Showing posts sorted by relevance for query aqiqah zafran. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query aqiqah zafran. Sort by date Show all posts

Jan 19, 2016

Majlis Aqiqah Muhammad Aisy Zafran

Assalamualaikum...


Alhamdulillah selesai dah buat kenduri aqiqah untuk hero aku ni haaa...e-invitation ni aku buat guna apps kat fon je...senang kaoo...macam² design hado! hoho


Door gift madu...lebihan wedding cousin aku bulan lepas...jimat oke recycle door gift gini...hakhak    
Aku tak pasti ada berapa ratus madu ni...tak kira pulak...tak plan pun nak bagi door gift bagai...kalau boleh nak jimat sehabis jimat...tapi dah alang² ada balance door gift masa wedding kazen aku tu so guna je lahh...siapa cepat dia dapat...gitu konsepnya.. :)


Katering pulak amek Hot Pindang...bajet dalam 200 orang guests..sekali yang datang lebihhhhh!!! oh myyy! padan muka tak kira bebetul...hahaha  yelahh sebab masa qiqah Zafirah dulu invitation 200 pax cukup je makanan...berlebih lagi...tu yang konfiden je kali ni pun cukup...pastu pi invite ramai²....padahal sedara mara sendiri dah cukup ramai...campur kengkawan lagi...kengkawan mak ayah aku lagi...kengkawan ayah ramai gila oke yang datang...kengkawan sekolah dia and kengkawan bisnes bagai...boleh pulak dorang bergathering kat rumah aku...belum campur jiran tetangga lagi...pheww! 


Udahnya pukul 3pm MIL aku kena masak lauk tambahan...3 ekor ayam + sekilo daging and nasi 2 periuk....itu pun licinnnnn! ya Allah..syukur Alhamdulillah...murah rezeki anak teruna sorang ni haaa... ^_^


Tapi agak bersalah jugak bila ada guests yang datang tengok food nak habis, sudu garfu takde...huii mahap mahap...kami memang fail bab membajet² kehadiran tetamu...dari dulu macam ni...walaupun dah selalu buat kenduri kat rumah...tetap jugak fail nak bajet kehadiran tetamu...haihh  -.-'


kambing...dari Sg. Tangkas...asalnya kitorang nak buat sekor je dulu...lagi sekor nak buat kenduri kat rumah MIL pulak...tapi last minute ayah cakap dia ajak kengkawan dia ramai² so tak cukup sekor...dia nak sponsor lagi sekor...makanya 2 ekor lah kambing yang di aqiqahkan pada hari tersebut...haaa licin jugak oke! haha


Buaian berendoi yang berusia 4 tahun...dulu kaklong Zafirah pakai, kali ni adik dia pulak pakai...memang boleh guna turun temurun buaian ni...wohoaa! ^_^


Pengantin...huhu  baju melayu tu beli sehari sebelum majlis...mujur kat Bangi sesepah butik kekanak...aku beli baju melayu ni kat Bangi Gateway...kaler ni je yang ada saiz baby...RM50+...rembat terus malas nak survey²...boleh pakai untuk raya sekali...hahaha


orang marhaban sampai tepat pukul 11am...masa ni Zafran pun baru mandi...nasib baik sempat bersiap sebelum marhaban start  :p


Kitorang tak buat berendoi pun...cuma buat tahlil, marhaban dan selawat...tu je...simple is better  :)


his feveret auny...cikyongggg!!! ^_^


Setel marhaban baru aku keluar jumpa tetamu² yang datang...antara tetamu yang aku sempat bergambar dua orang ni je haaa...hahahaha adoyaii...yang lain datang time peak hour...memang tak teringat langsung nak bergambar...padahal henpon memang ku usung hulu hilir...sibuk sangat kekdahnya...huhu


Kak LM


kak Leenda...aku nampak kembang semangkuk bila berdiri sebelah ko kak oii! pasni tak boleh amek gambar sebelah akak...kena duk belakang sikit  :p


ada jugak celebration birthday aku and mak...JANUARIANS yaw! mak aku 3rd January, aku 8th January...♥ ♥ ♥


kek durian..sebab mak aku fanatik durian...haha  luaran ukiran durian, belah dalam ada REAL durian oii! tapi mahap lahh bila dah belah tu tak teringat nak snap gambar...terus masuk mulut je...kejap je dah licin...sedap sangat! aku yang bukan peminat durian ni pun suka makan kek ni...tak muak langsung...aku beli kat @nininadira ....  :)


familia...both side, mine and the in laws...terima kasih daun keladi...lain kali datang lagi... :)


dah habis kenduri baru teringat nak amek gambar 4 beranak...selebet muka memasing...berminyak² toksah cakap lah...haha  ^_^


waktu malam sesi bukak hadiah...boleh tahan banyak jugak hadiah orang bagi...hadiah untuk mama pun ado! torrbaiikkk! terima kasih banyak²!! semoga semakin murah rezeki kalian...aminnnn  :)


Terima kasih juga pada semua yang sudi hadir memeriahkan majlis...yang bagi hadiah, bagi duit...mohon maaf jika ada sebarang kekurangan, food tak cukup ke, tak sempat nak layan or berborak...terkejut sebenarnya ramai² serang rumah kami...haha  Allah sahaja yang dapat balas segala jasa baik kalian... ♥ ♥ ♥


Esoknya tu dak encem kena amek cuti untuk kemas rumah...boleh tahan penat buat kenduri eh...walaupun pakai katering...kalau masak sendiri mungkin boleh pengsan kepenatan...hahaha  :p


yang penting dah selesai meng-akikahkan anak teruna aku tu...sementara aku masih cuti pantang lagi ni...setelkan semua urusan yang besar²...sok dah kerja kompem asyik tak sempat lah, takde masa lah, letih lah...gitu...


k tu je nak cerita...tata! ^_^





Terima kasih sudi membaca!

