadi yang terbaik. InsyaAllah.


Semoga bermanfaat!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 14, 2018

Itinerary Bangkok 4 Hari 3 Malam

Assalamualaikum...


Saja nak share itinerary yang aku dah buat. Memang biasa sebelum pergi holiday aku akan buat 1 itinerary. Follow tak follow, sempat atau tak tu belakang cerita. Yelahh dengan bawak anak kadang memang lari sikit timing. Tapi bagi aku, penting ada itinerary ni. At least teratur sikit perjalanan aku kat sana.


Cekidaut!



DAY 1 (21 November 2018 – Wednesday)  
7.40AM : Depart to Bangkok
8.55AM : ETA Bangkok – Don Mueang International Airport 
9.30AM : To Hotel, Centara Watergate Pavillion
10.15AM : ETA Hotel
10.30AM : To Platinum Fashion Mall
10.40AM : ETA Platinum Mall
11.30AM : Lunch at food court level 6
1.30PM : To Pratunam Market
1.35PM : ETA Pratunam Market
3.30PM : Back to hotel and ready for company dinner
7.00PM : Company dinner at Saneeya Restaurant
10.00PM: Back to hotel and rest

DAY 2 (22 November  2018 – Thursday)
7.00AM : Breakfast
9.00AM : To Damnoen Saduak Floating Market
11.30AM : ETA Damnoen Sadauk Floating Market and experience boat shopping
12.30PM : To Lao Tuk Luck Floating Market, lunch at halal restaurant
2.00PM: visit Maeklong Railway Market
2.20PM: ETA Railway Market
3.00PM: To Asiatique the Riverfront, enjoy free time to shop and have dinner
7.00PM : Back to hotel
10.00PM: To Big C Supercenter.
12.00AM: Back to hotel and rest

DAY 3 (23 November  2018 – Friday)
8.30AM : Breakfast
10.00AM: To MBK Mall
10.30AM: ETA MBK Mall, shopping & lunch at Yana Restaurant, Level 5
4.00PM: To Terminal 21, using BTS at Station Stadium
4.30PM: ETA Station Asok, Terminal 21
6.00PM: To Usman Thai Muslim Restaurant
6.15PM: Dinner at Usman Thai
9.00PM: To Big C
9.30PM: ETA Big C
11.30PM: Back to Hotel and rest

DAY 4 (24 November 2018 – Saturday)
8.30AM: Breakfast
11.00AM: Ready to Don Mueang International Airport 
2.45AM : Depart to KL
3.20PM : ETA Kuala Lumpur





Kita cuma mampu merancang, Allah juga yang tentukan masa dan rezeki kita. Tapi aku berjaya follow itinerary aku sepanjang duk Bangkok. yeyy! Maksud aku setiap lokasi yang aku dah plan nak singgah, memang sampai jugak. Timing tu je lah lari. Terlewat manjang. haha! Janji happyyyy!


Semoga bermanfaat! 😘




Terima kasih sudi membaca!

Dec 20, 2017

Wisata Pule Payung, Yogyakarta

Assalamualaikum...


Sorry ye lambat update. Idea nak menaip tak keluar pulak 😂


Oke sambungan hari yang kitorang sampai Yogja, memang terus pi berjalan. Style company trip aku ni free and easy. Buat hal masing², kecuali company dinner baru gather ramai². Jangan tanya lah kenapa macam tu. Aku pun tak tahu. haha~


Rasanya 2 bulan sebelum trip aku dah prepare itinerary. First time lah aku prepare itinerary tu pun mintak sample dari the famous Malaysian travel blogger. Eh siapa lagi kalau bukan pejal predley 😜  thanks pejal!


Banyak kali jugak bertukar² sebab nak adapt dengan company dinner and kena pilih bebetul lokasi yang sesuai bawak bebudak. Kalau korang baca mana² blog yang bercerita pasal Yogja rasanya takde lagi yang hangkut kids. Mungkin aku jadi blogger pertama lah update trip to Yogja with kids. wohoaa!😁


Dalam plan asal, lepas dah setel check-in hotel, kitorang nak ke Kalibiru. Tapi supir bawak kitorang pi Pule Payung. Kawasan baru katanya, belum launching lagi. Spot bergambar pun lebih kurang macam Kalibiru jugak katanya. Jalan masuk pun senang boleh bawak jeep, kalau Kalibiru dia kena stop kat jalan masuk and kau kena menapak naik bukit yang agak curam sejauh 300 meter gitu. Dengan 2 orang tentera ni lagi. pfft! Takpe lah. Kita pi tempat yang senang nak angkut bebudak je. hihi~


Perjalanan dari hotel ke jalan masuk wisata dalam sejam gitu.


