Showing posts with label Halal. Show all posts
Showing posts with label Halal. Show all posts

Dec 12, 2019

Dinner di Pantai Seaview HALAL Restaurant, Phuket

Assalamualaikum...


Masih lagi hari pertama di Phuket. Entry sebelum ni aku dah cerita hotel mana kami duduk. Lepas check in siap mentido sepanjang petang. Hujan pulak petang tu lagi syiokkk tidur. Zafran je tak tidur. Tengok Cartoon Network πŸ™„


Bangun je tidur, solat asar, siap², pukul 6.30pm gitu gerak pergi dinner. Siapa follow blog aku mesti faham dah kot, tiap kali company trip akan ada 1 malam dinner ramai² dengan semua staff and bos. Bezanya tahun ni, takde aktiviti lucky draw. Postponed ke trip akhir bulan 12.


 Kitorang makan kat sini. Sedap food dia! Tapi jauh gila dari patong Beach. Kena naik motor or Grab or Tuk Tuk. Dalam 15-20 minute jugak lah perjalanan dari hotel. Kitorang naik van ramai². Bos belanja πŸ˜


 Sebab dah booking awal, so sampai² meja dah siap set-up macam ni. Food pun order awal so takde la kena tunggu lama. HR aku order via email je food and reservation semua. Bab payment, kena deposit or not tu aku tak tau. Korang kena tanya sendiri. hihi~


Subhanallah cantikkkk sangat view waktu senja πŸ˜  Zaman aku kekecik dulu pantang tok nenek aku keluar senja². Sekarang siap amek gambar. πŸ€”


 Macam bergambar dengan poster! Cantik sangat tau view kat sini. Tapi bila dah malam, dah gelap tak nampak apa dah luar tu. haha~


 Tengok gambar je pun dah kecur air liur. Teringat kesedapan food kat sini. Serius sedap (kut tekak aku and opismet lain).


 Kiri sekali tu oyster cheese tak silap. Ya auloh sedapppp!!! Tak puas makan satu! Tapi sebab share² dengan orang lain, terpaksa la amek satu je. hahaha~ Lagipun masa menu tu sampai, semua orang dah habis makan. Dah kekenyangan.


 Dessert is a MUST!! Ice cream goreng. Unik sangat ice cream goreng dia. Besar ye seketul tu. Kena makan 3-4 orang.


Ouh kat restoren ni takde pulut mangga. Kecewa lah sikit. Tu lah food yang dicari² bila datang Thailand. Sebab tu kitorang order ice cream goreng je untuk dessert. huhu~


 Bos aku, depan sekali (kanan). Dia memang suka sangat belanja staff makan. Cuba tengok kawasan restoren tu, lengang kan? Macam kitorang buat private event pulak kat situ. hahaha~  Macam aku cakap kat entry sebelum ni, masa ni Phuket lengang. Pergi mana² lengang. Kat restoren ni pun kitorang je tau makan kat situ. Takde orang lain.


On the way balik hotel, bos aku mintak driver berhenti kat Jungceylon Shopping Mall sebab dia nak jumpa kawan dia. Then, kawan aku nampak signange Big C. Hah apa lagiiii. Kitorang pun join turun kat Jungceylon jugeee. Memang dah aim nak memborong dalam Big C tu. hahaha~


Hasil borongan pertama. Mukadimah je dulu. Seaweed tu halal ye. Zafran la sibuk nak seaweed. Memang ada logo halal belakang peket dia tu. Kat sana tak susah pun nak cari food halal sebenarnya.


Balik hotel naik Tuk Tuk sebab banyak sangat shopping. Pengalaman pergi Bangkok tahun lepas, kali ni dah aim awal² apa nak dibeli. Tak larat lah nak angkut plastik berat² jalan kaki. haha~


Sampai hotel, releks² and zass tidur! Lama tak tidur lena sepanjang malam. huhu~  Zafran tu tak habis² ajak balik. Dah rindu baby. Padahal kalau jumpa gaduh je kerja πŸ™„


K till next entry. Terima kasih sudi bacaaa πŸ˜˜




Terima kasih sudi membaca!

Jan 31, 2019

5 Restoren Halal Di Yogyakarta

Assalamualaikum...


