Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Dec 13, 2018

Review Centara Watergate Pavillion Hotel, Bangkok

Assalamualaikum...


Dan sebenarnya hari nak balik KL baru bergambar depan hotel. ngee~   Jarak dari Don Mueng Internartional Airport (DMK) ke hotel dalam 30 minit. Kat main entrance ni nampak macam hotel bajet je. kahkah~  Connected dengan mall, pintu kanan hotel, pintu lagi satu masuk mall. Gituu~


LOBI

Kena naik tingkat 9 baru jumpa lobi. Unik sangat hotel nya pun.

Reception, lobby area, cafe and pool area (tapi tak boleh mandi) semua kat Level 9. Main entrance tu ada concierge sahaja!

Acah-acah pool πŸ™„  Sebelah cafe je so time breakfast boleh pilih nak duduk dalam or pool area.


BILIK

Since kami booking beramai², so dapat bilik dekat² and level sama, level 5.

Aku request connecting room dengan parents aku. Senang nak pass² baby kat dorang bila aku nak pergi toilet or bersiap or solat. Tapi bilik parents aku katil single x2. Lupa pulak snap gambar bilik dorang. Korang tengok kat web dorang je lah πŸ˜

Fridge ada dalam kabinet tu.

Aiseyy kacau pulak seluar baby situ. haha~

Sabun, syampu semua wangiiiii! Sabun baby aku bawak sendiri ye. Rasa tak sesuai pulak baby pakai sabun orang dewasa. hihi~  Kalau nak tukar sabun baru hari², kau sorok je lah sabun yang dah pakai tu dalam beg. Sebab kalau banyak lagi dorang takkan tukar baru. Towel je yang dorang tukar hari² 

Air mineral and 3 in 1 tu je yang FOC. Air dalam fridge semua cas lain. Hari² kena restok air mineral tu. Baby sorang perabih 2 botol besar tu. kahh!

Kemain canggih tempat simpan remote haa. Puas aku cari hari tu πŸ˜’

FYI telekung tuuu AKU PUNYA! haha~  Bagus hotel ni siap letak arah kiblat walaupun tersorok dalam almari. huhu~  Sebelum dapat tau ada arah kiblat tu, ayah aku guna apps kat fon dia. Sekali salah daa. Opposite direction. lol~  Memang tak boleh pakai ke apa apps tu?πŸ€”

apooo! Tapi tak efek kitorang okay lah. Lagipun memang kitorang tak duk hotel. Merayap sampai malam. haha~

Katil KING, share berdua dengan baby. Puassss tidur!! Sepanjang duk Bangkok baby tak jaga malam langsung! Merasa la aku tidur nyenyak, deep sleep siap mimpi indah². bahaha~ πŸ˜

Happy yee dik dapat jalan². Kemain lepas sihat Pneumonia mama bawak pi holiday. Eh tapi dia memang sihat² je sepanjang duk Bangkok. Batuk or selsema sikit pun takde tau. Tu tak berbaju sebab baru lepas mandi. Tunggu luggage tak sampai² haa.


CAFE

To my surprise, hotel ni ada sediakan HALAL food. So tak perlu buat special request ke apa. yeyy! Jom tengok apa yang halal selain buah-buahan dan telur. hihi~

Ada nasi beriani and roti nan (liat namateyy). Kuah dal and kari pedas oke! Tapi sedapppp! Nak jalan jauh kena makan berat waktu pagi. hihi~

All cake & pastries dia pun halal. Chef sendiri bagitau halal. Aku tak tanya waitress tau, aku tanya CHEF terus! Maka makan lah dengan yakin. πŸ˜

Breakfast day 1. Pancake dia sedap nak arwah. Lembut gebu ya tuhann tak boleh move on pulak rasa. Bertambah jugak lahh sebab sedap sangat! Half boil egg tu BY REQUEST. Tapi nasib² laa kadang menjadi, kadang tak menjadi dia buat. Heran aku dorang ni memang tak reti buat half boiled egg ke camne? πŸ€”


Overall aku bagi 9/10 bintang! Memang recommended korang stay sini jika ke Bangkok. Lokasi pun strategik tau, sebab dekat sangat dengan shopping mall, souvenir shops etc. Nak request Grabcar or tuk tuk pun mudah. Cuma Grabcar kat sana tak efficient macam kat sini. Mungkin sebab jem teruk sangat. Entah lah. Aku selalu kena tunggu lama bila booking Grab. Penat oke! Kalau nak naik train, kena jalan sikit hala ke Platinum Mall tu.


