Nov 28, 2018

Family Day Aerospace | Dash Box Hotel, Cyberjaya

Assalamualaikum...


11 November hari tu, few days lepas adik baby warded, kitorang pi family day geng ofis papa. Actually every year dorang buat family day ni. Lokasi, aktiviti semua dah plan awal. Kebetulan pulak adik baby sakit and Alhamdulillah dia sihat betul² sebelum tarikh family day. Alahh bukan buat aktiviti apa sangat pun. Sebab tu aku tak kisah nak teruskan jugak join.


Tahun ni dorang pilih Dash Box, Cyberjaya untuk bermalam. Tapi macam biasa lah, aktiviti pagi BBQ dulu. nyum nyum.


Dorang pilih Sungai Tekala untuk buat BBQ. Anak² boleh berendam sambil melantak. Dulu tempat ni pernah kena tutup sebab kencing tikus. Aku tak pasti bila dorang bukak balik sungai ni. Ramai orang woo! Mujur datang awal pagi, dapat la port dekat dengan pintu masuk. Malas nak naik tinggi² kang susah nak angkat² barang dari kereta.


Menu utama BBQ, ayam dan kambing! wohoaa! Dorang perap 3 hari awal. pehh maveles!


Zafran tu first time mandi sungai. Dorang suka, tapi takut². lol~


Anak² je berendam. Makpak sibuk membawang sambil melantak. bahaha~  Tak kuasa lah nak basah². Kat hotel kang nak berendam lagi.


Kitorang lepak sungai Tekala sampai tengah hari. Then baru gerak pergi Dash Box. Alahh check-in time pun lepas pukul 3pm. Ada yang balik rumah dulu salin baju, solat semua, pastu baru datang Dash Box. Memasing duk area situ je. Dekat sangat nak ulang alik rumah. haha!


Tepat pukul 3pm kitorang sampai Dash Box. TAPI, takde bilik yang tersedia! what?!!


Posing dulu. Papa kata dorang pilih bilik garden view. So beria lah kitorang duk area² bilik. Tapi satu pun belum siap lagi. grrr~


Almost sejam jugak kitorang tunggu bilik ready. Kemon Dash Box, dah tau weekend full house, hired la staff ramai sikit. Takkan kau harapkan sorang dua kemas berpuluh² bilik?? Sudahnya orang lain kena check-in lewat. Tapi check-out tak bagi pulak lewat?? πŸ˜’


Ramai jugak guests bising sebab kena tunggu lama. Aku kena bagi kredit to staff yang jaga reception, tenang je dia layan guests yang tengah marah. Aku tak salahkan staff situ, MANAGEMENT lah kena do something!!


Laki aku insist jugak dia bagi mana² bilik yang dah ready. Lepas 2-3 kali ulang alik jumpa receptionist, last² dia bagi bilik Deluxe, betul² depan pool. haha! Kalau ikutkan rate lagi mahal dari apa yang kitorang booking. Dah tu siapa suruh lambat sangat kemas bilik kan? Panas lit lit oii masa ni. Dengan bebudak ni dah resah gelisah nak terjun swimming pool πŸ™„


Kitorang dapat bilik level atas tu. Memang luas! Actually ni kali kedua kitorang pergi Dash Box. First time hari tu masa birthday Zafirah, bulan Februari hari tu. Tapi kitorang duk bilik jenis CABIN. Kocik comel je saiz bilik. Orang bujang sesuai laa duk bilik gitu. Kalau dah ada family, tambah dengan tentera yang agak ramai, better amek bilik Deluxe or Studio (tingkat bawah). Check out their website untuk tengok beza ketiga-tiga bilik tu oke!


Bukak pintu terus serang katil, main lompat² πŸ˜‘



Katil King. Bear hijau tu memang hotel punya.



Iron & iron board disediakan.


