Showing posts with label IQ Discussion. Show all posts
Showing posts with label IQ Discussion. Show all posts

Feb 3, 2012

Tazkirah Hari Ini (Part 29) | Apa itu DAYUS??



Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah s.a.w bersabda: 
Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak. 

Lalu sahabat berkata: 
Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? 

Bersabda Nabi s.a.w: 
Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya). (H.R. At-Thabrani)

Dalam hadith lain dikatakan: Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi s.a.w:
Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, dedah aurat, bergaul bebas) yang dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).



Dah faham maksud 'dayus' kawan² sekalian??
jangan senang² cop seorang lelaki tu dayus ye...
lelaki dayus ni tak cium bau syurga tahu??
fikir dulu sebelum berkata²   ^__^















p/s::  wooo dah masuk February derrrr...semakin dekat saat mahu meneran baby keluar...kekeke~  petang ni check up lagi kat sepital...hope semuanya stabil...nak try mintak MC sampai bersalin aa..agak² doc bagi tak?? (^^,)






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Oct 18, 2011

Lagi Ilmu Pantang Memantang yang Aku Belajar =)


Sejak² preggy ni memang banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat ilmu baru aku dapat..huhu~
paling aku suka pasal pantang² segala nih...
kalau tanya doktor takda maknanya dorang suruh pantang...
doktor moden lah katakan....
pantang² ni tak wujud dalam kamus perubatan...ghasenye lah  =)



Pantang 1::

Jangan makan pulut banyak sangat,
nanti anak gagap!



Pantang 2::

Kalau suka makan pedas, nanti dapat anak garang...kepala angin  *yang ni aku tahu dari kak Diana...hehe*
lagi satu orang cakap kalau suka makan pedas nanti muka anak yang lahir banyak ruam...erk! O_o'



Pantang 3::

Jangan selalu menangis...
nanti anak cembeng...asyik menangis 24 jam... *yang ni pulak kak Diana and kak Ibu Muda yang bagitau  =)*



Pantang 4::

Jangan selalu minum air sejuk...
nanti anak senang jatuh sakit...



Pantang 5::

Jangan selalu makan fast food...
nanti anak lahir besar...(ada kata >4kg..ada kata >3kg pun dikira besar...)




aaa tu je lah yang aku ingat...haha...
ada yang cakap, ikut je lah pantang² ni...untuk kebaikan anak dan ibu juga...
ada yang cakap tak perlu ikut sangat...
bergantung pada daya tahan ibu itu sendiri dan apa komen dari doktor...
masing² ada pendapat kan??
aku?? ikut mood lah nak ikut ke tak...hahahaha  =P


Entry lain pasal pantang memantang boleh baca SINI dan SINI~
ada juga makhluk dungu mana tah cakap pantang² ni macam
alasan je untuk orang perempuan jadi malas untuk buat kerja...
wakluuuuuuuuuuu~  oh makhluk itu ialah seorang lelaki yang BELUM BERKAHWIN!
aku nak tengok kau ada bini sok macam mana laaaa kau layan bini kau...=)
oke bai~!











p/s:: macam blur nak update apa hari ni...boleh?  -____________-'






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Sep 13, 2011

Cara Terbaik Untuk Hilangkan Dahaga~



Musim² panas ni tekak cepat sangat kering kan...
tambah pulak bila tengah pregnant lagiiiiiii kuat minum air...
aa kepada yang tak tahu, orang peknen ni memang cepat rasa dahaga..
kalau dulu sehari anggaran dalam 1-2L sekarang memang double triple aku minum air...pffftttt~


Aku ni penggemar air mineral...
kalau drinking water, air masak memang aku tak boleh telan...
rasa dia macam pelik...
air manis pun aku kurang minat...
sebab nanti mulut aku rasa tak sedap...
and aku tak suka bila tengok kencing aku kaler kuning...
kalau minum air mineral kencing jernih...huhu~  =P


dari waktu sekolah sampai sekarang aku memang suka bawak bekal air ke mana²...
kalau nak pergi shopping pun bawak bekal air mineral...takkan nak beli je ye dak??
kalau time office hour kurang² 2 botol jugak lah habis...
sebotol dalam gambar atas tu boleh isi 500ml air...phewww~
lepas tu asyik keluar masuk toilet...bahaha~  =P


korang biasa minum air apa untuk hilangkan dahaga??
bagi aku air mineral jugak lah yang terbaik...
tak kira la sejuk ke, suam ke, ikut suhu bilik ke...huhu~
janji air mineral, memang lega lah tekak aku... (^^,) 






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Aug 18, 2011

Pantang Larang Orang Tua-tua Untuk Ibu Mengandung~


Orang dulu² kan banyak pantang larang...
kadang² lebih kepada kepercayaan je...
saja la aku nak share beberapa pantang yang aku jumpa kat internet...
al-maklum aku sekarang seronok cari info pasal dunia preggy mom kan...bahaha~





