Showing posts with label Office. Show all posts
Showing posts with label Office. Show all posts

Aug 8, 2017

Raya #Day13, BBQ di Ofis

Assalamualaikum...


Masa ni hari Jumaat. Bos aku propose buat BBQ tepi swimming pool. yaa opis aku ada swimming pool. Aku je tak pernah nak try swimming kat situ. haha~


Actually lama dah planning nak buat bbq ni. Aku punyai sejenis bos yang sangat suka makan dan belanja staff² makan. Dalam setahun ada banyak kali jugak lah dia belanja staff makan. Tak kisah lah sebab ada special occasion macam buka puasa ke, CNY ke, New Year ke, kadang dia datang sesaja dia ajak lunch ramai² kat Pappa Rich or mana² restoren berdekatan ofis. Gituu. 


So kali ni dia propose buat BBQ pulak. Aku pun tak pasti lah mana datang idea nak buat bbq bagai tu. Kitorang ni menurut perintah je lah. Padahal memasing pun jenis pemakan jugak. 2x5 je dengan bos. bahahaha


Pada hari kejadian, bos bagi kerja half day je. Lepas lunch semua boleh balik, prepare apa² yang patut, then datang ofis balik hangkut semua family members join. Nak ajak kawan² pun boleh katanya, tapi takde pun yang ajak kawan. Family sudah! haha~


 Aku sampai ofis balik pukul 6.30pm gitu. Jem weh! Jumaat kan. Memasing ada tugasan untuk bawak makanan. Aku order food dari katerer, ada yang ditugaskan untuk bawak tempat bbq, marinate ayam daging semua, jadi chef, tolong susun kerusi meja etc.


Semua ni aku order dari Echa Mewah Katering. Ada spaghetti goreng, mihun goreng, sandwich, nugget, sosej roll, potato salad, fruits. Manu lain macam lemang and rendang bos lain sponsor (ramai bos aku tau), ada yang dak encem bawak sikit dari opis dia. Air pulak opismet lain handle. Food untuk bbq pun opismet lain handle. Apa yang penting? KERJASAMA!!~ ✌


Salah satu menu bbq, ayam. Seksi² ayam tu. nyummm~ 


Head chef. bahaha~  Amir memang expert buat bbq. Tengok gaya pun tau dah. Selalu sangat dia bercerita dengan aku tips² masak daging, cara marinate, cara bagi daging lembut, cara nak pilih daging bagai. haa kali ni sila serlahkan skill anda depan bos dan kawan² lain. haha! eh memang sedap dia marinate ayam, daging semua. Paling aku suka dia punya sambal sotong. Aku pun tak reti buat sambal sotong sedap macam tu. Sotong tu pulak dibakar ye bukan goreng. Terbaikkkk! πŸ‘ oh btw Amir tu masih single. Kot la ada yang mencari jodoh terer memasak.😁


 Ni Nizam. Dia pun bawak alat bbq dari rumah dia. Sebab kalau nak guna yang Amir punya sorang memang tak cukup. Banyak sangat benda nak dibakar. Dah la lama nak tunggu bakar² ni. Tapi bila dah siap, hah nikmat tak terkata.😁


 Sambil tunggu dorang membakar aku makan eskrim. Bos belanja. Dia belanja eskrim memahal lak tu. Yang first round tu eskrim biasa². Second round dia beli eskrim mahal. haha~  Setiap orang merasa makan eskrim. Ada yang makan lebih dari satu sebab banyak sangat bos beli. See, bos aku memang suka sumbat perut staff dia dengan makanan. Bukan staff je dia suruh makan, ahli keluarga staff pun dia sumbat jugak makan banyak². hahahaha  Thank you bos! πŸ˜˜


 Suka korang ye dapat makan eskrim. Tak pandang kiri kanan dah. Tu yang kecik tu, menikmati sangat kan eskrim Magnum coklat πŸ˜


 Dah macam appetizer pulak eskrim tu😝


 Kebetulan beberapa hari sebelum tu birthday one of the staff, Su. So kitorang decide buat surprise kat dia. Accounts department belikan kek and goodies untuk bebudak ffuhh meriah!


