Showing posts with label Selebriti. Show all posts
Showing posts with label Selebriti. Show all posts

Dec 2, 2014

Nantikan "SELUDUP" Disember ini di Astro Prima & Maya HD!!

Assalamualaikum..



Dulu aku pernah cerita pasal drama aksi Seludup...tak ingat?? takpe takpe...kita refresh balik..huhu~  Selama ni duk tengok FB and IG dorang je...tengok sesi² penggambaran...tengok Tiz Zaqyah shooting...terus rasa macam 'ohemgeee cepat lah siap drama niii...tak sabar nak tengok!!'  gitew~ haha~



Now, tak lama lagi memang akan disiarkan di kaca TV!!! yeyy!


Astro Malaysia dan Mastermind Group Sdn Bhd. bersama barisan pelakon drama siri SELUDUP...


Astro sentiasa prihatin dengan kehendak penonton yang dahagakan hiburan berkualiti tinggi pada setiap masa dan ‘SELUDUP’ mempunyai kesemua formula yang kami anggap sesuai dan menarik untuk tatapan peminat setia drama tempatan. Saya percaya naskhah terbaru Jehan ini bakal diminati ramai dan mesej yang ditampilkan juga akan berjaya disampaikan dengan baik kepada masyarakat Malaysia” kata Cik Farah Zainul, Pengurus Saluran Astro Prima di tayangan perdana drama tersebut di TGV One Utama, Kuala Lumpur.


Jom berkenalan dengan mereka yang terlibat dengan drama siri SELUDUP ni...boleh kata majoritinya aku kenal! dah selalu keluar TV...so kita boleh tau tahap lakonan dorang macam mana untuk siri ni...^_^


Aizat Amdan, komposer OST Seludup! omg! aizat punya lagu semua sedap² okeh!!


Jehan Miskin, Penerbit Eksekutif Mastermind Group Sdn. Bhd. dan Pengarah drama siri SELUDUP yang juga memainkan watak Din....multitalented sangat dia ni...wheww~


Menurut Jehan, “SELUDUP berniat bukan sahaja untuk menghiburkan tetapi juga memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Banyak sungguh cabaran yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini namun berkat kesungguhan kesemua pelakon dan krew produksi, kami berjaya melakukannya. Saya percaya drama ini akan membuka lembaran baru dalam industri drama televisyen negara. Saya berharap rakyat Malaysia akan menonton drama SELUDUP ini dan terus menyokong karya-karya tempatan yang bermutu tinggi”.


Namron memainkan watak Tam


Pekin Ibrahim memainkan watak Amran


Raja Ilya memainkan watak Rina


Syafie Naswip memainkan watak Jai


And last but not least...watak yang aku minat! hahaha~


Tiz Zaqyah memainkan watak Yasmin...


Jangan lupa saksikan SELUDUP setiap Khamis jam 9:30PM bermula 4 December 2014 di Astro Prima (Channel 105) dan saluran Maya HD pada setiap Sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup’, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup...



Tentang Astro Malaysia Holdings Bhd Astro Malaysia Holdings Bhd
Merupakan peneraju kumpulan media bersepadu di Malaysia dan Asia Tenggara yang beroperasi dengan 4 perniagaan utama; TV berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital. Dengan pelanggan kediaman berjumlah 4.2 juta atau penembusan kita-kira 60% daripada televisyen kediaman di Malaysia, Astro menawarkan 182 saluran TV, termasuk 48 saluran HD, yang disediakan melalui satelit TV Direct-To-Home, IPTV dan OTT.

Astro menyediakan perkhidmatan HD, 3D, PVR, VOD dan IPTV melalui Astro B.yond dan Astro On-The-Go. Memenuhi komitmen untuk merapatkan jurang digital untuk semua rakyat Malaysia, Astro memperkenalkan NJOI sebagai perkhidmatan TV satelit DTH permulaan dan merupakan TV satelit tanpa langganan pertama di negara ini, dengan 23 saluran TV dan 20 saluran radio. Astro Radio yang meliputi stesen radio dengan rangkaian stesen dalam bahasa-bahasa utama merupakan stesen yang mencatatkan pendengar paling ramai, mencecah sekitar 12.6 juta pendengar setiap minggu di Malaysia dan boleh didengari melalui saluran terrestrial dan digital. Bahagian digitalnya merangkumi penerbitan digital, aplikasi dan platform serta penerbitan majalah hiburan dan gaya hidup tempatan.

