Jun 15, 2017

Melawat Rumah Terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli

Assalamualaikum...


Sambungan entry Sabah Trip 2017 hari tu. Yaaa point utama nak pi Sabah sebab nak pi Kundasang atau dikenali juga sebagai mini Switzerland. Ate nak terbang pi Switzerland tak mampu, pi Kundasang aje lah yang mampu. huhu~  geram tengok orang share pemandangan cantik mount Kinabalu. So nak merasa sendiri tengok view cecantik kat sana ✌


Perjalanan dari Airport KK ke Rumah Terbalik dalam 50minit ke 1jam. Waze je Rumah Terbalik. Alhamdulillah tak sesat. Lagipun bila dah nak dekat sampai signboard sesepah. InsyaAllah susah nak terlepas sebab lokasi dia bebetul tepi jalan. Jalan pulak jenis jalan kampung 1 lane tu, jalan berliku lagi. Paham ke paham?😁


 Plan asal nak singgah kejap je Rumah Terbalik. Singgah kejap tu maksudnya amek gambar signboard buat kenangan dah sampai sini, pastu blah.


Tapi, bila masuk je dalam, dak encem terus tukar fikiran nak masuk jugak. Alang² dah sampai katanya. Eh bukan kat KL cakap tiket mahal tak baloi ke masuk?? πŸ˜


Aku follow je dia. Dah dia yang membayar semua expenses. kahkah~


 ouh ada SURAU disediakan area parking lot. Beria lah kitorang singgah Petronas untuk solat. Ingatkan takde surau kat sini. huhu~  Tapi tak sure telekung ada disediakan ke idak.


So, ni lah harga tiket yang kami bayar. Untuk harga pakej² lain korang boleh usha website Rumah Terbalik πŸ‘ˆ klik


Kitorang masuk Rumah Terbalik je. 3D museum tak masuk sebab mahal nau! lari bajet πŸ˜


 Ni perkarangan rumah. Ouh seperti yang diwar-warkan, memang korang TAK DIBENARKAN amek gambar di dalam rumah! luar rumah je boleh posing sakan. Tu yang rasa tak baloi nak masuk tu.


Tapi bila dah sampai rasa rugi lak tak masuk. Rumah Terbalik Sabah ni merupakan rumah terbalik PERTAMA di Malaysia tau! kat PD and KL Tower pun ada rumah terbalik. Tapi harga tiket masuk jauh lagi mahal tak silap. hurmm~


 Lepas beli tiket bukan boleh terus masuk. Kena berkumpul kat luar rumah dulu. Dorang cuma limitkan dalam 10 orang gitu je untuk sekali masuk. Sebelum masuk ada laa taklimat sikit cerita sejarah rumah terbalik ni which aku tak ingat apa pun info yang dia cakap. Sibuk posing sana sini πŸ˜‚


Ding dong ding dong dalam 10 minit kurang lebih, selesai lah round seluruh rumah. Tapi kitorang saja buang masa lama sikit dalam tu, buat² jakun tengok susunan perabot dalam tu yang SEMUANYA terbalik (kecuali air-cond). hahahaha!


Pintu keluar




Lepas dah keluar jangan terus balik pulak. Sebab belah luar tu ada few binaan terbalik untuk korang amek gambar. cekidaut!


Toilet terbalik!


 Kereta terbalik!


Garden terbalik!


Dah, tu je yang terbalik yang boleh amek gambar πŸ˜


Babai rumah terbalik. Rasanya taknak datang dah. Kecuali dapat tiket free. hahaha~  eh tapi untuk first timer aku sarankan korang labur lah sikit duit untuk masuk dalam ni. Saja experience. Tapi lain orang lain minat ye dak? Next time kalauuuuu ter-datang lagi Sabah, nak try masuk 3D museum pulak. InsyaAllahhh. Doakan murah rezeki kami untuk datang Sabah lagi ✌


Next, kitorang gerak pi Jambatan Gantung Tamparuli. Thank you Aty sebab share pasal jambatan ni. Last minute masuk dalam itinerary. Sehari sebelum fly baru sibuk wassap Aty tanya pasal Kundasang. Aty pun pernah pi Kundasang. Boleh baca blog dia banyak dia cerita tempat² menarik kat sana. Lebih kurang je macam entry aku kot. hahahaha~😝


Oke daripada Rumah Terbalik tu dalam 10 minit gitu je untuk ke Jambatan Gantung Tamparuli. Macam biasa lah guna Waze je ok. Signboard jambatan pun sesepah sepanjang jalan. Lagi la susah nak terlepas ke apa.


taraaa ni lah Jambatan Gantung tuuu (lihat anak panah). Unik sangat jalan nak seberang sungai tu. Aku pernah jumpa jalan seumpama ni masa kerja di Keningau 7 tahun lepas! wohoaa! mujur ada blog boleh laa tengok balik kenangan duluuuu.😜


Kitorang parking kat area pasar malam. Boleh tahan tinggi jambatan ni. Dah la bergoyang²!!! kahkah  mujur ai kental. Tak gayat pun. Tapi kalau jenis gayat memang gigil gak kepala lutut.


Macam Zafirah tuuu. Dia boleh bantai nangis meraung atas tu. Mintak papa dukung lah. Keras kejung dia berdiri atas jambatan πŸ˜‘   Zafran jugak relek. Siap nak pegang tali tepi² tu. Aku pulak gayat tengok dia berani cenggitu. haihh~  mungkin la dia tak faham lagi apa erti gayat.


