Showing posts with label Perbankan. Show all posts
Showing posts with label Perbankan. Show all posts

Jul 13, 2017

Link Akaun Tabung Haji Anak² dengan Maybank2u

Assalamualaikum...


Sebelum ni aku ada cerita Cara Transfer Duit Dari CIMB click ke Tabung Haji < klik untuk baca lebih lanjut.


Kali ni aku nak kongsi cara untuk link kan akaun tabung haji ANAK² dengan Maybank so that korang boleh update balance dalam akaun anak² korang thru Maybank2u je. Tak payah bersesak² pi kaunter TH semata nak update buku heh~


Mungkin ramai dah tau cara ni, tapi aku yakin ramai juga yang belum tahu. Macam aku, baru tau Isnin hari tu yang kita boleh link kan akaun TH anak² dengan Maybank. Aku dah start link kan akaun TH aku tahun 2014. Lama dah. Tapi masa tu boleh link 1 akaun TH je ke Maybank. Ramai kawan² aku cakap dari tahun 2015 dah boleh link akaun TH anak² pulak dengan Maybank. duhh! mana nak tau tak pernah nampak orang share πŸ™„


Oke so lepas dah tau tu, laju² opismet ajak pi atm Maybank untuk register. Yaa untuk register memang kena melalui mana² ATM Maybank ye. Tak semestinya kena pi bangunan Maybank. Maksudnya korang nak pi Petronas pun boleh janji ATM tu Maybank punya. haa paham ke paham?


Lepas masukkan kad atm Maybank tu akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian Tabung Haji (TH). 


 Then keluar paparan ni. Klik bahagian 'Daftar Akaun kanak² ke ATM kad'. Sekali lagi diingatkan ye, if korang jenis pantang nampak duit asyik nak belanja je better jangan link kan macam ni. Sebab memang senang je nak withdraw duit TH thru atm maybank. Senang sangat! klik kat Pengeluaran tunai tu je. Then withdraw macam biasa. pfft!


So niat asal tu penting! motif aku link kan macam ni sebab nak mudahkan untuk check balance dalam akaun TH anak². Bukan untuk keluarkan duit! gituuu πŸ˜œ


 Maksudnya korang (parent) atau pemegang akaun PRIMARY kena link kan dulu akaun korang dengan Maybank, baru boleh link akaun anak² pulak. Paham ke paham?


Setel. Kejap je kan? pheww~


Next, bukak Maybank2u pulak nak tengok dah link ke belum.


 Lepas log-in MB2U, akan keluar paparan ni. Scroll ke bawah sampai korang jumpa πŸ‘‡


 Then klik yang dalam bulatan merah tu..


 Akan keluar paparan macam ni. Klik bahagian kanan tu ada macam 3 titik tu, pilih 'View other Accounts'. Actually, lepas dah link kan akaun TH ke Maybank memang korang boleh keluar masuk duit kat TH by online je. Takyah pi kaunter TH pun. Mudah gila! Tapi hati² lah ye jangan asyik keluar duit je tak masuk². Korang yang rugi tau πŸ˜


Kalau ada number account anak² tu maknanya dah berjaya link lah tu. yay!


Boleh check balance setiap akaun dengan klik kat nombor akaun anak² kita tu je. Lepas transfer dari Maybank2u or CIMBclick, korang boleh terus check balance TH anak² korang. Yang penting semua dihujung jari. Mudah sangat kannnn! πŸ‘πŸ‘


Sekarang TH sendiri dah ada online bankin. Boleh check transaction kat situ. Tapi kena pi kaunter TH untuk activate kan. Ke macam mana tah. Tak rajin lah nak pi kaunter TH. Walaupun dekat dengan rumah. Serius tak rajin. Setahun sekali je kot pi TH. Tapi lepas ni semua dah boleh buat online, memang tak jejak dah kot kaunter TH tu. ngee~


Jangan lupa masukkan semua duit raya anak² dalam TH ye korang! yang mana pilih untuk beli emas tu terpulang lah. Cara masing². Yang penting motif kita sama, demi masa depan anak². Tak gitu? ✌


kbai~





ENTRY UPDATED ON 6 MARCH 2020




Terima kasih sudi membaca!