Sampai satu kawasan, kau kena sewa jeep. Ada supir yang masuk je dengan kereta dorang tu. Tapi supir yang kitorang hired hari tu takut nak bawak masuk kereta dia. Jalan berbukit² and agak curam, risau kereta rosak kot. Sewa jeep dalam idr400.000 🙄


Ayah bayar! kahkah~  Zafirah paling eksaited. Pengalaman pertama dia naik jeep masuk hutan! yeahh! Zafran? herm penakut pulak teruna tu 😑



Jauh jugak lah perjalanan nak sampai ke puncak Pule Payung tu. Dalam 15 minit jugak naik jeep. pheww~


 Kaunter tiket. Masa kitorang sampai dah petang, pukul 4pm gitu kot. Pukul 6pm tempat ni dah tutup. Ke 5.30pm? Tak ingat dah. haha~   6pm tu dah nak Maghrib tau kat sini. Dah la kawasan hutan. Seram sejuk mak naik jeep redah hutan Maghrib² tu 😂


Luas gilaaaa kawasan ni rupanya. Tapi kitorang tak study pun tempat² lain tu. Memang aim spot untuk bergambar je. Kalau datang bujang/backpacking oke kot nak jelajah semua tempat.


Entrance fee tak ingat berapa idr hahaha~  eh murah je tak sampai RM10 kot sorang. Pastu kena menapak sikit untuk pergi ke spot spot bergambar. Jalan nak pi setiap spot agak berbukit (curam), ada kena naik tangga. Mengah oke! Nak bergambar ke setiap spot pulak kena bayar! Dalam RM3 sorang. Kids 2 tahun je free, 4 tahun ke atas dah kena cas. Gambar pun kena bayar, singgit sekeping (softcopy). Boleh je nak guna kamera sendiri and mintak tolong pekerja situ amekkan, tapi tak banyak shots and kualiti gambar gitu² je.


Eh bayar je lah. Anggap lah duit tu untuk dorang maintenance tempat tu bagi cantik, bersih. Gambar² dorang amek pun cantik². Baloi lah harga singgit tu👍


Nah aku tunjuk gambar² yang diambil oleh official photographer.


Zafirah gayat! Belum apa² dah meraung gayat. Rosak gambar. Ingat senang ke nak sampai sini?😑   Mujur Zafran tak faham lagi erti gayat. Kau suruh dia meniti tepi² tebing tu pun dia relek je. haha~


Segala posing yang kitorang buat ni photographer yang ajar kan tau. Korang ingat aku reti sangat berposing ala ala model instagram gini?😝


Bawah ni pulak gambar dari camera Sony mak aku. Ce compare.


Baloi kan bayar photographer? 😜


Ni pulak kat 2nd spot. Lepas bayar baru dorang bagi kau naik atas. Spot ni kena pakai harness sebab sangat tinggi dan platform yang agak kecik. Aku naik bertiga dengan laki and ayah aku. Mak aku takmo naik. So dia jaga anak² aku kat bawah. kiki~


You jump, I jump!😝


Cun sangat buat profile picture!😍


Ayah memang suka selfie😝


Last spot kitorang pi kat tempat basikal. Macam kau naik basikal atas awan lah gituu. Tapi aku tak naik. Tak sanggup pulak rasa. So ayah and laki je naik. haha~


Ini bukan fake. Ini REAL! Tak caya pi tengok IG Ujang9897 ada dia letak video naik menatang ni. Gayat oke gayatttt.


Kat kawasan basikal ni jugak ada sediakan toilet and surau. Rasanya telekung tak disediakan. Mostly surau yang aku jumpa memang tak sediakan telekung. Bawak je lah sesiap atau pakai je pakaian patuh syariah senang solat di mana². hihi~


3 spot je lah yang kitorang pi. Rasanya ada dalam 4-5 spot je kot untuk bergambar. haha~  3 spot ni je yang paling best! Lelain tu macam biasa² je. kiki~


Dah puas bergambar, jom balik! Dalam 2 jam spend masa kat sini. oke la puas hati. Aku tukar duk seat depan pulak. Sakit pinggang oii duk belakang tu. Dah la jalan berbatu², bergegar². Tak larat ahh!


On the way turun bawah mintak jeep berhenti jap kat jalan masuk Kalibiru. Ye satu kawasan je Kalibiru dengan Pule Payung. Cuma Pule Payung tu naik jauh ke atas lagi. Nampak jalan bukit curam tu? Katanya jeep tak boleh naik so dorang akan berhenti luar tu je (tempat aku amek gambar tu). Menapak lah kau panjat bukit sejauh 300 meter. Mekaseh lah sebab tak bawak kitorang pi Kalibiru. hahaha~


On the way balik hotel kitorang singgah dinner kat mana tah. Tak payah la tahu sebab food kureng enak. Sampai hotel dalam pukul 9pm gitu kot. Mandi manda, solat and terus rebahhh! Anak² pun sama pengsan semuanya. haha~


Till next entry, tata!





p/s: Kalibiru bermaksud Sungai Biru. Kali = Sungai.



Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015