Jun 9, 2010

My Water Moments

Aku suka pergi jalan²...bukanlah sekadar berjalan kaki di mall atau halaman rumah, *apakah* tapi pergi melancong atau bersuka ria dengan kawan²...Bila tengah enjoy tu sudah semestinya akan mengambil gambar bagi mengingati setiap detik yang telah dilalui...

Tapi........

kalau holiday di tempat yang ada air....?? contoh sungai ke, laut ke, aksi mandi hujan ke...erk~ *oke abaikan contoh nombor 3 tu (-_-") *

Bukan sebarangan kamera boleh direndam dalam air *sigh*


Masa kecik-kecik dulu takde kamera digital..semua guna kodak..Ada sekali tu aku tersalah pegang, habis terjatuh dalam air...laut...muka aku jadi pucat takut ayah marah...huhu~   Kamera tu bukan setakat rosak je, tapi memang tak boleh nak guna langsung! gambar² yang diambil pun rosak..rugi je...terpaksa beli kamera baru T__T


Masa di kolej pula aku berjaya membeli sebiji kamera (guna duit PTPTN..teehee~). Kamera digital yang biasa² je...Sekali bawa pergi Sungai Congkak...kununnya nak amek gambar tengah mandi...rasa dah cukup berhati² time tu...letak elok elok kamera atas batu.. tengah sibuk mandi........... pelepuuppp!  baik punyerrrr kamera tu landing dalam sungai....Hantar pergi kedai sebab ada warranty lagi...tapi memang dah takde rezeki kut...kamera tu dah tak boleh pakai sangat...asyik rosak je setiap kali nak ambil gambar T_______________T


Sekitar tahun lepas, aku pergi holiday dengan family aku kat Tenggol Island....pemandangan darat dan laut nya tersangat lah cantik....


:: Airnya hijau...awww~ ::




:: Ada peluang untuk belajar diving...err perasan tak gambar tu macam kelabu?? hurmm~ ::




Mungkin aku akan dapat menggambarkan saat² aku berendam di dalam air dengan lebih menarik sekiranya aku memiliki sebuah kamera kalis air.....

seperti......




Sony TX5!!!! *wink²*   ^_^


Dengan menggunakan kamera Sony TX5, mungkin tak perlu risau kamera kotor bila time makan BBQ ketika berkelah sebab kamera boleh dicuci terus dengan air...weeeee~






Tak perlu juga risau untuk sentiasa menjaga kamera takut hilang sebab terpaksa letak jauh dari tempat mandi...



Juga tak perlu risau kamera akan rosak sekiranya ingin mengambil gambar ketika berendam di dalam air...\/(^_^)




Selain daripada water proof, terdapat juga pelbagai jenis 'proof' lain pada kamera Sony TX5 ni...Ada shock-proof, temperature-proof and dust-proof....HUH! kira agak kebal juga la kamera ni kan...awww! *_*    Bukan setakat function je yang hebat, rupanya juga begitu menawan..anggun, ayu meletops! weewwiittt~ 



 :: Kalau ai menang kan, ai nak yang kaler shocking pick tu tau...dari jauh boleh nampak...hahaha~ (ada niat untuk riak di situ..astaga~) ::



Funtion lain yang terdapat pada Sony TX5 ialah seperti berikut::

♦ 10.2 Mega Pixel T Series 4x Optical Zoom Cyber-shot (Green)

♦ Water-proof (up to 3 meters)

♦ Handheld Twilight

♦ Intelligent Sweep Panorama

♦ "Exmor R" CMOS Sensor

♦ BIONZ Image Processor

♦ 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens

♦ Standard retail price RM 1499.00



Menarik bukan?? korang....dah beli ke??muehehe~

Untuk maklumat lanjut boleh klik je iklan Sony yang tergedik² keluar dalam blog aku ni atau klik saja di link berikut

http://www.sony.com.my/product/dsc-tx5


http://www.nuffnang.com.my/blog/2010/06/07/my-water-moments-with-sony-tx5/


Selamat berendam!! \(^_^)/


Jun 7, 2010

Jantan Tak Bermoral Kencing Depan Aku!!!

