Showing posts with label Property. Show all posts
Showing posts with label Property. Show all posts

Nov 5, 2018

Rumah Teres Mampu Milik di Taman Salak Lestari, Sepang daripada Fitrah Properties

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku pergi melawat tapak perumahan baru di Salak Tinggi, Sepang. Aku difahamkan yang kawasan perumahan ni merupakan tanah rizab Melayu (99 tahun). Bila sebut tanah rizab Melayu, bermakna rumah² di sini hanya boleh dibeli oleh orang MELAYU sahaja! Bangsa selain Melayu memang tak boleh beli ye termasuk lah penduduk bumiputera Sabah Sarawak. Aku taknak elaborate lebih pasal tanah rizab Melayu, korang boleh google sendiri untuk info lanjut oke.


Perumahan baru ni diberi nama Taman Salak Lestari. Terletak di dalam kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Sepang. Dekat sangat dengan KLIA. Sepanjang duk kat site tah berapa puluh kali nampak kapal terbang berlepas. Anak² pun ikut sekali masa ni, teruja kemain dorang tengok eroplen siap melompat². haha~   Nilai 3 pun dekat wakkk. Senang shopping karpet and langsir baru untuk rumah baru. ehhh! πŸ˜œ


Sebelum melawat kawasan tapak dan melihat² kawasan rumah yang dah siap, kami diberi taklimat daripada founder Fitrah Properties, Tuan Haji Azmi. Beliau merupakan bekas peguam perumahan dan dah mula berkecimpung dalam bidang developer sejak 5 tahun lepas. Selain Fitrah Properties, ada DUA lagi company developer kepunyaan Tuan Haji Azmi, iaitu, Loyal Greenland dan AAKH Development.


Sedikit maklumat mengenai projek AAKH Development. Terdiri daripada:
- Rumah berkembar 2 tingkat
- Rumah teres superlink 2 tingkat


Contoh rumah² under AAKH Development. Penduduk dah dapat kunci dah pun.

Tuan Haji Azmi memang target kawasan Sepang untuk setiap projek perumahannya,  kerana menurutnya, Sepang merupakan kawasan luar bandar yang paling pesat membangun. Dengan jaringan jalanraya yang teratur serta merupakan center bagi Bandar Baru Salak Tinggi, harga tanah di kawasan Sepang juga dikira berpatutan. Harga terkini 1 ekar dalam RM600k.


Kemudahan:
πŸ‘‰ 4 min ke ERL Station / Kip Mart / Mcdonald 
πŸ‘‰ 10 min ke KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University 
πŸ‘‰ 15 min ke Putrajaya / Cyberjaya / D'PULZE 
πŸ‘‰ 30 min ke Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam 


Siapa yang biasa lalu kawasan Salak Tinggi - Sepang mesti faham betapa pesatnya membangun kawasan ni. Dulu memang rasa terpencil je kawasan Sepang ni. Rasa kesian dengan orang yang beli rumah kat sini sebab susah nak keluar pi kedai malam². hahaha~   Tapi tiap kali aku lalu situ untuk ke KLIA, ada je pembangunan baru naik. Tiba² macam, ehh dah banyak kedai, ehh dah ada Mc Donald, ehh dah ada mall, ehh ada perumahan baru lagi??? Cepat gila membangun oke! Now aku rasa, UNTUNG orang yang beli rumah area Sepang!


Projek terbaru Tuan Azmi yang bertempat di Taman Salak Lestari, Sepang ini merupakan projek beliau yang KELIMA! wow!


Untuk perumahan di Taman Salak Lestari, terdapat dua jenis rumah yang dibina
πŸ‘‰ Double Storey
πŸ‘‰ Single Storey


Oke jom tengok macam mana rupa rumah² yang dibina oleh Fitrah Properties ni.


Rumah double storey, corner lot, saiz 20 x 68/69 kaki.

Porch luas! Boleh muat 2 kereta. Aku suka porch macam ni. Biasa kan porch rumah mesti ada tiang kat tengah² membuatkan ruangan parkir jadi terhad. Pembeli lah kena keluarkan kos sendiri untuk renovate porch bagi muat 2 kereta. Fitrah Properties dah fikir semua tu, dia bagi korang parking yang luas siap²! πŸ‘

Tanah tepi untuk rumah corner lot.