 Terkejut Su ada kek untuk dia. Acah² dukung anak buah sebab malu orang nyanyi lagu happy birthday. hahahaha~  comel oke!


Head chef tetap setia membakar sampai ke malam. πŸ˜ Agak banyak jugak daging and ayam yang Amir beli. Siap berlebih². Silap order food katering banyak sangat. Biasa kalau buat bbq, tak order dah food lain kecuali side dish. Tapi bos aku risau makanan tak cukup. haha  takpe lah. Pengalaman. Lepas ni dah reti nak bajet untuk order food supaya tak membazir. Eh bos aku looking forward untuk buat bbq lagi akan datang tau. pfft!


Dalam pukul 10pm kitorang balik. Lagipun kawasan swimming pool memang tutup pukul 10pm. Merasa jugak lah Zafirah and anak² opismet lain berendam dalam swimming pool memalam. Zafran je penakut, dia nak aku terjun sekali dalam pool tu. Tak kuasa oke. Makan lagi best.


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

Jun 3, 2016

Arahan Sambung Belajar...gulp!

Assalamualaikum...


Ikutkan dah lamaaaaaaa bos aku suruh sambung Master....dia nak staff² dia semua expert dalam kerja yang kitorang buat....sebab background aku time study dulu adalah jauh panggang dari api dengan apa yang aku buat sekarang....dulu aku study Civil Engineering...now dah kerja, lari bidang to Mekanikal....to be spesific, Fire Engineering...memang menyimpang habis!! tah macam mana aku boleh terjun dalam kerjaya ni pun tak tahu laaa....dah 6 tahun pun aku dalam bidang ni....pfft!


Bidang ni sangat NOT well-known kat Malaysia....course Fire Engineering ni pun memang TAKDE kat mana² U dalam Malaysia (IPTA or IPTS)....even company yang buat bidang fire ni pun very limited...ada 5 buah company je yang aktif dalam bidang ni....yaaa 5 buah sahajaaaa in entire Malaysia!! tapi persaingan boleh tahan sengit....sebab job pun limited jugak! haha


Semalam dapat wassap gini dari bos....OMG!! gigil tangan baca! kahkah   FYI Alan tu manager aku....


Aku mintak manager aku details pasal tempat dia study...nak tau U mana??




oke try usha website dia...cara² nak apply semua....


argh!


macam leceh jeeee....grr  sebab kena amek exam IELTS, TOEFL bagai tu....herghh TAK RAJIN OKE!! -.-


eh lagipun bukannya boleh buat full time Master...manager aku tu study by online je kottttt....ko ingat aku ni gigih sangat ke nak belek buku, buat research segala bagai tu??? nak siapkan report untuk projek kerja pun duk copy paste je....kahkah  *kantoi di situ*


herm entah la kan....kadang tengok adik aku and kawan² lain further study macam best je....paling best tengok bila dorang berjaya habiskan study dorang....memang tacing habis!! worth every sacrifices!!


Tapi....herm nak mulakan tu....adoi  



More, aku macam tak berminat sangat lah nak further² study ni....hahaha  aku rasa dah ada degree ni pun dah cukup bagus dah....hutang belajar degree dulu pun tak habis² bayar lagi kat PTPTipu, ni nak suruh tambah hutang lagi?? oh noooo! baiklah aku guna duit untuk further study tu buat beli rumah....boleh invest!   aku belajar tinggi² pun, sijil tu bukan boleh tolong aku time susah, time dah tua, dah pencen nanti....DUIT je yang boleh tolong...bahahaha   seriously zaman GST orang memang fikir duit duit duit je...sijil² ni tak penting kalau kau tak reti manage duit....pendapat aku lahhh😁


yaa aku dah ada perancangan masa depan aku sendiri....and dalam perancangan tu takde pun list untuk sambung Master, PhD bagai....TAKDE! yang aku tau aku nak enjoy my life to the fullest! enjoy setiap masa² aku dengan anak²...kalau aku sambung belajar mesti makin kurang masa aku dengan anak², masa untuk diri sendiri....hergh tak kenan oke! umur makin kertu....by the time aku habis belajar, semakin kertu...pastu tak larat nak buat macam²....argh!