1.  JANGAN DUDUK DEPAN PINTU
- nanti anak susah keluar...dia duduk je kat 'pintu' takmo keluar


2.  JANGAN MAKAN GUNA PINGGAN / MANGKUK KECIL
- dikhuatiri laluan tak buka penuh


3.  POTONG IKAN ATAU² APA² HIDUPAN MESTI MULAKAN DARI PANGKAL
- takut baby songsang


4.  KALAU SAKIT PERUT JANGAN BUBUH UBAT PANAS
- takut keguguran


5.  JANGAN POTONG KAKI² KETAM
- takut terkenan kat baby


6.  JANGAN BASUH KAIN MENCANGKUNG
- takut peranakan jatuh


7.  JANGAN MAKAN / MINUM GUNA PINGGAN / CAWAN YANG DAH SOMPEK
- takut baby lahir mulut sumbing


8.  JANGAN RENDAM BAJU LAMA-LAMA
- takut masa bersalin sakit lama


9.  KALAU GUNA LESUNG BATU, CUCI BERSIH²
- takut kepala baby berkudis


10.  JANGAN MENJAHIT
- takut tali pusat baby bersimpul


11.  JANGAN MAKAN KULIT AYAM
- nanti time bersalin liat nak bukak


12. JANGAN MANDI MALAM
- takut baby terbelit tali pusat


13.  JANGAN LILIT / SELEMPANG SELENDANG / TOWEL KAT LEHER
- takut baby terbelit tali pusat


14.  JANGAN SAPU MINYAK ANGIN KAT MANA² BAHAGIAN TUBUH
- takut muka baby bertanda (birthmark)





oke dah tu je yang aku jumpa...aku amek kat forum mana tah...haha~
lagi satu kisah pasal pantang larang korang boleh baca SINI...
aku malas nak copy....panjang nau!


Sebenarnya ada pantang larang yang kita boleh terima...
macam yang logik² yang boleh diterima dek akal tu tak salah nak ikut..
kalau dah macam agak² tahyul je boleh la nak abaikan..haha~
eh mak-mak korang ada lagi tak yang ikut kepercayaan² macam ni??
ce cite ce cite  ^__^














p/s: aku perasan blog aku sekarang dikunjungi oleh para isteri dan para ibu...wahhh aku dah join club ibu² beb! auwww~  ^___^






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Aug 9, 2011

Mengidam Itu Logik atau Mentaliti Semata~??

credit:: silampuneon


Hari pertama

Y::  ayang, ai macam teringin nak makan cucur udang la...tengok blog CMG gila terliur

U::  erm...


Hari seterusnya....

Y::  ayang, ai teringin nak makan char kuey teow...semalam tengok mak and adik makan char kuey teow macam sedap je

U::  erm....nanti beli la


dan hari seterusnya....

Y::  ayang, ai teringin nak makan mangga, betik...erm pisang pun macam best...

U::  erm nanti cari la...


berlarutan lagi...

Y::  ayang, ai macam nak makan Pizza Hut la...

U::  sayang, boleh tak jangan set minded asal mengandung je mesti mengidam...cuba relek je...fikir benda lain...tu dah macam ikut nafsu je....

Y::  tu memang bukan mengidam pun...saja teringin...dah lama kut tak makan pizza hut..sobsob~

U::  (-__-")



Menurut doktor, ibu mengandung memang akan ada perasaan inginkan sesuatu dengan sangat extreme...perasaan tu memang terlalu kuat...kadang² bukan nak makan sangat pun...tapi saja nak rasa...ermm


Tapi untuk kes aku ni rasanya BUKAN kategori mengidam sebab mengandung...sebabnya sejak azali, dari zaman muda remaja aku memang suka makan...! asek nak makannnnnnn je keje aku...so tiada istilah mengidam sebab mengandung di situ...bahahaha~  tapi aku sangat suka tengok suami² yang caring, sanggup carikan apa yang isteri nak makan...tambah² kalau mengandung anak first...mesti lagi eksaited ikut kehendak bini kan??? heaven prot bini tu kaooo~  ^__^


Laki korang macam mana?? sanggup carikan apa yang diidamkan atau kena marah je bila kata mengidam?? hihi~  v(^____^)"






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Aug 2, 2011

Siapa Kata English Education Tak Penting??!!



gambar sekadar hiasan~


Lokasi:: Restoren Makanan Segera
Sumber cerita dari emel


customer::  May I have a half dozen of nuggets please..?

cashier::  We don't have a half dozen of nuggets

customer::  you don't??

cashier::  we only have six, nine or twelve

customer::  so I can't order a half dozen of nuggets, but I can order six????

cashier::  That's right!