Ouh nak naik jambatan ni FREE je. Takyah bayar apa². Actually jambatan ni untuk pejalan kaki seberang sungai. So memang akan sentiasa ada orang guna jambatan ni. Dorang hari² guna relek je kan. Tu aku tak takut walaupun masa berjalan atas tu bergoyang² πŸ˜‚


Dalam 10 minit je kot lepak atas jambatan. Ate anak dara takut sangat nak turun cepat πŸ™„


Then, kitorang terus gerak pi Pekan Kundasang. On the way tu hujan lebat ya ampunnn


Lebat selebat-lebatnya. Mujur kereta tak banyak. So releks sikit driving.


Perjalanan dari KK ke Kundasang dalam 2 jam lebih. Campur stop untuk solat, kat Rumah Terbalik, Jambatan Gantung, jadi 3 jam lebih jugak perjalanan. huhu~


Next entry aku cerita kat mana kitorang bermalam, InsyaAllah.


Till then. tata~




Terima kasih sudi membaca!

Jun 14, 2017

Apple Cider Vinegar (ACV) dari Surya Malaysia | Kelebihan dan Manfaat Cuka Epal Bersama Madu

Assalamualaikum...


Bila sebut pasal Apple Cider Vinegar (ACV) atau cuka epal, otak aku duk terbayang buat kek. Sebab dulu, zaman mak aku meniaga kek, memang botol ACV sentiasa ada kat rumah aku. Now tak jual kek dah. Tak larat katanya. Kalau buat pun untuk makan sendiri. Tapi jarang lah nak campur ACV. πŸ˜


Rupanyaaaaa ACV ni boleh juga dibuat minum! ACV juga merupakan minuman kesihatan yang sangat elok untuk diamalkan. WOW! Apesal aku baru tau?? kalau tau dari dulu lama dah aku amalkan. hihi~


So baru ni ada kawan suggest aku minum ACV brand Surya. Lagipun ada campuran madu, so aku rasa selamat lah nak minum. Maksud aku dari segi rasa dia tu. At least kita tahu madu ni rasa dia manis. Kalau campur dengan air suam biasa pun dah rasa sedap. Kalau campur cuka, sedap jugak lah kot πŸ˜‚


Eh memang sedap pun!! rasa air F&N epal tu, tapi versi takde gas. Ada la rasa tajam² sikit. Tapi sedap lah ikut tekak aku. Minum secawan setiap hari, selepas berbuka. First time minum awal² puasa hari tu, terus rasa nak membuang kaoo. Lancar terus sistem pencernaan aku. kahkah~  


Bulan puasa ni memang elok sangat lah amalkan ACV. Dah la kurang minum air, potensi sembelit tu agak tinggi. Bila amalkan ACV, Alhamdulillah memang lancar sangat membuang. Takyah aku melanguk lama² dalam jamban πŸ˜



Manfaat dan Kelebihan ACV

 Banyak sangat kelebihan bila amalkan ACV ni sebenarnya tau.


❤ Membantu mengawal paras gula dalam darah 
❤ Membantu menurunkan paras kolestrol
❤ Membantu menurunkan berat badan
❤ Membantu membuang toksin dalam badan
❤ Membantu melegakan penyakit resdung dan batuk
❤ Membantu melegakan radang kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga, rumpai laut dan tumbuhan berduri
❤ Membantu melancarkan penghadaman
❤ Membantu melegakan sakit tekak
❤ Membantu mencegah karies gigi
❤ Membantu mencegah mulut berbau
❤ Membantu mencegah bau badan
❤ Membantu melegakan lebam
❤ Membantu menanggalkan ketuat pada kulit
❤ Membantu meningkatkan metabolisme
❤ Membantu mengilatkan dan melembutkan rambut
❤ Membantu untuk mencegah wajah berjerawat


Haa banyak kan kelebihan Apple Cider Vinegar?? Kalau korang google, lagi macam² manfaat pasal ACV korang boleh jumpa. Sangat banyak sampai korang rasa nak beli sekarang dan amalkan terus! gituuu~



Cara Minum ACV

 Cara aku, bancuh dengan air sejuk. Dalam 2-3 sudu ACV campur dengan secawan air. Awal² dulu beria lah sukat guna sudu bagai. Bila dah selalu minum ku tuang je terus dari botol. Agak² secukup rasa je. πŸ˜


Kalau taknak bancuh dengan air, nak gogok gitu je pun boleh! maksudnya minum ACV semata. Aku tak pernah try lagi sebab seram rasa tak sedap. haha!


Atau boleh juga dicampurkan dalam masakan/makanan korang. Salah satu contoh macam aku cakap mula² tadi, mak aku campur dalam bancuhan buat kek, muffin etc. Ada yang campur dalam sos nasi ayam tu. Depends pada tekak memasing lah ye nak minum macam mana ACV ni.



Kat Mana nak Beli ACV?

Ada kawan pernah jumpa kat Watson. RM21 tak silap untuk sebotol 450ml. Atau boleh juga beli online di Shopee atau Lazada.


Aku dah mula minum ACV sejak awal bulan puasa hari tu. Hasil dia? AMAZING especially part membuang tu. Lancarrrrrr πŸ˜


Kalau korang berminat nak beli boleh usha link bawah ni kayy: πŸ‘‡

Facebook: Surya Malaysia
Instagram: surya.malaysia
E-commerce link: 





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015