14 Februari lepas, genaplah umur anak sulung, my only anak dara, 6 tahun. Kejapnya masa berlalu. Tak sangka dah 6 tahun jugak aku pegang title MAMA! *I feel old*
Plan asalnya nak bagi dia celebrate secara besar²an kat sekolah (sebab dah tahun akhir di tadika), tapi papa pi booking hotel pulak 14 haribulan tu. Siap ngajak anak dara dating tengok wayang The Black Panther. huk alohh! Tak jadi lah celebrate kat sekolah. Celebrate 4 beranak je. huhu~
Pagi 14 haribulan tu, aku pi kerja macam biasa, Zafran pun pi sekolah macam biasa. Zafirah je dating dengan papa tengok wayang sebab papa dah beli tiket pukul 11.30am. Sejak umur dah kertu ni kurang lah minat nak jejak panggung wayang tu. Walaupun ramai kata cerita Black Panther tu best, tapi herm tak terasa pulak nak tengok. Faktor umur + hormon barangkali. Plus, aku memang tak confident nak angkut Zafran masuk wayang. Dah banyak kali dia buat perangai dalam tu. Bukan tantrum tapi dia suka buat bising. Menyanyi, membebel, menjerit, kacau orang seat depan, turun naik tangga *headache*. Baik lah tengok tv kat rumah. huhu~
By noon aku balik. Kira aku kerja half day je lah hari tu. Zafran pun sekolah half day jugak. Balik rumah packing² barang, terus gerak pi hotel. Kemain celebrate birthday kat hotel. kahkah! Kitorang pi Dash Box, Cyberjaya je wakk! Dalam 30 minit je perjalanan dari rumah. Biasa check-in hotel pukul 2pm ke atas, tu yang aku gigih pi kerja jugak pagi tu. Sayang cuti oii. Kompeni bagi cuti CNY setengah hari je, hari Khamis tu. Bos² jenis workaholic kekdahnya. lol~
Macam biasa lah kitorang rahsiakan percutian ke hotel tu dari Zafirah. Sepraissss!
Ni lah bilik yang papa booking. Jenis cabin. Kocik je lahaiii. Mujur lah anak beranak slim. Kecuali papa dorang lah gemok. kahkah~
Bilik jenis cabin ni oke je bagi aku. Bersih dan selesa. Toilet pun best sebab shower jenis macam kat rumah. Air lajuuuu! Cuma saiz je lah tak sesuai untuk family. TV pun takde wei! Kelengkapan memang BASIC sangat. Eh tapi sejadah disediakan. Well done Dash Box!
Ouh ada drama sikit masa sampai. Boleh pulak laki aku tertinggal luggage kat rumah!!! choi! Spoil mood betul. Dah la Zafran memberak masa sampai tu. Pampers semua dalam luggage. Hangin betul aku! Lepas check-in terus dia balik amek beg. Tau takut tengok muncung bini. Aku tunggu kat hotel dengan Zafran. Tak kuasa nak ikut patah balik. Masa aku tenyeh mekap kat rumah dah pesan banyak kali bawak masuk barang dalam kereta dulu. Dia sibuk tengok fon amende tah. Eh nasib lah bercuti kat Cyberjaya je. Kalau dah sampai Melaka ke, Johor ke takkan nak patah balik??
Bilik jenis cabin ni oke je bagi aku. Bersih dan selesa. Toilet pun best sebab shower jenis macam kat rumah. Air lajuuuu! Cuma saiz je lah tak sesuai untuk family. TV pun takde wei! Kelengkapan memang BASIC sangat. Eh tapi sejadah disediakan. Well done Dash Box!
Ouh ada drama sikit masa sampai. Boleh pulak laki aku tertinggal luggage kat rumah!!! choi! Spoil mood betul. Dah la Zafran memberak masa sampai tu. Pampers semua dalam luggage. Hangin betul aku! Lepas check-in terus dia balik amek beg. Tau takut tengok muncung bini. Aku tunggu kat hotel dengan Zafran. Tak kuasa nak ikut patah balik. Masa aku tenyeh mekap kat rumah dah pesan banyak kali bawak masuk barang dalam kereta dulu. Dia sibuk tengok fon amende tah. Eh nasib lah bercuti kat Cyberjaya je. Kalau dah sampai Melaka ke, Johor ke takkan nak patah balik??
Lepas dia dah amek luggage pi hotel, terus siap² kan bebudak ni untuk swimming. Haa memang motif utama pilih hotel ni pun sebab swimming pool tu laaa. Kids dan pool berpisah tiada. Kasi can laa berendam puas². Sempena birthday kekdahnya.
