Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Dec 2, 2014

Nantikan "SELUDUP" Disember ini di Astro Prima & Maya HD!!

Assalamualaikum..



Dulu aku pernah cerita pasal drama aksi Seludup...tak ingat?? takpe takpe...kita refresh balik..huhu~  Selama ni duk tengok FB and IG dorang je...tengok sesi² penggambaran...tengok Tiz Zaqyah shooting...terus rasa macam 'ohemgeee cepat lah siap drama niii...tak sabar nak tengok!!'  gitew~ haha~



Now, tak lama lagi memang akan disiarkan di kaca TV!!! yeyy!


Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP...


“Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Jom berkenalan dengan mereka yang terlibat dengan drama siri SELUDUP ni...boleh kata majoritinya aku kenal! dah selalu keluar TV...so kita boleh tau tahap lakonan dorang macam mana untuk siri ni...^_^


Aizat Amdan, komposer OST Seludup! omg! aizat punya lagu semua sedap² okeh!!


Jehan Miskin, Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din....multitalented sangat dia ni...wheww~


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.


Namron memainkan watak Tam


Pekin Ibrahim memainkan watak Amran


Raja Ilya memainkan watak Rina


Syafie Naswip memainkan watak Jai


And last but not least...watak yang aku minat! hahaha~


Tiz Zaqyah memainkan watak Yasmin...


Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap Khamis jam 9:30PM bermula 4 December 2014 di Astro Prima (Channel 105) dan saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup...



Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd Astro Malaysia Holdings Bhd
Merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.2 juta atau penembusan kita-kira 60% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 182 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT.

Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.6 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima tiga pengiktirafan Stevie Awards dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) 2013. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com


 Terima kasih sudi membaca!

Sep 8, 2014

Ribbit Pada Pandangan Kami.....

Assalamualaikum...


 Ribbit...filem animasi terbitan KRU Studio...


Jumaat lepas bawak Zafirah tengok wayang...dak kecik tu kemain sekarang dah pandai request nak tengok oyang! nak tengok cite 'tatak' (katak)...hehh~  macam biasa port tengok wayang ialah Alamanda....


Aku seronok je bawak Zafirah tengok wayang...sebab masa layan Ninja Turtle dia tak buat perangai...behave je...so konfiden la kali ni pun dia akan behave...dah dia sendiri yang mintak nak tengok cite 'tatak'!  :p


Lagipun aku tengok watak² dalam movie ni cute sangat! aku tak pernah tengok lagi trailer...tak tanya pun orang lain yang dah tengok macam mana movie ni....best ke?? konfiden je beli tiket ...sebenarnya saja seronok bawak Zafirah jalan²....tu yang tak terfikir nak tengok trailer dulu ke hape....huhu~


Sebelum masuk wayang snap² gambar dulu...pastu main kejar² dengan Zafirah...grrr~  perangai baru Zafirah....suka main kejar² dalam mall or mana² kawasan lapang...hehh~   dah la suruh kejar dia, pastu dia main nyorok² lagi....bukan nyorok belakang tiang ke hape, dia pi nyorok kat celah² orang ramai yang tengah beratur nak beli tiket...pastu dengan bangganya jerit, "MAMA TAK DAPAT!!" *ko ghase??*  (-_-")


Dalam 10 minit menunggu baru boleh masuk dalam panggung...macam biasa pesan siap² kat Zafirah behaveeeee!! jangan main²...duk diam²! dia respon angguk² kepala tanda faham....hurmm~


mama pun eksaited nak tengok Ribbit....kahkah~  ouh sebelum start movie kena nyanyi lagu Negaraku...first time Zafirah tengok orang berdiri tegak nyanyi Negaraku...pelik dia tengok semua orang dalam panggung berdiri untuk nyanyi Negaraku...hihi~


Habis Negaraku movie pun start...berkobar² memasing tengok....


