Showing posts with label Sharing. Show all posts
Showing posts with label Sharing. Show all posts

Nov 5, 2018

Rumah Teres Mampu Milik di Taman Salak Lestari, Sepang daripada Fitrah Properties

Assalamualaikum...


 Weekend lepas aku pergi melawat tapak perumahan baru di Salak Tinggi, Sepang. Aku difahamkan yang kawasan perumahan ni merupakan tanah rizab Melayu (99 tahun). Bila sebut tanah rizab Melayu, bermakna rumah² di sini hanya boleh dibeli oleh orang MELAYU sahaja! Bangsa selain Melayu memang tak boleh beli ye termasuk lah penduduk bumiputera Sabah Sarawak. Aku taknak elaborate lebih pasal tanah rizab Melayu, korang boleh google sendiri untuk info lanjut oke.


Perumahan baru ni diberi nama Taman Salak Lestari. Terletak di dalam kawasan Kampung Baru Labu Lanjut, Sepang. Dekat sangat dengan KLIA. Sepanjang duk kat site tah berapa puluh kali nampak kapal terbang berlepas. Anak² pun ikut sekali masa ni, teruja kemain dorang tengok eroplen siap melompat². haha~   Nilai 3 pun dekat wakkk. Senang shopping karpet and langsir baru untuk rumah baru. ehhh! ๐Ÿ˜œ


Sebelum melawat kawasan tapak dan melihat² kawasan rumah yang dah siap, kami diberi taklimat daripada founder Fitrah Properties, Tuan Haji Azmi. Beliau merupakan bekas peguam perumahan dan dah mula berkecimpung dalam bidang developer sejak 5 tahun lepas. Selain Fitrah Properties, ada DUA lagi company developer kepunyaan Tuan Haji Azmi, iaitu, Loyal Greenland dan AAKH Development.


Sedikit maklumat mengenai projek AAKH Development. Terdiri daripada:
- Rumah berkembar 2 tingkat
- Rumah teres superlink 2 tingkat


Contoh rumah² under AAKH Development. Penduduk dah dapat kunci dah pun.

Tuan Haji Azmi memang target kawasan Sepang untuk setiap projek perumahannya,  kerana menurutnya, Sepang merupakan kawasan luar bandar yang paling pesat membangun. Dengan jaringan jalanraya yang teratur serta merupakan center bagi Bandar Baru Salak Tinggi, harga tanah di kawasan Sepang juga dikira berpatutan. Harga terkini 1 ekar dalam RM600k.


Kemudahan:
๐Ÿ‘‰ 4 min ke ERL Station / Kip Mart / Mcdonald 
๐Ÿ‘‰ 10 min ke KLIA / Mitsui Outlet / Dengkil / Nilai University 
๐Ÿ‘‰ 15 min ke Putrajaya / Cyberjaya / D'PULZE 
๐Ÿ‘‰ 30 min ke Kuala Lumpur / Petaling / Subang / Shah Alam 


Siapa yang biasa lalu kawasan Salak Tinggi - Sepang mesti faham betapa pesatnya membangun kawasan ni. Dulu memang rasa terpencil je kawasan Sepang ni. Rasa kesian dengan orang yang beli rumah kat sini sebab susah nak keluar pi kedai malam². hahaha~   Tapi tiap kali aku lalu situ untuk ke KLIA, ada je pembangunan baru naik. Tiba² macam, ehh dah banyak kedai, ehh dah ada Mc Donald, ehh dah ada mall, ehh ada perumahan baru lagi??? Cepat gila membangun oke! Now aku rasa, UNTUNG orang yang beli rumah area Sepang!


Projek terbaru Tuan Azmi yang bertempat di Taman Salak Lestari, Sepang ini merupakan projek beliau yang KELIMA! wow!


Untuk perumahan di Taman Salak Lestari, terdapat dua jenis rumah yang dibina
๐Ÿ‘‰ Double Storey
๐Ÿ‘‰ Single Storey


Oke jom tengok macam mana rupa rumah² yang dibina oleh Fitrah Properties ni.