Ruang tamu bersambung dengan dapur. Aku suka design tangga macam ni. Sama macam rumah aku sekarang sebab boleh memaksimumkan penggunaan di ruang tamu. Setengah rumah dua tingkat, design tangga kat tengah² alam, makan ruang tau and nampak ruang tamu tu sempit. Tangga pulak dah siap tiles. Stor bawah tangga pun dorang dah buat siap². Tak perlu keluar modal sendiri untuk tambah dinding buat stor bawah tangga.πŸ‘   Selain stor, ada juga bilik tetamu dan bilik air di tingkat bawah.

Ruang belakang. Ada dalam 3 kaki tanah belakang tu. Paip untuk letak washing machine ada disediakan di kawasan ni.

Ruang atas. Ada 3 bilik dan 2 bilik air, Master Bedroom dan 2 bilik biasa.

Rumah setingkat (corner lot).

Design pagar untuk setiap rumah corner lot adalah sama. Belah depan tu ada tembok batu sikit, lepastu sambung pagar biasa sampai ke belakang.  


Ruang tamu. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah setingkat TIADA stor.

Aku highly recommended korang beli rumah ni. Especially those yang kerja sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan yang berhampiran and those yang masih belum ada rumah sendiri. Rumah double storey tu berbaki 20 unit je lagi weii! Rumah single storey pulak tinggal 3-4 buah je lagi yang kosong.


Harga hanya dari RM440K (double storey) dan RM355K (single storey). 


Baloi sangat lah beli untuk kediaman sendiri. Kawasan Sepang ni pun tengah pesat membangun. 10 tahun akan datang makin melambung naik harga rumah kat sini. Rugi lah tak grab sekarang!


"Macam mana nak tau saya layak beli rumah harga tu?"


Oke ni aku share sikit ilmu yang aku tau sebelum korang apply loan rumah. Pihak bank akan tengok 4 perkara untuk luluskan loan korang:
1) CCRIS - disiplin bayar hutang ke bank
2) D Chart - Track rekod kemampuan individu
3) CTOS - hutan kedai cth, telco, MyAeon etc
4) DSR - debit saving ratio, kadar kelayakan pinjaman

Formula mudah kiraan loan yang layak diterima:
[(Gaji x 60%)- komitmen (dalam CCRIS)] x 200
Komitmen di sini bermaksud hutang² CCRIS, contoh bayar loan kereta, motor, ptptn etc. Kalau bayar yuran sekolah anak ke, nafkah bini, zakat, insuran gitu BUKAN komitmen. Faham ye?



Info Lanjut:
 Facebook: FITRAH PROPERTIES
Instagram: @_fitrah_properties_
Call: +60 17-823 5254 




Terima kasih sudi membaca!

Jan 13, 2017

Dah Dapat Kunci Rumah Baru

Assalamualaikum...


Tetibe je ada rumah baru....hehe~  Alhamdulillah rezeki anak²...aku beli rumah ni dah lama...tahun 2014 gitu...rumah under construction...tu yang baru tahun ni dapat kunci....sebab baru je siap...hehe


Rumah atas kayangan...tingkat 20 lagi kaoo...gayat! mujur view cantik...eh memalam nampak KLCC and KL Tower tau dari balkoni ai....suka! suka!


Saja beli rumah atas kayangan sebab duk mengidam dari dulu nak rumah tinggi²...kahkah~  Alhamdulillah tercapai gak impian....😁


More reason beli rumah ni sebab deposit RM1k sahaja! mampu sangat oii...haha dasar simpanan tak berapa banyak gitu lah kan...


Tapi yang paling aku suka dengan rumah ni πŸ‘‡


SWIMMING POOL!! cantik oii swimming pool dia...indoor lagi....waktu hujan lebat pun boleh berendam...kihkih


Facilities lain yang ada kat sini macam Surau, Multipurpose Hall, Gym, mini kids playground....semua best! i'm a happy buyer! yeyy! 


 budak gila swimming pool...orang datang nak check defect rumah, nak round² tengok facilities, boleh pulak dia menggelabah nak terjun mandi jugak! grrr~  jadilah penduduk PERTAMA rasmikan swimming pool...pheww~


