Dec 15, 2017

Company Trip 2017: Yogyakarta, Indonesia

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, pejam celik rasa kejap je dah penghujung tahun 2017 kan? Acara yang paling dinanti² sempena akhir tahun, "COMPANY TRIP"! Memang every year company aku ada buat trip dengan staff. Ada sekali je aku tak dapat join, tahun 2015 dulu. Sebab tengah pantang Zafran. Dorang pi Bali. Ek elehh Bali je takde apa *sedapkan hati😝*


Tahun ni, bos ajak pi Yogyakarta pulak. weeee! 2-3 bulan sebelum fly baru beli tiket sebab nak confirmkan tarikh trip tu susah nau nau. Schedule bos-bos tight gitu. Nak cari tarikh yang dorang free tu memang tak boleh confirmkan awal. Yelahh kalau confirm awal boleh la beli tiket time Matta Fair ke time tengah promo ke. Selalu dah confirm mesti harga tiket mahal. Memang la company sponsor, tapi sponsor staff ONLY! Spouse and kids sendirian berhad. Petak kepala mama membayar tiket memasing. Eh anak aku dua² dah ada seat sendiri ye. Umur memasing dah lebih 2 tahun kan 🤕  Ada je staff yang tak bawak kids. Tapi setakat ni tak pernah lagi aku pi holiday tak bawak anak². Rindu kot! Tak tenteram aku nak berjalan kalau takde anak depan mata *overly-attached mom!✌*


 2 hari sebelum fly dah start packing bag. Ada 4 kepala aku nak fikir kena la pack awal. Elakkan tertinggal barang (walaupun tetap ada yang tertinggal tapi minor lah boleh beli kat sana...kiki). Lagipun fly waktu pagi, pukul 9.40am gitu. Paling lewat pukul 7am gitu dah kena keluar rumah. Dah packing awal takde kelam kabut sangat pepagi tu kan. Anak² aku kalau ajak berjalan memang senang sangat bangun pagi. Tambah kau cakap naik aeroplane lagi bersemangat dorang bersiap awal pagi tu.😏


 Sampai airport jam 8am gitu. Ada masalah sikit dengan teksi yang kitorang booking. Last² amek Uber. Tengah beratur nak check-in luggage dah ada announcement final call untuk ke Yogja. Marathon lah kami pi boarding gate. Eh mujur tak jauh sangat. Tapi mengah jugak lah sebab berlari². huhu~


 Ehem first time declare pregnancy. Tak sure airlines lain kena declare jugak ke idak. Dulu pi London naik MAS tengah peknen 4 bulan takde pun declare². Mungkin perut pun kecik lagi tak nampak macam peknen. huhu~  Kali ni pun tak nampak sangat perut, tapi declare je lah 😁


 Seat kitorang agak berterabur and berpecah. Mujur check-in ramai² dengan opismet lain. So boleh tukar² sesama dorang je. Seat anak² aku kat row 27 tu. Seat aku row 26, sebelah aku anak² opismet aku. Laki aku pulak dapat seat row 30 tu. lol~   Nak pilih² seat lain kena bayar, bazir pulak rasa. Baiklah tukar² je.


Kot lah ada yang wondering boleh eh tukar² seat?? BOLEH wakk! asalkan suka sama suka. Bukan paksaan gitu. Takde siapa nak marah. Kalau ada order meals nanti bagi je boarding pass kat stewardess masa dorang nak distribute meals tu, dorang akan bagi meals bukan ikut mana seat kita, tapi ikut boarding pass. Paham?


 Kebetulan masa nak ke boarding gate jumpa pulak sepupu mak aku, Udo Tina. Dia otw nak pi India. huhu~


 Happy face! Zafirah tu sibuk nak duk tepi tingkap jugak. Aku warning awal² jangan mengada nak nangis². Mama cubit! *mamagarang*. Sebab masa pi Kundasang dulu dia nangis time take-off. Gayat punya pasal. Dulu laki duk sekali 1 row boleh la nak tolong pujuk. Ni aku sensorang jaga dorang dua beradik kang aku pulak stress dengar dia nangis. Takut mood adik pun join kelaut sekali bila tengok kaklong nangis. No no! Kena warning awal². hahaha~


Pukul 10am++ gitu dorang hidang meals. Lepas makan memasing mentido termasuk lah aku. Penat oi. Kang sampai Yogja dah terus berjalan. So kena rehat cukup².


Tepat 2 jam 30 minit sampai lah kami di bumi Yogyakarta. Alhamdulillah.


 Budak jakun tengok aeroplane dari jarak dekat. Biasa tengok dah terbang kat langit sana. kikiki~


Dari airport, company dah booking siap² transport ke hotel. Kitorang stay di The 101 Tugu Yogyakarta Hotel. Dekat dengan Malioboro Street. Lupa sangat snap gambar hotel. Penat sangat kekdahnya. Korang google je la eh. hihi~  Hari kitorang sampai tu jalan macet (jem) ya hamattt! Kalau tengok google map patutnya perjalanan dari airport ke hotel dalam 30 minit gitu je. Tapi sebab jem teruk hari tu, sejam jugak lah masa nak sampai hotel. Habis lari itinerary aku. pfft!


Sampai hotel dalam pukul 1pm gitu, terus check-in. Alhamdulillah ada bilik yang dah tersedia. Termasuk lah bilik parents aku. Kitorang solat Zuhur semua, pastu terus keluar. Dalam pukul 3pm jugak baru setel check-in + solat. Supir pun dah sampai. Kesian dia kena tunggu agak lama sebab dalam plan asal pukul 1pm tu patut dah keluar berjalan. Mana nak jangka jem teruk gitu. huhu~


Next entry aku cerita mana kitorang pi untuk hari first tu. InsyaAllah. Stay tuned! 😘



Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

athirahassin said...

wahhh tahniahhh... baby 2018.. hehehehh
tapi serius tak sabar nak baca next entry.. pergi jogja while pregnant n with kids some more. wowwww.. sbb slalu sgt dgr org ckp x kids friendly kan ke jogja.

NUNU EERA said...

syg.. congratz tau.. take care..
air asia mmg kne declare eh kalo preggy? sbb mmg xpng tau plk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015