*yennadeeee!! ada sesiapa lagi yang tak tahu half dozen itu bersamaan dengan ENAM (6) ??? grrrr~  kalau baru tahu sila hempuk kepala dengan buku sejarah sekarang!! (-__-")


Tiba² mood cikgu garang hari ni...hahaha~  korang sihat?? puasa tak hari ni?? aku puasa...insyaAllah dapat puasa penuh bulan ni...aminnnn~  ^___^











p/s::  apesal ramai wish tahniah kat aku eh?? lalalalalalala~   (^__^)"






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 29, 2011

Kenali Lelaki Dari H.A.R.T.A nya~

 ~gambar sekadar hiasan~



Hari ni takde mutiara kata or tazkirah...tak sempat nak cari bahan...
ecehh macam lah selama ni aku buat research segala...haha~   =P


Aku just nak share satu quotation yang aku copy dari blog Hanis Zalikha....hehe...
mintak halal lah ye cik hanis v(^_^)




"Best way to know a woman is to be with her when you're poor...

Best way to know a man is to be with him when he is RICH !!"


quote dari Hanis Zalikha..





siapa setuju sila joget macam saya!! bwahahahahaha~   v(^^,)




Faham tak maksud tersirat ayat tu??? hah??!! tak faham???!! grr~  pergi tanya Hanis Zalikha ...!! lalalalala~  v(^_^)














p/s::  entry ni autopublish je derr...by the time korang baca entry ni, aku tengah bersiap² untuk diijabkabulkan...pfttt~  apa la agaknya perasaan bergelar isteri orang ye...erk! i.s.t.e.r.i?? *pitam!*  @_@    doakan semoga perjalanan majlis kami lancar..semoga lidah dak encem tak kelu tiba²  *risau*  >_<


Mar 24, 2011

Penggunaan "Awal" dan "Lewat"


Aku ada satu isu yang telah memeningkan bahagian serebrum otak...Diana la ni pi tanya soalan pelik-pelik kat aku...udahnya aku pun jadi confuse jugak...hahahaha  =P


oke macam ni ceritanya....antara Malaysia dan Thailand, ada perbezaan waktu selama sejam kan?? maksudnya kalau kat Malaysia pukul 1pm, kat Thailand baru 12pm...so persoalan di sini ialah, macam mana nak jelaskan perbezaan masa kat sana??


"waktu di Thailand awal sejam dari Malaysia..."

atau....

"lewat sejam dari Malaysia???"





Apa yang aku faham, kalau awal sejam maksudnya masa kita lebih ke depan dari dorang...kannn??  dan lewat sejam bermaksud masa dorang ke belakang...macam tu??? ke terbalik?? macam diagram atas tu...faham takkkk?? mana satu yang betul?? hahahaha~  cuba korang pusing² ayat guna perkataan "awal" dan "lewat"...argh!   pening oke!   @__@


Selamat berfikir...zzzzz~









p/s::  Klik sini dan sini untuk baca kisah percutian 
Diana dan Ida di Hatyai  ^_^




Feb 27, 2011

Jum Beli Rumah!!



Aku suka berangan...korang suka tak?? rugi weii kalau tak berangan...kehkehkeh~


erm since aku bakal berkahwin tak lama lagi, aku cuma angan-angankan pasal rumah je...huhu~   aku nak minta pendapat uols pasal 3 statement kat bawah ni...jangan malu² luahkan hujah² uols k...




Statement 1::


"mula² beli rumah ni tak payah beli rumah idaman...beli rumah biasa² je...sekadar tempat berteduh untuk lepas kahwin...dah ada duit lebih nanti baru beli rumah lain yang betul² puas hati...atau dalam kata lain, rumah kedua nanti baru beli rumah idaman...yang pertama ni beli yang biasa² je~"





Statement 2:"


"mula-mula kahwin ni duduk je rumah sewa dulu...lepas kahwin usaha la kumpul duit, beli rumah idaman terus! lagipun kau muda lagi..banyak masa nak simpan duit "





Statement 3::


"rumah pertama ni kita beli je mana² yang mampu...kebiasaannya memang orang akan fikir nak beli rumah lain...tapi lepas kahwin banyak kut komitmen...entah² rumah ni jugak la kita akan duduk sampai ke tua...duit yang ada cuma mampu renovate² je rumah tu bagi cantik.."




Ketiga² statement ni aku ambil dari kawan² aku sendiri... yang nombor 3 tu hujah dari dak encem sendiri..hehe~    Bagi aku, untuk beli rumah, depends pada kewangan masing²....satu lagi kena fikir long term sebab kita tak tahu apa akan jadi pada kita masa depan kan....