Dah la baju spare apa tak bawak...hah pakai spender je lah terjun...pas mandi takyah pakai spender dah....hehh~  jangan tanya si adik buat apa...dia pun sama join swimming...takde gambar Zafran sebab bogel habis...tak sesuai untuk tontonan umum! kahkah


baiya ni kerja dengan developer ye...masa amek kunci memang ada wakil dari developer and few workers untuk bawak kami round facilities and check few defects dalam rumah...check wiring je pastikan semua berfungsi...defect² lain check kendian²....sampai sekarang tak habis check lagi...hihi


Malam tu kitorang datang lagi rumah...nak pasang lampu kipas...sebab dah beli seminggu sebelum collect kunci....kebetulan jugak biras aku available...so mintak tolong dia angkat barang and install kipas sekali...

syukur suami ada kebolehan pasang lampu, kipas sendiri...jimat kos upah orang weii...biras pun tolong gak pasang...ada 3 ketul kipas yang berjaya dipasang....untuk hall, master bedroom and bilik kedua...ada lagi 1 kipas nak dipasang kat bilik ke-3....kitorang beli 4 kipas hari tu...jenama DEKA sebab paling murah...RM150 je 1 set...


Ingatkan kejap je install kipas...maklumlah amatur yang pasang....almost midnight jugak lah baru setel...baru 3 ketol kipas je tuuu!!! pfft!


The next week dak encem upah kawan dia pasangkan ekon dalam master bedroom...ekon seken hand je wakkk....condition elok...yang penting murahhh...RM100 je kitorang beli...jiran mertua aku jual....ngee~


Dak encem belikan lampu gantung² untuk dining area...dia jugak yang pasang lampu tu...erm oke laaa...aku tak kenan sebenarnya...kahkah~   aku tak follow dia pi kedai lampu...dia pi sorang sebab ofis hour...aku dah bagi contoh² lampu yang aku kenan...tapi katanya dia masuk kedai je terus blur...pastu dia pilih je yang tu...ceh! terpaksa la pasrah...sebab dah beli + dah pasang!😝


ni la rupa layout rumah aku....gambar ni rumah CONTOH oke! ahaha~   rumah aku kosong lagi takde perabot apa pun....aku amek idea je dari rumah contoh ni...macam dining area tu letak tetengah gitu...ingat nak beli meja bulat gitu jugak...cantik pulak nengoknya...belah hujung dekat dengan dapur tu nanti² baru fikir nak buat apa....yang aku tau dinding kat situ nak jadikan command center...ecece pengaruh Pinterest sungguh! πŸ˜


Plannya rumah ni kitorang beli untuk invest...nak sewakan kat orang...tu yang tak renovate sangat...plaster ceiling pun tak buat...deko simple² je...tapi nak la nampak cantik jugak....sewa ke tak sewa rumah aku jugak kan? mesti la nak bagi nampak cantik....hehe


Lepas ni akan banyak lah update pasal rumah baru ni....nak pasang grill, kitchen cabinet etc...wohoaa! stay tuned!😁













IKLAN:


Jom cuba!







Terima kasih sudi membaca! 

Sep 19, 2014

Beza Harga Lawyer untuk Rumah Baru, Subsale dan Lelong

Assalamualaikum...


Pasal entry semalam tu....pasal lawyer tu...hihi~   ramai kata harga lawyer aku murah....sebab ada yang kena bayar sekali ganda dari harga aku...oke entry ni just sharing knowledge dan info pasal lawyer untuk proses jual beli rumah....kenapa ada yang bayar lawyer murah, kenapa ada yang mahal sampai RM10k...  :)


Rumah Baru:

Aku panggil rumah baru...atau rumah 1st hand....atau new development....


First korang kena tahu, dalam proses jual beli rumah, akan ada 2 jenis lawyer yang terlibat...satu lawyer rumah (lawyer snp), satu lagi lawyer bank....


Untuk rumah baru, biasanya pihak pemaju atau developer dah tolong cover kos lawyer perumahan untuk semua buyers...lawyer bank je yang pembeli kena tanggung....BIASANYA juga kos untuk lawyer di bank akan dimasukkan sekali dalam loan...tapi dalam kes aku, amek loan RHB islamic (Musyarakah ke apa tah tak ingat nama dia), loan jenis tu tak boleh include sekali kos untuk lawyer...sebab tu kitorang kena bayar sendiri....


