Mar 31, 2015

Perasmian Butik Penmerah[dot]com

Assalamualaikum...


 Sabtu lepas aku berpeluang untuk sama² menjayakan perasmian butik fizikal pertama dari PenmerahDotCom...


Rupanya bukan Penmerah je yang buat grand opening....ada 2-3 lagi butik sekitar Bangi Central tu yang adakan Grand Opening pada hari yang sama....sesak toksah cakap laaa...nasib la Bangi tu kampung halaman aku ...terer la jugak nak mencari parking berdekatan TANPA perlu meredah jem atau bersesak² dengan kenderaan lain...hewhew~


Tarikan paling tempting semasa perasmian

::

::

::



3 ekor kambing golek!!! wohoa! ♥ ♥


Sepatutnya perasmian start pukul 10am....kaunter dalam butik pulak bukak pukul 9am...bayangkan seawal 9am tu dah berderetttttttttttttt orang beratur! Penmerah terpaksa bukak kaunter registration kat tingkat bawah untuk limitkan guests yang masuk ke kedai....bukan apa, untuk elakkan kesesakan melampau dalam butik dan demi menjaga keselesaan pelanggan² untuk memilih baju dan tudung....giteww~


Jom tengok suasana dalam butik...  :)



meriah oiii! seronok sangat tengok orang ramai macam ni....yelahhh...bila orang ramai, sales pun besarrrrrr...haha~  ^_^


kasut pun ado!! comel² oke! tak sempat nak membelek....kejap je habis stok...baju² pun sama...sales menggila masa hari pertama pembukaan....banyak yang habis stok....hebat! syabas Anne!! ^_^


Aku duk peratiiiii je handsocks tu....asal lalu kawasan ni jeling handsocks...harap² takde orang perasan...kahkah~  dah lama sebenarnya aku aim handsocks cenggini....biasa nampak orang jual online...tapi a bit mahal sebab kena tambah kos postage bagai....kat butik Penmerah RM18/RM30 sahaja! ehem ehemm...butik ko dengan rumah aku jarak sejengkal je...akan ku rembat berhelai² nanti!! mihmih~  tolong jangan habis stok oke! ^_^


Sepanjang melepak dalam butik ramai kengkawan bloggers yang aku jumpa yang sama² menjayakan majlis pembukaan butik PenmerahDotCom...


Antaranya (yang sempat bergambar sama²)


ciksizueka and deqnoor...maafkan lah kaki anak dara den...tak perasan pulak dia mengangkang gitu...adehh dehhh  :p


kak Kujie, Kak Sumi and Yana Yassin....Zafirah buat butik ni macam butik dia sendiri...selamba belasah fruit tart yang dorang beli....sedap sangat fruit tart tu....tapi dia makan tart je...fruit bagi mama makan...ceh!


time ni dah mula tantrum...bosan barangkali...so aku bagi dia main bedak compact tu...habis dikorek² bedak tu  T__T   mama pasrah...rela dalam terpaksa...janji awak diam tak mengaruk! T__T


Klimaks majlis.... :p


penampilan istimewa dari Yana Samsuddin dan suami, Fadzil Zahari...ouh bukan dak encem yang pendek...tapi Fadzil yang terlebih tinggi....mihmih  :p


Yana Samsuddin datang bukan takat memeriahkan majlis, siap bagi quiz lagi kat peminat² dia and semua pelanggan² Penmerah yang bertuahhhhh....siapa berjaya jawab kuiz dengan betul, menang cash RM50, Tshirt Pen Merah dan tudung dari butik Pen Merah....wahhh untunglah koranggggg....hehe..


Wawa Zainal and hubby pun datang...tapi aku tak sempat jumpa....tak larat dah nak duk lama² kat butik dengan anak dah mula tantrum...credit gambar to PenmerahDotCom


Menariknya dalam butik Penmerah ni, baju bajan yang dijual bukan khusus untuk wanita sahaja! LELAKI pun ada!! contoh jubah dari Wawa niiii....siap ada yang couple design tauuu...sesuai sangat untuk dijadikan baju raya....so kalau datang butik Penmerah yang lelaki tak perlu risau jadi bosan, jadi pak turut, jadi tunggul etc...ehh korang pun boleh sama² pilih baju korang lahhhh....haha~


Last but not least....


bergambar dengan founder/toke/owner PenmerahDotCom....ye...ramai tak sangka founder Penmerah ni gegurl...haha~   jom lah duk rapat², amek aura kejayaan dari dia... ^_^


Tahniah Anne!! semoga terus success!


Details butik PenmerahDotCom:
Lokasi: 3a-49-2, bangi sentral,
Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor
Waktu operasi: Selasa - Ahad (Isnin tutup)
Jam 10am - 8pm
Barang Jualan: Tudung, Hoodies, Jubah (lelaki dan wanita), blouse, skirts, sweatpants and many more!! dah macam one stop center! haha





Terima kasih sudi membaca!

12 comments:

Anum said...

terbaik la

MOMMYLIN said...

tak sempat pergi haritu... lagi pun anak2 hero aku tak boleh bawak g sana... hancur kedai orang.. ohoho

eima said...

Ooo ni rupanye penmerahdotcom....aku silent reader die keh keh ...nanti boleh terjah butik beliau

Dkna Abza said...

semalam nak singgah, rpanua dah tutup ..huwaaaa..

Hafiz Rahim said...

Tak berpeluang nak pergi.. aku balik kampung. haha

Jiarizaira said...

wah tak sangka Penmerah buka butik...semoga berjya peniagaan beliau...

Unknown said...

kalau dekat akak pun pi..kagum dengan Anne..

Akak Kembang said...

muda-muda lagi nak jadi tokey...kagum

arysha_fayyadh said...

Assalam yana,
meriahhhhhhhhhhhhhhh kan3

aizamia3 said...

Hari kejadian, adik-beradik hubby datang rumah dan anak dara ai ada kem dekat sekolah, takde rezeki nak berselfie sama.. huhuhu..

Unknown said...

Memang happening sangat launching kedai dia yea.... aritu tak kesempatan sebab event food review waktu yang sama....takpe bila free boleh singgah....

MissNadia said...

bestnya dapat buka butik sendiri.. semoga auranya tersebar :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015