---------------------------------------------------------------------------------------------------------
20 minit berlalu (kurang lebih)....
---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Kitorang balik...ye balik!! tak sampai separuh jalan kitorang dah keluar!!! grrr~


Dalam 10-15 minit pertama je Zafirah behave, duk diam²...lepas tu dia macam bosan...kejap kang cakap nak makan lah, nak itu lah, nak ini....lepas tu dia takmo duduk atas seat....nasib baik papa beli seat tepi tangga...mula lah aksi dia main turun naik tangga pulak!!! hehh~   bukan takat tu je....dia pi kacau orang bagai!! grrrrr~


Bukan kacau jerit², ketuk kepala orang...tapi dia berdiri tepi kerusi orang, pastu tenung orang tu lama²....dah kenapa pulak kan??!!! pastu aku nampak orang tu hulur popcorn....ingat Zafirah teringin nak makan agaknya...hangin betul aku tengok! yelaaa malu la kang orang ingat aku kedekut sangat tak bagi anak makan!! grr grrr grrr! tapi Zafirah tak amek pun popcorn tu...bila orang tu hulur makanan, dia pandang papa sengih²...pastu joget²...bila orang tu dah tak pandang dia, dia pi tenung balik orang tu lama²...adoyainyepun!! (-_-")


Dah boring tenung orang, dia main turun naik tangga lagi....time ni papa dah tak sedap bontot nak duduk...bila tarik dia suruh duduk dengan kitorang dia takmo!! merengek², meronta² mintak lepas...! last sekali dia pi kacau orang depan....tergedik² kat kerusi orang depan....haa time ni papa takleh sabar dah....last² papa cakap, "jom balik laaa!"


Aku terus dukung Zafirah bawak keluar...hehh~  kat luar nangis² nak tengok oyang...geram aku! tapi malas dah nak masuk dalam balik...muka dia nampak macam nak tidur...baik la aku balik tidurkan dia...huhu~


erm tapi jujur aku cakap, Ribbit boring...papa cakap mungkin kita dah biasa tengok cerita kartun omputih, skrip omputih, bila tengok kartun cakap melayu, siap slang utara bagai jadi macam krikk krik...krik krikk~  10 minit pertama okay lagi aku layan...pastu mata aku dah mula pedih...nak TIDUR!! hurmm


No wonder la Zafirah pun takmo duk diam....dia boring rupanya....aku perasan Zafirah minat cerita² action....macam Ninja Turtle tuuuu....jalan cerita Ribbit terlalu ringan....tak sesuai tengok waktu malam....sangat mengantuk....maaf la...ni pandangan aku....mungkin cerita ni tak kena dengan jiwa kitorang anak beranak....kitorang prefer cerita yang banyak aksi...bukan banyak membebel atau banyak dialog...


Kang jangan la ada yang cakap aku tak sokong produk keluaran Malaysia...Upin Ipin aku suka je tengok! yang movie punya...tak bosan pun! tengok drama ulang² pun tak bosan....bagi aku kekuatan dia adalah pada skrip! langsung tak bosan! enjoy je setiap kali tengok....


Aku harap KRU Studio boleh perbaiki lagi ye....gambar dah cantik...watak² pun dah menarik...tapi skrip tu....alahaii....pandai komplen je aku ni kan? ce buat skrip sendiri tengok best ke tak?? kahkah  ayat cliche...aku tak reti tulis skrip...tapi aku reti komplen....ada masalah?? lol~  :p


Terpulang kalau korang tak setuju dengan pandangan aku....kalau korang rasa cerita ni best gilerrrr...setanding Spongebob Square Pants the Movie *eh?!*...silakan! aku tak kisah pun....aku cuma suarakan pandangan aku jee....


Peace! v(^__^)




 Terima kasih sudi membaca!

Aug 13, 2014

"Aimy nak tengok oyang!"

Assalamualaikum...


