Jul 11, 2017

Syawal Pertama 2017

Assalamualaikum...


Dah nak habis syawal oii. Baru hegeh hegeh update entry..kahkah


ehem tumpang lalu tuan rumah posing ootd raya. Bukan selalu kakak nak ootd gituuu πŸ˜  Baju ni beli dalam 2-3 hari before raya. Mujur ada saiz. Ni pun rembat saiz S. Biasa aku pakai saiz M. Belasah je amek jugak. Siap dapat pesanan penaja, 'u JANGAN gemok!'  
kau ghase? πŸ™„


Sehari sebelum raya tu pakcik dari Kelantan sampai. Dorang pun raya Bangi tahun ni. Meriah rumah aku. Tak pernah la pagi raya riuh rendah. Tahun ni meriah kemain! mak aku siap beli air fryer and pressure cooker baru demi nak masak lauk sedap² pagi raya. wohoaa!


 Juadah berbuka malam terakhir sebelum raya. Meriah gilaaa. Sedap toksah cakap laaa. Licinnnn


Tahun ni tak main bunga api malam raya. Bajet ketat oke. Bazir je beli bunga api dah la mahal. kahkah~  Dak encem beli mercun pop pop je sekotak besar. Kat Mydin jual RM20, ada 50 pcs gitu (box kecik), tak ingat. Tak main bunga api, family aku bantai layan cerita hantu. The Autopsy of Jane Doe tajuk dia. Aku tengok gitu² je. Faham la plot cerita pasal apa semua. Tapi malas nak tengok beria. Kang termimpi². Eh setan dah tak kena ikat oke! πŸ˜‘


Aku tidur awal. Takut terlajak bangun pagi raya. haha~




Pagi raya:

Solat raya start pukul 8.30am. Hujan pagi tu, Alhamdulillah. Aku tak join solat raya. Sebab Allah dah bagi raya dulu sebelum tu😝


Sementara tunggu orang lain balik dari masjid, aku tepek mekap. Apesal tah hari tu eye liner tak berapa menjadi. Penat edit, padam, calit, padam, calit. Sampai pedih mata. Last² redho je lah rupa macam mana pun. Janji nampak ada eye liner. haha


 Bersiap. Plan asal nak sarung tudung kaler lain. Tapi aku tak tau tudung macam mana yang matching dengan baju ni sebenarnya. Pagi tu tak dan nak mencari tudung bagai. Dah banyak buang masa calit eye liner je. hehh  last² capai je lah tudung apa ada kat penyidai. Yang penting konfiden cantik!✌



Duit Raya:

Sesi bagi duit raya memang wajib bila dah berkumpul ramai² gini. Walaupun aku tak layak dah terima duit raya, layak bagi duit raya je πŸ™„ tapi aku wakilkan anak² aku untuk terima duit raya. bahaha


Turn anak² aku collect duit raya...weee!


 Turn cousins aku pulak received duit raya. Eh aku pun bagi duit raya kat kazen² aku. Well, cousins aku ramai student so dorang layak terima duit raya dari aku. haha! Ada 5 orang patutnya. Yang bongsu mana pi tah tak jumpa lak dalam album. Dia paling lambat bersiap. Duk lilit shawl bagai. Kan dah tak masuk dalam gambar πŸ˜‚


Grandparents with grandchildren πŸ˜˜


ootd anak²


Family kecik kami. Dah 4 tahun adik aku tak masuk dalam family photo raya. πŸ˜© miss u always sisturrr! cepat lah habis belajar. Boleh raya sama²


Beloved. Family aku and pakcik aku (adik mak).


Setel bergambar, kitorang keluar beraya. Aku pi rumah atok kat Shah Alam, pakcik aku pi Ampang, rumah mak onga (kakak mak). Nanti sambung lagi eh cerita hari raya. Banyak pulak amek gambar so kena buat entry banyak². haha!