Memang rumah tu satu aset...habis kalau tak mampu takkan nak paksa diri beli rumah kan?? tu dikira makan diri...biar bijak menguruskan kewangan....


Korang pulak macam mana?? nak beli rumah sebelum kahwin atau selepas kahwin?? ^_^



Feb 18, 2011

Tazkirah Hari Ini (Part 7)



Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata :
Telah bersabda Rasulullah s.a.w :
 

"Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya NAMAnya dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya TULISANnya. 

Masjid-masjid mereka TERSERGAM INDAH, tetapi ia kosong daripada hidayah. 

Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit.
 

Dari mereka berpunca fitnah dan kepada mereka fitnah ini akan kembali." 

(H.R al-Baihaqi)













P/S::  hari ni senior staff pi Singapore! horeayyy~  
slumber party kat opis!! \(^_^)/


Feb 17, 2011

Kenapa Perlu ada Meeting??



Saja suka-suka...bila rasa bosan buat kerja, kita pergi la meeting...boleh claim duit mileage...banyak untung wooo~  kehkehkeh~


hehh kalau bukan sebab TERpaksa takde maknanya aku nak attend segala meeting tau! setiap minggu pulak tu....DUKE highway tu nak tambah jalan lagi....aku ni mana ada background highway...tapi kena belajar la jugak...kerja punya pasal~  T___T





oke kita kena berfikiran positif...ada kelebihan sebenarnya attend meeting ni *ecece ayat sedapkan hati* ^_^::




1) dapat jumpa orang baru...ragam baru...

- seronok bila dapat jumpa toke toke syarikat gergasi ni...owner DUKE highway dan Danga Bay ialah orang yang sama...setiap kali meeting aku akan bawa balik sebotol air mineral cap Danga Bay...

 kau ado??


it's an honored to meet him! dapat la amek aura kut kut badi kejayaan dan kekayaan beliau kena tempias kat aku...sikit pun jadi la...pfftttt~ 



2)  Developed self-confidence

- aku suka tengok orang² dalam meeting bercakap...yakin dan lancar...jelas, terang dan nyata...setiap orang lantang menyuarakan pendapat masing²...say no to g.a.g.a.p! tapi jangan lancang, nanti kena pelempang! @_@   aku ni selalu duduk belakang bos je...hekhek~   pemalu sangat²...isk isk...kena buang sikap malu tak bertempat tu...baru boleh maju ke depannnnnnnnnnnnn...yeayyy~ \(^_^)/



3) dapat bertukar² idea dan pandangan...

-  lain orang lain pandangan...masa meeting ada lah sesi brainstorming walaupun aku tak pernah menyumbang sebarang idea atau pendapat selama pergi meeting...kah kah kah~  tadah je telinga dengar apa yang orang lain sampaikan =P



4)  belajar benda baru...

- walaupun aku takde background highway, tapi dari meeting lah aku belajar setiap langkah dari A sampai Z macam mana diorang membina sebuah lebuhraya...ermm kalau aku tak bagitahu yang toke DUKE highway dan Danga Bay ialah orang yang sama, korang tau ke?? tak kannnnnnn~  =P




oke tu je yang dapat aku fikir sekarang...motif entry??


Saja nak bagitahu yang aku ada meeting pagi ni...buat entry autopublish je...Saya akan bersiaran secara langsung setelah kembali ke pangkuan meja di opis tercinta...daaaaa~  v(^_^)


Jan 14, 2011

Terlebih Protein Punca Allergic

Itu yang doktor cakap dengan aku semalam...


D:: makanan terakhir yang yu makan sebelum kena allergic??

Aku::  cookies yang mak saya buat....



lebih kurang gini la cookies mak aku tuh...lebih dikenali dengan mix fruit cookies...ngerti!!



Lebih kurang 30 minit lepas makan cookies mata jadi gatal²...bengkak sampai pemandangan jadi kabur, hidung pun gatal gilerrrrrr rasa nak cabut je hidung nih...lebih teruk dari resdung kut....tsk~    yang paling teruk siap sesak nafas...macam orang kena asthma!! dem! T__T



ihsan Google..mata aku lagi bengkak dari ni!! T__T



Aku::  mak letak apa dalam cookies ni?? yana allergic ni mak...!  [soalan tu macam mak aku nak bunuh anak pulak kan...bahaha~]

mak::  lorr mana ada letak apa-apa...cookies je....



Then, mak aku bagi ubat selsema, sambil buat muka pelik, "jadahnye lah anak aku nih dengan cookies pun nak allergic...hehh~"   aa lebih kurang gitu la kut suara hati mak aku...teehee~   lepas makan ubat haruslah tidur separuh mati kan....Alhamdulillah bila pagi menjelma *ecece* sesak nafas dan gatal hidung hilang...bengkak kat mata je tak surut²...dem! >_<


Aku minta bahan-bahan yang ada dalam cookies kat mak aku...doktor galakkan aku dokumenkan setiap pemakanan sebab selagi aku hidup aku mungkin akan terus terdedah dengan allergy...allergic ni terlalu umum...kita takkan tahu badan kita allergic dengan apa sehinggalah kita makan benda tu...kadang² environment pun boleh bagi kita allergic....