Harga lawyer bergantung pada lawyer tu lah nak charge berapa...macam kes aku, dorang charge sampai RM5.8k...dah mintak diskaun tapi tak tau dapat ke idak...sobssss!! T_T


Untuk downpayment biasanya tak tinggi untuk rumah baru...macam kes aku, downpayment merangkap booking fees RM1k sajok! weeee~  selamat duit kwsp haku! jumlah down payment pulak depends pada developer nak letak berapa...ada yang RM3k, ada RM5k, ada jugak RM15k...pfftt! 



Rumah Subsale:

Atau lebih dikenali sebagai rumah 2nd hand...atau rumah yang dibeli atas orang...


Bila beli rumah subsale, segala kos lawyer baik lawyer rumah dan lawyer bank, pembeli kena tanggung sendiri....harga lawyer yang pembeli kena bayar bergantung pada harga rumah...biasa aku dengar orang bayar dalam 3% dari harga rumah....tu anggaran kasar lah....sebab tu ada yang kena bayar lawyer sahaja sampai RM10k dan ke atas....benda tu tak mustahil dan bukan sesuatu yang pelik...ist's normal...ecehh~


Tu baru harga lawyer...belum campur downpayment 10% lagi...pfftt! ni salah satu sebab kenapa kitorang tak beli rumah subsale...ongkosnya nan hado! takkan nak pinjam pa&ma lagi khennn...1st house dulu mak mertua dah tolong bayarkan downpayment...ishh malu! :p


Ada kes kawan aku, dia bayar downpayment 20%...sebab bank declare rumah yang dia nak beli tu below market level...loan still lepas 90% tapi sebab harga rumah tu bukan dalam range market value tu kena bayar downpayment 20%....gitu~



Rumah Lelong:

Lebih kurang macam beli rumah subsale....bezanya rumah lelong kena lalui proses bidaan (bidding)...lepas tu kena setel semua benda (tukar nama semua) within 3 months...kalau lambat setel kena denda...yang tu korang google sendiri k...entry ni cerita pasal lawyer je...ngee~


Pengalaman aku beli rumah lelong dulu, kos lawyer aku tanggung....lawyer bank dah include dalam loan (amek islamic loan Public Bank)...so tinggal lawyer rumah la yang kena bayar...dalam RM4-5k gitu....tak ingat dah...sebab bukan aku yang membayo....kahkah~   and downpayment 5% tak silap....pun tak ingat jugak! lolz~  :p


**************************************************************************************


More, yang membezakan harga lawyer is korang punya Stamp Duty...kalau rumah pertama, dapat diskaun 50% untuk stamp duty...banyak jimat oiii! rumah kedua takde diskaun...kena bayar full...tsk! tapi kita kena bayar dulu full price untuk stamp duty...then lawyer akan tolong korang claim balik...


Ada kes kawan aku dia tak claim pun diskaun untuk stamp duty masa beli rumah pertama...katanya nak tunggu beli rumah mahal sikit baru berbaloi claim...hihi~  kiranya diskaun 50% tu boleh claim sekali sahaja! :)


oke tu je sharing pasal kos lawyer untuk proses jual beli hartanah...anything nak tanya boleh emel aku....insyaAllah mana aku tau aku cuba jawab...


Seronok kongsi info dengan korang...sebab baru sekarang aku faham proses² jual beli hartanah ni...sebelum ni blurrrrrrr!! kehkeh~  any suggestion atau nak berkongsi pengalaman korang amat dialu-alukan...semoga bermanfaat untuk semua yang membaca...insyaAllah~  (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Sep 18, 2014

Mahalnya Duit Lawyer :(

Assalamualaikum...


Cerita pasal aset lagi...hewhew~


Semalam papa forward emel dari lawyer....oh duit lawyer tak include dalam loan...sebab kitorang amek islamic loan....Musharakah ke Mushawarah...tak ingat aku nama dia apa....pihak RHB kata kalau amek islamic punya memang duit lawyer tak include dalam loan....aku lampi sikit benda² ni....more details ko tanya pihak bank sendiri lah...tak pun lawyer...kehkeh~


Ni lawyer untuk bank....tak silap aku kalau beli new development property akan ada 2 lawyer...satu dipihak developer, satu lagi dipihak bank...yang dipihak developer dorang dah tolong cover untuk semua buyers....pihak bank ni je yang aku kena bayar sendiri...tak include dalam loan...gitu la lebih kurang yang aku faham pasal lawyer ni....kalau salah mohon perbetulkan ye...  :)


