Aug 30, 2017

Mile 36 Lodge, Kundasang Review

Assalamualaikum...


Entry Kundasang pun dah lama tak update. haihh~  Ni baru rajin pilih² gambar, edit semua. Sudi² lah baca ye. hehe~


Malam pertama sampai Kundasang kitorang stay di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Malam kedua, aku pilih untuk stay di Mile 36 Lodge pulak. Kenapa tukar hotel?? SAJA!✌


Booking kat traveloka RM165.22 (inc gst). Bilik triple room (1 katil queen, 1 single bed), garden view, ada breakfast. Lagi murah dari Mount Kinabalu Resort. Lagipun tengok review tempat ni high demand jugak. So saja laaa nak teraiiii. Bila lagi nak sampai sini ye dakk😁


Time ni dah nak check-out pun. Hari kitorang sampai sini dah petang nak dekat Maghrib gitu. Daripada Hotspring kitorang terus pi Mile 36 Lodge untuk check-in. Mata aku sembab sebab tak boleh tidur semalaman. Sakit hati punya pasal. hurmm 


Jalan masuk ke receptionist. Area ni je kereta boleh parking. Belah dalam tak boleh tak silap. Kereta boleh masuk untuk turunkan luggage je. Untuk parking memang kena depan receptionist office ni. Dalam lodge ni memang tak banyak chalet, tak silap dalam 9-10 buah gitu je. Semua kena turun bukit. Mujur dapat bilik tak jauh sangat idak la penat menapak.


Actually jalan masuk ke hotel ni kalau dari jalan utama agak susah nak locate. Sebab jalan utama pun macam jalan kampung, macam jalan nak pi Cameron tu, bengkang bengkok pastu tempat ni bebetul tepi jalan pastu turun bukit pulak so memang takkan nampak chalet² tepi jalan. Semua duk bawah bukit. Signange pun takde la besar mana. Aku banyak kali tengok google map, yang street view tu untuk bebetul faham location kat mana. So bila drive tu jangan la laju sangat ye. Daripada pekan Kundasang tu dalam 10 minit kot nak sampai hotel ni.


Jalan dari bilik kitorang nak ke parking kereta depan receptionist office tu. Oke la tak curam sangat nak mendaki. Sekali sekala exercise πŸ˜


Malam lepas check-in tu, kitorang pi dinner kat Pasar Tamu, dalam pekan Kundasang tu. Pasar tamu ni agak femes jugak kat Kundasang. Sayap bakar or chicken wing femes kat sini. Nanti aku cerita pasal tu dalam entry lain ye.


View dari pintu utama nak ke bilik. Kawasan ni macam ruang legar gitu. Bilik kitorang yang aku tanda anak panah merah tu. Belah kiri and kanan tu pun ada bilik jugak. Boleh dengar jiran² kau berborak. lol~  WiFi pun ada kat kawasan ni. Superb weh! Aku pakai Maxis line memang clean and clear. Laki aku pakai Celcom, tak boleh detect wifi and line dalam bilik langsung nan hado macam duduk dalam gua kahkah! Jadi nak datang Kundasang sila tukar ke Maxis. InsyaAllah tak menyesal πŸ˜


Cafe pulak ada kat tingkat bawah, ada tangga belah kiri tu. Kat belah luar pun ada tangga jugak turun ke cafe. Lupa amek gambar cafe. Simple je macam kau balik kampung, makan ramai² kat dapur rumah nenek kau dengan makcik pakcik and relatives lain. haa gitu lah keadaan yang aku rasa masa breakfast kat sini. hahaha~


Food so-so je. Tak banyak choice. Ada 3 menu je kot. Roti bakar, mihun and nasi goreng. Air panas pulak ada coffee and tea. Tu je! Memang hotel bajet sesangat.


Ni lah rupa bilik yang aku sewa. Luas! I mean memang exactly macam dalam gambar. Macam hotel Mount Kinabalu Resort jugak, hotel ni TIADA kipas mahupun ekon. Bukak je tingkap luas² hah gigil² kau tidur malam. huhu~


Kitorang rapatkan dua katil ni masa nak tidur. Lagi syok guling².


View dari meja solek.


Bilik air yang sangat simple tapi LENGKAP! water heater perfect, halaju air pun perfect, sama macam kat rumah. Walaupun deko macam toilet kampung, tapi bersih wei! BERSIH sangat! Secalit lumut atau kotoran nan hado. Well done management Mile 36 Lodge.πŸ‘


More kemudahan yang ada:
πŸ‘‰ Towel mandi 3 helai
πŸ‘‰ Sabun mandi petak 
(aku memang bawak sesiap sabun sendiri)
πŸ‘‰ Kettle
πŸ‘‰ Gelas x2
πŸ‘‰ Tisu sekotak
πŸ‘‰ WiFi


Oke tu je review aku pasal hotel ni. Aku bagi 4.5/5 bintang. Aku kagum walaupun hotel bajet tapi tahap kebersihan sangat ohsem! 10 bintang aku bagi untuk cleanliness. Memang puas hati sangat walaupun takde tv dalam bilik and breakfast tak sedap. Minor je tu. Yang penting bilik dan toilet selesaaaaa pastu ada WiFi dalam bilik. Kitorang bukan lepak bilik sangat pun. Banyak keluar berjalan. Balik bilik untuk tidur je. So bagi aku hotel ni memang sangat sangat berbaloi dan jimat! Sila beli kat Traveloka ye memang lagi murah dari Booking.com. hiks!


Till next entry, tata!




Terima kasih sudi membaca!

3 comments:

mummy said...
This comment has been removed by the author.
ahmad azrai said...

Terima kasih berkongsi, kami akan ke sana lagi tapi di kundasang pemilihan hotel/chalet memang byk pros dan cons.

ahmad azrai said...

Sebenarnya kami dah booking via agoda (book and pay later) cuma bimbang tak boleh lena sbb riuh dari sblh mcm pernah kena dulu di hotel Nabalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015