Showing posts with label Giveaway. Show all posts
Showing posts with label Giveaway. Show all posts

Dec 27, 2013

Umie Sue 1st Giveaway!!

Assalamualaikum...


Tema GA kali ni ialah:
ANAK MENGEMAS RUMAH


unik sangat temanya!
maka gambar yang dipertandingkan haruslah ada kena mengena dengan mengemas rumah!
tapi...bukan mama yang kemas...
si cilik yang bijak yang tolong kemas...weeeeeee!!  ^___^





melentur buluh biar dari rebungnya... *ecehh*
walaupun aku jarang gila pegang penyapu *kahkah*
tapi Zafirah dah faham apa fungsi penyapu dan penyodok...
masa ni dia makan biskut sagu ke apa tah nama biskut tu...
dapat door gift dari kenduri kahwin siapa tahhhh....
tiba² je ada kat rumah kan...hahahahaha
aku saja bagi Zafirah rasa...
dia suka kaoooo...
kemain bersepah dia makan...
sambil makan sambil tengok 'tibi' (sebut tv)...
atas lantai, atas sofa...merata² serbuk biskut tu....
takkan aku nak tengokkkk je kannn...
elok je dia habis makan aku amek penyapu, terus sapu bersih² biskut yang sesepah tu...
yang atas sofa aku guna vacuum je senang...
kat rumah aku ada vacuum kecik...
yang rechargeable...bukan guna direct karen...  :)


pastu elok je aku simpan penyapu kat dapur...
dia pun terkedek² pi dapur amek penyapu hangkut pi depan balik...
dia nak menyapu jugakkkkkkk....
baiklah nakk...baikkkkk....
aku pun bagi la sokongan moral kat dia...
budak baru belajar gitu kan....kena la sokong!
kang dia malas ko bengang pulak! :p


Semoga kerajinan Zafirah menolong mama mengemas berterusan sampai bila²...
sejuk hati mama tengok anak mama rajin tahu?!! ^_^


macam TERpanjang lak bebel...hampun Sue!!! 
eh korang...jom la join GA anjuran Umie Sue! 
kacang putih je...
tarikh tutup 1.1.2014...!


(^^,)







p/s: adik cakap kat UK sekarang ada Boxingday...dah nak abeh pun...sale gila babeng...tapi aku tak tahu nak suruh dia beli apa...last² suruh dia beli menan Zafirah je...ngee~  -.-'

 Terima kasih sudi membaca!

Nov 30, 2013

Mommycha 1st Giveaway!

Assalamualaikum...


Giveaway from Mommycha bebeh!!! simple ya hamat!!! just tepek gambar ko and anak ko sudahhh....sebab tema GA ialah mommy & baby moment...auww~  tapi anak sendiri ye....anak orang lain dikira DISQUALIFIED! giteww  :)



#throwback aksi kekejaman mama membuli anak! muahahaha~  masa ni lah aku sedar, aku perlu lebih kerap expose anak aku to laut, pasir pantai...sori lah sayang...mama papa asek busy je sampai tak sempat nak bawak anak mama pi tempat² gini....sobsob~


oke sekian sahaja entry GA yang super ringkas dari gue! eh micha, bagi aku menang nombor 5 pun takpe...mihmihmih~


good luck kepada semua yang join GA mommycha! ^_^





p/s: update blog dalam spa yuu!! auww ^.^

 Terima kasih sudi membaca!

Oct 5, 2013

Giveaway: Bento Untuk Zafirah!

Assalamualaikum....


Sticky post...for new entry please scroll down....


~klik banner untuk ke blog penganjur~


Syarat Penyertaan :- 

1. Pastikan anda² semua telah mem'follow blog baru penganjur  [DONE!]
2. Pastikan ade banner giveaway [DONE!]
3. Make sure korang buat sticky entry sampai tarikh tutup. senang aku nak baca. (malas nak scroll jejauh. hehe) [DONE!]
4.Sila tinggalkan Blog Link Korang kat ruangan komen [DONE!]




