Showing posts with label Marah. Show all posts
Showing posts with label Marah. Show all posts

Oct 11, 2017

ELAKKAN Bermalam di Promenade Service Apartment!

Assalamualaikum...


Dah lama tak buat entry BAD review. pfft! Harap korang baca dengan teliti supaya tak terkena macam kitorang. haha gituu mukadimah dah bagi warning😁


Alkisah masa kitorang pi Sabah bulan Mei lepas, 2 malam kitorang stay di Kundasang, 1 malam stay di KK. Untuk setiap penginapan di Sabah, aku booking melalui Traveloka, ada yang dari MiTA Fair. Tapi untuk penginapan di KK aku booking thru Air Asia. Maksudnya masa nak beli tiket flight tu, klik sekali dengan hotel.


Aku pilih Promenade Service Apartment, sebab harga nya JAUH lebih MURAH banding hotel² lain dengan saiz bilik yang agak besar, katil besar dan lokasinya agak strategik.



KESILAPAN aku ialah, tak baca review orang dulu! Mohon jangan contohi sikap ni oke! Setiap kali sebelum booking hotel, mohon baca segala mak nenek review² orang lain! Lagipun aku fikir, takkan Air Asia nak promote hotel yang ada rekod tak baik??πŸ˜’


Perjalanan dari Kundasang ke KK makan masa 2 jam lebih (driving). Jauh oke! Dah la jalan nak masuk KK tu jem. Badan dah letih, mintak tilam je nak baring, nak rehat. Tu belum campur sesat barat, tersilap hotel. Rupanya ada dua bangunan nama Promenade, satu Promenade Hotel, satu lagi Service Apartment. Promenade Hotel tu cantikkkkkk! Gah sangat! Tapi yang aku booking tu service apartment, rumah kedai je, sadis gila tengok keadaan bangunan diaπŸ˜‘


Masa nak check-in, kitorang diminta tunggu sebab bilik belum tersedia. Masa ni dah lebih pukul 2pm! Alasan; MASALAH air, so cleaner kena angkut air dari tempat lain untuk cuci bilik. Cara staff tu explain masalah air tu sangat meragukan, seolah² nak tutup situasi sebenar. Kitorang tengah letih sangat masa ni, tak larat laa nak argue, nak tanya selidik lebih². Lagipun cara dia explain macam tak kritikal je masalah air tu, macam air dalam toilet cuma slow je, bukan takde langsung air, tapi slow, so kami teruskan tunggu dengan sabar. Eh takde la sabar mana, tak senang duduk jugak la kat lobi tu kejap² pi kaunter tanya bilik dah siap belum. Lantak lah dorang nak annoying ke hape. Kau ingat kitorang naik helikopter dari Kundasang??πŸ˜‘


SELEPAS SEJAM! Dan selepas banyak kali kitorang duk tanya bila bilik nak siap, baru dorang bagi kitorang kunci. Dari lobi nak ke bilik ya ampun jauhnyaaaa!!!! Rupanya hotel ni bercampur dengan residents tetap yang menyewa/beli unit dalam apartment ni. Sebab tu namanya Service Apartment! Aku tengok keadaan corridor, lift lobi, sedih gila! Tapi aku cuba positif, tempat murah, memang gini lah kot.


Then bila masuk bilik, hurmm TAK SAMA LANGSUNG  dengan yang ditunjuk dalam gambar! Bak kata pepatah, indah khabar dari rupa. Karpet kotor macam tak pernah bercuci, cadar berkarat, kabinet berhabuk. Toilet oke laa bersih. Cuma nampak uzur sangat. Tapi ada water heater.


Aku cuba husnuzon lagi. 1 malam je pun nak duk sini. Lagipun malam terakhir di Sabah, esok nak balik KL dah. Atas meja solek memang ada tulis notis gangguan air. Tapi TARIKH DAH LEPAS! Maksudnya hari yang aku sampai tu sepatutnya takde lagi dah masalah air! Lega lah aku baca notis tu. Mungkin ada sikit² je lagi kot masalah air tu sampai cleaner susah nak mencuci bilik (lupa snap gambar notis hehh).


Aku terus mandi manda bagi segar sikit, solat, then baring. Nikmat nyaa dapat baring masa ni. huhu~  Halaju air shower bagi aku memuaskan. Water heater pun berfungsi dengan sangat baik.πŸ‘


Tak lama lepas tu Zafirah ngadu sakit perut, nak berak. So papa bawak dia pi toilet, sebab aku dah lena. haha~  Sekali dengar papa jerit, "KENAPA TAKDE AIR??!!!"