Kalau datang dengan family, korang kena pilih bilik yang bebetul depan pool (macam dalam gambar ). Saiz bilik situ besar sikit lah compared cabin yang aku duduk tu.
Swimming pool dia ada bahagian cetek (for kids) dan bahagian dalam. Tapi yang bahagian dalam tu takde la dalam sangat pun. Sampai paras dada aku je. Mostly kawasan pool air cetek je. Memang kids friendly lah pool dia.
Di hari kelahiran dia yang ke-6 tu jugak lahhh dia dah pandai menyelam! yeyyy! Selama ni mandi pool tak pernah basah kepala. Punya takut lemas. hahaha~ Kali ni baru la nampak swimming nye. Maybe jugak aku start bagi dia guna pelampung yang kat lengan tu. Kalau guna pelampung bulat tu memang dia takut nak berenang sendiri, duk bergayut kat pelampung je. Kalau yang sarung kat lengan tu haa baru dia belajar. Tau tau dah reti menyelam. wahh! Well done kaklong! Mama is so proud!
Dalam pukul 6.30pm tu ajak naik bilik. Aku belum Asar lagi.
Dah siap mandi manda, tukar baju, ready untuk potong kek!
Order red velvet dari Sally's Kitchen. Saja request tema Little Poney sebab Zafirah banyak kali sebut nak kek little Poney. And dia suka jugak makan red velvet. Eh mama nya pun sama! Eh Zafran pun sukaaa! hahaha~
halah halahh big girl sangat dah
10 minit pertama Aku bawak jugak bekas kosong, untuk bagi² kek kat orang. Yelahh kitorang 4 beranak je mana mampu nak telan semua kek tu. Sedekah la kat sesiapa yang kitorang jumpa malam tu.
Lepas makan kek, solat Maghrib, dorang ajak nak mandi pool lagi. Tapi malasnya nak basah² baju. Rasa nak baringggg je. Tapi duk bilik boring pulak. Takde hiburan. sobsob~ Moh la jalan² amek angin malam.
Pemandangan waktu malam. Kawasan pool tutup pukul 9pm gitu.
Sebelah pool ada mini slides. Sambil mandi, sambil main slides. Macam Zafirah takut naik slides dalam pool tu. So boleh la main slides kecik comel ni
Kitorang dinner kat restoren Medina Thai Tom Yam, Putrajaya. Aku order tomyam daging. Tapi tekak aku tak rasa la sedap sangat tomyam dia. Tak pedas satu hal. Daging dia potong besar² sangat. Lembut, tapi aku kurang berkenan lah. huhu~ Aku lagi suka tomyam kat Slero D Timur, Ayer 8. Lagi kaww tomyam dia. Pendapat aku lah ye. Selera memasing ye dak?
Lepas makan, lepak kat Bubbles n Beans, Ayer 8. Ada banyak mainan berlampu situ.
Sewa beca. Papa rajin nau nak mengayuh.
Penat kayuh beca, ajak balik. Zafirah takmo! Nak main lagi. Kalau lah murah sewa mainan² kat situ memang pejam mata je mama bayar. adeyy~ Lain kali bawak basikal sendiri lah main kat situ. Unlimited time boleh kayuh. hihi~
Esoknya tu, bangun pagi terus memasing berzikir nak mandi swimming lagi. adohaii~
Kali ni memang dorang je berendam. Mama papa perhati je dari tepi. Tapi last² papa berendam jugak. Sebab ngajar dorang naik slides. kahkah~
Then pukul 11am kot aku naik bilik untuk bersiap. Ate, nak tepek mekap bagai kan. Bagi can la mama bersiap lama sikit. Papa berendam lagi dengan bebudak sampai pukul 12pm gitu. Check-out paling lewat dorang bagi pukul 12.30pm.
After check-out Zafirah ajak pi mall. Tapi halahh halahh malasnya nak berjalan. Badan mama makin berat ni nakkk Last² pi lunch kat Azura, seksyen 3 sana. Dalam kereta anak² mentido. Lepas lunch dorang ajak berjalan lagi. oihh dah dah la tu! Mama pun nak tidur jugak!
Balik rumah memang aku tidur pun. Alahh kejap je. Take a nap gitu. Bebudak ni main sesama dorang. Sampai lah aku bangun. Pastu ajak papa pi makan lagi. Well, tidur pun guna tenaga jugak what
Oke tu je nak cerita. Lepas tu memang aku tak ingat dah aku buat apa. kahh!
Tata!
Terima kasih sudi membaca!
1 comment:
happy birthday
semoga jadi anak yang solehah :)
Post a Comment