Dan ni lah bento pertama yang aku buat untuk Zafirah....




oke la kan? kira lulus la nih...ngeh³  :p



hadiah giveaway ni ialah Rabbit rice mold and cutter bernilai RM45.00!! OMG!! aku ngidam sungguh bento yang niii....!!!


Saya amat memerlukan Bear & Rabbit Rice mold and cutter KERANA saya masih belum memiliki kedua²nya dalam koleksi bento tools saya...saya tak tahu nak beli kat mana jadi Giveaway sebegini amat² membantu dan mengurangkan beban pencarian koleksi bento tools di rumahku....kahkah  diharap pihak penganjur yang comel dan kreatif membuat bento dapat memberikan saya Rabbit Rice mold and cutter supaya saya boleh terus giat membuat bento untuk anak saya....dengan bertambahnya koleksi bento tools, saya mungkin akan lebih rajin memasak setiap pagi *winkkkk*  


Last but not least, terima kasih penganjur sebab perkenalkan saya dengan bento! ^_^







p/s: kemahennn bodek slogan aku....wakakaka~   kot la wawa terharu, melting dengan ayat bunga² aku tu...aminnnnnnnnnnnnnnn! (^^,)



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 5, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY

~klik banner~


Sempena 10th anniversary kak Mak Dara, beliau anjurkan satu GA yang sangat meletops ai tell yu!! rasa nak bunoh diri kat sungai Kelang je kalau tak join tahu?? hahahaha~  umur blog akak ni baru 10 bulan tapi dah sangat sangat glam gitu...aku ni tunggu bertahun jugak la nak sampai tahap macam sekarang ni..haha~  *usaha tangga kejayaan!*  v(^__^)


Giveaway kak Mak Dara sangat simple..tak perlu pening² fikir nak buat ayat apa...cuma fikir untuk beri tajuk filem sahaja! TAJUK FILEM...tahu??


Setelah memerah otak tapi masih tiada idea untuk bagi tajuk filem yang menarik, lalu saya sms mr Hubby untuk meminjam idea beliau..haha dan inilah tajuk filem yang dikatakan bakal memecah panggung sehingga 10 juta kutipan..pffttt~  confident level tinggi tak hengatttt! hahaha~  =P


Tajuk filem ciptaan Yanamib dan Ujang9897 > "BENIH DENDAM"

merupakan cerita aksi tentang pembalasan pembunuhan..phewww~  menarik tak?? menarik tak?? agak² layak tak dapat hadiah² lumayan dari akak Mak Dara?? hohoho~  ^__^



Saya telah mematuhi semua syarat² Mak Dara...yeyy!

1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut
2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3. BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan memang akan membuatkan korang rasa looser tahap dewa kalau tak join GA ni tahu?? ngeh ngeh ngeh~


klik - <senarai hadiah>


Tarikh tutup 7 Disember 2011...cepatan joinnn!!! good luck kepada semua peserta!! dan good luck kepada diri sendiri!! weeeee~  \(^___^)/






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Jun 18, 2011

1st GA RIENA & IBU



Dah lama gila aku tak join GA or contest kawan²...pffttt~


ni merupakan GA pertama anjuran kak Ida...
err kak Ida tak bagitahu bila tarikh lahir anak dia, Riena ni...
yang pastinya bulan Jun lah kan...
ermm saya rasa birthday Riena 22 Jun lah kak...haha
kenapa saya teka 22 Jun?? sebab birthday ayah saya tarikh tu...ngahahaha~  v(^___^)"


Jum ramai² meriahkan GA pertama kak ida !!
aku nak paksa mereka² ni join...hinssfff~

1)  Yien
2)  Dayana AZ



Good Luck to all!!! ^_^



Apr 30, 2011

Giveaway yang DIPAKSA!! grr~

*minta halal ye My, ai tukar tajuk GA kamu ni..hihi~




Nampak tak gambar tu?? kenal tak?? tak kenal?? aku pun tak kenal...KAH KAH KAH~   oke aku tipu...itu ialah My...seorang gadis yang telah memaksa aku join GA beliau yang pertama...hamboihhh...elok je aku komen suruh dia panjangkan tempoh contest takut aku tak sempat nak join sebab nak kahwin *tarik nafas jap...hembus nafas...oke sambung balik*  terus dia paksa aku join GA dia before aku cuti...grrrr~