Jul 20, 2016

Tukar Debit Card Sebelum 1 Januari 2017!

Assalamualaikum...


Minggu lepas kecoh kat facebook pasal kena tukar debit card....ada yang dapat SMS dari pihak bank, ada yang dapat surat etc...aku memang tak dapat info pape lah kan dari pihak bank....mujur member opis dapat sms dari Maybank....so dia lah yang bagitau aku kena tukar debit card...katanya semua bank dah upgrade cip untuk kad, nanti kad² yang lama dah tak boleh pakai....gituu~


Untuk korang yang blur macam aku jugak, nahh aku attached kan kenapa kena tukar debit card selewat² nya sampai akhir tahun ni....start 2017 semua dah upgrade cip baru and yang lama memang dah tak boleh guna termasuk lah untuk withdraw duit kat atm! pfft!




Jumaat lepas aku pi tukar debit kad Maybank...mujur ramai yang masih cuti raya...so tak sesak sangat bank...Alhamdulillah lancar je urusan...


Lepas tukar kad tak perlu pun nak pi atm untuk tukar² pin number sebab dah buat sesiap masa kat kaunter....bukan orang kaunter yang setkan pin number kita, tapi kita sendiri set kan pin number...maybe sebab tak ramai orang so staff tu bagi je kitorang setting pin number sesiap kat kaunter...senang kerja...


Isnin lepas lak tukar debit kad CIMB...cimb area opis aku ni peak hour ke bukan memang sentiasa lengang! hahaha~   datang pepagi dalam pukul 9.30am gitu...kul 10am dah setel...


aloo rindu kad lama....kenangan ni weii...silap la suruh orang tu pi buang kad lama ni...mujur lah sempat snap gambar kenangan....huhu~  eh dari zaman belajar aku guna kad ni...dah lebih 10 tahun pun....bukak akaun cimb pun sebab duit ptptn masuk bank ni....dah bengkok² pun kad...tapi tetap berkhidmat dengan baik...tenkiuu kad! will mishu! T__T


Masa tukar debit cimb ni staff bank yang tolong setkan pin number...so aku kena pi atm untuk re-set pin number sendiri....


Untuk online bankin pulak (cimbclick), ikutkan lepas tukar kad baru, cimbclick korang tu dah tak valid tau...so korang just log in cimbclick macam biasa, nanti akan dapat arahan untuk key-in nombor kad baru korang tu and password....password lama cimbclick korang tu lahhh...bukan password baru oke! jangan salah key-in lak...


Lepas key-in tu setel dah update online bankin...kacang putih je weii....Maybank2u takde lak mintak update² nombor kad baru....hihi~


Tapi since aku tolak duit insuran thru debit card, so aku kena update dengan agen insuran nombor kad yang terbaru...kalau tak kang sangkut payment bulan depan...tak pasal dapat surat warning daripada insuran kang...huhu


Bukan insuran je tau, if korang ada buat payment bulanan apa² melalui debit card better update dengan orang yang korang buat urusan tu nombor kad baru korang oke!


debit card baru....shine like a diamond! aww! πŸ˜


ouh TIADA CAS dikenakan untuk tukar debit kad baru...FOC jeeee...maybe kalau nak custom gambar lain atas kad ada cas lah kan....aku malas nak custom²...jimat masa, jimat duit! haha


NEW UPDATE:
Kalau malas pegi bank atau takde masa (takkan nak amek cuti semata nak tukar kad...sian korang!), boleh tukar thru online je...contoh guna Maybank2u....


Cara-cara: 
1) Login M2u > Home > Card Management > ATM/Debit Card > Masukkan alamat > Request TAC > Masuk TAC >Done .


Kad korang akan dapat dalam tempoh 14 hari bekerja. .


Bapak senang!!ffuhh


Selamat menukar kad baru korang!