Tergamam gak tengok jumlah yang kitorang kena bayar....pfftt!


eh over pulak travelling expenses kau sampai rm300...opis kau kat kajang je kan?? ceh! sebab kau charge tinggi sangat untuk travelling, printing bagai tu, so any appointment aku suruh dorang datang rumah je...takde maknanya nak suruh jumpa kat kedai makan lah or somewhere else untuk sign paper...sila datang rumah ye! hahaha~


Pastu aku mintak dak encem nego harga....ekceli laywer ni agen bank kitorang yang rekomen....katanya ada je lawyer lain yang murah...tapi kerja serupa 'hell'!! erk! okayy i get you....tapi nak diskaun jugak!! hahaha~


Lepas diskusi², dorang cuma bagi kurang rm200 kot? Eh sikitnya diskaun??? Tak puas hati la kan....kedekut betul....grrr



Iklan:


Aku tolong korang cantik, sihat, bertenaga, dalam masa sama korang tolong aku jana income untuk bayar duit lawyer...aci tak iklan macam ni?? muahahaha~


sms/wassap 0133618800 dan dapatkan special price! ^_^


Allahumma yassir wala tu'asir....semoga dipermudahkan urusan kami membayar duit lawyer...hihi  :)


oh kalau boleh takmo usik kwsp...sebab dah plan duit kwsp nak guna untuk renovate rumah....giteww~ (^^,)


k tu je nak cerita....bye!




p/s: alergik  :(

 Terima kasih sudi membaca!

Sep 11, 2014

Bukak Akaun RHB

Assalamualaikum...



Semalam aku half day....orang keje swasta memang ada cuti half day and full day....kalau keje gomen takde istilah half day...nak cuti, semua full day...kan?? kehkeh~  tapi yang swasta pun tengok kompeni jugak aku rasa....ye dak? :)


Alkisahnya, semalam dak encem ajak pi RHB....nak bukak akaun savings kat sana...ni rentetan kisah loan yang dah approve hari tuuu....kitorang amek loan RHB...kenapa? sebab nilai BLR dia cuma -2.4%...pastu banyak la lagi benefit yang dorang offer...BLR tu apa?? err ko gugel boleh dak?? tak reti la nak explain...ngeeee~


Style RHB, kalau ko amek loan dengan dorang, memang kena buat savings account...sebab nanti payment dorang buat auto debit....kiranya kita bayar loan kat akaun sendiri...pastu dorang yang auto tolak duit dalam akaun kita....paham?? since loan kitorang ni guna 2 nama, so nak bukak akaun pun kena 2 nama....agen bank yang suruh guna 2 nama jugak....safety kot? entah la...bila guna 2 nama, both aku and dak encem boleh keluarkan duit....tak perlu permission siapa² sebab akaun ni memang kitorang yang punya....paham?? tak paham tanya....haha  insyaAllah mana aku tahu aku jawab lerr....hihi~   sebab kena guna 2 nama lah aku and dak encem dua² kena pi bank bukak akaun sama²....sebab nak signature kitorang....


Patutnya kitorang tak payah pi bank pun....agen yang uruskan bukak akaun segala....tapi aku tak tahu...ingatkan memang protokol RHB macam tu...kena customer sendiri pi bank untuk bukak akaun...then staff cawangan Bangi cakap patutnya agen lah yang kena uruskan....menyusahkan customer pulak kan...pastu baru kitorang terfikir....masa buat loan dengan Public Bank sebelum ni memang semua agen uruskan....tak pernah pulak kitorang pi bank untuk bukak akaun....tau² dah dapat kad je...maybe kali ni aku dapat agen pemalas....terpaksa burn cuti aku....hehh! -.-'


Nak dijadikan cerita, semalam kitorang pi RHB cawangan Bangi...pukul 8.30am keluar rumah...pi bekpes nasi lemak and roti canai dulu....dalam pukul 9am gerak pi bank....tak bukak pun lagi...tengok signage katanya bukak pukul 9.15am....tengok jam memang dah 9.15am pun!! apehal shutter tak bukak lagi??!!!


oke aku sabar....