Paling tak tahan siap tag dak encem sekali...bahahaha...fine! fine! ai join ni...pffttt~  oh sila klik gambar untuk ke blog penganjur ye... ^_^


hurm hurmm...pesanan buat My, entry ni merupakan entry autopublish since ai pun memang tak online sepanjang cuti kahwin ni...entry ni ai type hari Isnin lepas, jam 3:12PM oke!! huh! diharap My datang ke kenduri kitorang, bawa hadiah besar² tau!! eh jap...aku rasa syarat giveaway suruh cerita pasal blog penganjur, bukan pesanan khidmat masyarakat...bwahahaha kira halal lah My!!  =P






Hadiah² GA di import khas dari Ho Chi Minh..selamat berhoneymoon eh ber-holiday ye cik My..!! kitorang ni tak layak nak pergi oversea sebab tak bayar duit ptptn...duduk je diam² dalam Malaysia! bahahaha~ =P


Tahniah sebab berjaya anjurkan GA pertama...semoga terus sukses dalam dunia blog...mmuaahhsss! (^^,)


Mangsa tag::

1)  Tasha

2)  Pembawa Wacana


weh aku tengah cakpong cakpong ni...boleh tak wakilkan sesiapa tolong bagitahu dorang untuk jawab tag ni?? kui kui kui...masehhhh! jasamu dikenang! v(^_^)"



Apr 16, 2011

Giveaway Ujang9897

~klik gambar~



Aku kena tag oleh My...dem yu My!
sesungguhnya aku sangat malas nak join GA orang tua nih..hahaha~


oke fine! masa aku buat GA dulu dia ada join...
so aku PAKSA diri untuk join jugak...pfftttt~   *gila tak ikhlas kan..muehehe~*





Ini ialah gambar ku yang paling sempoi...dialog ditambah sebagai penyeri gambar~  v(^__^)"




Blog Ujang ni bukan best ponnnn...aku pun tak faham apesal ramai yang follow blog dia...KAH KAH KAH~   eh! aku pun dah TERfollow blog beliau jugakkkkk!! ngehhh~  (-_-")


Kenapa korang kena join GA Ujang??

1)  kesian  support member

2)  saja semakkan kotak komen

3)  takde entry yang menarik untuk di-update

4)  sebab banyak hadiah~


aku suggest korang pilih sebab yang nombor 4...aku juga begituuu!! wahahahahaha~



2 orang mangsa tag::

Lya Colors

Prince Halilintar



All the best to all!!  ^_^



~klik SINI~



Mar 20, 2011

"GIVEAWAY KERJASAMA ANATISOKI & MFS"




Giveaway anjuran bakal cikgu Anati Soki dan pasangan...ecehh...klik gambar untuk ke blog penganjur...macam biasa aku malas nak copy syarat²...kehkehkeh~  =P


Pemenang akan dipilih secara rawak dan hadiah adalah imported dari Turki...phewww...ada juga hadiah saguhati...tapi buatan Malaysia lah...huhuhu~


3 orang mangsa tag yang akan berkongsi hadiah dengan aku jika mereka menang...lalala~

1) dak encem

2)  tieah   [suka tak aku tag ko ni?? hahahaha~]

3) apesz shah



Tarikh tutup::  31 March


Ada seminggu lebih je lagi...sila jangan malas untuk join...tak susah pon!  good luck!! ^_^




Mar 5, 2011

Saya Nak Shawl Ini!!!!


Contest atau giveaway anjuran Mama Zara...sila picit gambarajah untuk melihat syarat² contest....


Ye aku memang suka join contest di blog...ada tiga sebab kenapa aku suka join contest...