Selamat hari Raya semua dari aku sekeluarga. Maaf zahir dan batin andai ada penulisan aku menyinggung, menyentap mana² pihak. Ketahuilah bahawa blog ni blog personal yang bercerita hal-hal peribadi dan kegemaran aku je. Bukan blog gosip. Ai pun tak minat gosip² ni. kihkih~


Mana² yang mengenali aku, jemput la datang beraya ke rumah bila². Tapi inform awal tau. Tidak kalu, ku hidang kuih raya aje. ngeee~


Till next entry, tata!





Terima kasih sudi membaca!

Jun 21, 2017

Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa, Kundasang Review

Assalamualaikum...


Untuk malam pertama kitorang kat Kundasang, kitorang bermalam kat Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Booking kat MiTA Fair masa dorang bukak booth kat Mines bulan Februari dulu kot. Tak ingat dah. Dapat la rate murah sikit. Campur diskaun untuk govt servant lagi. Laki aku tu lerr keje gomen boleh la dapat diskaun sikit.


Actually resort ni ada hotel dan chalet. Aku amek hotel sebab harga jauh lagi murah. RM169.60 per night (including GST), NO breakfast. Kedai makan sesepah kat Kundasang. Alhamdulillah sepanjang duk sana takde masalah nak cari makan. Paling koman pun belasah KFC. kihkih~


Sampai Kundasang dalam pukul 6pm gitu kot. Tapau KFC dulu, baru naik hotel. Hotel ni atas bukit. Lagipun hujan + capek. Dah masuk hotel malas dah nak keluar². Kitorang just keluar amek angin malam je depan hotel. Tapi kejap gila sebab sejuk sangat. Baru lepas hujan kekdahnya.


Ni lah rupa bilik RM169.60 tuuu πŸ‘‡


2 katil single. Kitorang rapat kan muat jugak la tidur 4 beranak. Hotel ni TAKDE family room. Kalau nak bilik besar kena sewa chalet kot.


Waktu malam takde aktiviti apa sangat. Lepas mandi, solat, makan, tengok tv, tidur...zzzz~


Keesokan pagi~


View dari bilik kami. Waktu ni pukul 6am. Nampak la sikit puncak gunung Kinabalu belakang pokok² tu. Rasa nak tebang je pokok² tu bagi better view πŸ˜‚


Cantik kan chalet tu? macam dalam kartun. Tapi still tak nampak mount KK. Pokok tu kacau πŸ™„


Kitorang bangun awal. Anak² pun bangun awal. Hari sekolah kemain liat korang bangun kan. hehh~  Tapi lepak bilik je. Sampai lah time check-out pukul 11 pagi baru keluar. kihkih~  Breakfast pun dalam bilik. KFC yang beli malam sebelum tu banyak lebih. Takde selera sangat nak makan. Sakit hati yang melampau. Hati ni bukan takat luka sikit². Tapi pecah hancur habis. Memang kena siat², remuk², dah takde rupa hati dah! giteww~ 


So, dalam pukul 11am, check-out lah kitorang. Pi round kawasan hotel pulak.


Ada jugak jambatan gantung dalam kawasan hotel. hahaha~  Pujuk Zafirah jangan takut sebab jambatan ni rendah jeeee. Tak bergoyang sangat pun macam sebelum ni. Mujur dia nak dengar πŸ‘


Actually jambatan ni connected dari parking lot from main building (hotel and reception) untuk ke chalet². Ada la parking yang dekat dengan chalet tapi still kena menapak jauh. So jambatan ni route paling dekat untuk ke chalet. Gituu. Leceh jugak lah buatnya beg berdoyon² patah pinggang nak hangkut.πŸ€”  Rasanya concierge khas untuk hotel je. Untuk chalet takde servis concierge.


Dorang lah kekuatan aku untuk terus senyum dan acah² happy. hahaha~  my nyawa, harta dunia akhirat. Sorry kadang² mama terlepas marah kat awak berdua. Irreviu so much! πŸ˜˜


Bagi aku hotel ni selesa and worth every penny. Walaupun building nampak dah kuno, tapi bilik selesa (takde ekon just bukak tingkap je dah sejukkkk), bilik bersih, bilik air pun bersih, water heater fully function, tv ada banyak siaran, ada kettle, minuman 3 in 1, 2 botol air mineral, towel 2 lai.


