Sep 15, 2017

Cubaan Pertama Buat Japanese Cotton Chessecake

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan cheesecake Jepun ni. Banyak kali la lalu lalang video cara² buat cheesecake kat timeline fb. Boleh kata hari² ada je kawan² share video buat Japanese Cotton Cheesecake. Ikutkan hati nak beli je. Sebab agak renyah nak buat. Dah la nak bakar makan masa sejam! yaa SEJAM! pfft! Tapi tak jumpa pulak baker yang jual cheesecake area Bangi-KL ni. Kalau beli kedai bakery biasa kang tak sedap meroyan pulak πŸ˜’


Makanya lepas raya haji hari tu aku kumpul segala kekuatan dan kerajinan, ku gagahkan jugak baking kek ni sendiri! Kebetulan cuti panjang kan? Study habis² bahan² yang kena beli (tak banyak mana pun), study step² semua. Zasss terus buat!


Paling susah part nak buat meringue. Ya ampun renyah yakmat!! Memang first time seumur hidup aku buat meringue. Nak asingkan kuning and putih telur tu, menggigil² tangan. Aku ada je alat untuk asingkan kuning telur. Tapi tah kenapa tak menjadi jugak. Kuning telur tu asyik la pecah bila masuk dalam benda tu lepastu bercampur laa dengan putih telur. grrr πŸ˜‘


Kali pertama, ofkos la tak jadi. Sebab tercampur sikit kuning telur. Cair je meringue aku. Habis bazir gitu je 6 biji telur masuk tong sampah T__T


Kali kedua, aku cuba sedaya upaya pastikan takde langsung kuning telur tersesat dalam mangkuk. Kali ni asingkan guna tangan je weh! Taknak dah guna alat apa². haha~  Oke la lebih senang asing, lebih teratur. Tapi tetap jugak tak jadiii!!! arghh! Gambar atas tu meringue yang dibuat kali kedua. Masih lagi cair T__T


Mujur mak aku pun terer baking. Dia cakap bancuh je lah. Kek tak kembang je kalau meringue tak jadi. hmm baiklah. Aku teruskan je bancuhan, dan bakar. Sambil bakar tu aku doa sungguh² jangan la tak jadi kek aku sampai kena buang. Sayang lahh.


Aku bakar dengan suhu 140 degrees, selama sejam (depends pada jenis oven masing²).


Lepas sejam πŸ‘‡


Dah siap! syukur kejadian yang sangat cantikkk! πŸ˜πŸ˜


Merekah tu tak pasti lah kenapa. Ada cakap sebab bekas terlalu kecik atau suhu terlalu panas. Tapi ramai pulak puji kejadian kek aku cantik sebab ada rekahan tu. lol~  *bangga pulak hinssf*😝


Aku tunggu sampai kek dah sejuk baru aku potong. Bila kek dah sejuk, dia jadi kecut tau. Tak sekembang macam baru lepas keluar oven. Puncanya meringue tu lah. Dah meringue aku kan tak jadi. Tu kek jadi kecut. Tapi takde lah teruk mana. Kecut sikit je. Kek tetap lembut macam biasa.


Rupa lepas dah dipotong. Lembuttttt sagat! gebu gebas lagi. Rasa?? dah tentu la sedap oii! Lagi sedap dari cheesecake yang dijual kat AEON sana. hahaha


Tapi aku rasa nak buat lagi tu hmm, tahun depan lah pulak kot. hahahah~  Stress weii sebab aku memang rasa susah sangat nak buat meringue. Stress oke πŸ€•


Feedback dari kawan² FB dan IG pasal tips buat meringue. Syukur ramai kawan² terer baking dalam fb and ig aku. Sayang korang! Thank you very much sudi kongsi tips dengan aku, budak baru belajar. Semoga bisnes korang makin kencangggg. aminn πŸ˜˜


Yang tanya pasal open order tu, tunggu la aku betul² terer dan BERJAYA buat kek ni baru berani nak open order bagai. haha~  Takat kek rekah² gitu alaa segannya nak open order bagai. πŸ˜   Doakan aku rajin so boleh la baking lagi kek ni. haha~


k tu je nak cerita.


Siapa terer buat kek ni share sikit tips korang πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

Sep 6, 2017

Raya Haji 2017

Assalamualaikum...


Syok raya haji tahun ni kan? Sebab cuti panjanggggg. hihi~  Aku macam biasa lah #teamrayaSelangor. Alhamdulillah masa raya haji baru ni aku boleh solat. yeyy! Eksaited nak angkut 2 ketul tu pi masjid. Especially hero kecik tu. Tak pernah lagi bawak dia pi solat jemaah kat masjid.