Feb 14, 2019

Majlis Aqiqah Muhammad Aisy Zafri

Assalamualaikum...


Entry throwback bulan Jun 2018. Baru perasan tak update lagi cerita akikah adik baby. lol~


Jemput baca. Sis janji tak boring. 😁✌


Macam biasa lah aku kalau menjemput orang datang rumah siap buat e-invitation bagai. Menunjukkan aku bersungguh² dan ikhlas menjemput. Gituu. Eh aku tak kata la kalau tak buat e-card ni tak ikhlas. Ni cara aku. Lain orang lain cara menjemput. Allah je yang tahu isi hati masing². Not me to judge lah. Sekarang ni nak tulis apa pun kena ada disclaimer siap². Makcik bawang ramai sangat.


Macam biasa jugak aku buat majlis akikah masa tengah cuti berpantang. Kalau ikut kiraan melayu dah habis laa 44 hari tu. Cuti kompeni bagi 60 hari (termasuk public holiday dapat lah lebih 60 hari). Kebetulan hari raya pulak time ni. Hoii aku kena ganti puasa sebulan oke beranakkan anak bongsu ni. pfft! Setakat hari ni dah ganti 17 hari. Wish me luck korang! 💪


So buat kenduri akikah + open house sekali. Ramai lahh jemputannya. Beza sikit je dari kenduri kahwin aku. lolz~


Buaian turun temurun . Mak aku ubah terus deko sebab deko lama dah berhabuk teruk. Aku dah slow buat sewa buaian. Tak rajin la nak menten deko. Tak kreatif pun satu hal. So takde la promosi and orang pun ingat aku tak buat dah sewa buaian tu. Udahnya berhabuk lerr deko bunga² tu. Semua mak aku buang! lol~  Kain alas tu pun semua tukar baru tau. Kecuali sarung tilam and bantal lah. Sarung² semua aku simpan leklok dalam almari. Karpet tu punn mak aku beli baru. Ya auloh mak ni. Aku plan nak guna karpet apa ada kat rumah tu je. Tiba² dia cakap dah beli karpet baru. Tak sempat nak halang. lol~


Tepat pukul 11am team marhaban datang. Kali ni amek team marhaban dari Seksyen 4 Tambahan, Bangi. Dapat contact dari kawan² jugak. Saja tukar angin amek team lain dari biasa. Kurang lah sikit isu membawang. kahkah! Lebih 10 orang jugak yang datang. 😍


Sepanjang marhaban budak 2 ketul ni duk bekepit tepi baby. Zafran tu tak mandi² lagi tu. Papa busy set-up meja and food kat luar, aku kena duk jaga baby kat buai. Dia bukan nak orang lain mandikan. Kena either mama or papa je 🙄


Almost sejam jugak marhaban. lol~  Lupa nak pesan baca ringkas², pendek² je. haha~  Aku tak buat pun budaya yang kena pusing baby dalam bulatan pastu tiap orang gunting rambut baby sikit sorang, siap ada kelapa ke apa. Tu budaya hindu. Harommm kita ikut.✌


Habis marhaban, MAKAN TIME! yayy!


Percaya lahh jadi tuan rumah tak kenyang mana pun kau makan. Jamah pun asal sempat je. Busy oke layan tetamu. Orang tak putus² datang. Bukan takat sedara mara je, kawan² aku, kawan² laki, kawan² parents aku lagi. Ayah aku siap gathering dengan geng bas sekolah dia. Nasib baik dah prepare awal. Belajar dari pengalaman lepas, kali ni kitorang order katering untuk 500 orang terus. Alhamdulillah. Murah rezeki adik baby.


Cuzzies
Bini² tech aerospace. lol~
Teachers Zafirah and Zafran. Ada yang dah pindah pun. huhu
Kak Redmummy.
3 beradik. Zafirah tu peel sangat taknak posing bebetul. hahh padan muka gambar tak cantik 😒
Dah malam baru sempat amek family photo. Sebbaikk aku lumur pondesen Catrice. Memang tahan sepanjang hariii. 😍

Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Food habis! Ehh lauk je habis sebenarnya. lol~  Ayah aku order nasi arab 3 tong besar, lauk gulai kambing kot, tak ingat. Aku order nasi putih dengan ayam masak merah. Mak aku order menu breakfast, mihun and kuih muih. Lauk memang licin. Nasi arab ada lebih 2 tong. Nasi putih lebih 1 tong. Kitorang sedekah kat kedai makan depan rumah. hihi~  Kambing golek 2 ekor beli dari tempat sama dengan time qiqah Zafran dulu, kat Sg Tangkas sana. Mana tah tok laki dapat contact number dia. lol~


Terima kasih semua yang sudi hadir memeriahkan majlis. Mohon maaf mana² terkurang. Yang baik tu semua dari Allah, yang lemah itu dari diri aku sendiri. Lafff semuanya! Jangan kau tanya bila next akikah. Nak kena sembelih?





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015