Semoga bermanfaat. bye!




Terima kasih sudi membaca!

Dec 10, 2018

Broncholitis Pulakkk

Assalamualaikum...



Baruuu je awal November hari tu adik baby warded sebab Pneumonia, kali ni datang lagi semput dia. Punca berjangkit selsema dengan kaklong & abang ngah. Sekali pakej sesak nafas dia dapat T__T


Alhamdulillah, pengalaman lepas banyak mengajar kami laki bini. Bila nampak nafas dia makin laju, laju² bawak pergi klinik untuk ambil neb.


Neb pertama pada hari kejadian. Sempat pi wedding kawan aku bagai lepas neb tu. Ingatkan dah oke, nak dekat Maghrib tu jadi balik. Tengok nafas dah laju, dada dah berlekuk, cepat² laki suruh siap bawak pi klinik untuk amek neb lagi.


Lepas neb, elok balik nafas dia. TAPI lepas 2 jam, dia jadiiiiii balik. Allahu. Pergi lah klinik balik untuk mintak referral letter. Nak pergi hospital terus! Makin kerap pulak sesak nafas, tak boleh jadi ni. Mesti kena warded. Kitorang risaukan oxygen level dia tu. Yelahh bila dah sesak nafas macam mana oxygen nak masuk?


Kebetulan malam tu makcik aku datang, boleh la aku tinggal kan kaklong dengan bang ngah kat rumah. Sebab ada geng main² dorang tak heran lah kena tinggal. Kalau takde geng tu mau meraung memasing nak ikut jugak pi klinik. Pastu memekak main kejar² πŸ˜’


Kitorang pi klinik Zalfah, Seksyen 4 tambahan. Doktor kata buat neb dulu sementara dia siapkan referral letter. Lagipun kat hospital mesti tunggu lama kang kesian baby susah bernafas. Masa tu jam dah pukul 10.30pm. Setel neb terus pi ER hospital Serdang. Syukurlah urusan dipermudahkan, lepas tunjuk referral letter, staff bawak terus masuk red zone.


Sampai ER doktor bagi lagi neb. Sebab dia dengar ada wheezing lagi dalam nafas baby. Then tunggu MO review (ada la 2 orang MO kot datang review), then tunggu pakar pulak review baru boleh confirm masuk wad ke idak. Doktor bagitau adik baby kena jangkitan BRONCHOLITIS. Allahu aku tau bronchitis je. Ada pulak Broncholitis. Belit lidah nak nyobut!


Lepas confirm masuk wad, kena tunggu pulak staff iring naik wad sebab kena angkut tong gas oxygen sekali. Pukul 4am laki aku sempat balik rumah amek baju bajan semua. Dia sampai balik hospital belummm naik wad lagi. kahh!


Last² pukul 5.20AM baru kitorang masuk wad. Syukur lagi sebab malam tu wad paediatric tak full. Banyak je katil kosong. Walaupun malam tu banyak kes baby semput. huhu~  Mostly yang duk kat ER dengan aku, memang kena warded. Dapat satu wad pulak tu. Yang jadi lambat tu sebab menunggu doktor itu ini datang review.


Masa masuk wad paediatric tu, ya ampunn jakun pulak rasa. CANTIK!! Jauh beza lah dengan wad paed hospital Kajang. Bagai langit dan bumi beza dia! hahaha~


Dah setel letak² barang semua, aku cuci muka sebab tak sempat buang mekap kat rumah tadi. πŸ™„  Macam biasa malam pertama aku tidur hospital. Esok gilir dengan laki.