Rumah double storey, corner lot, saiz 20 x 68/69 kaki.

Porch luas! Boleh muat 2 kereta. Aku suka porch macam ni. Biasa kan porch rumah mesti ada tiang kat tengah² membuatkan ruangan parkir jadi terhad. Pembeli lah kena keluarkan kos sendiri untuk renovate porch bagi muat 2 kereta. Fitrah Properties dah fikir semua tu, dia bagi korang parking yang luas siap²! ๐Ÿ‘

Tanah tepi untuk rumah corner lot.

Ruang tamu bersambung dengan dapur. Aku suka design tangga macam ni. Sama macam rumah aku sekarang sebab boleh memaksimumkan penggunaan di ruang tamu. Setengah rumah dua tingkat, design tangga kat tengah² alam, makan ruang tau and nampak ruang tamu tu sempit. Tangga pulak dah siap tiles. Stor bawah tangga pun dorang dah buat siap². Tak perlu keluar modal sendiri untuk tambah dinding buat stor bawah tangga.๐Ÿ‘   Selain stor, ada juga bilik tetamu dan bilik air di tingkat bawah.

Ruang belakang. Ada dalam 3 kaki tanah belakang tu. Paip untuk letak washing machine ada disediakan di kawasan ni.

Ruang atas. Ada 3 bilik dan 2 bilik air, Master Bedroom dan 2 bilik biasa.

Rumah setingkat (corner lot).

Design pagar untuk setiap rumah corner lot adalah sama. Belah depan tu ada tembok batu sikit, lepastu sambung pagar biasa sampai ke belakang.  


Ruang tamu. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Rumah setingkat TIADA stor.

Aku highly recommended korang beli rumah ni. Especially those yang kerja sekitar Putrajaya, Cyberjaya, Sepang dan yang berhampiran and those yang masih belum ada rumah sendiri. Rumah double storey tu berbaki 20 unit je lagi weii! Rumah single storey pulak tinggal 3-4 buah je lagi yang kosong.


Harga hanya dari RM440K (double storey) dan RM355K (single storey). 


Baloi sangat lah beli untuk kediaman sendiri. Kawasan Sepang ni pun tengah pesat membangun. 10 tahun akan datang makin melambung naik harga rumah kat sini. Rugi lah tak grab sekarang!


"Macam mana nak tau saya layak beli rumah harga tu?"


Oke ni aku share sikit ilmu yang aku tau sebelum korang apply loan rumah. Pihak bank akan tengok 4 perkara untuk luluskan loan korang:
1) CCRIS - disiplin bayar hutang ke bank
2) D Chart - Track rekod kemampuan individu
3) CTOS - hutan kedai cth, telco, MyAeon etc
4) DSR - debit saving ratio, kadar kelayakan pinjaman

Formula mudah kiraan loan yang layak diterima:
[(Gaji x 60%)- komitmen (dalam CCRIS)] x 200
Komitmen di sini bermaksud hutang² CCRIS, contoh bayar loan kereta, motor, ptptn etc. Kalau bayar yuran sekolah anak ke, nafkah bini, zakat, insuran gitu BUKAN komitmen. Faham ye?



Info Lanjut:
 Facebook: FITRAH PROPERTIES
Instagram: @_fitrah_properties_
Call: +60 17-823 5254 




Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2018

Harga Tiket Farm in the City 2018

Assalamualaikum...


Hari tu aku dah up entry Farm in the City (FITC).  Apa ada dalam tu, aktiviti apa boleh buat dalam tu. Sekarang harga tiket dah naik wooo! Aku kena gak buat entry ni sebab kesian readers yang baca entry lama tu. Kang ada pulak cakap aku nipu. Padahal tu entry lama. Tak sangka jugak la harga tiket dah naik. hurmm


Ni harga tiket TERKINI ye. Tak tahu lah akan datang dia naik harga lagi ke tak.