Wayang = oyang
Moyang = oyang

(-_-")


Semalam dak encem ajak tengok wayang...cerita Ninja Turtle...legend oii kartun tu...dulu kecik² hantu main game Ninja Turtle...hari² ngadap game ninja...tapi movie yang baru keluar tu bukan lah kartun...macam watak X-man gitu...huhu~  lagipun ada pelakon hot Megan Fox...lagi la macam "a must watch movie" gitu....kehkeh~


Macam biasa, port tengok wayang ialah Alamanda...situ je yang paling dekat and selesa... :)


 alolo ostajah zapiyah tengok oyang! :p   dia sendiri yang mintak nak pakai tudung...dia rasa dia comel macam mama bila bertudung...kahkah~  *lantak disitu*   semalam sejuk...hujan...bawak sweater siap² idak la menggigil dalam panggung nanti...  :)


 papa beli tiket thru online je...sebab malas beratur panjang²...sampai² terus collect tiket kat kaunter...pastu beratur beli popcorn and nugget...padahal kat rumah dah melantak nasi lauk sambal udang mertua masak...gatal nak beli food jugak kat sini....bahaha~  :p


"kak yana...! amekkan gambar dengan Zafirah...comel lah dia pakai tudung..."


-klik-



 Zafirah dan makcu....kitorang pi sekali dengan adik ipar and her husbeng...double date lah kononnya! ^_^ 



Zafirah behave je dalam wayang...sebelum masuk dalam memang aku dah pesan kat dia awal² jangan buat perangai, jangan melasak sangat...bahaha~  Alhamdulillah dia dengar kata....memang dia bantai layan Ninja Turtle dari awal sampai habis...kemain!


oh Ninja Turtle memang best!! aku bagi 9.5/10 bintang!! 


Movie ni kategori P13 je sebab tu boleh bawak Zafirah...kalau dia tulis 18 aku tak ikut...Zafirah sekarang susah nak tinggal² kat orang walaupun dengan tok nenek dia....dia nak berkepit dengan mama papa jugak! so kalau nak tengok wayang, memang kena cari movie yang light²...paling teruk pun P13 je lahh....nak yang class 18 semua tu kasi download je tengok kat rumah time anak tidur...ngeee~   :)


Selamat tengok oyang!! (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Jun 17, 2014

Bila tah nak Redeem Tiket Wayang Free ni...? hehh~

Assalamualaikum...


Bulan lepas aku ada pi E-Curve untuk tengok premiere screening Animasi Supersquad...err aku tak pernah cerita pun pasal tu kan? hahaha~   pandai suruh orang lain update tapi diri sendiri pemalas nak update! choi~! nanti lah kita cerita...nanti ye...heee~  v(^_^)"


Sementara tunggu nak masuk panggung, kat tingkat bawah wayang tu ada satu kaunter daripada Private Retirement Scheme (PRS)....aku tak familiar dengan kompeni tu so kitorang jalan je la laju²...tapi mata duk pandang banner dorang....pastu nampak staff dorang panggil² sambil cakap, "nak free tiket wayang tak?? mai la jawab soalan...mudah jeee..."


Kitorang ni pantang dengar perkataan "FREE", sanggup patah balik nak tengok macam mana kekdah nak dapatkan tiket wayang free tu....mihmihmih~


 banner ni lah yang menarik perhatian kitorang...masa ni tak ramai orang kat sini....tu staff tu seronok panggil² suruh jawab soklan....huhu~


 Kalau ko tak pernah dengar apa itu PRS, PPA memang ko rasa soklan ni susah nak mamp! serius! aku dah gelabah tengok soalan dia...hahahaha~   tapi dorang memang nak sangat bagi tiket free kat orang ramai....amal jariah kekdahnya....relek je dorang bagi hint²....tapi hint dorang tu lebih pada memberi jawapan kat kitorang...kohkoh~


 nampak pamphlet tu?? aa semua jawapan bagi setiap soalan ada dalam setiap pamphlet dorang...bila ko macam menggagau tak jumpa jawapan dorang bagitau je muka surat mana nak selak...senang bukan??muahahaha~


Setiap orang boleh jawab 1 soalan and dapatkan 1 tiket free...no cheating haa...so aku and dak encem masing² dapat 1 tiket free...weeeeeeeeeeeeee!! \(^___^)/


ni lah ghope tiket free tu...boleh di redeem di mana² Cathay Cineplexes seluruh Malaysia...T&C applied!