Aku dokumenkan dalam blog je la yeh...kompem tak hilang...*wink²*   Bahan-bahan untuk buat mix fruit cookies::

1)  Telur
2)  Susu kotak Dutch Lady
3)  Mix Fruit
4)  Tepung


Rasanya tu je...simple je kan?? dalam list tu telur je yang mengandungi protein...tapi aku tak allergic dengan telur sebab masa lunch aku makan telur goreng oke je...takde effect apa² pun...jadi aku assume aku allergic dengan mix fruit...


Aku tanya adik aku since dia study Bio Medic kat UIA so haruslah dia lebih arif bab-bab pemakanan dan kesihatan ni kan...kalau dia tak tahu memang aku nak suruh dia berhenti belajar sekarang jugak! kahwin je terus...jaga anak....KAH KAH KAH~  =P


oke stop ketawa! dia punya opinion is, aku maybe allergic dengan certain types of berries...means buah beri lah...dalam mix fruit mesti ada buah beri....tak mungkin lah allergic dengan semua jenis buah sebab buah mengandungi vitamin C...eh korang tau tak mix fruit tu mende apa?? grrr~  susah payah aku cerita! (-_-")


ni contoh mix fruit...eh korang pi kedai bakery memang ada jual lah mende nih...selalu orang buat kek...kek buah...kek gula hangus tu kan ada mix fruit...! grrr~




Ini contoh kek buah...



Fine! tak kisah la aku allergic dengan buah beri ke, mix fruits ke...aku memang tak suka makan pun mix fruit tu...miahahahaha~  nasib baek woiii...kalau allergic seafood memang aku berkabung lapanharilapanmalam...isk isk~   setakat mix fruit...apa ada hal! bahahaha *ayat sedapkan hati*  hinsfff~



Terus tukar status supaya semua orang tahu aku ni minah allergic..sila jangan offer saya 4 perkara yang disebutkan di atas...sekian!  oh doktor bagi aku ubat anti-allergic..bila rasa nk kena serangan allergic je makan ubat tu..insyaAllah tak melarat lah  =)



Korang ada allergic apa-apa tak?? meh jadi geng allergic dengan aku...huhuhu~  =P



Jan 4, 2011

Apa Beza Ikan Keli dan Ikan Semilang??

erm erm...takde beza...kut...spesis ikan yang sama...cuma kehidupan lain²...eh! pening! @_@





Ikan Keli adalah ikan air tawar yang banyak terdapat di negara-negara ASEAN, khususnya di Malaysia. Di sesetengah tempat khususnya di Selangor, ikan keli disebut sebagai "ikan semilang". Bagi orang Perak, ikan semilang hanya hidup di laut.


Ikan keli boleh didapati di kebanyakan sawah padi, contohnya di Pahang, di Paya Pahang Tua, Mambang, Ganchong dan Paloh Hinai, Pekan. Ia juga banyak terdapat di Tasik Chini, Paya Bungor atau Bera. Keli juga menghuni di kuala anak sungai kecil seperti Sungai Lepar di Paloh Hinai hingga ke Jerantut dan Kuala Lipis, selain di Sungai Bera dan Sungai Serting.
Sumber:: Wikipedia



ahhh! tak kisah la apa nama mereka...yang pasti aku suka gilakkk makan ikan keli!! yang masak dengan cili lah kan...gulai² aku tak minat!! pehtu campur lagi dengan sambal belacan...perghh! terangkat yu! ^_^




Saja nak tayang lunch aku tadi...setiap kali makan nasi campur mesti aku amek ikan keli + sambal belacan...tak payah lauk lain dah...janji lidah terasa pedas sampai hingus leleh² dah cukup memuaskan nafsu makan....nyam nyam~




Ada jugak orang yang geli kan nak makan ikan keli...geli sebab ikan ni ada misai macam pakcik tua yang pervert! dem! (-_-")    Tapi aku belasah je...janji lepas digoreng rasanya lebih nikmat dari tengok cerita kartun  =P     Ada juga terbaca pasal ikan keli haram dan halal...your comment please! picit SINI~


Kat Mines pun ada ikan keli kan?? kat kolam kat tingkat bawah tu? ke spesis lain?? bahahaha~  sukahati je buat statement Mines shopping mall bela ikan keli...lalalalala~  v(^^,)