1)  support kawan²

2)  jumpa kenalan baru

3)  nak hadiah free!! ^_^


So korang tag je lah aku kalau nak anjurkan contest k....90% memang aku akan buat tag tu...tapi tag yang takde hadiah aku malas nak layan...hahaha~ =P


Kena teka nama anak-anak mama daaa...siap umur sekali...errr~




Auni Zara
1 tahun 9 bulan 23 hari

Aniq Zaquan
8 bulan 17 hari
 
 
*serius aku tiru je jawapan..kahkahkah~*  =P



3 orang mangsa tag kali ni>>

1)  dak encem  [kalau dia menang, aku jugak dapat shawl tu...strategy babe!!]  =P

2)  Finaz Jaafar

3)  atie



Tarikh tutup ialah pada 15 March 2011...segera update blog dengan pantas!!  and good luck pada semua yang join!  ^_^



Feb 25, 2011

Aku dah Post Hadiah Korang wehhh!



Mula-mula sekali aku nak minta maaf banyak² sebab lama gila ambil masa untuk post hadiah...eh janganlah serik join GA atau contest ai ye *wink wink*


Aku baru post hadiah² tu semalam...well ekceli dak encem yang tolong postkan...dia kan PA aku...lalalalala~  =P


Jadi kepada para pemenang,














nantikan hadiah dari saya muncul di hadapan pintu rumah anda...ai guna post biasa je...so maybe next week kut baru sampai...ehehh~



Tahniah dan terima kasih semua yang menyokong!! yeayy~  ^_^




Feb 19, 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY


~sila picit gambar ini~



Masa blogwalking TERjumpa giveaway ni...saja nak join sebab suka tengok hadiah tu..comel ouh!! (^^,)


Tempoh penyertaan adalah dari 10/2/2011 - 28/2/2011~


4 pemenang bertuah akan memenangi::
1 passport sleeve,  
1 coin Purse &  
RM30 Tote boutique voucher

(setiap pemenang)


wow menarik bukan?? 

pemenang akan dipilih menggunakan random.org...


Jum ramai-ramai join!! yeayy~  \(^_^)/





Feb 7, 2011

Pemenang GA "Saya nak Hadiah Hari Jadi Dari Yanamib"




Dan inilah 5 orang bertuah yang dipilih oleh random.org...klik SINI untuk melihat anda di nombor ke berapa   ^_^






Nombor 30 dipegang oleh::

banner exchage link

cik ♥♥LiSsA♥♥





Nombor 55 dipegang oleh::


as ♥ Leenda





Nombor 89 dipegang oleh::


sis Rinna





Nombor 8 dipegang oleh::


Adish.Shida





Nombor 62 dipegang oleh::


Nadia Mashuri






Habuan yang korang bakal terima ialah sebotol charcoal mask...sebab semua yang bertuah ni perempuan, jadi aku bagi semua sama je la yeh...lagipun ni 1st GA, jadi preparation pun gitu gitu je...hihi~  tak sangka ramai yang join....tapi yang pasti hadiah bukan pemadam oke! hikss~  =P


~klik gambar untuk melihat cara² menggunakannya~




Tahniah kepada pemenang! sila hantarkan alamat, nama dan nombor telefon anda ke emel saya secepat mungkin ye...

ctliyanaDMIB@gmail.com


Aku bagi tempoh seminggu oke tak?? to be fair la kan...kalau lambat emel, hadiah akan bertukar tangan...sebab tu ai suruh yu follow blog ai...bukan gila publisiti, tapi untuk pastikan uols tahu update semasa contest...yang aku tak follow balik tu minta maaf sangat²...tak sempat nak check semua sebenarnya...hahaha...aku akan cuba follow one by one k...tapi uols kena rajin singgah blog aku lah ye...aci tak? hihi~ (^^,)


Terima kasih kepada yang join...akan datang aku cuba buat yang lebih baik lagi...bagi hadiah ipad ke...pfttt! =P     Yang tak menang tu, sila jangan mencik mencik ai...cubit tau la...ngee~   nanti support aku lagi k kalau ada GA atau contest....