Terus aku terjaga. Aik aku mandi tadi elok je ada air, laju lagi. Baru setengah jam lepas aku mandi. Bila aku masuk toilet, yaa memang takde air. Kat sinki, paip tepi toilet, shower, semua TAKDE AIR!!! omg malapetaka apa ni?? Mujur Zafirah tak berak lagi. Dia kencing je. So basuh dengan air mineral. Dalam bilik memang disediakan 4 botol air mineral. Guna air botol mineral la nak cebok Zafirah. Mujur kencing je weiii adeyy.


Laju² dak encem call receptionist, dorang kata nanti akan hantar staff dorang untuk tengok. Ingat kan dorang hantar plumber ke untuk repair paip ke hape. Ko tau staff tu hantar apa??


πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡



Tong air! And dengan tak rasa bersalahnya staff tu cakap, satu building takde air, semua bilik dapat tong gitu untuk mandi segala. 


KAMI: %$^&*&


Apa kau ingat cukup air banyak tu nak mandi untuk 4 beranak?!!! Darah dah sampai kepala masa ni. Duk call receptionist dia kata tak tahu sampai bila takde air. Oke fine pastu bila mintak refund sebab nak tukar hotel, dia kata kena refund dari mana aku beli. Means kalau beli thru booking.com, kau kena contact booking.com untuk refund. Aku beli thru Air Asia so kena call Air Asia untuk refund! Leceh oke lecehhh!


Dan dan tu jugak kitorang search hotel lain yang available area KK. Akhirnya kitorang booking La Viva Hotel. Rate pun oke, below RM200, dan kebetulan ada 1 je kot lagi bilik yang available. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Walaupun hotel tu bangunan kedai 3 tingkat and takde lif, tapi bilik and toilet selesa sangat! Hotel baru, tu cantik jee. Ahhh janji selesa sudah!


Masa nak pulang kunci ke lobi tu, dak encem ada la bertekak dengan staff, yelahh kau tak explain bebetul masa check-in tadi tu kenapa??!! Tapi staff tu argue dia kata dah bagitau. Kau bagitau macam mana??! kalau kau explain dengan details "masalah air" kau tu kan senang kitorang decide untuk proceed stay situ atau cari hotel lain. Buang masa tau tak?!! Dah la aku dah berjanji nak dinner dengan kawan ayah aku malam tu. Mujur la senang nak cari hotel lain. Pejam mata je lah bayar janji SELESA!


Rupanya BUKAN aku sorang je yang bagi bad review kat hotel ni.


See. Aku rasa yang review positif tu mesti staff yang kerja situ jugak, atau memang jenis pengotorπŸ™„


Aku pun taknak lepaskan peluang tulis review aku kat situ. kahkah~  Dalam blog pun tulis jugak, wajib! Taknak orang lain pun terkena pastu spoiled mood percutian korang. Eh memang spoiled mood holiday aku tau. Mujur lah dah hujung² holiday. Boleh la nak releks lagi.


Bila balik KL, kitorang teruskan follow up dengan Air Asia untuk refund duit. Masa call kat sana, AA cakap nak check dulu dengan management hotel. Lepas tu krik krik je. Call kali kedua, bebel² sikit, baru betul ada tindakan. Dalam masa 14 hari bekerja gitu dorang pulangkan balik duit kitorang. Alhamdulillah.


Kitorang call nombor yang dorang bagi dalam emel ni haa. Bukan orang Malaysia pulak tu yang jawab. Nak refund punya pasal, tiba² je terer speaking. hahahaha


k tu je nak cerita. Harap membantu lah ye korang pilih hotel untuk menginap di Sabah nanti. Jangan lupa baca guests REVIEW dulu sebelum booking tau!


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Jul 13, 2015

Kes PECAH KERETA di Masjid UKM

Assalamualaikum...


Siapa yang follow IG aku tau lah kot pasal ni....memula macam malas nak update kat blog...tapi rasa geram pulak sebab lepas dah repair tingkap, pintu pulak buat hal....ayah suspek effect daripada kesan kecurian tu...hurmm  so jemputlah baca luahan amarah aku....harap takde pahala yang berkurangan...sekadar luahan dan nasihat semata...hewhew~


Alkisahnya last week ayah aku pi solat tarawikh kat masjid UKM, Bangi...elok je habis tarawikh dia tengok cermin kereta dah pecah!! *sigh*




Kereta ayah memang pakai security tint...kalau tengok cara cermin tu pecah boleh tau tinted tu jenis security ke idak...memang susah nak pecahkan cermin kereta tu...ada kesan umpil bagai kat getah cermin kat pintu...aku rasa pencuri ni memang amek masa agak lama untuk pecahkan tingkap ni...