Pagi tu kejut bebudak bangun awal pagi. Takde awal mana, pukul 7am baru bangun. Solat raya kat rumah aku start pukul 8.15am. Baju bajan semua dah setel iron malam tu so pagi tu takde la rushing bersiap. Bebudak pun senang bangun. Yelahh ajak pi masjid, hari raya, syok laa. Ce cakap kena pi sekolah? huii kemain liat memasing nak bukak mata πŸ˜’


Sampai masjid dalam 8.10am gitu kot. Banyak lagi saf kosong masa sampai. Duk belah luar, tapi dapat port bebetul depan kipas. kihkih~  Sebab bawak budak kecik, aku pilih saf paling tepi. Takde la dorang kacau orang solat nanti.


 Saf masih banyak kosong. Bila dah nak start solat baru penuh semua saf. Ouh baju raya Zafran tu recycle baju akikah dia 2 tahun lepas! Baju kaklong pulak recycle baju raya tahun lepas. Baju mama pun recycle baju raya 4 tahun lepas kot. haha


Setel solat, balik rumah untuk breakfast. Laparrrrr!


 Mak buat nasi impit and kuah kacang. Tapi aku makan cicah dengan sambal hitam beli kat Ciknaa. Kali ke berapa tah aku beli sambal hitam ciknaa. Sedap nak arwah. Highly recommended! πŸ‘


Dalam pukul 11am gitu, aku ajak papa pi rumah kazen aku, Yayie, kat Ampang. Dia baru beli rumah kat situ, dah siap renovate semua. Lagipun memang dia ada buat makan² jemput semua family belah aku and belah wife dia kat rumah baru dia tu. Ayuhh terjah!


Dalam kereta suruh anak² tidur takut amukan kat rumah orang. Tapi mata tu duk terkebil². Eh taknak tidur sudah!πŸ˜‘ 


Rumah Yayie area Tesco Ampang nun. Dekat je. Musim raya jalan tak jem, kejap je sampai.


 Rumah Yayie lak bebetul belakang shoplot. Kebetulan ada kedai arab jual daging (kot). Hari tu dorang buat sembelihan kambing berjemaah. Dapat la tengok orang sembelih kambing. Agak² dah letih berdiri, masuk rumah untuk berehat, pastu sambung tengok sembelih lagi πŸ˜‚


 Tengok dari tingkap dapur je pun boleh. hahaha~


 Lama jugak la lepak rumah Yayie. Sampai la orang habis solat Jumaat. Ingat nak tunggu parents aku sebab masa aku keluar ayah aku mentido. Malas nak tunggu dia tidur tu kitorang gerak dulu pi rumah Yayie.


Dah parents aku lambat sangat sampai, kitorang decide nak balik je. Bebudak pun dah ngantuk. Makpak budak pun dah ngantuk. haha  Perut kenyang melantak macam² kat rumah Yayie. Ada laksa Kelantan, lemang periuk kera (mak onga bawak), ada kek, rendang, nasi beriani (jiran Yayie bagi). haa banyak lahh lagi, ada yang aku tak tau nama makanan tu hahahaha~   Dah kenyang, mula la jadi ular sawa, nak terbaring je πŸ˜


 Dari dalam kereta on the way nak balik rumah lagi dah lena hero kecik ni. Sampai rumah, letak atas katil pun lena lagi. Penat sangat ler tew. Kaklong je dah sampai rumah terus terjaga, cari ipad πŸ˜‘  Memang hari cuti je aku bagi Zafirah main ipad, tengok Youtube. Dia suka tengok surprise egg tu. Tak tahu la mana dia belajar. Aku pun belajar dari diaπŸ‘‰πŸ‘ˆ


Kat rumah baru aku perasan wassap mak. Dorang singgah Shah Alam dulu, rumah atok. hak alaaa why tak inform awal? Kalau tau boleh join. Dari rumah Yayie terus pi Shah Alam ke. Ni dah sampai rumah, dah landing atas katil, idak laa aku nak keluar balik. Tidur lagi best. haha~


Then, waktu malam papa ajak pi IOI City Mall. Saja jalan² pi Daiso beli barang untuk letak atas busyboard. Papa tengah rajin nak DIY busyboard anak, kita layan kan aje.


"mama, kaklong nak amek gambar kat situ!"   Memang dia dah pandai cari tempat posing πŸ˜


Kitorang balik time mall dah tutup. First time balik lambat gitu. Sekali nak bayar parking tiket beratur panjang hazabedah! Kenapa tah boleh terlupa nak guna touch & go malam tu. Stress je beratur pepanjang. haihh~


k tu je kisah hari raya aidiladha aku tahun ni. Tak berapa meriah sangat. krik krik je.


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Aug 30, 2017

Mile 36 Lodge, Kundasang Review

Assalamualaikum...