TQ bebeh!!  v(^_^)














p/s:: malam ni tengok Burlesque kat Mid Valley..tiket Nuffnang lagi....yeayyy!! \(^_^)/

Jan 31, 2011

Giveaway:: Saya Nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB


Entry melekat...entry baru sila scroll ke bawah~



Pada entry lepas aku ada sebut nak bagi hadiah untuk yang lahir 8 Januari kan?? well since takde sorang pun yang mengaku lahir 8 Januari, makanya aku akan buat satu Giveaway untuk semua orang lah kan...hehe~


Caranya mudah sahaja....just ikut je syarat-syarat yang dah ditetapkan oke! ^_^



Syarat-Syarat Penyertaan



1) Terbuka kepada bloggers Malaysia sahaja...yang takde blog boleh baca je..hehu~  (tak kisah la lahir bulan berapa pun)

2) Follow blog yanamib dengan seikhlas hati~

3) Buat satu entri  bertajuk "Saya nak Hadiah Hari Jadi dari YanaMIB"...Letak banner atas ini dan link kan ke entri ini...copy code di bawah k...

<img src='https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXSWMIKwCyNLxfb38Gc2_WM1mz6_lJDIUcaZd1eHB4Bqr8nBgEcM4D-vlnov_BhjY1nqu0x8EV-NIp5s0q6zpFAfAGz6hBSguM3blkEvuAMLU_3YBcyYiAMcyuBH5qVzMSm_CMqbDnTiY/s1600/402606Banner.jpg'/>

4) Tag 2 orang rakan anda (pastikan mereka tahu mereka di tag)

5) Tinggalkan link penyertaan di komen entri ini





Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Januari 2011....Hadiah akan diberi kepada 5 orang yang bertuah menggunakan random.org dan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Februari...hadiah apa?? oke part ni aku tak fikir lagi...hahaha...yang pasti bukan pemadam! eh~  =P




Jan 20, 2011

Kembarku Sudah Menjadi Followersku...yeayy!

Siapa lagi kalau bukan





MAT GEBU!!! yeayyy!  \(^_^)/



Dah lama beliau follow, baru hari ni nak cerita..ngee~



Kenapa aku kata beliau kembar aku??  sebab kitorang lahir pada tarikh yang sama!! weehuu~  [klik sini]. Dan kalau tak percaya boleh klik SINI~  entry dari Mat Gebu sendiri...beza umur kami ialah 10 tahun ye...do your math lah!   ^_^



Lepas tu kan...ada la sorang hamba Allah ni datang blog aku dari ceruk mana tah dia jumpa aku pun tak tahu....lepas tu bagi komen macam ni....





grrr~   awat lah sekarang baru kau muncul dik nunnnn!! dah 100 lebih orang join GA aku, baru dia muncul...hahahahaha~   hurmm...takpe lah...anggap je lah tu rezeki orang lain juga...beliau juga sudah join GA aku tuh...ecehh nak hadiah jugak la tu...kuang³  =P [klik SINI untuk ke blog kembar aku sorang lagi nih] (^^,)



Well hari ni cuti kan? korang buat apa?? takkan pi Batu Cave kut?? lalalalalala~  =P


Jan 13, 2011

Terima Kasih Ujang9897

ecehh sekarang guna nama glemer je...kalau letak dak encem memang orang tak faham makhluk asing mana tah encem sangat alferahsantan sungguh gadis nih...huh!


Aku nak ucapkan terima kasih sebab mende ni haaa.....



Nampak tak nombor 4 tu?? nama Ujang9897...tapi linknya ke blog aku...GA happy birthday aku tu...bahahaha~   bagus betul laki aku nih....promosi GA aku kat blog Bro Ben...^_^  [klik sini kalau tak percaya]  erm mungkin beliau terasa bersalah bila aku merajuk dalam entry ni...lalalala~



Mood:: very happy dan terharu...
sangat ramai peserta-peserta...aku ingat takde sape nak join...teehee~
♥♥ muchas gracias bebeh! ♥♥


Nov 27, 2010

yoys.net Domain Giveaway









Kali kedua join contest yang hadiahnya merupakan sebuah domain...DOMAIN oke...bukan lagi dot blogspot dot com....tapi cuma dot com...atau dot net...auwwww~ =P


1st contest di entry INI....tak tahu la boleh menang ke tak....join aja...menang-kalah tu belakang kira! yang penting kita tunjukkan kepada pihak penganjur yang kita memang bersungguh-sungguh mahu menang! *wink wink*  \(^_^)/"  


Contest kali ni dianjurkan oleh encik Yoy...terima kasih atas undangan untuk join contest kamu...dah diundang baru reti nak join??  lalala~ =P



Syarat²nya begitu mudah...umpama 'kacang putih! '


1. buat entry pendek bertajuk  ”yoys.net Domain Giveaway”.  Di akhir entry letak ayat ni
domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network


2. like page aku, atau kalau taknak, add friend untuk memudahkan tau pengumuman pemenang.