More, tinted kereta ayah memang gelap!! orang luar tak boleh nampak belah dalam...so nak kata ayah aku tak berhati² letak beg or barang berharga dalam kereta sehingga mengundang orang untuk mencuri agak tak logik...sian ayah stress je muka dia time balik rumah...hurmm~


Paling pelik...TAKDE BARANG berharga yang hilang! alhamdulillah...termasuk lah smart tag ye!! ayah cakap dalam pouch kecik dia ada je henpon...tapi orang tu tak amek...tak perasan barangkali...pencuri tu siap selongkar bonet...tapi dalam bonet cuma ada botol² air alkaline 5 liter...kesian kau pencuri!! susah payah pecahkan tingkap kereta ayah aku satu habuk pun kau tak dapat!!! looser nya!


Dalam emo² dengan kisah ayah sempat lagi aku berseloroh...."ayah ni solat khusyuk sangat ni...Allah jaga barang² ayah..."  haha saja takmo kasi dia stress.... :)


Tapi yang sedihnya ayah cakap kereta kancil yang park sebelah dia pun jadi mangsa jugak...hilang lah wallet and henpon....yelahh mana ada orang bawak wallet and phone time tarawikh kan?? lagi pulak kawasan masjid + bulan puasa...ingatkan selamat sebab setan² semua dah diikat...rupanya ada jugak 'setan' yang terlepas?? omg! bertambah kesian kat kau pencurik! susah payah mak kau ngandungkan kau, belai kau penuh kasih sayang tapi dah besar jadi kawan setan! *maafkan bahasaku...geram nih! grrr*


Sementara tunggu tukar cermin baru terpaksa lah balut dulu dengan plastik sampah...kang hujan masuk air pulak dalam kereta...haihh~


Oh sekarang ni dah setel tukar tingkap baru....tukar kat kedai cermin seksyen 7...nasib boleh guna insuran...kalau tak, melayang RM850...tapi kedai tu tak boleh buat tinted and betulkan kesan umpil kat pintu...terpaksa jugak melabur pi kedai lain...walaupun takde barang berharga yang hilang, tapi nak me-repair pintu, tingkap bagai tu pun pakai duit jugak oiii!! grrr~


Paling aku terkilan bila mak cerita pak guard kat UKM tak bagi buat report polis!! whatthe****!!!! motif tak bagi report??? takut orang tau betapa looser nya korang bekerja sampai orang pecah kereta pun tak perasan?? atau kau nak bagi hint yang sebenarnya geng² kau yang buat kerja² gila ni??!!! choii~!


Tapi kitorang suruh gak ayah buat report polis...tak payah hadap sangat arahan guard UKM tu....bukan dorang yang bayar ganti rugi!


Moral of the story, jangan ingat orang yang bawak kereta besar/mahal simpan harta benda *especially cash* dalam kereta! baik lah dorang simpan kat rumah/bank....ngok!


Tapi point paling utama, tak kisah la kau bawak kereta besar ke, kereta kecik, mahal ke murah, toksah la simpan barang berharga dalam kereta...peringatan untuk diri sendiri jugak ni....aku pun suka letak beg anak aku atas seat...takde sorok² sebab dalam tu cuma da pampers, susu, wet tissue...takkan pencuri nak curi pampers kot kan?? tapi yelah, orang luar bukan tau dalam beg tu ada apa...tambah yang jenis desperado sangat nak duit...berjudi barangkali...tak pun penagih dadah...banyak hutang orang....dia bukan kira beg tu ada gambar kartun upin ipin, sofia the first...janji BEG...dalam kepala otak dia nak cash je...gila kan?? tapi tu lah realiti...


Malaysia masih aman?? i doubt it!! *sigh*


************************************************************************************


IKLAN


Free gift terbaru: MAKE UP BAG!!
limited stok!
wassap segera untuk pembelian! 
harga kasih sayang untuk korang  :)


SKINBAR...RM39 sahajaaaaaa  (tak termasuk postage)


Jommm lahh cantik berseri before raya!! ^_^




Terima kasih sudi membaca!

May 7, 2013

Pengalaman Mengundi

Assalamualaikum....