Entry Kundasang pun dah lama tak update. haihh~  Ni baru rajin pilih² gambar, edit semua. Sudi² lah baca ye. hehe~


Malam pertama sampai Kundasang kitorang stay di Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Malam kedua, aku pilih untuk stay di Mile 36 Lodge pulak. Kenapa tukar hotel?? SAJA!✌


Booking kat traveloka RM165.22 (inc gst). Bilik triple room (1 katil queen, 1 single bed), garden view, ada breakfast. Lagi murah dari Mount Kinabalu Resort. Lagipun tengok review tempat ni high demand jugak. So saja laaa nak teraiiii. Bila lagi nak sampai sini ye dakk😁


Time ni dah nak check-out pun. Hari kitorang sampai sini dah petang nak dekat Maghrib gitu. Daripada Hotspring kitorang terus pi Mile 36 Lodge untuk check-in. Mata aku sembab sebab tak boleh tidur semalaman. Sakit hati punya pasal. hurmm 


Jalan masuk ke receptionist. Area ni je kereta boleh parking. Belah dalam tak boleh tak silap. Kereta boleh masuk untuk turunkan luggage je. Untuk parking memang kena depan receptionist office ni. Dalam lodge ni memang tak banyak chalet, tak silap dalam 9-10 buah gitu je. Semua kena turun bukit. Mujur dapat bilik tak jauh sangat idak la penat menapak.


Actually jalan masuk ke hotel ni kalau dari jalan utama agak susah nak locate. Sebab jalan utama pun macam jalan kampung, macam jalan nak pi Cameron tu, bengkang bengkok pastu tempat ni bebetul tepi jalan pastu turun bukit pulak so memang takkan nampak chalet² tepi jalan. Semua duk bawah bukit. Signange pun takde la besar mana. Aku banyak kali tengok google map, yang street view tu untuk bebetul faham location kat mana. So bila drive tu jangan la laju sangat ye. Daripada pekan Kundasang tu dalam 10 minit kot nak sampai hotel ni.


Jalan dari bilik kitorang nak ke parking kereta depan receptionist office tu. Oke la tak curam sangat nak mendaki. Sekali sekala exercise πŸ˜


Malam lepas check-in tu, kitorang pi dinner kat Pasar Tamu, dalam pekan Kundasang tu. Pasar tamu ni agak femes jugak kat Kundasang. Sayap bakar or chicken wing femes kat sini. Nanti aku cerita pasal tu dalam entry lain ye.


View dari pintu utama nak ke bilik. Kawasan ni macam ruang legar gitu. Bilik kitorang yang aku tanda anak panah merah tu. Belah kiri and kanan tu pun ada bilik jugak. Boleh dengar jiran² kau berborak. lol~  WiFi pun ada kat kawasan ni. Superb weh! Aku pakai Maxis line memang clean and clear. Laki aku pakai Celcom, tak boleh detect wifi and line dalam bilik langsung nan hado macam duduk dalam gua kahkah! Jadi nak datang Kundasang sila tukar ke Maxis. InsyaAllah tak menyesal πŸ˜


Cafe pulak ada kat tingkat bawah, ada tangga belah kiri tu. Kat belah luar pun ada tangga jugak turun ke cafe. Lupa amek gambar cafe. Simple je macam kau balik kampung, makan ramai² kat dapur rumah nenek kau dengan makcik pakcik and relatives lain. haa gitu lah keadaan yang aku rasa masa breakfast kat sini. hahaha~


Food so-so je. Tak banyak choice. Ada 3 menu je kot. Roti bakar, mihun and nasi goreng. Air panas pulak ada coffee and tea. Tu je! Memang hotel bajet sesangat.


Ni lah rupa bilik yang aku sewa. Luas! I mean memang exactly macam dalam gambar. Macam hotel Mount Kinabalu Resort jugak, hotel ni TIADA kipas mahupun ekon. Bukak je tingkap luas² hah gigil² kau tidur malam. huhu~


Kitorang rapatkan dua katil ni masa nak tidur. Lagi syok guling².


View dari meja solek.


Bilik air yang sangat simple tapi LENGKAP! water heater perfect, halaju air pun perfect, sama macam kat rumah. Walaupun deko macam toilet kampung, tapi bersih wei! BERSIH sangat! Secalit lumut atau kotoran nan hado. Well done management Mile 36 Lodge.πŸ‘


More kemudahan yang ada:
πŸ‘‰ Towel mandi 3 helai
πŸ‘‰ Sabun mandi petak 
(aku memang bawak sesiap sabun sendiri)
πŸ‘‰ Kettle
πŸ‘‰ Gelas x2
πŸ‘‰ Tisu sekotak
πŸ‘‰ WiFi


Oke tu je review aku pasal hotel ni. Aku bagi 4.5/5 bintang. Aku kagum walaupun hotel bajet tapi tahap kebersihan sangat ohsem! 10 bintang aku bagi untuk cleanliness. Memang puas hati sangat walaupun takde tv dalam bilik and breakfast tak sedap. Minor je tu. Yang penting bilik dan toilet selesaaaaa pastu ada WiFi dalam bilik. Kitorang bukan lepak bilik sangat pun. Banyak keluar berjalan. Balik bilik untuk tidur je. So bagi aku hotel ni memang sangat sangat berbaloi dan jimat! Sila beli kat Traveloka ye memang lagi murah dari Booking.com. hiks!


Till next entry, tata!




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015