Jan 1, 2018

Jalan-jalan di Mitsui Outlet Park, Sepang

Assalamualaikum...


Rasanya ni kali kedua kot aku jejak kaki kat Mitsui Outlet Park (MOP). First time dulu datang dengan laki, kali ni datang bertiga je dengan anak². Laki pi bercuti kat Jepun dengan geng blogger. Kalau korang follow blog kak Fillanie and Namee korang boleh baca pasal trip Jepun tu. Dorang pi trip sekali dengan laki aku.


Ramai pulak kagum aku keluar bertiga dengan anak². Dengan keadaan aku memboyot sekarang. haha~  Takde apa nak dikagumkan lahh! Percayalah, demi taknak mereput kat rumah di hari minggu, sejenis kegagahan dan kecekalan akan tiba² meresap masuk dalam badan seorang mama๐Ÿ’ช


Main reason aku nak sangat pi MOP is this๐Ÿ‘‡


Woman right? woman! ๐Ÿ˜œ


First time datang dulu laki pernah bawak. Sawan oke masuk kedai ni! Baju semua cantik² tapi harga murahhh dan sangat mampu milik! Lagipun aku dah lama tak shopping baju baru. Boring dah tengok baju dalam almari, tiap minggu duk ulang pakai baju sama je. Dah la banyak yang tak muat (sedar diri gemok). Dah alang² banyak waktu free untuk shopping marilah gunakan masa yang ada sehabis baik. yeyy! Zafirah pun banyak bagi idea untuk aku pilih baju. Big girl sangat dia! Sok kaklong dah besar boleh buat girl's day out dengan mama. Mesti FUN!๐Ÿ˜


Actually kedai MNB ni ada outlet lain jugak dalam Dpulze Shopping Center, Cyberjaya and Berjaya Times Square. Aku tak familiar dengan Dpulze, nak pi Times Square pulak macam terlalu jauh, plus crowded and macam susah je aku nak handle anak² aku nanti. Tu yang decide pi Mitsui je. Jalan nak pi sana lancar, parking pun senang (keluar awal pagi tak ramai orang), dalam mall pun convenience nak jalan tiga beranak. Lagipun MOP dah buat extension phase 2. Company aku one of the consultant terlibat tapi bukan aku lah yang handle projek tu. Tapi nak jugak tengok besar mana extension tu and kedai apa yang dah bukak. Saja lah kannn๐Ÿ˜


Habis shopping kena paw dengan anak² nak main arcade๐Ÿ˜’


Mujur duit elaun yang bos bagi masa trip pi Yogja hari tu ada balance lagi RM400. Bos bagi RM1k, aku belanja dalam RM600 je kat Yogja. So balance tu lah guna untuk berjoli kat Malaysia pulak. kiki~๐Ÿ˜


2-3 game je aku bagi main. Malas nak tukar² token (baca: kedekut). Eh baik beli makanan lagi baloi lahh.


Dah tengah hari aku ajak dorang lunch. Lapar oii! Breakfast tadi makan sikit je. huhu~


Lagi aku suka pi MOP sebab ada The Loaf Bakery! Suka gilaaaaa dengan roti lemon cheese ni. Aku siap jadi member, dapat la harga murah sikit. Tiap kali datang mesti borong banyak². Biasa beli max 8 pcs. Tu pun tak sampai sehari dah habis licin. Berebut² makan anak beranak๐Ÿ˜‚


Ingat nak lunch kat The Loaf je, tapi tengok menu gulp! Spaghetti meatball pun dah almost RM30 sepinggan. Ahkak rakyat marhaen je. Memang la aku boleh joli dengan duit elaun hari tu, tapi herm sayang ahh! Anak² aku pulak jenis cerewet bab makan. Kang aku beria melantak dorang tengok je aku makan. Last² pi food court je lah. Order nasi ayam share 3 beranak. kahkah~  Eh jangan la kata aku kedekut dengan anak, dorang makan memang sikit. Setengah pinggan je habis, so balance lagi setengah pinggan aku la kena perabihkan. Dengan keadaan perut aku sekarang ni, memang dah tak larat sangat nak melantak banyak². Nasi setengah pinggan tu pun dah rasa senak!