Kenapa aku mentioned 'HALAL'? Sebab Yogja kan ramai penganut hindu, so ada restoren yang tak halal. Betul kan kalau aku salah. Tapi aku biasa travel ke Indonesia, tak kira lah daerah mana sekali pun, ramai muslim ke apa, aku perasan orang sana tak amek berat sangat bab halal ni. Especially bab kebersihan. Eh dorang kahwin campur pun tak heran ni pulak bab halal haram makanan. Tak konfiden okayy! So aku akan alert jugak cari kedai yang betul² halal. Aku terus terang je tanya pak supir kat mana restoren halal. Kalau aku was was aku ulang lagi sekali, "halal ke ni??" Sampai aku puas hati. Gerai tepi jalan memang tak pi lah weii. Mak aku risau sakit perut. LOL~


Jangan kau salah faham pulak ayat aku. Bukan semua Indonesian tu kotor dan tak sensitif. Aku pun ramai sedara kat Indonesia sana. Jakarta ada, Minang ada. Helok je keIslaman dorang. Siapa selalu travel pergi Indonesia faham la maksud aku πŸ˜


Ada few restoren yang aku pergi sepanjang duk Yogja. Cekidaut!




1) SOTO PAK SOLEH "AL-BAROKAH" TEGALREJO

Masa hari pertama sampai, sini lah tempat lunch kitorang. On the way nak pergi Wisata Pule Payung kitorang cakap kat pak supir nak singgah makan dulu. Lapar. So dia bawak pergi restoren ni. Soto sedap (MSG pekat namateyy..lolz~). Sambal cukup pedas. Terbaik! πŸ‘


 Ni lah rupa restoren dia. Boleh waze or tengok google map je. Dari hotel kitorang (The 101 Yogyakarta Tugu), dalam 8 minit driving.


Bersih tau restoren dia. Kawasan keliling restoren bersih, dalam restoren pun bersih. Aku intai bahagian dapur, punnnnn bersih. Kemain siap intai dapur. OCD ke apa? πŸ˜


 Must try!! Air Soda Gembira tak silap. Walaupun manis potong kaki, don't care! Sekali sekala cheat day wakk. Lepas tu kau sulam la air mineral bergelen gelen. huhu~




2) Gubug Makan Mang Engking Soragan Castle 
Jalan Soragan No.13, Kembang, Ngestiharjo, Kasihan, Bantul Regency, Special Region of Yogyakarta 55711, Indonesia 


Ni masa company dinner, semua staff and boss gathered together. Gituu~  Dari hotel kitorang dalam 8 minit driving. Bos sewa bas, tu yang kitorang boleh pergi Borobudur & Mt. Merapi siang tu. Sebab kat sana sewa transport by day basis, bukan by trip basis.


Exclusive sangat restoren dia! Fefeeling masuk Hogwarts school. hahahaha! Sumpah cantik dengan suasana castle gitu. Laffff sangat!😍


Menu. Kitorang amek pakej 10 orang tak silap. Amek 6 set. Food sedap! Sambal cukup pedas. Eh semua cukup rasa lah. Recommended gais! πŸ‘


Team Malaysia & team Singapore!


Lucky draw prizes. Memang every year wajib ada lucky draw. Aku tak menang apa malam tu, so takyah la update. NEXT!!




3) Sekar Kedhaton Restaurant

Kitorang pergi sini masa hari kedua. Lepas pergi Borobudur, on the way nak pergi Mt. Merapi. Supir bawa singgah lunch kat sini. Memang RECOMMENDED gais! Sedap sangat food dia. Harga pun sedappp. kahh!


Supir yang bawa pergi Borobudur ni knowledge bagus sikit. lols~  Dia tahu mana restoren sedap², mana tempat menarik nak bawak. Korang follow FB- Heru Heriyanto. Senang sangat berurusan dengan dia. Pak Heru ni toke, biasa staff dia yang akan jadi supir korang. Aku dapat staff yang sangat oke. Tapi bila aku rekemen kat kazen aku, dia dapat staff yang so-so je. hahaha~  Nasib² kotttt.✌  Tak pun masa deal dengan pak Heru korang request la nak staff yang helok, ramah and luas pengetahuan. lolz~


Follow waze or google map pun boleh rasanya.


Sekali dengan kilang batik. Kot korang berminat nak beli batik or tengok macam mana orang sana buat batik, boleh la masuk kilang tu. Entrance FOC jeee. Aku tak masuk pun sebab tak minat langsung. lol~  Belah kiri tu ada toilet and surau tak silap. Telekung tak pasti la ada disediakan ke idak. Selesa sikit solat kat sini.


Ni je gambar dalam restoren yang aku amek. hahahaha~  Segan pulak nak amek gambar food. Hormon makyong barangkali. adudu~  Tapi food sini sedap. Recommended! πŸ‘


Siap ada kolam and mini playground tepi tu. Gelongsor pun ada. Made from besi. Idak la aku bagi anak² main. Kotor karat seluar tu kangg haruuu. Restoren ni luassss! Memang selesa lah makan kat sini. Baloi dengan harga.