Hari ni orang Selangor rasa Tuesday blues...sebab Monday dah holiday...'blues' tu transfer ke hari Selasa lah yek...bahaha~

Tahun ni first time pi ngundi...haruslah teruja lebih! lagipun tahun ni semangat PRU tu lain macam sikit...tahun 2008 aku tak rasa semangat pun nak turun ngundi....pagi Ahad, 5 Mei tu semangat gila bangun pagi...dah macam nak pi beraya! cuma tak pakai baju raya je...hahaha~

Aku satu family pi mengundi kat SMK Seri Indah, Seri Serdang....dak encem and semua family mertua aku pi mengundi kat sekolah Sungai Ramal, Bangi...nasib lah Serdang and Bangi tu tak jauh mana...huhu~



Aku sampai sekolah ni dalam pukul 10am gitu...ramai orang hoiii~  beratur kemain panjang! Zafirah pun kemain eksaited nak mengundi...weehuuu!

Bilik mengundi dibahagikan mengikut tahun kelahiran....nasib lerr umur aku and adik aku beza 2 tahun je...memasing lahir tahun 80-an....so dapat lah pi saluran yang sama....mak ayah aku lahir tahun 60-an...pun dapat saluran yang sama....senang woo bila satu famili saluran dekat²....aku duk risau nak menjaga Zafirah ni haaa....dia bukan reti duk diam! hehh~



Tapi satu benda la aku tak puas hati masa pi ngundi hari tu...dorang tak bagi priority langsung untuk parents yang bawak baby! ko bayangkan aku kena mendukung anak aku nak dekat sejam! kadang² aku bagi je Zafirah bertatih...tapi letih jugak la nak kena ikut dia berjalan hulu hilir tu kan....aku punya tempat mengundi kat dalam kantin....tah berapa kali Zafirah tawaf kantin pun tak tahu la kan....siap selongkar segala pinggan² yang ada atas meja...nasib la haiii makcik² kantin...siapa suruh dorang tak bagi priority kat saya!

Syukur jugak ada adik aku yang saluran sama...kitorang gilir² je melayan Zafirah....aku perasan dorang cuma sediakan bilik khas untuk warga emas je...and untuk ibu peknen dorang bagi priority...erm ada je polis duk jaga area kantin ni....nak kata tak perasan macam tak logik...sebab aku sorang je bawak anak time ni! aku siap tegur pak polis situ...cuma aku ingat tugas dorang hanya lah menjaga keselamatan!

Aku post gambar atas ni kat FB....ramai jugak yang senasib dengan aku....ada setengah tempat, staff² yang bertugas sangat alert and memang bagi priority untuk ibu² yang bawak baby, OKU and orang peknen...hehh~   susah sangat ke nak alert benda² macam ni hek?? dah la aku tengah lapar time ni...tak sempat bekpes kat rumah...menggigil² badan aku letih + lapar...dengan Zafirah yang melasak nya...masuk je dalam bilik ngundi terus aku tanya staff SPR, "kenapa tak bagi priority eh kat orang yang bawak baby??"..... ko tau apa respon dia??

senyum...macam takde apa² jadi...macam benda aku cakap tu remehhhh je! puiii~




Tengok la muka Zafirah...ce korang compare gambar awal tadi dengan gambar ni....daripada comel² terus jadi serabai...! menunggu punya pasal...! jari aku comot sebab terkena lutut Zafirah...bahahaha~

Ku kira...akan datang kalau jadi lagi macam ni baik aku potong line je...dorang tak bagi priority, aku sendiri yang mintak priority tu...akan datang tu lagi 5 tahun la...PRU14 pulak...hari tu aku takde la buat gitu....dah kata first time kan....nebes...muahaha~  :p



Lepas settle undi, ayah bawak kitorang 'brunch' kat Puri Pujangga, UKM...otak aku tengah tepu masa ni...aku follow je mana ayah nak bawak...janji dapat makan...! Zafirah lena mentido...masuk je kereta terus dia mamai and lelapsss! memang dari masa beratur lagi dia dah mengantuk...mengamuk² dia tahan mata....sabo je lerr~

Malam tu, tunggu keputusan PRU yang super lembab!! motif keluarkan result DAP awal²??? ceh~

PR menang besar di Selangor...aku bangga jadi anak Selangor...Bangi and Serdang dimenangi oleh PAS....syukur Alhamdulillah! terus aku lupakan kesengsaraan beratur lama²....muahahaha~

So lepas ni, berdamailah sesama kita yek...yang duk benci² tu, muhasabah diri, istiqomah, kekalkan silaturrahim sesama kita....jangan jadi budak² boleh?? kawan² aku pun ramai je yang berlainan fahaman...jangan kata kawan², family aku sendiri berlainan fahaman dengan aku....pilihan memasing....takde pulak aku duk putus silaturrahim dengan dorang....nak unfriend ke, unfollow ke....hishh bebudak sangat!! pi add friend, follow kawan tu balik!