tunggu lagi 10 minit pun tak bukak²!! tengok dalam staff² tengah dengar briefing dari orang atasan....aku dah macam, "heii ko buta ke customer dah beratur kat luar ko boleh watlek watpis kat dalam tu dah kenapa??!!"  tapi cakap dalam hati je lah....bahahaha~   ada pakcik ni pun dah mula bengang...dia siap cakap, "bukak akaun bank lain laa....tak payah bukak rhb...lembab dorang ni...setiap pagi buat briefing...tapi dah tau nak bukak kaunter 9.15am, buat la briefing awal² kan....ni kang dah habis briefing, nak tunggu dorang on komputer lagi...haihh lembab tau!"


gitu pakcik tu membebel...aku dengar sambil angguk²....customer ada hak bersuara kan?? ko dah tulis bukak pukul 9.15am yang gatal bukak lambat² tu siapa suruh?? hehh~


Pakcik tu siap suggest bukak akaun Public Bank lagi....dia kata service Public Bank cepat! kalau ada 20-30 orang in line pun ko tak payah risau...sebab service memang cepat....kejap je setel urusan untuk 20-30 orang tu....


Tapi kitorang ni bukan sukahati je pilih RHB....loan pertama dulu dah guna Public Bank....yang sekarang ni sebab developer yang pilih bank untuk apply loan...dorang ada panel dorang sendiri....salah satunya RHB....pastu RHB paling cepat respon application kitorang...offer yang dorang bagi pun menarik...so rembat je laa....malas tunggu lama²....gitu kisahnya.... :)


Nasib baik jugak tak ramai orang semalam....yang nak bukak akaun, kitorang je...orang lain ramai nak renew road tax, bayar bil tu, bil ni...so idak la kena beratur tunggu nombor ke hape...terus je pi kaunter untuk isi borang segala....


Almost 11am baru setel semua...dapat buku bank and kad atm....oh kitorang cuma bayar RM60 (termasuk stamp fee RM10) untuk bukak akaun....just tunjuk offer letter yang approve loan tu...tu bayar murah je...tak silap kalau standard bukak savings akaun kena masukkan RM250....  :)


Ikutkan aku malas nak half day....ingatkan kejap je pi bank...opis aku fleksibel...janji ko bagitau je kenapa ko masuk lambat dorang okay je...tapi nak tunggu setel kat bank pun sampai pukul 11am...malas la aku nak rushing² pi opis...so half day je lah....boleh lepak dengan Zafirah lama sikit...hahaha~  ye aku bawak dak bertuah tu ikut pi bank....selama duk dalam bank mulut dia asyik la berzikir ya hanana tak pun membebel...sampai ada staff situ cakap, "suka menyanyi ye dia ni? banyak cakap kan dia.."  ate, dalam bank tu sunyi....memang dengar suara Zafirah je selama sejam kitorang duk dalam tu...hahaha~  menceriakan suasana kekdahnya...  :p


ok tu je nak cerita...bye! (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Sep 4, 2014

Spontaneous Thursday #1 | Rezeki 2014

Assalamualaikum...



Alhamdulillah...dah lama mengidam nak tambah aset....pernah jugak sebelum ni, dah bayar booking fees, pastu cancel...sebab tetibe macam was was nak membeli...lepas tu menyesal bila tengok development tempat tu naik mendadak...*sigh*  kali ni, memang nekad!! no more cancelation!! takmo menyesal untuk kali kedua...hahaha~  hari tu dah sign LOA...lepas ni tunggu sign s&p pulak...lagi 3 tahun baru boleh cerita pasal loan ni...muahahaha! tapi kawan² rapat ramai dah tau ni....hihi~


erm ada setengah orang tak setuju dengan keputusan kami ni...ada yang kata membazir, buat tambah hutang, lokasi tak strategik, bla bla bla...tapi lepas survey² and tanya pendapat ramai orang, plus tengok pada kemampuan poket, kami tetap dengan keputusan kami untuk melabur menambah aset...ayah aku pun pernah cakap, takkan rugi invest ke property...insyaAllah...


Aku harap kalian hormat dengan cara kami...takyah la ngata bukan²...aku tak kacau duit poket korang pun kan?? doakan yang baik² je...


Ya Allah, permudahkan lah urusan kami....murahkan rezeki kami...amin~




 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015