Lepas makan, ajak dorang jalan² mall and pi new extension.


Banyak tempat bergambar je kat new extension ni (level 2). Kedai² tak banyak sangat.


Practice lagi amek gambar ye kaklong. Muka mama dah macam kena gigit tebuan.


Masa ni jugak Tealive buat promo sempena pembukaan kedai dorang kat MOP, buy 1 free 1. Tu yang dapat belon bagai tu. Tapi aku tak beli sebab beratur panjang ya hamat! Amek belon je lah kenang-kenangan ๐Ÿ˜œ


Pastu Zafirah ajak main dalam arcade lagi. Kali ni main kosong je lah, aku malas nak tukar token pape. Dalam 20-30 minit jugak melepak arcade. Sampai aku dah menguap tah berapa ratus kali๐Ÿ˜’  Paksa jugak balik sebab Zafran pun dah mengantuk. Duk gosok² mata dah.


On the way balik memasing tidur. Zafran ni memang extra sikit perangai dia. Aku dah cakap kepala kat atas, dia nak jugak tido tertonggeng gitu. Kaklong elok baring kat seat belakang. Aku dah prepare bantal sesiap. Zafran takmo tido seat belakang, dia nak tido situ jugak. Sukahati lah nak asalkan selesa tidur.


Sampai rumah terus segar mata memasing. Sebab nak ajak main kat playground pulak. Amboi! Badan mama dah lemau ni.


Tapi lepas Asar aku bawak jugak lah dorang keluar. Lagipun nak pi basuh kereta and cari cempedak goreng. Masa on the way balik ada nampak gerai jual cempedak goreng.


Dorang ni kalau keluar rumah memang behave sesangat!๐Ÿ˜


Akhirnya, bersih jugakk kereta mama tuuu. Setahun 2-3 kali je kot basuh kereta. kahkah


Sekali bila sampai gerai jual cempedak, gerai dah TUTUP!!
T_____________________T


Maka, daku pun bawak lah hati yang sedih pilu sebab tak dapat makan cempedak goreng pi taman belakang mekdi Bangi tu. Lagipun plan nak beli dinner kat satay Samuri dalam PKNS.


Sewa bubble ni. RM3 sebekas. Dapat 2 stick. Oke laa sebab sejam jugak nak tunggu habis sebekas tu. Aku ada tambah air sikit sebenarnya. kikiki~


Main lah puas² ye anak².


Pukul 7pm paksa balik. Tu si Zafran tu memang tak reti nak stop main! Meraung² ajak balik. Cubit kang kesian pulak!๐Ÿ˜‘


Ingatkan waktu Maghrib tak ramai lah orang beli makanan kat Samuri tu. Silap bhai! Berderet orang beratur. Aku beli nasi goreng cili api and satay 5 cucuk. Nasi goreng tu aku share dengan mak. Kitorang memang makan sikit je memalam. Satay tu pulak untuk bebudak ni. Setengah jam jugak menunggu satay siap. Penat sangat badan aku. Seharian tak rehat duk berjalan sana sini. Anak² aku je yang tak pernah penat. Mana datang tah tenaga dorang ni hehh~


Balik rumah, mandi manda, solat and makan. Rugi pulak beli nasi goreng sebungkus. Sedap jugak lah. Terasa pedas cili padi tu. Tak rasa macam masakan Indon pun walaupun Indon yang kerja situ. huhu~  Lepas tu banyak kali pulak aku repeat beli nasi goreng cili padi kat situ. Korang try lahh.๐Ÿ˜


Malam tu tidur awal. Badan aku penat sangat. Mujur anak² pun senang tidur malam tu. Dorang pun penat sangat main agaknya.


k tu je nak cerita. tata!





Terima kasih sudi membaca!

Dec 31, 2017

2017, Tahun Penuh Pengkhianatan!

Assalamualaikum...


Dah lama tak buat entry meroyan. Ingatkan bila dah jauhkan diri dari pengkhianat², tenteram lah hidup aku. Aku silap!! Pihak sana bukan main kecam aku kaw kaw. Siap libatkan pulak adik beradik ipar duai bagai.  Eh family kau yang khianat aku, bila aku marah, aku pulak yang salah??


