Showing posts with label Sports. Show all posts
Showing posts with label Sports. Show all posts

Dec 22, 2017

Sepagi di Taman Botani, Putrajaya

Assalamualaikum...


Rehat jap cerita Yogja eh. Nak selit entry terkini dulu. kikiki~  Lagipun banyak lagi gambar belum transfer/edit. Nanti² lah aku update😁


Alkisah Sabtu lepas, laki takdop, outstation seminggu. Daripada hari Rabu lagi dia dah fly. Bila weekend aku dah plan nak hangkut anak² aku berjalan. Aku tak suka mereput dalam rumah tambah time laki takde lagi aku boring duk rumah. Kang aku stress sebab semua benda aku kena buat sorang. Baik lah aku keluar amek fresh air, boleh bonding time dengan anak². *ecece padahal memang jenis tak reti duk diam*😝


Aku takde spesifik plan pun sebenarnya nak bawak anak aku ke mana. Kebetulan Sabtu pagi tu anak² aku bangun awallllll! Sebelum 7.30 dah cerah mata memasing! πŸ™„  Bila dorang bangun, aku pun kena la bangun sekali! Bising kot. Memang takde can mama nak sambung membungkang. haha~  Aku terus suruh Zafirah mandi sebab malam sebelum tu aku ada lumur shampu kutu kat kepala dia. Memang dah pesan, bangun pagi kena terus mandi basuh kepala. Bila anak² dah siap mandi, aku tengok jam baru pukul 8am lebih. Eh awal lagi.


Prepare breakfast (roti + nutella), sambil otak ligat fikir mana nak bawak dorang pepagi tu. Ingat nak bawak pi Tasik Cempaka je, dekat sikit. Tapi pukul 10am confirm dah panas terik. Situ tak banyak pokok, playground pun confirm panas. Tak best ah main tetengah panas. Pening! Tetibe teringat Taman Botani. Situ redup, banyak pokok, ada tasik, boleh sewa basikal. Zasss! Terus siap² and pi Taman Botani.


 Sampai sana almost 10am gitu. Lama sangat berfikir kat rumah gamaknya. kahkah~


 FYI. Aku sewa basikal yang ada baby carrier and yang ada 4 tayar untuk Zafirah. Saja bagi dia explore naik basikal dalam taman. Selama ni kayuh basikal dalam laman rumah je. Aku sewa untuk sejam. Cukup lah tu.


 Tempat collect basikal. Pilih lah basikal mana yang korang kenan.


 Zafran tu awal² je pakai belt tu, pastu dia rimas. Zafirah pun mula² takut² nak kayuh basikal tu especially kat jalan yang berbukit. Eh takde la tinggi mana bukitnya. Tapi bila basikal tu laju dia seram! Awal² dah ada adegan nangis² πŸ˜’  Actually break kat basikal dia tu ketat sangat. Susah dia nak tekan tu dia menggelebah je bila turun bukit. herm~


 Tapi mula² je lah takut. Biasa lah kan bebudak. Aku ajar je lah dia macam mana nak control basikal tu time turun bukit and explain kenapa dia tak perlu takut, but instead dia patut rasa seronok bila turun bukit! Eh jalan dalam taman tu lengang je oke! Tak ramai orang, best lah bawak basikal lelaju!


So lama² dia jadi oke mengayuh dengan confident nya. Syabas kaklong!πŸ‘


 Kitorang stop banyak tempat untuk rehat, minum air and saja enjoy the scenery. Zafran tu bukan mengayuh pun! Duduk je seat belakang tu. Sekali sekala kena bagi dia melasak, bagi keluar peluh. Kang balik rumah senang terus tido. bahaha~


 Kasi can laa mama nak posing background tasik.😝


 Kaklong memang senang ajak bergambar. Zafran tu herm kena didik lagi. lol~


 Photos taken by kaklong Zafirah! yeyy! #anakblogger πŸ˜œ


Selepas sejam, kitorang pulangkan balik basikal kat tempat tadi, then aku beli air kat vending machine. Ada je bawak botol air, tapi saja laa nak air sejuk jugakk. kihkih~


Rehat jap sambil habiskan air. Beli se-tin je sebab duit tak cukup. lol~  Beg duit semua aku tinggal dalam kereta. Tak plan pun nak beli air kat vending machine, tapi dah penat kaw kaw tergoda jugak lah kanπŸ˜‚  Se-tin tu banyak jugak sebenarnya, share² minum 3 beranak, sambil borak². Heaven!