Lokasi pun betul² kat Pekan Kundasang. Nak keluar cari makan senang, nak pi tempat² pelancongan lain pun senang. Tak caya kau tengok google map πŸ˜


Babai hotel. Ada jodoh lain kali jumpa lagi. InsyaAllah πŸ˜˜


Till next entry. tata~





Terima kasih sudi membaca!

Jun 16, 2017

Zafran kena BULI?

Assalamualaikum...


Semalam, before berbuka anak teruna aku tu berak. Then masa basuh dia pi main air paip. Habis lencun baju πŸ˜‘


Makanya terpaksa la bukak baju dia untuk keringkan. Lagipun kang time buka puasa mesti dia pun sibuk nak makan, kotor baju. So biar je lah tak pakai baju. Kang kotor senang cuci. hahaha dasar sangat maknya πŸ˜


Masa bukak baju tu aku perasan ada lebam kat lengan kanan dia. Aku belek², macam kesan kena gigit. Pastu time turunkan dia ke bawah nampak belah belakang pulakkk ada lebam²! Allah, siapa pulak 'dera' hero hensem mama nii? πŸ˜±


 lebam kat lengan kanan.


 kat belakang badan. Bagi aku BUKAN kesan gigit ni. Macam kena cakar, cubit atau cucuk dengan benda tajam. Aduii seram nak fikir T_T


Actually, sebelum ni pernah jugak terjadi lebam gini kat lengan Zafran. Tapi sikit je, takde la banyak gini. Aku pun lupa nak tanya teacher punca lebam tu. Lagipun Zafran takde pulak trauma pi sekolah, takde nangis² kesakitan bila aku tekan² tempat lebam tu. So aku husnuzon je lah mungkin dia sendiri yang lasak and terlanggar something. Atau kakak dia buat. Eh kaklong dia pun boleh tahan main kasar dengan adik πŸ˜‘


Tapi kali ni jadi lagi and makin BANYAK! Lelaju aku wassap teacher yang jaga Zafran. Walaupun dah almost buka puasa, aku kena wassap jugak. Kalau tunggu lama² takut lupa nak tanya. Maklumlah dah banyak urat putus πŸ˜


Aku tak harapkan pun teacher reply wassap aku ASAP. Yelah paham nak berbuka kan. Kot busy memasak ke apa. Cuma aku harap dia akan baca dan aware dengan keadaan anak aku.


Surprisingly teacher reply jugakkk πŸ‘‡



Kisahnyaaaa. Ada budak hyper rupanya. Erm. Aku agak kurang senang lah bila jadi macam ni. Risau bila berlarutan Zafran jadi takut nak pergi sekolah. Walaupun ada setengah korang anggap benda ni kecik je, "BIASA LAH BUDAK², BUKAN TAU APA"


Tak kena kat anak kau boleh la cakap πŸ™„


Untuk kes ni aku tak salahkan teacher 100%. Mungkin dia leka. Alahh aku anak baru 2 orang pun kadang leka jugak. Dorang nak jaga sampai 10 budak. erm~


Cuma aku nak mintak pendapat korang, sebagai masyarakat, sebagai mak bapak, apa patut buat untuk kekanak hyper yang suka sakitkan budak lain?? yes dorang kecik lagi. Tapi bukan ke kita patut "melentur buluh dari rebungnya..?". Sama macam kes buli yang tengah viral sekarang ni. Kalau tengok family pembuli yang datang mahkamah macam semua orang baik². Jadi mana silapnya??


Zafirah dulu pun pernah kena gigit kat tadika. Bukan lah selalu. Tapi setahun sekali gitu. Mungkin kah anak² aku comel sangat sampai kekanak pun geram? haa kan dah terpuji anak sendiri πŸ˜


Meh luahkan pendapat korang kat komen. Kita bincang secara santai dan ilmiah. No provokasi allowed! πŸ˜˜


Al-fatihah buat adik Zulfarhan.







p/s: entry ni sekadar bercerita. Untuk kenangan masa depan. Takde nak blame sesiapa pun ✌ 


Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015