Ye aku ada jugak meroyan update status FB. Tapi ayat aku semua BERKIAS! Hanya yang terlibat je akan faham. Adik aku pun tak tahu cerita bhai! Status² tu pun bukan bersifat kekal. Lepas dah rasa lega aku delete balik. Tapi dorang bukan main menjaja cerita aku kat orang lain. Screen shot status aku masuk dalam group.


Dah alang² ramai yang tahu (daripada dulu hanya 'kita-kita' je yang tahu), tapi sebabkan komen si kakak yang membuka pekung, haa marilah aku enlighten semua orang. Ni yang korang nak kan?? 


Punca
Nurul Ashieda binti Abdullah


Daripada punca yang jadi, aku mula jauhkan diri dari SEMUA orang yang terlibat! Kau jangan sembang lebih kata aku yang overreacted! Kau tak rasa apa yang aku rasa!


Mula² aku cuba kuatkan diri untuk HIPOKRIT! yaa hipokrit macam kerabat sana selalu buat. Aku just inform gitu² je yang aku dikhianat teruk. Tau apa respon aku dapat??


"takde apa lah....yana oke"


TAKDE APA kau cakap???

FU**!


Then aku realize, kalau aku teruskan dengan sikap hipokrit, aku yang kemurungan, mungkin akan sampai tahap depresi. Sebab kerabat pengkhianat sikit pun tak pandang serius dengan luahan aku. Kesian anak² aku. Dari situ aku mula 'buang' semua yang ada kena mengena dengan si pengkhianat, SEMUA darah daging dia! Aku tak benci semua, aku KECEWA. Kau tau tak kecewa tu level dia lagi tinggi dari marah?? 


Then, bila aku dah mula bertenang, datang masalah lain pulak. 



Dari punca ni jugak lah mak bebudak ni emo dan meroyan! Padahal dia tahu KENAPA aku buat macam tu! Siap up status mengeji aku. Ayat takde kiasan langsung! Macam mana aku tau?? Adik aku cerita. Tapi kau ada nampak adik aku serang komen kat FB kau?? Status keji kau tu pun adik aku tak screenshot tunjuk kat aku. Sikit pun dia tak cerita apa yang kau royan kak! Takde siapa tahu pun tu anak kau. Rata² yang baca blog aku semua positif minded. Kalau ada yang tahu pun cuma akan tertanya², "kenapa gambar blur?", TAKKAN lebih dari tu. Aku tak pernah ada masalah pun dengan kau anak beranak. Kau je otak negatif suka mengata belakang.


Aku tak kisah kau nak ngadu kak. Betul tak kisah. Aku pun malas nak campur emosi kau yang tah pape tu. Tapi kakak kau serang FB aku dah kenapa? Bukak pekung di dada sendiri?? Dia sibuk jadi hero tapi tak tahu hujung pangkal cerita. Tak malu ke? Kau perempuan kak, kau ada suami ada anak², kau sepatutnya lebih faham apa yang aku rasa sekarang ni. Bukannya kau tolong tambah minyak dalam api yang panas! Takkan nak tunggu aku doa kena kat batang hidung kau sendiri baru kau nak ada akal?? Anak² kau tiga perempuan kak. Mohon fikir panjang sikit! Laki kau sakit pun kau dah menggelupur satu badan. Aku rasa kalau kau kat tempat aku mau kau bunuh diri kak! Percayalah! Kau ingat 'sedara' kau khianat aku biasa² je ke?? Aku tak selemah kau! Sebab tu aku boleh mantain happy sampai sekarang. Aku boleh move-on dengan anak² aku TANPA perlu aku menjaja cerita buruk keturunan kau kak. Tapi kau dah melampau!


Nak screen shot entry ni kecam berjemaah dalam group pun silakan! Aku malas dah nak jaga hati orang. Aku dah penat menangis. Anak² aku pun nampak aku sedih. Korang cakap senang laaa, 'jangan babitkan family'. Kau tak rasa apa aku rasa!! Better shut up and stay out!