Dah puas rehat, aku ajak dorang lunch kat Alamanda. Dah dekat dengan Taman Botani kan. Zafirah request nak makan kat Chicken Rice Shop. Aku memang ikut je apa tekak dia nak makan sebab dia picky eater. Kat situ dia boleh habis sepinggan nasi. Kau bawak tempat lain walaupun jual nasi ayam jugak, 10 suap je dia makanπŸ™„


Aku beli kids meal 1 and set untuk aku 1. Aku share dengan Zafran. Hero tu sekarang dah tak minat makan macam dulu. Dah mula makan main². Tak sampai setengah pinggan pun dia makan. erm oke laa janji ada jugak la nasi masuk dalam perut tu. Dia banyak makan jeli je. Zafirah tu pun makan nasi dengan sup je. Ayam sikit pun tak usik πŸ˜’   Ayam aku pun ada yang tak habis, so mintak tapau, tambah nasi kosong 1. Kot malam kang tak tau nak makan apa, ulang balik makan nasi ayam je lah. Senang. hihi~


Habis makan bawak dorang main kat area Playland sebelah Parkson tu. Eh sekarang dorang dah lambak kereta² mainan yang kena masuk coin tu depan Playland. Aku ada la try masukkan coin kat satu kereta ni, dia keluar lagu je kaoo! Tapi tak bergerak apa pun! Choii bazir RM2 aku tau!😀


Dalam pukul 3pm kot aku ajak gak dorang balik. Tu pun kena paksa oke, aku cakap nak balik solat. Kalau boleh dorang nak berkampung depan Playland tu πŸ˜‘


Sampai rumah mandi manda, pastu memasing tidoooo! Termasuk lah aku. huahua~


Next time memang nak bawak lagi dorang datang sini. Walaupun matahari dah tegak atas kepala tapi tak rasa panas. Sebab banyak pokok² sepanjang jalan especially tepi tasik tu. Berangin lagi. Tapi next time nak bawak basikal sendiri. Boleh main lama² and Zafirah pun dah biasa dengan basikal dia senang dia nak control especially break. hehe~


K tu je nak cerita. Korang suka dak pi Taman Botani? Korang biasa bawak anak² riadah kat mana?😁




Terima kasih sudi membaca!

Sep 7, 2016

Hari Sukan Zafirah

Assalamualaikum...


Ahad minggu lepas tadika Zafirah buat hari sukan...lokasi IPG, Sg. Merab, Bangi...cikgu kata 7.30am kena berkumpul kat sana....ffuhh! aku keluar pi kerja pun pukul 8am...hahaha~  eh anak punya pasal gigih la bangun awal....kena ajar anak punctual! walaupun mama kelaut log-in office...😝


kemain lagi siap banner, bunting cecomels sepanjang jalan dari pintu gerbang tu ke padang...yelahh bukan semua parents familiar dengan tempat ni...tambah first timer macam kitorang ni....kalau takde bunting² melilau la cari padang kat belah mana...hari minggu mana ada orang kat kawasan ni...sunyi sepi...


Alhamdulillah tepat 7.30am kitorang sampai padang...kena register bagai....kitorang yang PERTAMA register! kahkah  syabas untuk diri sendiri sebab punctual! ngeee~


first time oiii tengok anak bersukan!! eksaited gilaaaaaaa πŸ˜


Rupanya temasya sukan hari tu melibatkan banyak tadika² lain sekitar Bangi...yang aku faham, mana² tadika nak join acara ni, dorang join lah...mana taknak join, dorang buat acara sukan sendiri²....tak campur ramai² dengan tadika lain macam ni...


Jujur, aku lebih suka ramai² gini...meriahhhhh!! baru fefeeling sukan olimpik peringkat tadika giteww...kihkih~


posing dengan mama yang eksaited plisss...anak relek je haaa...hahaha πŸ˜


dapat door gift beg frozen kaooo...bukan lah semua tadika dapat beg ni...tadika anak aku je dapat beg ni...dalam beg siap ada botol air mineral 500ml tu dengan twiggies coklat 2 pack...mekasehhh teacher nenek aka owner taska sebab bijak belanjakan yuran² yang saya bayar...hehe~


FYI, bebudak tadika memang panggil owner tadika ni teacher nenek...dah memang pangkat nenek² pun wehh...dia sendiri ada cucu...haha~  asben dia pulak dorang panggil teacher atok...aishh comel sangat gelaran ni dah kenapa?? πŸ˜


Lepas register, kitorang cari makanan...lapar! aku takde prepare breakfast pape...sebab memang plan nak beli je...hihi~  banyak jugak gerai² menjual makanan....ada nasi lemak, cekodok pisang (tawar dan tak sedap!), nugget, air milo etc...one of gerai nasi lemak tu first time meniaga katanya....sedap lak tu sambal nasi lemak dia....cepat je habis jual...


