Rasanya ni kali kedua kot aku jejak kaki kat Mitsui Outlet Park (MOP). First time dulu datang dengan laki, kali ni datang bertiga je dengan anak². Laki pi bercuti kat Jepun dengan geng blogger. Kalau korang follow blog kak Fillanie and Namee korang boleh baca pasal trip Jepun tu. Dorang pi trip sekali dengan laki aku.
Ramai pulak kagum aku keluar bertiga dengan anak². Dengan keadaan aku memboyot sekarang. haha~ Takde apa nak dikagumkan lahh! Percayalah, demi taknak mereput kat rumah di hari minggu, sejenis kegagahan dan kecekalan akan tiba² meresap masuk dalam badan seorang mama
Main reason aku nak sangat pi MOP is this
Woman right? woman!
First time datang dulu laki pernah bawak. Sawan oke masuk kedai ni! Baju semua cantik² tapi harga murahhh dan sangat mampu milik! Lagipun aku dah lama tak shopping baju baru. Boring dah tengok baju dalam almari, tiap minggu duk ulang pakai baju sama je. Dah la banyak yang tak muat (sedar diri gemok). Dah alang² banyak waktu free untuk shopping marilah gunakan masa yang ada sehabis baik. yeyy! Zafirah pun banyak bagi idea untuk aku pilih baju. Big girl sangat dia! Sok kaklong dah besar boleh buat girl's day out dengan mama. Mesti FUN!
Actually kedai MNB ni ada outlet lain jugak dalam Dpulze Shopping Center, Cyberjaya and Berjaya Times Square. Aku tak familiar dengan Dpulze, nak pi Times Square pulak macam terlalu jauh, plus crowded and macam susah je aku nak handle anak² aku nanti. Tu yang decide pi Mitsui je. Jalan nak pi sana lancar, parking pun senang (keluar awal pagi tak ramai orang), dalam mall pun convenience nak jalan tiga beranak. Lagipun MOP dah buat extension phase 2. Company aku one of the consultant terlibat tapi bukan aku lah yang handle projek tu. Tapi nak jugak tengok besar mana extension tu and kedai apa yang dah bukak. Saja lah kannn
Habis shopping kena paw dengan anak² nak main arcade
Mujur duit elaun yang bos bagi masa trip pi Yogja hari tu ada balance lagi RM400. Bos bagi RM1k, aku belanja dalam RM600 je kat Yogja. So balance tu lah guna untuk berjoli kat Malaysia pulak. kiki~
2-3 game je aku bagi main. Malas nak tukar² token (baca: kedekut). Eh baik beli makanan lagi baloi lahh.
Dah tengah hari aku ajak dorang lunch. Lapar oii! Breakfast tadi makan sikit je. huhu~
Dah tengah hari aku ajak dorang lunch. Lapar oii! Breakfast tadi makan sikit je. huhu~
Lagi aku suka pi MOP sebab ada The Loaf Bakery! Suka gilaaaaa dengan roti lemon cheese ni. Aku siap jadi member, dapat la harga murah sikit. Tiap kali datang mesti borong banyak². Biasa beli max 8 pcs. Tu pun tak sampai sehari dah habis licin. Berebut² makan anak beranak
Ingat nak lunch kat The Loaf je, tapi tengok menu gulp! Spaghetti meatball pun dah almost RM30 sepinggan. Ahkak rakyat marhaen je. Memang la aku boleh joli dengan duit elaun hari tu, tapi herm sayang ahh! Anak² aku pulak jenis cerewet bab makan. Kang aku beria melantak dorang tengok je aku makan. Last² pi food court je lah. Order nasi ayam share 3 beranak. kahkah~ Eh jangan la kata aku kedekut dengan anak, dorang makan memang sikit. Setengah pinggan je habis, so balance lagi setengah pinggan aku la kena perabihkan. Dengan keadaan perut aku sekarang ni, memang dah tak larat sangat nak melantak banyak². Nasi setengah pinggan tu pun dah rasa senak!