Tajuk tu dah macam ala ala Si Lampu Neon je kan..penuh kontroversi gitu...hahaha~

Weekend lepas aku busy menghadiri kenduri² kahwin kawan²...Hari Sabtu di Melaka, ex-schoolmate dak encem (on that day dak encem ai dapat 9 jemputan..glemer kaooo..tapi kami sempat attend satu je...huhuhu~). Hari Ahad pula di Seremban (my ex-roomate masa kat kolej, Ida) and dekat Mantin (ex-schoolmate dak encem lagi)...So total ada 3 kenduri yang kami attend...

Dan hari ni........

aku terpaksa ambil MC akibat diarrhea...caused by food poisoning maybe....hebat betul penangan kenduri...huhuhuhu~


oke oke cerita aku tu takde kena mengena dengan tajuk pun....Kisahnya macam ni.....

Masa aku kat Melaka tu, aku bermalam di kampung dak encem...tak ingat lak apa nama kampung dia..ai ni memang ada masalah memori jadi abaikan je...lalalalala~

Dalam entry yang lepas aku ada menceritakan betapa fussy nye aku ni when comes to toilet...Jadi bila aku tiba di kampung dak encem which aku memang tak familiar langsung, aku jadi tak selesa bila nak ke jamban...

Lepas maghrib (hari Sabtu tu), aku ajak dak encem ke Bandar Melaka...aku nak cari hadiah untuk wedding Ida yang kat Seremban tu pula...on the way back, aku minta dak encem singgah kat mana² stesen Petronas (since tandas Petronas dikira terbaik dari stesen minyak lain)  supaya aku dapat melepaskan hajat yang tersimpan di dalam protku....

Korang pun tahu kan tandas kat stesen Petronas terletak kat belah belakang bangunan groceries tu kan...Kalau Shell ke toilet terletak kat tepi bangunan groceries *pahe dok?* Since dah malam kan, aku minta dak encem ai temankan ke toilet sebab kat belakang tu memang gelap pehtu risau la kan kut kut ada malaun malaun mana tah nak merompak aku, tak pun buat sexual harassment ke....eeee takuttttt!

Untuk ke toilet perempuan pula aku terpaksa melalui toilet lelaki dulu...sebelum sampai ke toilet, aku ada nampak seorang laki ni bertenggek kat tepi tong sampah (depan toilet lelaki) sambil borak² dengan membe dia (membe dia ada dalam toilet). Aku pun selamba je la jalan sebelah dia..."dia tengah tunggu kawan dia kencing kut" bisikku dalam hati.....ghopenyeeeeeeeee............................

Aku ternampak macam ada air terpancut dari seluar dia....KEPALA HOTAK DIA BERJAMBUL!! dia pergi kencing kat tong sampah tu!!! *waklu*  naseb aku tak nampak kote dia...bodoh betul!! eeiii...jijik tau...naseb baik la dak encem ai teman time tu..kalau idak mau pengsan aku kat situ, tak pun dorang pergi buat misi nak rogol aku ke...atau buat gangguan seksual ke....yarrkksss~


:: gambar sekadar hiasan ::



Time aku sampai depan toilet perempuan ada orang lain kat dalam tu jadi aku terpaksa tunggu kat luar...kawan pada laki yang kencing kat tong sampah ni pula bukan duk dalam jamban kencing..tah apa dia buat kat luar tuh betul²kan seluar dia...bila nampak aku dia macam kelam kabut nak tutup² kemaluan dia....yang kencing kat tong sampah tadi tu macam tak bersalah je...macam takde perasaan malu langsung!! dia wat dekk je teruskan kencing kat situ....heyyyy apa masalah korang sebenarnya nih??!!

Dak encem ai pun agak bengang aa dengan perangai jantan dua ekor tu kan...dia kata kalau kat tempat sendiri memang dia dah sound tapi sebab dia pun bukan orang tempatan jadi dia tak berani nak bersuara sangat...kang tak pasal² jantan dua ekor tadi pergi panggil geng² dia belasah dak encem ai macam mana kan....hehh~ dunia dunia....