Astro telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Media dan Hiburan di Putra Brand Awards Malaysia untuk 5 tahun berturut-turut dari tahun 2010 ke 2014, termasuk Anugerah ‘Brand of the Year’ pada tahun 2012 dan ‘Brand Icon’ pada tahun 2013. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dianjurkan oleh Astro telah menerima tiga pengiktirafan Stevie Awards dari Anugerah Perniagaan Antarabangsa (IBAs) 2013. Anugerah-anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap usaha Astro yang melambangkan inovasi, kualiti serta tanggungjawab sosial korporat yang kukuh.


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd.
Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin.

Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my.

Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com


 Terima kasih sudi membaca!

Nov 26, 2014

Masker Pertama Zafirah | Masker Organik Warisan

Assalamualaikum...


Sejak ada anak, jarang sangat nak pi facial, pakai masker, manja² kan muka segala...tak sempat satu hal, anak asyik nak berkepit satu hal lagi....tak boleh berpisah langsung dengan mama! tinggalkan dengan tok nenek pun dia takmo...hehh~


Tapi aku sangat perlukan rawatan muka...bukan la rawatan yang kos ribu riban tuuu...ai is rakyat marhaen jeee...kehkeh~  kang muka kusam, lesu, macam nenek kebayan, tak pasal jadi kes kak Mah yang pernah viral kat media sosial tu kanggg...NAUZUBILLAH!! so sebagai precaution marilah cari alternatif untuk mencantikkan wajah, dapatkan 'natural beauty' sebab dalam rumah memang tak koser nak menepek mekap, bedak segala....natural beauty iz ze bezz!!


Masa Zafirah baby (below 1 year) pernah la aku tepek masker kat muka....sekali dia punya takut sampai tahap termenungggggggg je masa papa dukung...tak sanggup dia tengok muka mama yang tetibe berubah jadi momok!! hahaha  mujur lah dia tak ngigau malam tu...haihh~ 


Sebab kesiankan Zafirah lah aku jadi malas nak menepek² masker... *sigh* padahal dulu sebelum kahwin aku rajin gak tepek² masker ni...sedap tau! kulit muka rasa segar je...rasa baru lepas basuh muka dengan ais...hihi~


Baru ni ada kenalan promote untuk guna masker organik...aku dengar bab organik² ni macam konfiden sikit nak try....pastu raba² muka sendiri...mak oiii kesatnya!!! kulit buaya ke hape ni? T__T


Laju² mintak dia hantar masker tu...tak sabar nak try....stress je pegang muka sendiri... T_T



Besar jugak bekas dia...RM29.90 sahaja!! bagi aku berbaloi....sebab sekali guna dalam satu sudu teh je...memang nampak macam sikit...tapi percayalah!! satu sudu teh tu lepas campur air memang ngam² untuk tepek kat muka korang! lain la ko masker satu badan yelah tak cukup 1 sudu teh tu...paham?? huhu~


Bau masker ni macam bau oat, bijirin, nestum benda² camtu laa...hihi~  rasa nak makan pun ada...hahaha~  nice sangat! memang terasa aroma, suasana dalam spa...bezanya kita spa kat rumah, buat sendiri, jimat kos! ^_^


Lepas tepek mask....






 hamaiigadd!!! sebijik macam nenek kebayan! hahahaha~  eh takpe²...dah cabut masker ni cantik lah kulit ai! mihmih~


Memula pakai mask aku risau je Zafirah takut sampai ngigau² malam sebab tengok muka mama macam momok + nenek kebayan!


tapi lain pulak respon yang aku dapat....


**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**

**




"aimy pun nenek kebayan jugak! mama!!!"


Sticker cars jadi masker Zafirah.. (-_-")


Budak bijak kan? layan kan aje...huhuhu~


Tengok dia tak takut makin senang hati aku...boleh tepek masker selalu! yeyyy!! ^_^


Kalau korang berminat nak beli masker organik ni boleh contact terus
RURA- 010 9782387

email: holwatun_masrura27@yahoo.com
rs.shoppe@yahoo.com
FB: Holwatunmasrura Halimi
Instagram: holwatunmasrura
Blog: holwatunmasrura.blogspot.com


Aku rasa lepas korang tengok gambar Rura mesti nak borong masker organik banyak²! hahaha~  eh serius ni!! ai is jeles dengan awak lah Rura! tengok la nanti ai cantik jugakkk...mihmih~


kbye! (^^,)



 Terima kasih sudi membaca!