Lepas nurse dah briefing pasal wad semua ingat nak landing lahh. Ngantuk gila hoii! Sekali datang pulak MO tanya itu ini untuk masukkan dalam sistem. Senang doktor yang bertugas next shift nak review and diagnose adik baby, especially doktor pakar lah. Tapi soalan² dia tanya semua yang sama masa aku duk ER. Sepanjang duk hospital tah berapa kali aku jawab soalan yang sama. haha~  Udahnya pukul 7am baru aku boleh tidur. #sisredho


Kena on oxygen and neb setiap 2 jam. Fight baby fight!


Team cleaner datang pagi tu ikutkan nak kemas katil, tapi dorang tengok aku lena lagi and dorang tengok time masuk 5.20am, so dorang tak kacau. ffuhh! Dapat la tidur lagi sejam dua. Tapi pukul berapa tah nurse bagi neb, pastu aku tertidur sambil neb kat muka baby. Nurse datang bising dia, "puan 10 minit jee kita bagi neb yee."  Aku dengar pun dengan muka blur blur. hahaha~  Ngantuk hoii! Lepas tu aku bangun la terus. Tiba² perut lapar pulak. LOL~  


Menu breakfast. Siap ada food untuk baby! wow! Tapi bubur tu awat letak salt?? Air milo some more. Hey baby mana boleh makan salt & sugar lagi. Udahnya aku la perabih semua food tu. πŸ˜’


Aku duk terbau² gas neb tu sampai nak demam. Ko rasa?


Ouh aku kena share benda ni. Dalam wad paed hospital Serdang ada almari untuk gantung baju okay!! ohemjee sis jakun to the max! kahkah~  KPJ pun takde uols almari gini. πŸ˜


Masa malam pertama tu dorang bagi aku katil panjang tu. Sebab baby cot tak available. Selesa lah aku tidur takyah merengkok². haha~   Esoknya tu baru dia ganti baby cot. Katanya baby dah berpusing² bahaya letak katil biasa, kena guna cot jugak. haa baiklahh!


Tapi selain almari baju tu, setiap katil ada disediakan sofa. Siap boleh recline wakk! Memang selesa lah penjaga/waris nak berehat². Hospital Kajang dulu kerusi plastik jeee. huhu~  Eh sini pun ada kerusi plastik jugak. Tapi cantik sikit lah. hahaha~  Toilet pun ada dalam wad ni. Walaupun share 4 katil, tapi selesa sangat. Fully air conditioned pulak tu. Takde la berlengas. Ouh aku takde pulak request nak bilik single ke apa. Adik baby kena duk wad depan kaunter nurse sebab kena pakai tube oxygen tu.


Ni review hospital ke apeni??


Adik baby elok je ceria, aktif macam biasa. Bukan macam masa kena pneumonia hari tu. Masa tu dia lembik je wakk, dengan demam lagi. Haa kali ni just batuk, selsema and sesak nafas je. Tapi lepas neb nafas dia elok balik. So untuk warded kali ni memang takde cucuk² iv, antibiotik. Just neb sahaja. And oxygen tu lahh. Legaaaa!! Tak sanggup dah tengok baby kena cucuk sana sini. iskk~


Doktors and nurses semua amazed tengok adik baby lasak siap main agah² tiap kali doktor datang. haha! Sebab katil² jiran semua tak bermaya, merengek, nak berdukung je. Sedih tengok. Faham sangat perasaan penat tu macam mana. Tabah lahh mommies! Semoga cepat sembuh anak² kalian T_T


Ni menu lunch. Asam pedas terbaikk!! Ramai pulak respon IGS aku bagitau food kat hospital Serdang memang sedap². Berselera aku makan. kahkah~  Haa kali ni bubur untuk baby dah betul takde salt & sugar. Cuma portion tu banyak sangat lah pulakk. Amboi ada kena penampar ni kang banyak nau komplen πŸ˜  Jus buah sebelah bubur tu pun pure, takde sugar. Tapi tak sempat bagi adik baby. Lepas makan dia mentido.