Lumrah manusia, memang takkan faham perasaan orang lain selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Aku pun tak harapkan korang faham keadaan aku. Tapi cukup lah JANGAN ganggu hidup aku! Jangan sibuk pertikai kenapa aku bertindak begitu, begini. Aku pun tak kacau hidup korang! Aku jauhkan diri ada lah. Tak hingin pun nak amek tahu hal hidup orang² zalim macam korang!


Aku nak explain lebih² pun no point. KAU TAKKAN FAHAM!


My blog my right! Kau tak suka apa yang aku tulis tu masalah kau! Pi buat blog sendiri!



Apa² pun, aku maaf kan kau kak dengan kakak kau yang cuba nak jadi hero tu. Betul, aku maafkan. Kau nak teruskan emo sukahati lah kak. Aku dah penat fikir.


Move on itu melangkah maju, bukan melupakan!

Hanya mereka yang TERLIBAT sahaja akan faham entry ni mengenai apa...MELAINKAN adik beradik tu pi bukak aib sesama sendiri...


Mulut tempayan pun aku tak boleh tutup, apa lagi mulut manusia.




-END-





p/s: Takde kaitan dengan family aku. Mana ada family khianat sesama ahlinya kan??Semoga tahun 2018 lebih indah, lebih tenang, lebih damai. Amin

p/s²: Aku takde dan TAK PERNAH ada anak buah. Anak sedara je ada setakat ni. Adik aku belum kahwin lagi. Tak payah la buat spekulasi sangat!



Terima kasih sudi membaca!

Dec 22, 2017

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita Yogja eh. Nak selit entry terkini dulu. kikiki~  Lagipun banyak lagi gambar belum transfer/edit. Nanti² lah aku update๐Ÿ˜


Alkisah Sabtu lepas, laki takdop, outstation seminggu. Daripada hari Rabu lagi dia dah fly. Bila weekend aku dah plan nak hangkut anak² aku berjalan. Aku tak suka mereput dalam rumah tambah time laki takde lagi aku boring duk rumah. Kang aku stress sebab semua benda aku kena buat sorang. Baik lah aku keluar amek fresh air, boleh bonding time dengan anak². *ecece padahal memang jenis tak reti duk diam*๐Ÿ˜


Aku takde spesifik plan pun sebenarnya nak bawak anak aku ke mana. Kebetulan Sabtu pagi tu anak² aku bangun awallllll! Sebelum 7.30 dah cerah mata memasing! ๐Ÿ™„  Bila dorang bangun, aku pun kena la bangun sekali! Bising kot. Memang takde can mama nak sambung membungkang. haha~  Aku terus suruh Zafirah mandi sebab malam sebelum tu aku ada lumur shampu kutu kat kepala dia. Memang dah pesan, bangun pagi kena terus mandi basuh kepala. Bila anak² dah siap mandi, aku tengok jam baru pukul 8am lebih. Eh awal lagi.


Prepare breakfast (roti + nutella), sambil otak ligat fikir mana nak bawak dorang pepagi tu. Ingat nak bawak pi Tasik Cempaka je, dekat sikit. Tapi pukul 10am confirm dah panas terik. Situ tak banyak pokok, playground pun confirm panas. Tak best ah main tetengah panas. Pening! Tetibe teringat Taman Botani. Situ redup, banyak pokok, ada tasik, boleh sewa basikal. Zasss! Terus siap² and pi Taman Botani.


 Sampai sana almost 10am gitu. Lama sangat berfikir kat rumah gamaknya. kahkah~


 FYI. Aku sewa basikal yang ada baby carrier and yang ada 4 tayar untuk Zafirah. Saja bagi dia explore naik basikal dalam taman. Selama ni kayuh basikal dalam laman rumah je. Aku sewa untuk sejam. Cukup lah tu.


 Tempat collect basikal. Pilih lah basikal mana yang korang kenan.