Mohonlah jadi bijak dan grow up pelisss! peace! v(^_^)








p/s: dakwat kat jari aku tak hilang lagi...malas pulak aku nak menyental....hoho~


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Apr 5, 2013

"Maaf ye Puan...Tangan Anak Puan Kena Gigit lah...."

wuuu sentap je ai bila sampai je taska semalam...
ada sorang teacher ni laju je meluru datang kat aku...
aku ingat dia nak remind aku pasal yuran...
memang aku lupa pun nak bayar yuran bulan April..kahkahkah~
sekali dia keluar ayat macam atas tu... hoh!

Muka aku relek je dengar ayat teacher...
tapi dalam hati...

"WHAT??!!! KENA GIGIT??!!!"




lahaiii...sayu je tengok tangan anak ai yang merah² kesan kena gigit tu...sobsob~
tak tahu nak respon macam mana bila teacher cakap ada budak gigit tangan Zafirah...
dalam hati memang marah...

"hei korang ni tak pantau ke?? macam mana buat kerja hah??!"

tapi dalam hati je lah cakap gitu...
biasa la orang melayu yang penuh dengan budi bahasa ni kan...
mampu senyum aje lah...
senyum kelat tau! huuu~



Tengok la tu...dah la tangan Zafirah tu kurus kering je...
kena gigit sampai tinggal kesan lagi...iskisk~

Beria lah teacher² tu mintak mahap kat aku...

"puan, kami mintak maaf sangat² ye...budak tu dia geram tengok baby..."

"sebelum ni keadaan terkawal puan...tapi sebab baru² ni ada beberapa baby yang dah join group budak² yang dah boleh jalan, so keadaan jadi tak terkawal sikit..."


Macam² lah explanation yang dorang bagi....
aku nak marah sangat pun tak guna...
teacher² siap tunjuk lagi siapa budak yang gigit tu...
budak perempuan umur 2 tahun...
takkan aku nak gigit balik tangan budak tu kan???
tak pun gigit je tangan teacher sebab lalai...ngeee~  :p


"takpe puan...nanti kami akan inform jugak kat mak budak tu pasal insiden ni..."

aa lega aku dengar ayat tu...
at least biar la mak budak tu aware pe'el anak dia
yang suka main kasar dengan baby² comel dan lemah lembut
macam anak ai...EH!   :p

Member aku berpendapat,
mungkin budak tu biasa tengok mak pak dia main gigit² tangan dia...
tapi tak rasa sakit or luka...
so dia nak prektikkan lah gigit² tu kat taska...
tapi dia pi gigit kuat²...
heii ingat tangan Zafirah tu hayam kepci?? hehh~  (-_-")

Mungkin kena elakkan main gigit²
or sebut perkataan 'gigit' depan bebudak....
bebudak kan suka tiru gaya orang sekelilingnya...
hurmm~



 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Aug 10, 2012

Iftar Nando's...nyam nyam~

Lama dah aku teringin nak makan Nando's sebenarnya...bukan senang tau nak ajak dak encem pi makan kat Nando's...sebab dia tak minat sangat...iskkkk~  so alang² nak terjah eskrim free Baskin Robbins *kononnya* dak encem pun setuju je lerrr nak berbuka kat Nando's *lompat bintang*  ^__^




Anak beranak buat muka eksaited dapat makan kat Nando's...aku nak ajar Zafirah kuat makan macam aku...papa tak kuat makan...tak best!! hahaha~  =P



sementara tunggu food sampai kita posing² dulu....Subhanallah...comel sungguh anak mama ni~!! *lempang laju²*  =P




Setengah jam jugak la tunggu food...yang ni set untuk aku...1/4 chicken with 3 sidelines...TIGA sidelines hokay!! tamak punya pasal~! hahaha~  ayam tu je aku tak habis sebab banyak nau isi...lupa nak pilih bahagian kat waiter tu  =.=




ni untuk dak encem...1/4 chicken with 2 sidelines...haaaa dak encem tak makan banyak....so 2 sidelines dah memadai  =)


Air kita order ice lemon tea je...kongsi² sebab boleh refill banyak banyakkkkkkk kali...sampai kembung prot minum air je...ngeee~




Time ni Zafirah dah ngantuk sebenarnya...dia dah mula merengek...tapi masih mampu bermain dan tersenyum...comel oh!! *ikut muka mama dia yang manis...lalalala~*


Dalam pukul 10pm baru habis makan...lama kan?? haha~ menikmati beb! =P   balik rumah terus cari katil...ngantokkkkk!! akibat kekenyangan...ish³   (-_-")


korang minat Nando's tak?? boleh geng dengan aku...hehu~ (^^,)











p/s::  hari ni angkut baby pi opis lagi...macam setiap jumaat nak bawak baby datang opis..hewhew~  =P


 Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 15, 2011

KL Tower...BAD SERVICE!!