Pukul 3pm laki datang tukar shift. Dia pulak bermalam kat hospital.


Esoknya tu, hari Isnin, aku pi kerja macam biasa. Zafirah and Zafran pun hantar sekolah macam biasa. Cuma aku kerja half day je lah. Tengah hari aku balik. Tapau mekdi kat highway Sungai Besi tu, pastu terus pi hospital.


Rasanya semua orang tau parking hospital Serdang tu hazab macam mana kan? Dah la ada construction pulak, makin sesak! Time visiting hours lagi lahh hazabedah! Mujur dorang buat parking lain kat MAEPS, then naik shuttle. Haa aku park kat MAEPS je hari tu. Bayar RM3 per entry. Okay lahh daripada kau migrain cari parking depan hospital tu. Tak lama pun tunggu shuttle. Aku baru je parking, shuttle pun sampai. Dorang akan penuhkan ruang baru gerak pi hospital.


Daripada hospital pun sama, laki aku tunggu kat lobi tak lama pun. Dia sampai je lobi ada dah shuttle baru sampai untuk drop and pick up orang. Convenience weh! Mohon korang yang nak berurusan dalam hospital Serdang tu gunakan lah kemudahakan yang dorang dah sediakan. Tak perlu bersesak² parking tepi² jalan tu. Menyusahkan ambulans nak lalu tau! Please jangan selfish! Serius selesa parking kat MAEPS tu. Luas dan tak serabut!


 Sampai wad tengok dah ada uniform? hahaha~  Omey angat uniform hospital! Kalau nak mandi and tukar baju banyak² kali pun boleh! Amek je sendiri kat stor. Selimut pun sama, nak tukar or nak amek selimut extra, haa silakan ke stor dan ambil sendiri πŸ˜


Pagi hari ketiga tu laki cakap doktor pakar dah round and dia suruh cabut tube oxygen and stop neb. Petang² nanti check balik progress macam mana. Kalau oke dah boleh balik. Allahh leganyaa dengar!


 Menu petang hari ke-3. Food baby dia bagi biskut macam Farley's tu. Campur dengan susu. Biskut tu flavor banana. Manis wakk. Tapi aku bagi jugak lah baby makan sikit. huhu~


Dalam pukul 4pm gitu kot, MO datang check peparu baby. Katanya dah oke, tak dengar bunyi kahak dah. So boleh discharge. yahooo!! Laju² call laki. Tapi dia cakap nak tidur duluuu. huk alohh. Takpe lah, lagipun nak tunggu bil and ubat lambat lagi.


Dalam pukul 6pm gitu baru nurse bagi bil and ubat. Kali ni doktor bagi ubat Singulair. Actually ubat tu untuk treat asthma. Tapi baby below 2 years tak boleh diagnose as asthma. Banyak faktor baby batuk berkahak. Cuma dia saja bagi untuk tengok baby respon atau tak dengan ubat tu. Kena habiskan dalam masa sebulan. Then lepas 3 bulan jumpa paed balik untuk follow up. Lambat kan? Biasa seminggu dua lepas discharge dah terus follow up. huhu~


Total lost= RM3 je wakk. Allahu! Gegelak kitorang dengar bil. Tak payah la bawak GL ke hape. Bayar je lah RM3 tu hoii. hahaha~


Lepas discharge, adik baby tak sihat lagi sebenarnya. Still on-off kahak dia tu. Bila teruk sangat kitorang just bawak dia amek neb je. Sampai doktor kat klinik buat surat khas untuk cepat² follow up dengan paed hospital. Lambat sangat nak tunggu 3 bulan katanya. Tengok lah esok lusa kalau aku free boleh la pi hospital balik untuk review sakit adik baby.


Doakan adik baby terus kuat lawan penyakit dia. πŸ˜˜






Terima kasih sudi membaca!

Oct 11, 2017

ELAKKAN Bermalam di Promenade Service Apartment!

Assalamualaikum...