Pelik tau ada manusia macam ni....kang cakap dasar mental kampung kang marah lak kan...tapi nak kata orang bandar...memang sangat tak bertamadun la kan...kut ye pun nak kencing berdiri pergi la kat pokok² ke, tempat yang tertutup sikit...ni terang² la situ laluan orang nak ke toilet.....grrrrr~


Nasihatku pada kaum Adam yang suka kencing bersepah ni, sila lah jaga adab..at least jaga maruah keluarga korang...tak malu ke kalau orang cakap, "anak si Senah tu muka tak malu, kencing merata² macam takde jamban je kat rumah dia..." 

tak ke jatuh air muka mak bapak korang....hehh~  (-_-")

THINK BEFORE YOU ACT!!



Jun 4, 2010

Mari Makan Otak

Apa perbezaan 'otak' dan 'otak-otak'....?? macam tu juga dengan 'gula' dan 'gula-gula'....?? Hebat bahasa Melayu ni...kalau salah sebut orang yang mendengar boleh salah faham...lebih mendukacitakan jika orang sekeliling melabel kita sebagai 'buang tebiat'...ish³ (-_-)

Kalau 'otak udang' lain pula maknanya....muahahaha~

oke blog ni bukanlah klon kamus dewan bahasa dan pustaka atau blog berperibahasa, jadi kalau ada yang tak faham makna perkataan² yang di-BOLD kan tadi rajin² lah search kat google je... lalalalala~

Entry yang bakal kutulis bukanlah mengenai pengalaman aku memakan otak manusia tetapi mengenai tempat makan yang aku telah pergi *ewah sungguh bersalsafah*

 Dalam entry yang lepas, aku ada bercerita mengenai tempat makan ni...tentang menu (food and beverages), lokasi, semualah....jadi sekarang since ramai gak readers baru *vangga*  makanya aku akan bercerita lagi tentang restoren ni....*wink²*





 Lokasi:  IOI Boulevard (berdepan dengan IOI Mall)
Masa:  Lunch hour (1pm-2pm)


 Minggu ni je dua hari berturut² aku pergi lunch kat sini...sekarang menu dah lain...bukan lah menu berubah tapi ada penambahan dalam menunya...



:: RM5 je untuk breakfast..aku tak pernah try lagi yang ni sebab biasa breakfast makan biskut cicah dengan milo je...sedap! huhu~ ::




:: Lunch set + drink of the day cuma RM9.90...berbaloi²..kenyang weiii~ kalau ada IOI Privillege Card tu korang boleh dapat free bean soup kut..aku tak hengat aa nama soup dia..hohoho~ ::




Dulu memang takde promotion ni...buku menu pun dah bertukar daripada kertas biasa kepada material yang lebih tahan dan berkualiti..wah gitu kannn...mana aku tau berkualiti?? sebab naluriku berkata demikian...wakakaka~

Selain daripada promotion ni, menu lain yang ada antaranya, chicken chop, spaghetti etc etc..memori aku kurang baik jadi agak mustahil untuk aku hafal semua menu dia...lalalala~

Aku dengan member aku order yang set..saja la nak try kan....nyumm~



:: Nasi goreng kampung+telur mata+ayam goreng...ayam dia sedap..terasa rempah dia...mmm~ ::




:: Nasi putih+sweet and sour fish...yang ni pun sedap... ::



 :: Drink for the day is Blackcurrent...aku rasa memang ni je drink for the day (everyday) sebab dua hari berturut² aku pergi sini memang ni je air dorang bagi...huhuhu~ ::




Dalam entry yang sebelum ni aku juga ada bagitau yang ahli² CNi akan mendapat 50% diskaun tapi promotion tu sampai akhir tahun 2009....*apakah?*



 :: Contoh ai punyer kad *blushing* ::



Untuk tahun ni, management Otak-otak Place masih akan bagi 50% diskaun untuk setiap ahli CNi..tapi hanya makanan yang ada diskaun...air dorang kira full price...oke what?? banyak weii 50% tu..half price!!  All you have to do is tunjuk je membership kad, then dorang akan key in no ahli dalam sistem dorang....tapi takde dapat point apa² la kan...dapat diskaun je ^_^

Kalau rasa² nak jadi downline aku tu meh roger aku meh (email)...modal rm50 je..boleh juga bayar RM10 untuk jadi ahli...tak mahal pun kan??.weeeee~ \(^_^)/
*ehem² sambil menyelam haruslah minum air...baru senang berjaya...awww~*




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015