Baru-baru ni aku pergi jalan² kat KL Tower...
saja bawak sedara mara mak yang baru sampai dari Indonesia round² KL...
bukan senang orang dari seberang nak datang KL ye dak??  =)




Total dalam 9 orang sedara yang datang dari seberang..
semuanya pangkat makcik, pakcik, tok and nenek sedara...
kitorang pergi ni hari Sabtu...malam...
means malam minggu lah kan...
sampai KL Tower dalam pukul 9pm macam tu...
masing² eksaited ni...
termasuk lah aku dengan dak encem...
well kitorang ni nama je duk key ell...
aku pernah naik 2-3 kali je KL Tower..
tu pun takat pergi makan kat restoren pusing tu je...
dak encem lagi kesian..tak pernah masuk pun...ngahaha~  =P




kitorang amek basic pakej je...
kalau ada My Kad RM30 per head...
kalau takde My Kad RM45 per head...
tapi yang berumur 55 tahun ke atas dorang cuma charge RM30 per head...
tak kisah la ada My Kad atau tidak...
mak aku tanggung semua perbelanjaan...
dua orang tak naik...
tok sedara and ayah aku...
tok sedara aku tak larat..kaki tak kuat nak jalan...
so ayah aku temankan dia kat bawah...
11 orang, RM450 semuanya...!! perghh~




Nak dijadikan cerita...
masa kat kaunter tu kan...
lepas dah bagitau berapa tiket yang kitorang nak segala...
minah kaunter tu pun explain yang ada free pakej untuk pergi zoo atau main F1 simulator...
kitorang pilih zoo...
sebab rasa tak relevan pulak orang tua² nak main game arcade  (-_-")


Lepas dia dah settle key in segala info, print tiket,
tiba² ayah aku bersuara...
"eh baik lah awak berdua (refer to aku and dak encem) amek F1 simulator tu...orang lain biar la masuk zoo..takkan awak nak masuk zoo jugak..bukan best pun...dah malam tak nampak apa pun..."


err betul jugak cakap ayah aku...
so kitorang pun pergi balik kaunter cakap nak tukar yang free pakej tu...
untuk dua orang je nak tukar...bukan semua...
diulangi BUKAN SEMUA!!


sekali minah kaunter tu tanpa rasa bersalah pi tinggikan suara kat kitorang!!
"tak boleh tukar...saya dah key in semua data...tadi taknak cakap awal²...memang tak boleh buat apa-apa...saya dah key in...kalau cakap awal² tadi boleh jugak nak tukar!!"


hoi bukan main kasar intonasi minah tu tahu???
banyak lah kau punya dah key in segala...
macam tak boleh edit balik...
ingat aku tak pernah kerja kaunter agaknya...sengal !
mujur lah ada mak ayah aku, tok nenek makcik² sedara time tu...
ikutkan hati aku dengan dak encem memang nak sembur balik je minah tu...
kitorang ni menghormati warga tua tahu??
malas nak gado depan orang² tua...huh!




so kitorang pun naik lah ke atas KL Tower yang gah tu dengan hati yang panas! grrr~
bukan ada apa sangat...
setakat meninjau² pemandangan KL di waktu malam....
ada la a few kedai souvenir kat atas tu...
mak aku pi memborong souvenir bagi family dia bawak balik Indonesia...huhu~
lampu pun banyak dah tutup masa kitorang naik tu...hurmm~


Dalam pukul 10pm gitu kitorang pun turun la bawah balik...
nak pergi zoo pulak...yang free pakej tuuuuu...
sekali korang tau apa jadi???
ZOO DAH TUTUP!!!!
arcade pun sama!!!!
wakluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu~!!
ayah aku yang stay bawah dari pukul 9pm tu bagitahu,
pukul 9.45pm dorang dah tutup zoo dengan arcade...
woiii malam minggu woiiii...
jadahnya tutup awal sangat??!!!
masalahnya kenapa minah kaunter tadi tak inform awal² zoo tutup pukul berapa??!!
dah nampak kitorang memang 1st timer datang explain la elok² sikit..
kasi detail se-detail-detail nya!!
ni cakap pun macam nak taknak kerja!!
baik duk kampung jaga ayam je cik kak oiii!! grr grrrrrrr~