Aku rasa aku ikut selera ayah aku lah...dia pun feminat fanatik ikan keli goreng berlada...pffttt~  "like father like daughter~"  ^_^     Korang minat tak makan ikan keli?? ke geli-geli? kehkehkeh~

















p/s::  eh perasan tak entry aku semenjakduamenjak ni pendek² je...tapi si Bena jarang online pulak sekarang..haishh~   nak buat entry panjang² balik lah...korang nak baca ke?? kui kui kui~


Dec 29, 2010

Perasaan Kentut Di Tempat Sunyi

S.E.R.B.A.- S.A.L.A.H


Kalau kentut TERkuat orang pandang...malu derrr...kalau kentut yang bunyi piffttt tuh, bau pulak kuat...pengsannnn!  >_<


Habis takkan nak tahan kentut kan??? oh cannot cannot! tak sihat beb...

Kentut bermaksud sistem penghadaman normal dan berfungsi dengan baik


Jadi sila jangan tahan kentut...apa lagi malu untuk kentut...weehuu~
Nak tips?? cara-cara cover kentut...kah kah kah~   *waklu*  =P



1)  Kentut yang kuat


- kalau tengah duduk, korang buat² la gerakkan kerusi..so bunyi kerusi dapat cover bunyi kentut...tak pun amek je apa-apa yang boleh hasilkan bunyi yang kuat macam hentakkan stapler ke meja, tak pun gesel² pen/pensel dengan kuat ke meja...janji bunyi yang keluar lagi kuar dari bunyi kentut la...tak pun buat-buat bersin dengan kuat....hohoho~  *haaaccchuummmm~*  =P





2) Kentut slow tapi bau kuat



kredit gambar to roqrock


- part ni memang tak dapat nak cover unless korang spray je perfume..berlakon la sikit, kunun² ada terbau something...atau saja nak test bau perfume...tak pun spray je air wick...kalau orang tanya cakap je nak bagi udara segar sikit...muahahaha~  =P





Amacam? oke tak tips² tu? kalau nak jawapan yang lebih expert boleh tanya Along atau dak encem...


"dorang tu expert bab-bab kentut ke??"


haaa itu yang kita tak tahu...jadi kalau nak tahu pi la terjah blog dorang, tanya dorang sendiri...lalalalalalariikkkkkkkkkkkkk~  =P



psst~  cuba baca pasal orang kentut dalam lift pulak...erk! @_@  -->  PICIT SAYA!



kentut yang paling nikmat adalah di tempat yang bising
macam shopping mall ke....weehuu~




Dec 24, 2010

Apa Itu Buffered Earning (BE)??


 AUWWW~   first time yu ai dapat BE...setelah setahun blogging...



"lambatnye dapat BE orang lain baru 2-3 bulan blogging dah sepuloh BE...kau baru satu??"


oit oit....kasi can la aku nak vangga...hinssff hinssff~   padan muka aku jugak, siapa suruh tak reti blogwalking dulu...dah nak habis tahun 2010 baru reti nak aktif update blog and blogwalking, join contest segala....dak encem lagi advanced kaooo...memang lawan tokey betul mamat sorang tuh...grr~  >_<


takpe takpe...bak kata puri pujangga,

"behind a successful man is a GREAT WOMAN..."


Jadi berbanggalah dengan kejayaan dak encem kerana akulah wanita hebat itu....KAH KAH KAH~  *lempangggggg*  v(^^,)


Lepas tu kan kan kannnnn...aku rasa gatal tangan pergi hantar emel kat Nuffnang...saje la aku tanya pasal BE...aku nak tahu la macam mana cara pemilihan dorang untuk bagi BE kat blogger...means criteria macam mana yang dorang nak untuk seseorang blogger tu diberi BE....dan berikut ialah jawapan dari Mr. Robb Chew...check it out yaww!  ^_^



Kalau rasa² nak duit Nuffnang sila rajin-rajin klik untuk membaca...lalala~




dak encem pun ada jugak hantar emel...gedik kan baru 2 minggu blogging dah tak sabar nak dapat BE....hahaha~  tapi dak encem bukan lah hantar emel untuk mintak BE...haha...dia cuma ucap terima kasih sebab dia dah dapat earning RM4++,  dan dia berharap bakal dapat BE di masa akan datang...


Berikut ialah jawapan dari Mr. Robb Chew...panjang lebar kaooo....dah la dalam english...mampuih aku nak jadi jurubahasa dak encem....adeh~  =_=


Hi Azfar,

You're referring to CPM campaigns.

CPM (Cost Per Impression) campaigns
Advertisers choose which blogs they want to advertise based on several factors such as the demographics of your blog readers, the desirability of ad units, membership exclusivity and the availability of ad units. These ads pay according to the unique impressions the advertiser purchased from your blog that will be able to see the ad. It doesn't require any of your users to click on it in order for you to get paid. When a campaign is running, it will be listed under the Buffered Earnings table, when it ends, it will be listed under Metered Campaigns table.