Valid sampai bulan 8 ni...lagi 2 bulan je...aku masih tak tahu nak tengok wayang apa...hahaha~   kalau boleh nak tengok cerita kartun je...senang bawak Zafirah sekali....dia dah besar ni takde maknanya dia nak duk diam dalam wayang...dulu time baby boleh la sua nenen pastu terus mentido je dia dalam wayang....


Ingat lagi hari tu pi premiere screening under MIG cerita "Awak nak Kahwin Dengan Saya?", dah hujung² wayang dia boleh memberak dalam tu...lepas berak dengan bangganya dia jalan turun naik tangga wayang...semerbak kaooo bau taik!! malu aku....sampai ada yang spray perfume sebab busuk sangat...iskk~ T__T   tapi Zafirah tak kacau orang....tak memekik, menjerit² (err ada la sekali dua dia memekik...huhu)...tapi dia nak merayau² dalam tu...bosan kot duk setempat....dah dia bukan faham cerita cinta cintun orang tua....tu aku nak tengok cerita kartun....dia pun boleh faham....giteww~


Tau tak movie kartun apa best sekarang?? hihi~  (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Jun 21, 2013

Mentang² Uncle tu Macho...kemainnnnn!

Assalamualaikum....

Malam tadi ikut dak encem tengok pra-tonton filem MIG...dak encem dapat tiket under media...media lah sangat kan....blog pun dah bersawang...puiii....hahaha~  ikutkan setiap kali MIG buat pra-tonton, dak encem mesti akan di-invite sekali....tapi aku jarang lah nak ngikut....sebab dorang buat hari bekerja....kalau buat kat Alamanda oke lagi....tapi selalunya dorang buat kat Sunway Pyramid....bagi aku jauh la....baik aku berguling² atas katil kat rumah dengan Zafirah....lagi syiokkk! muahaha~

Tapi kadang² aku join je dak encem pi pra-tonton....sebab risokan laki....ramai nau awek cun kat situ especially retis² ni....dah la cun, seksi lagi....kahkahkah~  *motip??*  :p

Filem terbaru MIG ni tajuknya 1 Lawan 1...cerita action...menarik gak cite dia....biasanya aku memang tak suka sangat filem² MIG ni....cliche dan bosan...tak kena dengan jiwa aku agaknya...nasib baik filem 1 lawan 1 arahan Piere Andre ni best! :)

Nak dijadikan cerita, before masuk panggung, kitorang yang dapat invitation under media ni, bukan blogger ye, media *eksyen sangat!*  dapat masuk satu bilik khas di mana retis² semua ditemuramah dan berfotografi....part jumpa retis tu aku tak heran sangat....part paling best ialah dalam bilik tu disediakan makanan!! yahooo! jimat duit makan malam...kahkahkah~  :p

Since dak encem dah selalu sangat join event MIG, ramai lah staff² MIG yang kenal dia....salah seorang nya uncle Azhar....Zafirah la panggil dia uncle...aku panggil dia adik je....mihmihmih~  *padahal aku tak sure pun umur dia berapa...tah tah sebaya...perasan tua pulak kannn :p*




Mula² Zafirah takmo pun kat Azhar ni....pastu si Azhar men rembat je anak aku, pastu bawak lari....tapi idak pulak Zafirah menjerit ke hape kan....agak kehairanan di situ....  O_o



Lama jugak dia menepek kat uncle Azhar....sampai aku hulur tangan dia buat dekkk je...hamboihhhhhhhhh! nampak laki dahi licin terus behave, sopan santun....ikut perangai sape tahhhh....bahahahaha~  kalau aku yang mendukung kompem terlonjak², terjerit², mintak turun nak berjalan....memacam! -.-'

oh FYI, si Azhar ni dah berumahtangga....tapi belum ada cahaya mata lagi...insyaAllah ye dik...amek aura Zafirah dulu...kekekeke~   aku ghase kalau binik dia baca entry aku ni kompem vangga tahap dewa...haruslah kan....aku pun vangga jugak kalau orang cakap dak encem tu macho....tapi sambil letak tangan di dada, mata ke atas....lalalalala~  :p

Tapi aku perasan pe'el budak perempuan memang lebih sukakan laki and vice versa....kan?? standard la Allah memang ciptakan manusia sebegitu rupa...so normal lah sikap anak aku ni kalau dia lebih sukakan orang laki mendukung dia berbanding orang perempuan....