Aug 22, 2014

Contest Ujibakat Seludup dah ada Pemenang oiii !!!

Assalamualaikum..



Seludup, drama bersiri tiga belas episod diperkenalkan oleh Mastermind Group Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Malaysia. Seludup diilhamkan daripada kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat mengenai perdagangan haram barangan seludup, tiruan dan cetak rompak yang telah menjadi isu sosio-ekonomi di negara ini dan menjejaskan pendapatan, keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


Ingat tak aku pernah cerita pasal contest ujibakat and pemenang bakal menerima wang tunai sebanyak RM15,000 ?? Selain dapat berlakon bersama² selebriti² terkenal tanah air macam Tiz Zaqyah, Pekin Ibrahim, Namron, Syafie Naswip dan Raja Ilya...pastu dapat pulak merasa berlakon di bawah arahan Jehan Miskin selaku Penerbit Eksekutif dan Pengarah yang turut membintangi drama bersiri Seludup...pfftt!



Pihak penganjur dah umumkan pun pemenang² ujibakat...yeyy!



Tahniah buat Mohd Andika bin Abdul Halim (25 tahun) dan Nur Afieqah binti Zulkarnain (20 tahun) yang masing-masing berasal dari Johor dan Kuala Lumpur...agak² apa dorang buat dengan RM15k tu ek?? ^_^


Menurut Jehan, “Pencarian bakat ini dimulakan sejak 25 Jun 2014 dan ia telah menerima sambutan di luar jangkaan dengan kiriman lebih 130 penyertaan melalui video yang dimuat turun di laman Facebook ‘Seludup’. Dua pemenang yang dipilih ini adalah yang terbaik di antara mereka”

“Berdasarkan karekter mereka, saya telah menulis dua watak sampingan di dalam ‘Seludup’ yang bakal dilakonkan oleh dua bakat baru ini. Tujuan kami bukan sahaja untuk mencipta kelainan dan memberikan lebih impak kepada ‘Seludup’, tetapi juga untuk memeriahkan lagi suasana industri hiburan tanahair” ulas Jehan lagi.


 Mohd Andika yang merupakan seorang pekerja restoran berkata “Saya amat berterima kasih kepada para juri yang telah memilih saya dan saya percaya saingan adalah sangat sengit. Peluang ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk mencapai impian saya menjadikan bidang lakonan sebagai kerjaya”.


Perasaan gembiranya turut dikongsi Nur Afieqah, seorang pelajar yang menyifatkan peraduan ini sebagai usaha yang sangat unik untuk mendedahkan bakat baru dengan realiti sebenar kerjaya lakonan.


Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Seludup' dan peraduan #masukdramaseludup termasuk terma dan syarat, sila layari laman FB Seludup di www.facebook.com/seludup ...


Mengenai Mastermind Group Sdn Bhd. 

Mastermind Group Sdn Bhd adalah pusat sehenti untuk penerbitan kandungan berkualiti tinggi bagi penonton tempatan dan antarabangsa. Portfolio perkhidmatannya merangkumi pengkonsepan kreatif ke penghasilan kandungan, produksi dan pasca-produksi untuk pelbagai klien bebas. Sejak 2009, Mastermind Group telah mencipta kandungan layar untuk barisan klien yang mengagumkan termasuklah Heinz, McDonalds, Kidzania, Canon, Tabung Haji, Berjaya Corporation, Korea Tourism Organization, 8TV, Asian Food Channel, Astro Malaysia, CNBC, AXN. Syarikat ini diketuai oleh seorang ikon serba boleh industri televisyen, Jehan Miskin


Untuk maklumat lanjut mengenai Mastermind Group, layari www.mastermindgroup.com.my


 Bagi pihak Mastermind Group Sdn Bhd – Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 
 Nizam Khamis | Senior Consultant | Geometry Global | +6019-388 7147 | Mohd.Nizam@geometry.com 
Amy Lisa | PR Associate | Geometry Global | 6019-289 5125| amy.lisa@geometry.com





p/s: Al-fatihah buat semua mangsa MH17...sedih tengok upacara penghormatan tadi...semoga ahli keluarga mangsa will stay strong dan sabar dengan dugaan ini...but hei...kita yang masih hidup kena teruskan perjuangan kita kan?  #MH17inmemory  :'(

 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015