Tapi bos aku memang harap sangat staff² dia further study...cane eh?? stress oke fikir pasal ni T__T






IKLAN:

Jom cantik sebelum raya!!


Rahsia suami makin sayang πŸ˜

kulit cerah BEBAS JERAWAT! πŸ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
πŸ’• Pudarkan jeragat degil
πŸ’• Kecutkan jerawat
πŸ’• Hilangkan parut
πŸ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
πŸ’• Hilangkan bintik hitam
πŸ’• Cerahkan kulit kusam
πŸ’• Baiki tona tak sekata

πŸ€” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
πŸ€” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
πŸ€” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Sep 24, 2014

SusunAtur: Stacking Storage Rack

Assalamualaikum...


Aku dah pindah opis baru sekarang...dah 2 bulan pun kat opis baru....kehkeh~  kitorang pindah time bulan puasa...seminggu sebelum raya...pfftt! ada aku cerita kat entry SINI.... :)


Awal² pindah dulu serabut baq hang! tu yang sesepah tu report nak kena submit ke bomba...kebetulan time pindah opis memang ada report menanti untuk disubmit....tak sempat nak rasmikan sangat meja baru terus kena humban dengan reportssss...zzzzzzz~


Bila takde report macam ni lah ghope meja iols...kemas la sikittttt....tapi tetap banyak kertas² atas meja tu....drawing lah, memo lah, recycle paper lah...huhu~


so aku beli stacking rack ni kat Daiso....ni beli sekali dengan bekas sabun yang aku cerita semalam tu lahhh....idak la stress papa jalan jauh² tapi beli 1 barang jeww....kuikui...


Aku pernah survey kat Jusco or mana² hypermarket rak macam ni agak mahal....RM20+...tu yang nekad beli kat Daiso je...2 ketul ni baru RM10...kalau beli 3 baru RM15...giteww~  :)


More, rak ni bila di stack kita boleh pilih nak kaki tinggi atau rendah...nampak dak beza dalam 2 gambar atas ni?? aku prefer yang kaki rendah...sebab bukan banyak sangat pun kertas² atas meja aku...sok dah betul² menimbun baru kita pasang kaki yang tinggi....paham dak?? :)


Final makeover....


nampak lebih lapang dan selesa...file besar tu sebenarnya letak kat tempat lain...masa ni memang ada kerja yang memerlukan rujukan dalam file tu....sekarang kerja tu dah setel...aku simpan file tempat lain...takmo semak² sangat atas meja ni...tak selesa nanti...hehe~


Ekceli aku banyak jugak guna filing...setiap projek ada file masing²...since opis ni kocik comel loteyy, segala mak nenek file simpan dalam kabinet...nak guna baru keluarkan file...lepas tu simpan balik dalam kabinet...barang² peribadi aku simpan dalam kabinet laci bawah meja....yang tu pun aku ada cerita dalam entry 'Kompartmen Dalam Laci'....buku² nota pun simpan dalam laci...tu nampak kosong je meja aku....meja ni pun kecik je...nak lambak banyak sangat benda pun tak best...serabut! :)


Opis lama dulu tak amalkan sistem 5s...mentang² opis buruk kan...kahkah~  sekarang pindah opis baru, bangunan baru, meja baru, kerusi baru, toilet baru (kecuali pc and ada few barang yang recycle je dari opis lama)....but still eksaited sangat nak amalkan 5s...yeyy! semoga istiqamah...huhu~


Macam mana korang susun kertas² atas meja opis?? (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015