As advertisers always have a target audience for their campaigns to address to, they will choose blogs with suitable blog readers as their target audience. Should your blog readers fall into that category, rest assure that you're very likely to be picked by them. Many bloggers who do not fill in their blog surveys properly may find themselves not receiving ad campaigns from advertisers frequently. This is due to the fact that the survey actually helps advertisers know the bloggers' blogs better. Blogs registered without completed surveys are often ignored by advertisers as they do not know if your blog's reach is suitable for their campaign or not. As such, we'll highly recommend for you to ensure that all your blogs' surveys are filled and updated from time to time. Do also note that advertisers tend to shy away from blogs that touches about politics as they don't wish to be associated with anyone pledging support for any political fronts. Blogs without original content will also not attract many advertisers in general.

Desirability of ad placement is crucial in the advertising industry. Advertisers spend a lot of money to design an ad and buy ad space. They want to get their message across to their target audience as effectively as they could. This being said, they will always buy ad spaces which are optimized and desirably placed. Just ensure that your ad units are at their intended place and this factor would be satisfied in the eyes of the advertisers. A Skyscraper ad unit is supposed to be the first element of the sidebar and not anywhere else. The same goes for Leaderboard as the first visible element upon visitor's entry to the site and Large Rectangle right after your first blog post. Should your blog's ad units not be located at these placements, it would severely affect advertisers' decision to advertise on your blog as there are plenty of other blogs under our network with perfect placement of the ad unit.

In addition, availability of ad units plays an important role for bloggers to be chosen for campaigns as well. All our advertisers split their budget evenly across all our 3 ad units, Leaderboard, Skyscraper and Large Rectangle whenever they advertise with us. That being said, the budget would be limited and might not be able to cover that many blogs for a particular ad unit. If your blog have all 3 ad units in it, your chances of being selected for campaigns would be fully maximized.

Membership exclusivity plays a part in advertisement campaigns as our advertisers tend to advertise more on Glitterati blogs as it is part of our reward program to our most loyal bloggers in the region. Ordinary members will still be selected for campaigns but in a lower number compared to Glitterati's.

Blog's traffic is also important to earn more from advertisers. When your blog has more visitors, this means there is more ad space that advertisers can buy (resulting in higher earnings). In addition, blogs with higher traffic also attracts advertisers' attention!

Our system also prioritizes blogs which have received less CPM campaign to be suggested to advertisers in the future for their ad campaigns as part of our initiative to ensure all of our bloggers are able to earn evenly from advertisers. That means there will be times where a blog will not be chosen for campaigns if it has been getting a lot of campaigns for a period of time.

We'll do our best to sell the ad units of our bloggers as long as they're optimized and within our protocols. If the ad units are not optimized or they're not in the best interest for the advertisers, we cannot defile the practice of our company's policies and have our advertisers advertise on blogs which do not yield the best results for their campaigns. I hope that you will understand that it is important for advertisers to achieve satisfactory results for their campaigns in order for them to advertise more on blogs.

In addition, please take note that you're fairly new to our community and it takes awhile for us to monitor your traffic consistently before we can propose your blog for any campaigns. Please be patient and we assure you that you'll receive ad campaigns from our advertisers as long as all your ad spaces are optimized.


Cheers,
Robb Chew
Blogger Relations

Nuffnang Sdn Bhd

www.nuffnang.com.my


Sangat bagus jawapan Mr. Robb...penjelasan yang sangat detail....blogger newbie patut baca sampai habis ye...supaya kamu kamu lebih arif dan faham tentang konsep pengiklanan di Nuffnang...ecehhh...dah macam wakil Nuffnang dah aku nih...weehuuu~  =P


Aku ni nama je dah lama blogging...tapi lepas dapat emel Mr Robb baru lah aku faham konsep BE nih...al-maklumlah nak blogwalking kan al-femalassssss...huhuhu....anyway, thanks a lot for your explanation Mr. Robb...we're really appreciate it....


Teruskan hobi berblogging dengan jayanya!! hoeyah! hoyeah! \(^_^)/


Nov 23, 2010

WHY GIRLS SHOULD MARRY AN ENGINEER

Dipetik dari Facebook tapi telah diubahsuai kepada versi yanamib...sekian!





Meh aku inform sket kenapa para gadis-gadis sunti yang comel dan gojes macam aku harus berkahwin dengan seorang jurutera instead of lawyer, businessman, orang seni (artist) atau perubatan (doktor lah)...Terdapat 3 kelebihan yang akanku jelaskan pada kamu-kamu sekalian oke...ehemmm!