Total damage. Ayah belanja semua orang. Thank you ayah! πŸ˜˜




4) The House of Raminten

Plannya nak makan kat sini masa malam ke-3 di Yogja. Sebelum pergi 3D Museum. Sekali bila sampai je full house! Kena beratur kalau nak makan situ. Yang menunggu seat pun ramaiiiii. pfft! Aku rasa kena booking dulu lahh. Idak laa nak menunggu kan. Lapar dah. Penat and sakit² badan lagi.


Ni rupa restoren. Eh korang tengok je lah google map, street view. Betul² tepi roundabout simpang 4 restoren dia. Supir sana mesti familiar kot. Mak aku cakap kat sini famous dengan Nasi Kuching. Korang try lahh.


NEXT!




5) Bumbu Desa
Restoran Bumbu Desa, Jl. Kartini No.8, Terban, Gondokusuman, Kota Yogyakarta, Daerah Istimewa Yogyakarta 55223, Indonesia


Since House of Raminten full, kami pergi lah restoren lain! haha~  Nasib baik mak aku pantas fikir plan B. Nak harap aku memang takk lahh. Aku follow ajee. hihi~


Korang refer je google map, street view. Senang kerja weh. Dari hotel kitorang dalam 7 minit je driving. Banyak restoren nearby The 101 Tugu tu. Memang recommended lah korang stay hotel tu.


Food dihidang ala ala buffet. Eat all you can. Pay what you eat. Gitu konsepnya. hahaha~



Ni food yang kitorang amek. Parents aku, tok laki, and anak². Well masa ni anak baru 2 orang. huhu~


Kedai luas dan selesa. Kawasan bersih, presentation menarik. Tapi bab rasa SO-SO je. Sambal tak pedas langsung! Stress aku makan cili and sambal dia takde rasa pedas sikit pun. grrr! Mati selera oke bila food tak pedas. πŸ˜‘


NOT RECOMMENDED! kahh!


Eh those yang tak makan pedas sesuai kot pergi sini. Aku tak pernah pergi Bumbu Desa yang dalam Malaysia ni so aku tak pasti food dia memang suppose rasa gitu ke camne. Tapi pada tekak aku memang tak sedap sangat lahhh. Not worth the money pun makan kat sini.


Dessert, air kelapa. Ni je lah kot yang oke pada tekak aku. lol~




Oke tu je lah 5 restoren yang aku pergi sepanjang duk Yogja 4 hari 3 malam. Hope bermanfaat untuk korang yang bakal bercuti ke Yogja nanti.


Bye!




Terima kasih sudi membaca!

Dec 26, 2018

Makan Malam di Usman Thai Muslim Food | Restoren Halal di Bangkok

Assalamualaikum...


Lagi tempat makan halal yang recommended di Bangkok. Banyak jugak bloggers review pasal restoren ni. Mostly blogger Indonesia lahh. haha~  Memang orang Indonesia dan Malaysia je ramai datang sini.


Jarak dalam 1km jee dari Terminal 21. Kalau larat better jalan kaki. Jimat banyakkk! Kitorang hari tu tak larat nak tunggu². Grab lembab, tuk tuk pun nan hado. Teksi je ada so terus tahan. 250baht dia cekik. Mak aku cakap bayar je lahh tak larat dah nak tunggu. Kesian baby katanya. huhuhu baiklahh~ 


 Allah blur pulak gambar. Snap guna aipong 5s jurr memang out gambar malam².πŸ™„


 Wow recommended dalam Tripadvisor πŸ‘


 Siap ada pakej delivery. Mungkin delivery ke hotel² berdekatan pun boleh kot. Tak tanya pulak. hihi~


Free wifi some more. Tapi data yang beli hari tu banyak lagi. Macam tak luak je. hahaha~


Pekerja² kat sini SEMUA FASIH berbahasa Melayu. Sama macam Yana Restaurant jugak. Rasa macam makan kat kedai Thai Sg Ramal sana. kahh!


Aku order teh ais, mak punya tembikai kot and ayah kopi panas. Ke mak yang order kopi? Tak ingat dahh. hahaha~


Menu lain lupa snap gambar. Zafri tak senang duduk dah masa ni. Penat sangat kot berjalan. Kena gilir² dukung dia dengan parents aku. Kitorang order nasi putih, tomyam and sayur.


Menu wajib selain tomyam, mango sticky rice. Sedap!! Actually takde beza pun rasa pulut sana dengan yang kau beli kat Malaysia. Tomyam je yang rasa lain sikit. Tapi still sedap lahh.


Grandfather love. ecehh~


Harga lebih kurang macam Yana Restaurant kot, pricey jugak. Lupa snap gambar menu. huhu~  Lagipun mak bayarkan. Mekaseh mak! πŸ˜˜


K tu je nak cerita. Bye!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015