Normal Entrance Rates: 
Adult: RM55
Children/Senior Citizen: RM45

MYKAD Discount: 
Adult: RM37
Children/Senior Citizen: RM30
Note: All rates effective 1/Feb/2018
* Child ticket is below 11 years old *
* Child below 90cm in height is FOC. *
* Senior Citizen (above 60 years old, entitled child price) *


Family Package (MyKad Promotion) – RM125 nett: 
– 2 Adults + 2 Children Entrance Tickets
– 2 units of Farm In The City souvenirs
– 2 boxes of Animal Feed
– 2 pieces of “Buy 1 Adult Free 1 Child” KL Tower Mini Zoo Vouchers
– 2 Certificates of Attendance for 2 Children
– Special Edition Reusable Bag
– RM 5.00 Discount Voucher for RM30.00 purchase at Happy Farm Souvenir Shop
– RM 10.00 Food Discount Voucher for Kampung Style Restaurant’s Family Set Meals


Animal Feedings:
RM2 per feeding (guna token)


Pony Ride:
RM7


Alamat:
Lot 40187-40188,
Jalan Prima Tropika Barat,
Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.
43300 Selangor Darul Ehsan. Malaysia



Customer Service:
+603-89412099

Operating Hours:
WEEKDAYS: 10:00am-6:00pm
WEEKENDS: 09:30am-6:00pm
Closed on every Tuesday, excluding Public holiday & school holiday.


Social Media:
FB: Farm In The City ๅŸŽใฎๅ†œๅœบ
IG: @farminthecitymalaysia
Website: Farm in the City





Terima kasih sudi membaca!

Dec 22, 2017

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita Yogja eh. Nak selit entry terkini dulu. kikiki~  Lagipun banyak lagi gambar belum transfer/edit. Nanti² lah aku update๐Ÿ˜


Alkisah Sabtu lepas, laki takdop, outstation seminggu. Daripada hari Rabu lagi dia dah fly. Bila weekend aku dah plan nak hangkut anak² aku berjalan. Aku tak suka mereput dalam rumah tambah time laki takde lagi aku boring duk rumah. Kang aku stress sebab semua benda aku kena buat sorang. Baik lah aku keluar amek fresh air, boleh bonding time dengan anak². *ecece padahal memang jenis tak reti duk diam*๐Ÿ˜


Aku takde spesifik plan pun sebenarnya nak bawak anak aku ke mana. Kebetulan Sabtu pagi tu anak² aku bangun awallllll! Sebelum 7.30 dah cerah mata memasing! ๐Ÿ™„  Bila dorang bangun, aku pun kena la bangun sekali! Bising kot. Memang takde can mama nak sambung membungkang. haha~  Aku terus suruh Zafirah mandi sebab malam sebelum tu aku ada lumur shampu kutu kat kepala dia. Memang dah pesan, bangun pagi kena terus mandi basuh kepala. Bila anak² dah siap mandi, aku tengok jam baru pukul 8am lebih. Eh awal lagi.


Prepare breakfast (roti + nutella), sambil otak ligat fikir mana nak bawak dorang pepagi tu. Ingat nak bawak pi Tasik Cempaka je, dekat sikit. Tapi pukul 10am confirm dah panas terik. Situ tak banyak pokok, playground pun confirm panas. Tak best ah main tetengah panas. Pening! Tetibe teringat Taman Botani. Situ redup, banyak pokok, ada tasik, boleh sewa basikal. Zasss! Terus siap² and pi Taman Botani.


 Sampai sana almost 10am gitu. Lama sangat berfikir kat rumah gamaknya. kahkah~


 FYI. Aku sewa basikal yang ada baby carrier and yang ada 4 tayar untuk Zafirah. Saja bagi dia explore naik basikal dalam taman. Selama ni kayuh basikal dalam laman rumah je. Aku sewa untuk sejam. Cukup lah tu.


 Tempat collect basikal. Pilih lah basikal mana yang korang kenan.