Ingat murah ke kitorang bayar??
mak aku abih sampai RM450 tapi service macam tahi~!!
serius bengang gila kitorang masa tu...
ayah aku cakap nak komplen kat kawan dia...
which is one of the management workers kat situ...
tak tahu la dah komplen ke belum...
entry ni memang wajib buat...!!
kasi warning to all Malaysians supaya tidak senasib dengan kami...!
oh make sure amek nama penjaga kaunter bila datang sini ye...
aku tak amek nama...
tapi aku ada GAMBAR!!
korang ada contact number pihak management KL Tower??
biar aku post gambar minah sombong tu kat bos dia...
kena pecat lagi bagus! miahahahahahaha~ *keji*



sekadar menceriakan hati yang luka..ecewahh..dorang ni tourist dari pelbagai negara..ada dari Ireland, England, US...mana tah lagi...kagum sebab walaupun lain² negara tapi boleh hang out macam ni..hihi~  ^__^



Adakah aku akan datang lagi KL Tower??
NO WAY!!
kalau datang pun aku nak jumpa minah kaunter sombong tu je...
nak sambung gadoh...kahkahkah~
oh food kat restoren berpusing tu pun TAK sedap!! *takde kaitan tapi mak tengah emo semua nak babitkan!bahaha*


kbai!






UPDATE: Pihak KL Tower dan staff tu sendiri dah contact aku and mintak maaf....KL Tower jugak ada bagi peluang untuk aku redeem balik entrance ke zoo...tapi tak redeem² sebab aku dah nak bersalin + takde masa nak pi sana....since dorang pun dah mintak maaf, aku malas nak besarkan lagi isu ni....daku halalkan ajeeee...mohon jangan ulang mistake yang sama! hantar lah staff² kaunter pi kursus handle customer ke hape...hurmm






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Dec 9, 2011

Jangan Jadi Selfish Boleh Tak??!!

Entry macam ni aku dah pernah buat...
tapi aku rasa macam kena sentiasa buat entry ni...
sebab masih ramai pemandu² selfish atas jalan raya...

"JANGAN MALAS PASANG LAMPU KENDERAAN WAKTU HUJAN!!"





Aku tak nampak kereta depan aku dengan jelas...
kenapa?? sebab semua kedekut nak bukak lampu...
pelik lah...bila pasang lampu kereta tu minyak korang cepat habis ke???
atau bateri kereta cepat kong???
aku rasa tak rugi apa pun kalau bukak lampu kenderaan ye dak?? =.=




contoh paling ketara...
kereta belah kiri dan kanan jelas aku nampak...
sebab lampu dinyalakan..
kereta yang aku highlight dengan anak panah tu??
nampak blur...!
padahal betul-betul depan kereta aku...
ni baru pemandangan depan..
bayangkan time nak tukar lane...
ingat side mirror aku ada wiper jugak ke???
kadang² aku sengaja tukar lane secara mengejut...
biar lah kena hon pun...
dah memang aku tak nampak kereta dari belakang...
SIAPA SURUH TAK BUKAK LAMPU...huh!


Sekali lagi aku jelaskan kepada mereka yang amek lesen kopi-o~
lampu kereta dipasang waktu hujan bukan nak bagi jalan tu nampak terang!!
tapi nak bagi pemandu lain nampak kereta kaoooo..
dah la kaler kereta macam nak pergi funeral...
tak meriah langsung...
ingat orang nak perasan ke time cuaca blur macam ni??
lain la kereta tu ada mesin glow in the dark...
time cuaca suram automatik bercahaya satu kereta...! (-_-")


Dah malas nak bebel lebih²...
masing² dah besar kan??
so sekali lagi aku ingatkannnnn~

"JANGAN MALAS PASANG LAMPU KENDERAAN WAKTU HUJAN!!"


sekian terima kasih!






Kalau suka sila lah LIKE! Terima kasih sudi membaca!

Feb 8, 2011

Lelaki Yang Berlagak Bagus Adalah Sangat Mental I Tell You!!