3. komen entry ni berserta link penyertaan.






 3 SAHAJA??! wow memang kacang putih...huhuhu~


mari mari join...yang dah ada domain, tengok sahaja...lebih afdal jika kamu wish gud luck kepada saya...muehehe~  =P



Khidmat pesanan masyarakat.....


domain giveaway dibawakan dengan jayanya oleh Yoy’s Network


\(^_^)/







Peringatan::  Undian untuk blog pilihan malaysia 2010 masih berjalan...sila rujuk di link ini->  http://bpm-undi.blogspot.com/     tengok kat kategori Blog Personal Wanita Pilihan... lepas tu klik pada nama LIFE 101 OKE!! diulangi LIFE 101....rasanya dah cukup besar tulisan tu..lalalala~ =P



Nov 18, 2010

Main Gantung-gantung


Memang niatku untuk update entry ni tau hari ni...cuma bila ternampak komen encik editor Remaja, TERpaksa postponed, taip entry lain dulu...ye lah takmo la ada salah² faham ni kan...tak best tau perasaan tu...huhu~


Since encik editor berkenaan cuma bagi link website Remaja, makanya aku send je emel kat editor lain untuk menjelaskan situasi sebenar...aku emelkan ke editor yang mula² jumpa blog aku dan beliau lah yang mempromosikan blog Life 101 dalam Majalah Remaja edisi November...kak Nurul Nisa namanya...niat aku supaya apa yang aku jelaskan sampai ke pihak Remaja sendiri... *wink*  ^_^


Kak Nisa pun dah respon dengan emel yang aku bagi...dia pun faham niat aku dan telah jelaskan semua salah faham ni kat encik editor yang salah faham tu...kak Nisa siap apologize lagi on behalf of that editor yang buatkan aku rasa bersalah....ngehh~  complicated sungguh penjelasanku...  >_<


Apa-apa pun terima kasih kerana memahami....Hari raya ni kita kira 0-0 la eh...hopefully kita boleh keep in touch laghik ye kak! lepas ni publish kisah kahwin saya pulak ke...EHHH?!!
lalalalalalalala~  =P




oke berbalik kepada tajuk entry yang sebenar-benarnya....^_^
Korang ingat tak aku pernah kecoh kat korang yang aku pemenang TERdiva dalam giveaway MDT tempoh hari?? ecehh perkataan 'tempoh hari' macam gaya pembaca berita...hihi~


Sukacita dimaklumkan hadiah dari beliau (sis MDT) sudah kuterima tempoh hari...hahahaha~  tempoh hari di sini bermaksud kelmarin  =P




tuuu dia! besar kaooo...musykil bercampur excited....weehuuu~ ^_^





Ni lah hadiahnya...cantik corak english style gitu...me love ♥ !!  \(^_^)/
yang aku tahu benda ni digunakan untuk menggantung cawan-cawanan lah....tapi aku lebih suka letak segala hadiah yang orang bagi dalam bilik...jadikan hiasan gitu...makanya aku jadikan benda ni which aku tak tahu lah nama dia apa..hehh~    aku jadikan ia tempat menggantung jeweleries...ecehh macam mak datin gayanya! hahahahahaha~  =P






Bukan setakat jeweleries...jam, sepit rambut, ikat rambut...segala benda yang boleh digantung, aku kasi gantung je kat sini...mudah! dan nampak lebih teratur....tak payah dah bersusah-payah selongkar almari cari jam/gelang/etc macam mencari harta karun di waktu pagi...(-_-")




Thank you so much sis! suka sangat hadiah ni...mmuaxx! ♥♥♥  










p/s:  Entah bila aku pulak nak buat contest/giveaway...huhu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015