Tak percaya??


nah!


buktinya!




KAHKAHKAH~



tu je nak cerita...


BYE! \(^_^)/











p/s:  Esok Sabtu....cuti...yey! yey!

p/s:  Kat Puchong dah mula nampak jerebu....Bangi takde lagi....riso bawak Zafirah keluar....hehh~



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

May 28, 2013

Zafirah dan Bloggers

Assalamualaikum...

Ekceli ni minggu lepas punya cerita...baru hari ni nak update...tah kenapa asal holiday je jari jemari jadi kematu nak menaip...hihi~  :p

Alkisahnya..................




Khamis lepas dak encem dapat tiket Fast 6 dari Broframestone via Advertlets....biasa la kitorang ni kalau ada tiket free memang laju je merembat! dapat pulak cerita action...genre kegemaran dak encem....aku and Zafirah tukang follow je...muahaha~

Wayang start pukul 9pm gitu....habis around midnight jugak la....tapi hari Jumaat tu kan cuti hari Wesak...tu aku tak kisah nak follow....kalau bukan hari cuti aku sangat malas nak follow...kang tak cukup tido, tak cukup rehat....tak boleh bagi komitmen 101% di pejabat....oh perasaan yang sangat tak best! macam la hari² aku komited sangat dengan kerja kat opis....poyo je lebih! kahkah~  :p



macam comel pulak aku posing pegang botol air Zafirah tu...kekekeke~  :p


Dan aku berjumpa dengan dorang ni....dari kiri, yang tengah dukung Zafirah tu, Dkna....sebelah kiri aku, Yana Yassin, Cik Siezuka and last sekali adik ipar aku...dia takde blog...so tak perlu interprem nama...muahaha~  :p

Ekceli dah 2-3 kali jugak aku jumpa dorang ni....erm mungkin juga 3-4 kali....eh senang cerita, asal ada event yang Bro invite, mesti dorang ni ada punya....ngeeee~


Aku ghase mesti korang nak tau, Zafirah behave ke dalam wayang???

aaa kan kan?? soklan cliché tu....ramai orang tanya soklan gitu kat aku sebenarnya...kekeke~  meh aku jawab secara penulisan...ecehh~

Aku tak ingat dah berapa banyak kali aku angkut Zafirah tengok wayang....tapi belum sampai 10 kali la yang pastinya....huhu~   so far memang dia TAK PERNAH lagi buat hal....oh kecuali masa tengok wayang MIG sekali tu....tak ingat dah bila....tapi memang dia tak duk diam la dalam panggung...suruh tido pun taknak....bagi nenen pun tak jalan! dia ajak keluar dari panggung....bosan gamaknya cerita tu....ngeh³  *mamtik la kena banned blog aku nih...lalalala~*

Tapi kalau tengok cerita² action macam Iron Man, CZ 12, Fast 6 dan seangkatan dengannya elok pulak Zafirah behave dalam wayang...kalau dia nak melasak pun setempat je la....dia main tepuk² tangan, agah² orang sebelah, orang belakang, borak² dengan mama papa....lepas tu bagi dia makanan, dia duk je la diam²....setengah jam lepas tu mesti dia ngantuk...bagi nenen....tak tidur pun....masih nak main²....papa peluk, dodoi², baru dia lelap...haa manja tak anak aku?? haha~


"budak bawah 18 tahun boleh eh masuk wayang tengok cerita² gini??"