Pagi² buta ni kena buat cerita gempak...baru hilang mengantuk...kehkehkeh~  suci sungguh niat aku nih...pffttttt~   =P


Kelmarin kan (hari Ahad), aku pi Jalan TAR dengan dak encem kan...macam biasa lah kitorang park kereta kat Mid Valley...then naik KTM je turun kat Bank Negara...kununnya menyahut seruan kerajaan yang menggalakkan rakyat menggunakan public transport yang macam haram jadah tu kannnn...grrr~



Tunggu train sampai je dah 30 minit...dengan keadaan dalam train yang penuh macam sardin...hei nasib baik ada koc wanita...very very safe I tell you! kalau kamu kamu sayang dengan awek, bini, tunang kamu, suruh je dorang naik koc wanita tuh...alah terpisah sekejap je...takkan mati derr dalam train tu...contohi dak encem!! *kalau aku tak merayu nak naik koc wanita, takde maknanya dia nak berpisah dengan ai...lalalala~*  =P



~kredit gambar di sini~


Aku rasa kewujudan koc wanita ni dah lama...sepatutnya semua orang dah aware pasal ni...tapi apesal hah ada lagi pondan-pondan dan nyah nyah yang tak faham bahasa?? nak kata buta, laju je kau berjalan...nak kata rabun, hoi sikit punya besar signage kaler pink...nak kata keturunan "katak bawah tempurung", besar mana lah sangat tempurung kau sampai berita macam ni pun kau ketinggalan??!! aku ni yang setahun sekali naik KTM pun tahu kewujudan koc wanita oke!! grrr~



~kredit gambar di sini~


On the way nak balik tu kan, masa berhenti kat stesen KL Sentral, ada la beberapa guard/polis yang jaga duk halau² dengan garangnya nyah-nyah yang sesat masuk koc wanita...kalau bangla ke, foreigner ke memang tak faham bahasa oke lagi...ni orang melayu pun tak faham bahasa melayu ke??! budus!


Aku boleh terima lelaki naik koc wanita kalau time tu bukan peak hour...train memang kosong...tapi kalau semua gerabak pun penuh, kau nak jugak bersesak² dalam koc wanita tu apehal??? kau kata kau bayar duit tiket...habis kitorang ni tak bayar ke??? setiap train ada dalam 6-7 gerabak...cuma 2 gerabak digunakan untuk koc wanita...apa ramai sangat ke kaum adam ni naik ktm?? sengal!!   =__=


Ada la sorang nyah ni kan, *aku saja bahasakan mamat tu nyah sebab otak dia letak kat lutut! kah kah kah~*  Bila dah kena sound dengan polis, tetiba dia nak melantun...bajet samseng la kut~ *haktuih!*





Sambil bangun dengan gaya pondan yang tough lah kununnya nak gaduh dengan pak polis...pehtu buat muka mintak pelempang....dah la tak hensem!! muka macam tembok pecah!! bila buat muka poyo macam good good tu lagi rasa nak baling kasut je  *masalahnya kau berani ke nak gaduh dengan dia?* KAH KAH KAH~ hoi malang sungguh siapa yang jadi awek nyah tuh...! buat malu orang melayu je....! nasib baik pak polis tu professional...tak kose dia nak melayan nyah yang tak cukup akal tuh~


Menurut firasatku, si nyah tu dah malu kena sound di khalayak gadis² ayu lagi inesen! HAH! gheti pon kau malu!!! abes yang kau gatal pi masuk koc wanita tanpa rasa bersalah tu apehal derrrr!! ish ish ish~  polis tu cuma menjalankan tugas oke!


Aku ghase pak polis tu tak berniat nak kurang ajar ke hape...kau bayangkan lah kalau pak pak polis tu cakap macam pondan, berperibahasa segala takde orang nak dengar cakap dorang...ada sebab la dorang berkasar macam tu!!



~gambar sekadar hiasan~


Tu lah masalah manusia yang lembab! kecik² malas belajar, bodoh, dah besar menyusahkan orang...pehtu bila kena sound dengan pak polis gheti pulak kau melantun...marah pak polis tak gheti cakap elok²??! wtfish! they're just doing their job la woiii~ 


Pak polis tu kira wakil kepada gadis² inesen dalam train yang tak mampu nak bersuara bila nampak nyah takde otak...FAHAM?!! Respect la sikit! cuba bayangkan kau jadi pak polis...kau pun mesti bengang kan tengok nyah nyah yang takde otak nih...grrr~


Sekian! the end!





oke sekarang sesi bermeditasi untuk membuang
perasaan geram di dalam hati...
aummmmmm~ 


=P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015