 Zafran tu awal² je pakai belt tu, pastu dia rimas. Zafirah pun mula² takut² nak kayuh basikal tu especially kat jalan yang berbukit. Eh takde la tinggi mana bukitnya. Tapi bila basikal tu laju dia seram! Awal² dah ada adegan nangis² ๐Ÿ˜’  Actually break kat basikal dia tu ketat sangat. Susah dia nak tekan tu dia menggelebah je bila turun bukit. herm~


 Tapi mula² je lah takut. Biasa lah kan bebudak. Aku ajar je lah dia macam mana nak control basikal tu time turun bukit and explain kenapa dia tak perlu takut, but instead dia patut rasa seronok bila turun bukit! Eh jalan dalam taman tu lengang je oke! Tak ramai orang, best lah bawak basikal lelaju!


So lama² dia jadi oke mengayuh dengan confident nya. Syabas kaklong!๐Ÿ‘


 Kitorang stop banyak tempat untuk rehat, minum air and saja enjoy the scenery. Zafran tu bukan mengayuh pun! Duduk je seat belakang tu. Sekali sekala kena bagi dia melasak, bagi keluar peluh. Kang balik rumah senang terus tido. bahaha~


 Kasi can laa mama nak posing background tasik.๐Ÿ˜


 Kaklong memang senang ajak bergambar. Zafran tu herm kena didik lagi. lol~


 Photos taken by kaklong Zafirah! yeyy! #anakblogger ๐Ÿ˜œ


Selepas sejam, kitorang pulangkan balik basikal kat tempat tadi, then aku beli air kat vending machine. Ada je bawak botol air, tapi saja laa nak air sejuk jugakk. kihkih~


Rehat jap sambil habiskan air. Beli se-tin je sebab duit tak cukup. lol~  Beg duit semua aku tinggal dalam kereta. Tak plan pun nak beli air kat vending machine, tapi dah penat kaw kaw tergoda jugak lah kan๐Ÿ˜‚  Se-tin tu banyak jugak sebenarnya, share² minum 3 beranak, sambil borak². Heaven!


Dah puas rehat, aku ajak dorang lunch kat Alamanda. Dah dekat dengan Taman Botani kan. Zafirah request nak makan kat Chicken Rice Shop. Aku memang ikut je apa tekak dia nak makan sebab dia picky eater. Kat situ dia boleh habis sepinggan nasi. Kau bawak tempat lain walaupun jual nasi ayam jugak, 10 suap je dia makan๐Ÿ™„


Aku beli kids meal 1 and set untuk aku 1. Aku share dengan Zafran. Hero tu sekarang dah tak minat makan macam dulu. Dah mula makan main². Tak sampai setengah pinggan pun dia makan. erm oke laa janji ada jugak la nasi masuk dalam perut tu. Dia banyak makan jeli je. Zafirah tu pun makan nasi dengan sup je. Ayam sikit pun tak usik ๐Ÿ˜’   Ayam aku pun ada yang tak habis, so mintak tapau, tambah nasi kosong 1. Kot malam kang tak tau nak makan apa, ulang balik makan nasi ayam je lah. Senang. hihi~


Habis makan bawak dorang main kat area Playland sebelah Parkson tu. Eh sekarang dorang dah lambak kereta² mainan yang kena masuk coin tu depan Playland. Aku ada la try masukkan coin kat satu kereta ni, dia keluar lagu je kaoo! Tapi tak bergerak apa pun! Choii bazir RM2 aku tau!๐Ÿ˜ค


Dalam pukul 3pm kot aku ajak gak dorang balik. Tu pun kena paksa oke, aku cakap nak balik solat. Kalau boleh dorang nak berkampung depan Playland tu ๐Ÿ˜‘


Sampai rumah mandi manda, pastu memasing tidoooo! Termasuk lah aku. huahua~


Next time memang nak bawak lagi dorang datang sini. Walaupun matahari dah tegak atas kepala tapi tak rasa panas. Sebab banyak pokok² sepanjang jalan especially tepi tasik tu. Berangin lagi. Tapi next time nak bawak basikal sendiri. Boleh main lama² and Zafirah pun dah biasa dengan basikal dia senang dia nak control especially break. hehe~


K tu je nak cerita. Korang suka dak pi Taman Botani? Korang biasa bawak anak² riadah kat mana?๐Ÿ˜




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015