Toilet. Kemahennn besar. Kalau ramai sangat orang boleh bentang toto tidur dalam toilet kot πŸ˜


Untuk bilik kitorang ni, bilik nombor 303, air panas dan air sejuk TERBALIK! Biasa air panas dia mark as warna merah, sejuk kaler biru kan? haa bilik ni terbalik ye! Berasap² bilik aku masa baru² check-in tu. Ingatkan air sejuk, aku pulas habis ke warna biru tu. Sekali panas menggelegak. choii~


Toiletries. Sabun, syampu, conditioner pun ada lengkap semuanya.


Kettle, air mineral, 3 in 1 semua lengkap.


View dari bilik. Ada balkoni besarrrr. Cukup untuk sidai kain baju basah. lol~


Setel punggah barang masuk bilik, solat semua, AYUHH terjun kolam!


Berani lahh hero mama ni!! Selamba dia je terjun gitu. haha! Well done abang!


Slides ni pun tah berapa puluh kali dia ulang² main. Sikit pun dia tak takut!! Good job Zafran!!


Kitorang memang lepak pool adult je. Hari pertama tu oke lagi tak sesak sangat. Hari kedua tu, penuh orang. Kids pool tu nampak huru hara. Dengan bebudak tak reti beratur untuk turun slides. Parents ada duk tercongok tepi pool tapi tak pantau anak memasing. Bahaya oke! Last² aku suruh dorang lepak adult pool je. Main slides pun yang adult punya. Walaupun still ramai orang, tapi takde la huru hara. Reti lah beratur ikut giliran. gituu~


Adik baby duk tepi je wakk. Dia kan baru keluar hospital aje gila aku nak bagi dia berendam tempat sesak gitu. Dia pun bukan faham apa pun keseronokan mandi swimming pool. Sikit pun dia tak heran. huhuhu~


Geng bini bini technical aerospace! Thank you kak atie sudi pegang baby so mama boleh join anak² lain berendam. Merasa jugak lah naik slides! kahkah!


Sebelum check-out. Sementara tunggu abang & kaklong mandi pool sempat la dia mentido dulu.


Kitorang tak amek pakej breakfast, so papa tapau roti canai and megi goreng kat kedai luar. Makan tepi pool.


Breakfast kat sini BUKAN jenis buffet. Kena order ala carte. Tapi konsep sama macam buffet, "eat all you can". So korang boleh order banyak² kali. Chef akan masak panas² food tu. Konsepnya dah bagus. Mungkin nak elakkan pembaziran. Well, biasanya style buffet memang banyak membazir. Cumanya servis jadi LAMBATTTTT!!


Macam aku dah mentioned kat atas tu, weekend is full house. Sepatutnya pihak hotel sediakan lah staff secukupnya. Dah macam lipas kudung staff² korang tu buat kerja tahu? Mujur food OKE!


Pukul 12.30pm kitorang check-out. Reception bagi extra 30 minit je untuk check-out. Hari tu kata boleh check-out lambat ikut pukul berapa kitorang check-in? πŸ€”


Bye bye korang! Jumpa lagi family day tahun depan. Plan ke Melaka pulak kan? Semoga tercapai. aminn!


Overall aku puas hati stay kat hotel ni. First time pergi time ramai orang, tak sangka lah servis slow macam ni. Tapi layanan staff tetap terbaik!


Untuk staycation memang aku recommend korang datang sini. Swimming pool best sebab ada slides tu. Harga pun mampu milik. Bilik Deluxe tu dalam RM300+ per night. Aku biasa booking thru Traveloka and Booking.com


K tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Yatie Lee said...

Best nya ! Yt tak berkesempatan lagi nak ke dashbox tu.. bila ada rasa nak pergi mesti lah dah sold out haha

Julia Johari said...

Rezeki tau dapat bilik besar depan pool. Baru tau masalah dia waktu weekend ramai staf tak cukup, okey kena ready for this sebab juju berangan gak nak stay sini one day...meriah betul family day korang, menarik lah. Suka anak2 yana mandi manda hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015