erm sebenarnya ikut budi bicara staff yang collect tiket....secara logiknya, bebudak, especially baby² mana paham apa²...dan dorang ni masuk wayang kan dengan makpak dorang....bukan masuk sendiri²...so tanggungjawab makpak la nak jaga anak tu kan?? bagi aku senang je, kalau tiba² anak tu buat hal, memekak dalam panggung sampai ganggu orang lain, keluar je la dari panggung tu...burned je tiket....nasib la kan....siapa suruh bawak anak kecik tengok wayang....sendiri tanggung la risikonya....ye dak?? muehehe~  v(^_^)



Lepas habis wayang ada sesi bergambar dengan semua blogger yang hadir...credit gambar to Yana Yassin....suka hati aku je letak watermark sendiri...bahahaha~  :p

aa Zafirah ni elok pulak mencelik time ni....habis je wayang, bukak lampu, mata dia pun sibuk nak bukak jugak....grrr~  tapi bagus jugak....baru comel gambar pandang kamera....kihkihkih~

oke tu je nak cerita...buhbye!  ^_^



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 26, 2013

Layan Iron Man 3 Malam ni~!


yeyy! malam ni pi tengok Iron Man 3 yaw!
kompeni belanja tiket...
tayangan amal katanya...
harga tiket rm100...pheww~  *amal sangat!*
dah la dapat seat depan sekali...
merasa la sakit tengkuk malam ni...sobsob~

Mekaseh bos belanja tiket memahal...
susah² je...ngeh³~
aku rembat 6 tiket sebenarnya...
kompeni beli doploh tiket...
so ikut lerr memasing nak amek berapa banyak pun...
ingat nak amek lebih tapi ai is segan walaupun big bos tu bapak ai je...muehehe~
takut dia ada nak bagi kawan² dia pulak ke...
entah ada ke idak warga emas layan Iron Man....
kawan² ayah aku tu consider warga emas la...
aci tak cakap gitu??
kawan² ayah yang baca blog ai mesti sentap kan....muahahaha~
tak reti menjaga hati betul anak bos ni..... v(^_^)"

Aku angkut sekali Zafirah tengok Iron Man 3...
dia bukan boleh kena tinggal...
dengar orang bukak pintu je dah menggelabah nak ikut...grrr~
hopefully Zafirah behave ye malam ni...
nanti mama belanja pop corn...eh!  :p

ermm takde cerita pasal Zafirah hari ni...
makanya sila lah layan rapuan mama Zafirah...bahahaha~  :p


kbai~! (^^,)








p/s:  tayangan amal ni 1 Malaysia tak silap...and aku perasan banyak jugak kompeni yang belanja tiket wayang Iron Man 3 untuk staff²...kompeni korang ada belanja korang dak?? kui³~   ^_^


Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Nov 13, 2012

Zafirah Tengok Wayang yaww!! ^_^


Kitorang tengok Taken 2 yaww! papa lerr mengidam sangat nak tengok wayang dengan biniknya...lagipun Zafirah macam dah besar sikit...8 bulan tu kira dah besar lerr teww...kekeke~  aku ni mana boleh berpisah dengan Zafirah...pergi company trip pun berkeras dengan bos nak bawak Zafirah sekali tau... ^_^


can you see us??  =)

Best jugak la cerita Taken 2 nih...Zafirah tido je dalam wayang...ada aircond, sejuk memang cuaca kegemaran Zafirah la ye...wayang dah habis baru dia bangun...wahhh bagusssssss anak mama! lain kali mama bawak pergi tengok wayang lagi yeeeee...ngeh ngeh ngeh~  ^___^





p/s::  aku rate 9/10 untuk cerita Taken 2  (^^,)

p/s::  nak jenjalan IKEA la hari ni...yeyy!


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jul 9, 2012

Bila Dah Lama Tak Dating Berdua...~

Sejak dapat Zafirah belum pernah lagi dating dengan dak encem...nak dekat 5 bulan jugak laaaaa...lama tuuu...hikss~  semalam kitorang saja la plan 'hari berdua²an'...ecewahhh  aku sediakan stok susu banyak², kasi mak aku jaga Zafirah...kekekeke~  =P


Mula² kitorang pi spa...kat Roses and Beauty spa, Taman Equine Permai, Seri Kembangan...serius sedap wehhhh badan ni dibelai belai, dimanja manja...ada massage, facial, body scrub...macam biasa lah aku beli voucher kat I Love Discount...dapat harga murah...tak sampai RM50 pun hokay!! hihi~   then kitorang pi Alamanda...dak encem nak sangat tengok wayang citer Spiderman...aku layankan aje lah....dia yang belanja ponnnn...lalalala~  kitorang amek wayang malam, kul 9.15pm...