Dah lama tak buat entry BAD review. pfft! Harap korang baca dengan teliti supaya tak terkena macam kitorang. haha gituu mukadimah dah bagi warning😁


Alkisah masa kitorang pi Sabah bulan Mei lepas, 2 malam kitorang stay di Kundasang, 1 malam stay di KK. Untuk setiap penginapan di Sabah, aku booking melalui Traveloka, ada yang dari MiTA Fair. Tapi untuk penginapan di KK aku booking thru Air Asia. Maksudnya masa nak beli tiket flight tu, klik sekali dengan hotel.


Aku pilih Promenade Service Apartment, sebab harga nya JAUH lebih MURAH banding hotel² lain dengan saiz bilik yang agak besar, katil besar dan lokasinya agak strategik.



KESILAPAN aku ialah, tak baca review orang dulu! Mohon jangan contohi sikap ni oke! Setiap kali sebelum booking hotel, mohon baca segala mak nenek review² orang lain! Lagipun aku fikir, takkan Air Asia nak promote hotel yang ada rekod tak baik??πŸ˜’


Perjalanan dari Kundasang ke KK makan masa 2 jam lebih (driving). Jauh oke! Dah la jalan nak masuk KK tu jem. Badan dah letih, mintak tilam je nak baring, nak rehat. Tu belum campur sesat barat, tersilap hotel. Rupanya ada dua bangunan nama Promenade, satu Promenade Hotel, satu lagi Service Apartment. Promenade Hotel tu cantikkkkkk! Gah sangat! Tapi yang aku booking tu service apartment, rumah kedai je, sadis gila tengok keadaan bangunan diaπŸ˜‘


Masa nak check-in, kitorang diminta tunggu sebab bilik belum tersedia. Masa ni dah lebih pukul 2pm! Alasan; MASALAH air, so cleaner kena angkut air dari tempat lain untuk cuci bilik. Cara staff tu explain masalah air tu sangat meragukan, seolah² nak tutup situasi sebenar. Kitorang tengah letih sangat masa ni, tak larat laa nak argue, nak tanya selidik lebih². Lagipun cara dia explain macam tak kritikal je masalah air tu, macam air dalam toilet cuma slow je, bukan takde langsung air, tapi slow, so kami teruskan tunggu dengan sabar. Eh takde la sabar mana, tak senang duduk jugak la kat lobi tu kejap² pi kaunter tanya bilik dah siap belum. Lantak lah dorang nak annoying ke hape. Kau ingat kitorang naik helikopter dari Kundasang??πŸ˜‘


SELEPAS SEJAM! Dan selepas banyak kali kitorang duk tanya bila bilik nak siap, baru dorang bagi kitorang kunci. Dari lobi nak ke bilik ya ampun jauhnyaaaa!!!! Rupanya hotel ni bercampur dengan residents tetap yang menyewa/beli unit dalam apartment ni. Sebab tu namanya Service Apartment! Aku tengok keadaan corridor, lift lobi, sedih gila! Tapi aku cuba positif, tempat murah, memang gini lah kot.


Then bila masuk bilik, hurmm TAK SAMA LANGSUNG  dengan yang ditunjuk dalam gambar! Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Karpet kotor macam tak pernah bercuci, cadar berkarat, kabinet berhabuk. Toilet oke laa bersih. Cuma nampak uzur sangat. Tapi ada water heater.


Aku cuba husnuzon lagi. 1 malam je pun nak duk sini. Lagipun malam terakhir di Sabah, esok nak balik KL dah. Atas meja solek memang ada tulis notis gangguan air. Tapi TARIKH DAH LEPAS! Maksudnya hari yang aku sampai tu sepatutnya takde lagi dah masalah air! Lega lah aku baca notis tu. Mungkin ada sikit² je lagi kot masalah air tu sampai cleaner susah nak mencuci bilik (lupa snap gambar notis hehh).