 Zafran tu awal² je pakai belt tu, pastu dia rimas. Zafirah pun mula² takut² nak kayuh basikal tu especially kat jalan yang berbukit. Eh takde la tinggi mana bukitnya. Tapi bila basikal tu laju dia seram! Awal² dah ada adegan nangis² ๐Ÿ˜’  Actually break kat basikal dia tu ketat sangat. Susah dia nak tekan tu dia menggelebah je bila turun bukit. herm~


 Tapi mula² je lah takut. Biasa lah kan bebudak. Aku ajar je lah dia macam mana nak control basikal tu time turun bukit and explain kenapa dia tak perlu takut, but instead dia patut rasa seronok bila turun bukit! Eh jalan dalam taman tu lengang je oke! Tak ramai orang, best lah bawak basikal lelaju!


So lama² dia jadi oke mengayuh dengan confident nya. Syabas kaklong!๐Ÿ‘


 Kitorang stop banyak tempat untuk rehat, minum air and saja enjoy the scenery. Zafran tu bukan mengayuh pun! Duduk je seat belakang tu. Sekali sekala kena bagi dia melasak, bagi keluar peluh. Kang balik rumah senang terus tido. bahaha~


 Kasi can laa mama nak posing background tasik.๐Ÿ˜


 Kaklong memang senang ajak bergambar. Zafran tu herm kena didik lagi. lol~


 Photos taken by kaklong Zafirah! yeyy! #anakblogger ๐Ÿ˜œ


Selepas sejam, kitorang pulangkan balik basikal kat tempat tadi, then aku beli air kat vending machine. Ada je bawak botol air, tapi saja laa nak air sejuk jugakk. kihkih~


Rehat jap sambil habiskan air. Beli se-tin je sebab duit tak cukup. lol~  Beg duit semua aku tinggal dalam kereta. Tak plan pun nak beli air kat vending machine, tapi dah penat kaw kaw tergoda jugak lah kan๐Ÿ˜‚  Se-tin tu banyak jugak sebenarnya, share² minum 3 beranak, sambil borak². Heaven!


Dah puas rehat, aku ajak dorang lunch kat Alamanda. Dah dekat dengan Taman Botani kan. Zafirah request nak makan kat Chicken Rice Shop. Aku memang ikut je apa tekak dia nak makan sebab dia picky eater. Kat situ dia boleh habis sepinggan nasi. Kau bawak tempat lain walaupun jual nasi ayam jugak, 10 suap je dia makan๐Ÿ™„


Aku beli kids meal 1 and set untuk aku 1. Aku share dengan Zafran. Hero tu sekarang dah tak minat makan macam dulu. Dah mula makan main². Tak sampai setengah pinggan pun dia makan. erm oke laa janji ada jugak la nasi masuk dalam perut tu. Dia banyak makan jeli je. Zafirah tu pun makan nasi dengan sup je. Ayam sikit pun tak usik ๐Ÿ˜’   Ayam aku pun ada yang tak habis, so mintak tapau, tambah nasi kosong 1. Kot malam kang tak tau nak makan apa, ulang balik makan nasi ayam je lah. Senang. hihi~


Habis makan bawak dorang main kat area Playland sebelah Parkson tu. Eh sekarang dorang dah lambak kereta² mainan yang kena masuk coin tu depan Playland. Aku ada la try masukkan coin kat satu kereta ni, dia keluar lagu je kaoo! Tapi tak bergerak apa pun! Choii bazir RM2 aku tau!๐Ÿ˜ค


Dalam pukul 3pm kot aku ajak gak dorang balik. Tu pun kena paksa oke, aku cakap nak balik solat. Kalau boleh dorang nak berkampung depan Playland tu ๐Ÿ˜‘


Sampai rumah mandi manda, pastu memasing tidoooo! Termasuk lah aku. huahua~


Next time memang nak bawak lagi dorang datang sini. Walaupun matahari dah tegak atas kepala tapi tak rasa panas. Sebab banyak pokok² sepanjang jalan especially tepi tasik tu. Berangin lagi. Tapi next time nak bawak basikal sendiri. Boleh main lama² and Zafirah pun dah biasa dengan basikal dia senang dia nak control especially break. hehe~


K tu je nak cerita. Korang suka dak pi Taman Botani? Korang biasa bawak anak² riadah kat mana?๐Ÿ˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015