IKLAN:


Rahsia suami makin sayang πŸ˜

kulit berseri BEBAS JERAWAT! πŸ˜

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM, RM68

Kelebihan Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum ~
πŸ’• Pudarkan jeragat degil
πŸ’• Kecutkan jerawat
πŸ’• Hilangkan parut
πŸ’• Anjalkan & tegangkan kulit wajah kendur
πŸ’• Hilangkan bintik hitam
πŸ’• Cerahkan kulit kusam
πŸ’• Baiki tona tak sekata

πŸ€” Hanya sekali sapuan pada wajah ~> nampak terus kesan kulit jadi tegang & fresh + GLOWING!! .
πŸ€” CEPAT MERESAP + TIDAK BERMINYAK dengan teknologi Nano yang dipatentkan dari Swiss
πŸ€” Gabungan Arbutin + Glutathione + Vitamin C + Pure Vitamin E + Willowbark yang sememangnya memberi kuasa maksimum pencerahan kulit secara selamat dan berkesan seawal 7-14 hari.



READY STOCK YE KORANG!

More, ada FREE GIFT menarik sementara stok masih ada! πŸ˜˜





Terima kasih sudi membaca!

Aug 7, 2014

Cara Transfer Duit Dari CIMBclick ke Tabung Haji

Assalamualaikum...


Akhirnya berjaya jugak aku transfer semua duit raya Zafirah ke Tabung Haji TANPA pergi ke cawangan Tabung Haji...hahaha~  semuanya berjalan menggunakan jari....giteww~


Ekceli aku baru tau cimbclick boleh transfer direct to Tabung Haji *duh!*...tu pun lepas kes pecah rumah tahun lepas baru aku tau pasal ni....hehh sabo je lerr...benda dah lepas malas aku nak ungkit²....jadikan iktibar je....aku memang fobia gila simpan cash banyak² kat rumah sekarang ni....rasa terkilan duit Zafirah hilang pun ada lagi ni....hurmmmm~


Weekend lepas saja aku kira² 'hasil' yang Zafirah dapat untuk raya kali ni...lumayan jugak hasilnya walaupun raya belum habis lagi....kahkah~  semalam aku bawak duit² tu pi opis...time lunch pi cimb bank....bank in duit² dia dalam account aku....sebab Zafirah mana ada acc cimb pung! so menumpang la dalam acc aku dulu....aku naik je opis terus bukak cimbclick, transfer duit² Zafirah tadi pi TH....5 minit je...setel!! tak payah susah² drive pi cawangan TH, nak tunggu giliran lagi, parking lagi....pfftt!


So bawah ni aku share cara² untuk transfer duit dari cimbclick ke Tabung Haji...kalau dah tahu bagus lah...aku share ni untuk orang yang tak tahu....  :)


Memula kena log in cimbclick dulu... *duh!*  :p


then, pi kat bahagian 'pay' and pilih 'bills'


Akan keluar paparan macam ni:


pilih seperti yang tertera macam dalam bulatan merah tu...


then akan keluar paparan macam ni...korang isi je lah details yang diperlukan...


Lepas klik 'submit' akan keluar paparan macam ni pulak:

klik 'proceed payment'...aku tak faham remove bills tu untuk apa...tak payah tick pun takpe kot...adey siapa tahu mohon pencerahan...huhuhu~


last sekali, request TAC...then klik confirm and wallaaaa!! setel!! cimb cuma cas 50 sen sahaja untuk setiap transaksi....murah and berbaloi sangat!! kalau Maybank cas RM1....tapi kena register TH dulu kat atm....yang tu korang gugel lain lah....entry ni cerita pasal cimb je....ngee~  :p


mudah bukan??


Aku tak pasti berapa lama untuk bank² ni amek masa untuk clearkan duit aku...means berapa lama duit aku tu masuk ke TH....tapi sebab bukan nak urgent guna duit pun so kalau amek masa seminggu pun tak kisah la....janji duit aku dah masuk acc TH...titik!


Selamat mencuba!! (^^,)





p/s: dah daftar Haji?? :)

 Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015