Advantage 1: Secure lifestyle



An engineer boyfriend can provide you with a secure lifestyle. At 27 years old, an engineer probably has a respectable, stable job that gives him a high income to own a car, invest, have a comfortable life, and get married and buy a house too.



Law graduates are still working as a lowly apprentice in law firm.

Most management graduates have just failed on their first business plan.

The arts graduate is still looking for a job.

And the medical school graduate is still living in a hospital.





Advantage 2: Unmatchable industriousness



An engineer boyfriend will dedicate an unimaginable amount of his time and effort to understand you. Engineers strain really really hard to understand their work. 
You can believe that they will try really really hard to understand women too, just like how they understand their work, once they believe that you are the one. 
So even if they don't understand you initially, they will keep on trying. 
Even if they still do not understand, they will figure out the correct method to keep you happy 
(e.g. buy diamond ring = 1 week's worth of happiness.) 
And once they find out the secret formula, they will just keep on repeating it so that the desired results appear.



Unlike the Lawyer who will argue with you.

The Management graduate who will try to control your spending.

The Arts graduate who will 'change major'.

And the medical school graduate who will operate on you.


And you know what, it's really so easy to make engineers believe that You are the 'one'. Say that you like one of their project and they will be hooked to you forever.





Advantage 3: An engineer boyfriend will never betray your trust.


Let me first tell you what is wrong with the rest of the others - 

The lawyers will lie about everything.

Management graduates will cheat your money.

The arts graduate will flirt, 

and you probably just look like another cadaver to the medical school graduate.


Your engineer boyfriend is either too busy to have an affair, and even if he does, he is too dumb to lie to you about that. Hence, an engineer is the most secure boyfriend that you will ever find - rich enough, will keep on trying to understand and please you, has no time for affairs and too dumb to lie to you... Plus, they are cooler than the others.







just joking oke! sila jangan sentap-sentap...walaupun hakikatnya aku agak setuju dengan pendapat orang yang buat research ni...especially yang nombor 3 tu....KAH KAH KAH~  =P




I lap yu too laling!! auwww~  v(^_^)

sangat hot dan cool dak encem saya....


Nampak sangat entry ni bias kan...kerana bukan sahaja dak encem, tapi ayah daku juga seorang engineer...lalalalala~










p/s:  Hari ni tak payah attend meeting....horaayyy! hoorrayyy! \(^_^)/

Nov 5, 2010

Siapa Sebenarnya Yang Menyambut Deepavali??

Salam Jumaat....hari ni cuti!! tadi berjaya bangun lambat!! hoyeah! hoyeah!
Waktu pagi ni takde pergi mana² pun...tengah² sibuk cari bahan untuk update, ternampak pulak satu forum ni...ecece macam mantap sangat lah kan entry aku sampai buat research bagai....bahahaha~

Korang tau kan Deepavali merupakan sambutan orang yang beragama Hindu...BERAGAMA hindu, means orang India lah....Tapi, kenapa ada juga yang wish Deepavali kat mamak...??!! EHH?!   err err korang tau kan mamak tu bukannye orang India...dan majoriti mamak adalah beragama Islam?? tau kan?? ke tak tahu?? ish³~ *geleng² kepala*  >_<




oke mungkin bro ni berketurunan mamak...yang beragama Islam...*aku cilok kat SINI*

Mungkin akan ada yang cakap,

"alah orang tu bergurau je kut...kenapa nak amek hati sangat??"



cuba kalau kamu yang bercakap tu di tempat orang tu...orang samakan kamu dengan kaum dan agama lain...
apa perasaan kamu??  apa reaksi kamu??  dah tentu marah kan???


"bergurau je bro...takkan gurau pun tak boleh??"


Bergurau pun ada batasnya...tambah² kalau melibatkan kaum dan agama...bukan ke isu kaum dan agama begitu sensitif kat Malaysia ni?? tak salah dan tak susah pun kan nak hormat kepercayaan orang lain...

Fine! meh aku kenalkan perbezaan mamak dan india...mana tahu ada yang confuse atau memang lembab dalam membezakan orang india dan mamaks...KAH KAH KAH~  *haruskah?*


Ini ialah mamak!! 
korang selalu lepak kedai mamak minum teh tarik and roti canai kan...takkan tak nampak lagi bezanya?? *waklu*





Ini baru orang India yang menyambut Deepavali...!!
tak gitu Mr. Samivellu?? ngeh³  =P




Jadi sebelum wish Deepavali kat mamak atau sesiapa lah, tanya dulu agama yang dianut orang tu...jangan tersalah wish pulak ye...

peace! peace! peace!  v(^_^)






Nota kakitangan:: Aku orang Melayu la dolll~







p/s:  Nak keluar merendek jalan², tapi tak tahu nak pergi mana...any idea??   ?_?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015