Nov 29, 2018

Lunch Makanan Korea di Ojju Restaurant, Nu Sentral

Assalamualaikum...


Perasan tak sekarang ni restoren Korea tumbuh macam cendawan? Kat mana² mall mesti ada at least 1 atau 2 restoren Korea. Dahsyat penangan Kdrama, K-pop semua tu. Aku layan jugak lah Kdrama. Lagi best dari layan drama Melayu. haha! Tapi belum sampai tahap addicted lagi.


Korean food pulak setakat ni aku boleh je telan. Ada yang memang kena dengan selera aku, ada yang aku tak suka (contoh Kimchi. Serius tak sedap). Impian nak pergi Korea belum tercapai lagi. Syukur lah kat Malaysia pun senang dapat masakan Korea. Jadilah buat lepas ngidam. Jangan kata makanan, kosmetik, fashion Korea pun sesepah dah kat sini. huhu~


So, baru ni aku ajak lunch-mates lunch kat restoren Korea yang baru sebulan bukak dalam Nu Sentral. Biasa kitorang datang Nu Sentral makan kat Dolly Dimsum. Kali ni saja la tukar selera Korea pulak. Syukur lah aku berkawan dengan geng-tekak-fleksibel. Boleh telan apa sahaja tanpa banyak komplen. hahaha


Nama restoren dia OJJU. Siapa pernah pergi Korea or biasa tengok kdrama mesti familiar dengan words 'Ojju'. Takde makna apa pun. Kalau kita kat sini macam, 'oi', 'lahh'. Haa gitu. Words yang takde makna. Alaa tak reti pulak nak explain. πŸ€”

My lunch-mates and owner Ojju Restaurant!! Rezeki sangat dapat jumpa founder/owner πŸ˜

Dannnn baru ku tahu, Ojju dan Dolly Dimsum adalah dari founder yang sama!! wohoa! Aku memang kagum lahh orang muda² dah ada bisnes meletop². Bidang F&B pulak tu. Wow sangat! Terus aku bagitau dia yang kitorang ni memang big fan dengan Dolly tuuu. Boleh kata tiap bulan lunch situ. hahaha~


Alang² dapat lepak lunch dengan owner sekali, aku tanya jugak lah status HALAL kedai dia. Kang korang cakap aku tak sensitif pulak. πŸ˜


Menurutnya, restoren Ojju takde sijil halal from JAKIM buat masa ni. Tapi, semua bahan² mentah yang digunakan, especially daging dan ayam adalah halal certified. Minuman beralkohol pun takde dalam menu Ojju Restaurant.


Lepas dengar penerangan tu, yakin lah aku untuk teruskan lunch kat situ. nyum nyum. Sebelum order menu lain, kami order dorang punya signature drink dulu.


Corn tea (1.2L), RM11.90. Rasa macam teh cina je. Takde gula and sejuk. Nyaman tekak.

Rambang mata lahh tengok menu. Last² kitorang suruh owner yang suggest apa yang best kat kedai dia. bahaha~  Of course lah kena try dorang punya signature dish;


πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡


Ayam salut cheese yaw!! Kitorang amek set chicken wing, spicy. Tekak melayu khenn. Kau tengok berapa banyak cheese dia tabur atas pan tu?? Bye diet!

Selama ni tengok orang duk post ayam cheese restoren K-Fry kan? Siap kena beratur berjela². Eh tak kuasa lah aku nak beratur. Kat Ojju takyah beratur pun wakk! hahaha~  Yelahh mungkin kedai baru sebulan bukak, orang tak tau lagi. Ahhh janji dapat lepas ngidam! πŸ˜œ


Dorang guna mozarella cheese, low melting point. Cepat je dah cair. Ada spices some more dalam cheese tu so rasanya tak sama dengan K-Fry. Entah lahh aku tak pernah pi K-Fry. hihi~  Tengok cheese tu mencair, air liur pun cair jugak wakkk.

Dah setel balut ayam dengan cheese, balance cheese tu dorang buat nasi goreng campur seaweed. Tapi nasi ni bukan include dalam SET, kena add-on ye. Cheesy Korean Fried Rice, RM11.90.


Tengah² nasi, pecah telur bentuk love. halahh halahh. Rasa nasi goreng dia sama macam nasi seaweed kat 4 fingers tu. Lebih kurang lahh. hihi~

1 set ayam cheese tu boleh makan dalam 3 orang. Tapi untuk penggemar cheese, makan berdua je dah oke. Takde la berebut. bahahaha~


Oke jom cekidaut menu² lain yang kami try hari tu. Sebab tu kena datang ramai², boleh try banyak menu. Takde la muak makan sorang².


Crispy Chicken Tacos, RM13.90

Japchae, RM19.90 (Beef), RM16.90 (Veggie)

Gyeran Jjim (telur souffle), RM7.90

Ini pun antara main dish dorang jugak, Ramyeon Seafood, RM23.90. Sup dia tu ada campuran Kimchi. Surprisingly aku tak rasa pelik pun bila makan sup tu. haha!

nyumssss! 

Oke takat tu je kitorang mampu makan. Egg souffle je kot yang tak habis. Yang lain semua licin uolss!! Dasar perut raksasa memasing! kahkah~  Tapi serius lahh sedap dan mengenyangkan. Walaupun portion macam untuk sorang makan, macam tak cukup je nak share 4-5 orang. Tapi bila dah gabung banyak² menu haa tersandar memasing! pfft!


Tapi of course lah lunch kami tak berakhir di situ. hahahaha~  Menu penutup wajib ada.


DESSERT lahh apa lagi?!!


BINGSOO Tutti Frutti Generation, RM19.90. Sedap nak arwah Bingsoo dia! Buah² penuh padat, ada ice cream vanilla kat bawah sekali. Musim panas lit lit pulak sekarang. Pehh heaven! Yang berasap² tu dry ice wakk. Tak boleh makan. Hiasan semata. Kalau termakan jugak pergi lah hospital terus. 

Menu² lain yang ada di Ojju Restaurant. Beef Ribs pun ada oke! wohoaa! First time ni jumpa beef balut cheese. Biasa aku tengok restoren Korea hidang ayam goreng je. Kena repeat datang lagi lah kan?

Wajah² kekenyangan. Berat je rasa nak balik opis balik. hahaha! Thank you Ojju for having us! Will definitely come again!



Address: 
Ojju Restaurant
L4.01 (03 & 04),
Level 4 NU Sentral Shopping Centre,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 012-384-1008
Facebook: Ojju Malaysia
Instagram: @ojjumalaysia




Terima kasih sudi membaca!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015