Aug 14, 2017

Raya #Day 14, Puchong-Senawang-Bangi

Assalamualaikum...


Mohon jangan jemu dengan entry raya yang tah bila nak habis. haha~


Time ni boleh kata semua orang dah start kerja, dah balik rumah memasing, maka bermula lah sesi open house, jamuan raya segala bagai. Aku tak buat pun open house, tapi aku tolong memeriahkan open house orang. hahaha~   Aidilfitri, selain bulan mengeratkan silaturrahim, ia juga merupakan bukan menternak lemak! betul ke betul? ๐Ÿ˜


 Tiap minggu ada je jemputan open house rumah kawan². Tiap tahun pun macam ni. Alhamdulillah rezeki kami anak beranak. Jimat duit belanja dapur. kuikui~


Untuk raya hari ke-14 ni, first rumah yang kitorang pi kat Puchong. Rumah blogger kak Dilla. Meriah gila open house kak Dilla. Serupa kenduri kahwin! Dengan khemahnya, dengan buffetnya. ffuhh kenyang sangat. Sedap pulak tu.


 Team blogger mak-mak dalam KBBA9. Tapi tuan rumah takde pulak dalam gambar ni. Dia busy melayan tetamu. huhu~  Thank you kak for having us. Sedap sangat² ayam masak merah akak. Rasa nak tapau bawak balik๐Ÿ˜


Dah kenyang melantak rumah kak Dila, kitorang pi rumah Nadia kat Seremban pulak. Schoolmate dak encem. Alaa takde jauh mana pun. Tak sampai bandar Seremban pun lagi. Takat Senawang tu je. Dekat sangat aihh.


 Kat rumah Nadia, makan lagi. Ada menu nasi lemak, lemang, rendang pastu apa tah lagi. Banyak jugak lah makanan. Dia memang saja ajak kawan² sekolah datang hari tu.


 Sementara papa menjemah dengan kawan² dia, bebudak duk main lari² kat luar.


 Kasut mana kasut?


 Ni lahh antara geng² ex Teknik Ampangan yang datang. Thank you Nadia for having us. Dah selamat bersalin pun dia. Selamat berpantang ๐Ÿ˜


Then, kitorang pi rumah pakngah dak encem. Depan rumah Nadia je rumah pakngah dia. hahaha~  Kebetulan pulak berjiran gitu.


Lepak rumah pakngah sampai maghrib. On the way balik Bangi roger Apis, nak beraya rumah dia pulak. Sukati je terjah² rumah orang. hahaha~  Tapi dia oke je. Kebetulan dia pun takde kemana malam tu, so dia tunggu lah kitorang datang.


Aku dah selalu jumpa Apis and family dia. Anak aku pun suka kalau jumpa anak Apis, boleh main sama², sebab dorang sebaya.


Ini BUKAN apis. Ni wife dia. Gila apa nak bergambar dengan laki orang? hahahaha


Thank you korang for having us siap goreng keropok. Awal² dah pesan buat air je cukup sebab kitorang dah kenyang melantak banyak rumah sebelum tu. Tapi ada jugak keropok. Dalam taknak makan tu setengah mangkuk jugak habis. LOL dasar sangat! ehh kena la makan orang dah hidang! Kalau tetamu aku tak makan apa aku hidang aku akan kecik hati kot. haha


k tu je nak cerita. tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

wow meriahnyaaaaaaaaaa

husnalalink said...

takpe yana sambung entri raya puasa sampai raya haji terus pasni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015