Aku terus mandi manda bagi segar sikit, solat, then baring. Nikmat nyaa dapat baring masa ni. huhu~  Halaju air shower bagi aku memuaskan. Water heater pun berfungsi dengan sangat baik.πŸ‘


Tak lama lepas tu Zafirah ngadu sakit perut, nak berak. So papa bawak dia pi toilet, sebab aku dah lena. haha~  Sekali dengar papa jerit, "KENAPA TAKDE AIR??!!!"


Terus aku terjaga. Aik aku mandi tadi elok je ada air, laju lagi. Baru setengah jam lepas aku mandi. Bila aku masuk toilet, yaa memang takde air. Kat sinki, paip tepi toilet, shower, semua TAKDE AIR!!! omg malapetaka apa ni?? Mujur Zafirah tak berak lagi. Dia kencing je. So basuh dengan air mineral. Dalam bilik memang disediakan 4 botol air mineral. Guna air botol mineral la nak cebok Zafirah. Mujur kencing je weiii adeyy.


Laju² dak encem call receptionist, dorang kata nanti akan hantar staff dorang untuk tengok. Ingat kan dorang hantar plumber ke untuk repair paip ke hape. Ko tau staff tu hantar apa??


πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡



Tong air! And dengan tak rasa bersalahnya staff tu cakap, satu building takde air, semua bilik dapat tong gitu untuk mandi segala. 


KAMI: %$^&*&


Apa kau ingat cukup air banyak tu nak mandi untuk 4 beranak?!!! Darah dah sampai kepala masa ni. Duk call receptionist dia kata tak tahu sampai bila takde air. Oke fine pastu bila mintak refund sebab nak tukar hotel, dia kata kena refund dari mana aku beli. Means kalau beli thru booking.com, kau kena contact booking.com untuk refund. Aku beli thru Air Asia so kena call Air Asia untuk refund! Leceh oke lecehhh!


Dan dan tu jugak kitorang search hotel lain yang available area KK. Akhirnya kitorang booking La Viva Hotel. Rate pun oke, below RM200, dan kebetulan ada 1 je kot lagi bilik yang available. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Walaupun hotel tu bangunan kedai 3 tingkat and takde lif, tapi bilik and toilet selesa sangat! Hotel baru, tu cantik jee. Ahhh janji selesa sudah!


Masa nak pulang kunci ke lobi tu, dak encem ada la bertekak dengan staff, yelahh kau tak explain bebetul masa check-in tadi tu kenapa??!! Tapi staff tu argue dia kata dah bagitau. Kau bagitau macam mana??! kalau kau explain dengan details "masalah air" kau tu kan senang kitorang decide untuk proceed stay situ atau cari hotel lain. Buang masa tau tak?!! Dah la aku dah berjanji nak dinner dengan kawan ayah aku malam tu. Mujur la senang nak cari hotel lain. Pejam mata je lah bayar janji SELESA!


Rupanya BUKAN aku sorang je yang bagi bad review kat hotel ni.


See. Aku rasa yang review positif tu mesti staff yang kerja situ jugak, atau memang jenis pengotorπŸ™„


Aku pun taknak lepaskan peluang tulis review aku kat situ. kahkah~  Dalam blog pun tulis jugak, wajib! Taknak orang lain pun terkena pastu spoiled mood percutian korang. Eh memang spoiled mood holiday aku tau. Mujur lah dah hujung² holiday. Boleh la nak releks lagi.


Bila balik KL, kitorang teruskan follow up dengan Air Asia untuk refund duit. Masa call kat sana, AA cakap nak check dulu dengan management hotel. Lepas tu krik krik je. Call kali kedua, bebel² sikit, baru betul ada tindakan. Dalam masa 14 hari bekerja gitu dorang pulangkan balik duit kitorang. Alhamdulillah.


Kitorang call nombor yang dorang bagi dalam emel ni haa. Bukan orang Malaysia pulak tu yang jawab. Nak refund punya pasal, tiba² je terer speaking. hahahaha


k tu je nak cerita. Harap membantu lah ye korang pilih hotel untuk menginap di Sabah nanti. Jangan lupa baca guests REVIEW dulu sebelum booking tau!


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015