Tahun depan aku nak bukak gerai jualan jugak lah masa hari sukan tadika...jual mainan buih² tu pun laku keras oii! pfft!


sementara tunggu acara bermula, bebudak ni dah selamat main lari² kat padang...padang luas kan....lari lah puas²...balik kang penat tido je kayy...hihi


belum start acara dah lenjun dengan peluh...hahaha~  pukul 8.30am tak mula² lagi acara sukannya...stress pulak mak...dah la datang awal...pastu lambat start...haihh


Rupanya dorang ada masalah dengan PA sistem...sunyi sepi je padang...ada kawan kitorang yang kebetulan hantar anak kat tadika sama bagitau, tahun lepas meriah dorang pasang lagu²....tahun ni sunyi....anak dia dah 5 tahun, so dah ada pengalaman lah datang sini...hurm


Ramai jugak datang bawak tikar, kerusi lipat² tu...kitorang je tak bawak pape...mana nak tahu kan? takde pengalaman...huhu~  ada je khemah ibubapa disediakan...tapi ramai yang prefer duk dekat dengan khemah anak²...senang kot dorang dahaga ke lapar, boleh hulur je...tak payah lari jauh²...gituu


almost 9am kot baru teacher² arahkan bebudak ni berbaris...nak berarak gitu...ecece~  cute sangat!


dorang berarak pi depan khemah ibu bapa...tak jauh mana pun....


Zafran dah mengantuk...sebab bangun awal pagi...6.30am dah kena mandi budak hensem ni...haha sian dia...tapi aku tak bagi dia tidur lagi...paksa dia tengok kaklong berarak dulu...kahkah


Sepatutnya ada persembahan bagai dari bebudak ni....persembahan tarian lagu Gemuruh Jiwa nyanyian Faizal Tahir...hari² Zafirah training kat rumah....tapi dah kata PA sistem rosak...tak dapat la nak persembahan sangat...dorang just nyanyi lagu negaraku, asma'ul husna dengan apa tah....aku tak tunggu sampai habis...aku stay khemah tadika...nak tidokan Zafran....


Next year lah kot baru dapat tengok Zafirah buat persembahan....huhu


lepas bagi susu, round² kawasan padang, kena angin sepoi-sepoi...baru lena budak bertuah niiii....penat sangat tu sampai senget² tido tu...haha~   malas nak betulkan sebab dia ni jenis senang terjaga...once dah terjaga susah gila nak tidokan balik....so biar je lah dia tidur senget² gitu...


A video posted by @ujang9897 on
salah satu acara yang Zafirah masuk....lari dah laju...tapi sampai hujung dia slow...dia tak faham nak menang tu macam mana...hahaha~  takpe lah...nanti mama ajar...next year kasi menang tau tau! πŸ˜


Ada dua acara je yang Zafirah masuk....satu lagi lari kutip buah....yang tu lagi kelakar...memula dah laju dia lari...sampai tetengah dia dengar maksu dia sorak² terus TERmalu pastu jalan lenggang kangkung macam beli buah kat pasar!! hahaha adoyaii anak! takpe lah...tahun depan cuba lagi kayyy! mama still proud of you....ni first time dia exposed dengan sukaneka....oke lah tu...hihi


Dalam pukul 11am gitu kitorang tanya teacher ada lagi tak acara sukan untuk Zafirah...malas nak tunggu sampai habis...panas membahang dah cuaca....peluh² dah memasing...then teacher cakap takde acara apa dah untuk Zafirah...so apa lagi?? cabut!!! bahaha~  eh ramai je parents dah balik...tak larat tunggu...ngee πŸ˜


k tu je nak cerita....bye!















IKLAN:



Rahsia suami makin sayang πŸ˜

kulit berseri BEBAS JERAWAT! πŸ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
πŸ’• Pudarkan jeragat degil
πŸ’• Kecutkan jerawat
πŸ’• Hilangkan parut
πŸ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
πŸ’• Hilangkan bintik hitam
πŸ’• Cerahkan kulit kusam
πŸ’• Baiki tona tak sekata

πŸ€” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
πŸ€” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
πŸ€” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! πŸ˜˜



Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015