Lepas makan, ajak dorang jalan² mall and pi new extension.
Banyak tempat bergambar je kat new extension ni (level 2). Kedai² tak banyak sangat.
Practice lagi amek gambar ye kaklong. Muka mama dah macam kena gigit tebuan.
Masa ni jugak Tealive buat promo sempena pembukaan kedai dorang kat MOP, buy 1 free 1. Tu yang dapat belon bagai tu. Tapi aku tak beli sebab beratur panjang ya hamat! Amek belon je lah kenang-kenangan
Pastu Zafirah ajak main dalam arcade lagi. Kali ni main kosong je lah, aku malas nak tukar token pape. Dalam 20-30 minit jugak melepak arcade. Sampai aku dah menguap tah berapa ratus kali Paksa jugak balik sebab Zafran pun dah mengantuk. Duk gosok² mata dah.
On the way balik memasing tidur. Zafran ni memang extra sikit perangai dia. Aku dah cakap kepala kat atas, dia nak jugak tido tertonggeng gitu. Kaklong elok baring kat seat belakang. Aku dah prepare bantal sesiap. Zafran takmo tido seat belakang, dia nak tido situ jugak. Sukahati lah nak asalkan selesa tidur.
Sampai rumah terus segar mata memasing. Sebab nak ajak main kat playground pulak. Amboi! Badan mama dah lemau ni.
Tapi lepas Asar aku bawak jugak lah dorang keluar. Lagipun nak pi basuh kereta and cari cempedak goreng. Masa on the way balik ada nampak gerai jual cempedak goreng.
Dorang ni kalau keluar rumah memang behave sesangat!
Akhirnya, bersih jugakk kereta mama tuuu. Setahun 2-3 kali je kot basuh kereta. kahkah
Sekali bila sampai gerai jual cempedak, gerai dah TUTUP!!
T_____________________T
Maka, daku pun bawak lah hati yang sedih pilu sebab tak dapat makan cempedak goreng pi taman belakang mekdi Bangi tu. Lagipun plan nak beli dinner kat satay Samuri dalam PKNS.
Sekali bila sampai gerai jual cempedak, gerai dah TUTUP!!
T_____________________T
Maka, daku pun bawak lah hati yang sedih pilu sebab tak dapat makan cempedak goreng pi taman belakang mekdi Bangi tu. Lagipun plan nak beli dinner kat satay Samuri dalam PKNS.
Sewa bubble ni. RM3 sebekas. Dapat 2 stick. Oke laa sebab sejam jugak nak tunggu habis sebekas tu. Aku ada tambah air sikit sebenarnya. kikiki~
Main lah puas² ye anak².
Pukul 7pm paksa balik. Tu si Zafran tu memang tak reti nak stop main! Meraung² ajak balik. Cubit kang kesian pulak!
Ingatkan waktu Maghrib tak ramai lah orang beli makanan kat Samuri tu. Silap bhai! Berderet orang beratur. Aku beli nasi goreng cili api and satay 5 cucuk. Nasi goreng tu aku share dengan mak. Kitorang memang makan sikit je memalam. Satay tu pulak untuk bebudak ni. Setengah jam jugak menunggu satay siap. Penat sangat badan aku. Seharian tak rehat duk berjalan sana sini. Anak² aku je yang tak pernah penat. Mana datang tah tenaga dorang ni hehh~
Balik rumah, mandi manda, solat and makan. Rugi pulak beli nasi goreng sebungkus. Sedap jugak lah. Terasa pedas cili padi tu. Tak rasa macam masakan Indon pun walaupun Indon yang kerja situ. huhu~ Lepas tu banyak kali pulak aku repeat beli nasi goreng cili padi kat situ. Korang try lahh.
Malam tu tidur awal. Badan aku penat sangat. Mujur anak² pun senang tidur malam tu. Dorang pun penat sangat main agaknya.
k tu je nak cerita. tata!
Terima kasih sudi membaca!
No comments:
Post a Comment