Sesungguhnya aku tak pernah lagi tengok wayang 3D *booo*  dak encem pun macam baik hati nak belanja tengok 3D..takkan nak halang kan?? dah tentu la menyokong sambil buat lompat bintang! *tipu* nampak tak cooler bag Jingle Jungle tuh?? gigih aku ngepam susu dalam panggung tahu?? wakakaka  sebab tu kena pilih seat paling tepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii so orang tak perasan aku ngepam ngepam susu...v(^__^)"


eh masa kat kaunter tiket kan, dak encem macam terlepas cakap tau...budak kaunter tu suggest amek seat tengah...view baekkk punya la kan...tapi aku taknak...aku cakap la nak seat tepi...sekali dak encem pi cakap kuat², "nape nak duk tepi??ooo nak pam ek??"


haaa ko tau budak kaunter tu dah sengih²...aku tak tahu la dia duk fikir aku nak pam apa kan  (-__-")  lepas dah beli tiket baru dak encem perasan mistake dia...hihi takpe lah...lain kali bila cakap pasal pam kena jelaskan betul²...nak pam SUSU...baru orang faham...kalau cakap 'nak pam' je, dalam panggung pulak tu...hurmm banyak benda boleh ditafsirkan di situ...tambah² bila bercakap dengan orang bujang...kannnnnn???  =)




serius dah lamaaaaaaaa tak amek gambar gini...terasa macam zaman kapel² pulak...kan kapel muda mudi ni suka nau amek gambar gini?? hihihi~  =P


Citer ni amek masa 2 jam 30 minit gitu...bagi aku oke la...kalau tak tengok 3D pun oke je...aku rasa kalau tengok cerita kartun baru syok layan 3D...pendapat aku lahhh...so korang macam mana? apa aktiviti malam minggu (^^,)







p/s:  siapa ada facebook jom tolong like gambar ni >> http://on.fb.me/LfxC6P << akhir bulan ni habis weiii!! grrr~





Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 28, 2011

Bila Yusry KRU Ambil Berkat Ibu Mengandung~

credit gambar to IEB


Bukan aku yang nak bergambar dengan Yusry,
tapi Yusry yang nak bergambar dengan aku...kahkahkah~
berkat ibu mengandung katanya...lalalalala~
saya doakan abang Yusry juga cepat mendapat zuriat...
err abang?? bukan Lisa je ke panggil Yusry abang?? hewhewhew  v(^___^)"


oh gambar ni sempena majlis Pra-tonton Papa I Love you
kat MBO Subang Parade anjuran MIG Online semalam...
tenkiu IEB bagi tiket extra tu kat kitorang..
dapat jugak Ujang lepas gian jumpa Lisa..
well sebelum beliau jadi 'isteri' orang...haha~
aku pulak bergambar dengan tunang Lisa...waaaa~
hensem kot Yusry ni...
walaupun dah 40an tapi smart hokay! *wink wink* (^__^)


Kalau aku rajin nanti aku review lah cerita Papa I Love You ni...
kalau tak rajin korang baca je la blog laki aku...boleh?? ngee~  =P
oke bai~!







Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 14, 2011

Ombak Rindu Filem Untuk Perempuan jew~


yeehaaa feeling so good sebab dapat tengok Ombak Rindu..huhuhu~
ikutkan dak encem taknak pun tengok wayang...
nak download je katanya..
tapi sebab skill memujuk dan menghasut aku adalah sangat tinggi,
maka beliau terpengaruh juga akhirnya..muahaha~


hubby::  apa ni yana takde orang laki pun tengok cerita ni..semua perempuan jee...bosan aa..

aku::  apa lak takde laki...abeh sebelah ai ni bukan ke pasangan kapel...ish³

hubby::  alahh semua laki² kena paksa tengok..macam ai jugak...haha~

aku::  cis cis...u tengok je la Lisa....ai nak tengok Aaron...oke?

hubby::  hurmm Lisa je lah pengubat dalam cerita ni...biasa je pun cerita dia...




laki aku letak gambar dia dengan Lisa, aku letak gambar dengan Aaron...fair lah kan?? hahaha~ oh serius jatuh cinta tengok abang Aaron menangis dalam filem ni *abang Aaron??err err~*  =P



Overall aku rasa cerita ni best!
tapi idak la sedih sampai nak menangis...
tengok orang jugak kut...
sebab time aku tengok cerita ni reaksi aku cuma,
"wahh sweet nyaaaa...."
"wahhhh tacingnyaaa..."
"wahhhh Aaron menangis!! machonyaaaa!!!"


oke seriously motif utama tengok filem ni sebab nak tengok Aaron jew...kehkehkeh~
aku tak pernah baca pun novel Ombak Rindu...
tapi macam filem Harry Potter jugak..
dah tentu lah baca novel lebih detail...
lebih feel...ye dak??  =)


Apa-apa pun aku tetap berpuas hati sebab
tergolong dalam pembeli tiket yang 9 juta tu...ngee~
dan Aaron Aziz memang pelaris filem...haha~  (^^,)














p/s::  redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah  v(^___^)"






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 20, 2011

Yana Gangster dan Yana Boyot =)


Baiklah, entry ni kira entry terakhir cerita pasal wayang dan artis...atau mungkin juga second last...atau 3rd last...errr aku ada lagi 5 bulan sebelum bersalin...kalau tengok wayang sebulan sekali, ni kira entry preview yang ke-5 terakhir lah...boleh??  (-__-")




Terima kasih MIG bagi badge yang comel ni...Yana as in Yana Samsudin...salah seorang watak utama dalam filem Bini-biniku Gangster...bagus jugak bagi badges tulis nama "Yana"...tak payah la saya susah payah nak buat badge sendiri...bahahaha~  =P


eh lain kali bagi lagi badges² macam ni tau...asyik tengok badges Nuffnang je...nak jugak kumpul badges company lain...  v(^__^)"



Yana Gangster dan Yana Boyot...kehkehkeh~  eh aku nampak pendek sebab Yana pakai boot gangster daaaa...ada la dalam 2 inci kut tinggi heels nya...grrrr~  tunggu la baby ai dah keluar sok ai angkut dak encem pi soping kasut!! nak tinggi mana? jenis apa? semua ai sebat! ngaaaa~ *pitam!*  Nisa Kay pun dah berjaya hasut aku untuk soping kasut...haha fine! fine! 5 bulan je laghikkkkk...~  =.=



Aku pernah baca kak RM cerita pasal Yana Samsudin dalam blognya dan sekarang aku pun nak bercerita benda yang sama...she is sooooo damn sweet! serius! takde bodek² hokay! bukan dapat apa pun aku bodek beliau...ye dak?? haha~  saya sangat kagum dengan sikap ramahnya *tiba² tukar kata ganti nama jadi saya*  walaupun diterjah wartawan dan bloggers, dia layan je lah both parties dengan elok dan tenang...yelah wartawan sibuk nak interview...kitorang bloggers ni sibuk nak amek gambar...huhuhu~  tahniah sebab awak dah buat saya TERminat dengan awak...tiba² nak jadi fans boleh??  v(^___^)


"Yana" lain yang aku jumpa malam tu ialah cik Yana Yassin...wewiittt wewiittt! alaaa gambar dengan Yana Yassin takde..iskisk pi la terjah blog dia kut kut la ada tersesat gambar aku...huhu~  nice to meet you Yana Yana sekalian...nanti ai dah bersalin meh la datang jumpa anak ai...kut la dapat kenan kecomelan dan ke-sweetan u kat anak ai...ececeeee~  =P






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015