Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Dec 6, 2018

Kek Harijadi Untuk Zafran

Assalamualaikum...


Throwback kisah 26 October hari tu. LOL~  Kejap je dah 3 tahun. Dah jadi abang. Tapi perangai macam baby baby lagi πŸ˜’


Since aku dah pandai buat kek *ecece*, maka aku nekad senekad nya untuk buat sendiri kek birthday Zafran. wohoaa!


Berbulan jugak aku planning nak buat kek macam mana untuk dia. Well aku reti buat kek chocolate moist je. kahkah~  Tang deko tu haa tak tau nak buat apa. Aku bukan la seorang yang berseni. Banyak belajar dari Youtube, Blog, Pinterest and sharing dari kawan² bakers. Yaa kawan² aku ramai bakers. Hebat² lak tu. Thank you korang sebab tak lokek ilmu! πŸ˜˜


Aku buat kek birthday untuk dia celebrate kat sekolah. Saja bagi dia seronok celebrate ramai². Kalau sambut dengan mama takde pun kek² ni. Belanja makan nasi ayam je kang. hahaha~  So, 2 hari sebelum birthday aku dah start buat kek dia. Merecik peluh bak hang! πŸ’ͺ


Kemain besar haa loyang! Tak muat pengukus. hahaha! Aku memang tak gemar bakar kek dalam oven. Tak sama tahap moist dia dengan kek kukus. Lagipun bila kukus, potensi nak hangus tu hampir 0%!! Amatur kata kann! hihi~  Untuk kek besar ni, aku kukus selama 1 jam 30 minit.


Untuk topping, aku layerkan dulu dengan coklat mousse. Aku follow resipi dari blog kak Ana Suzana. Dah banyak dessert aku tiru resipi dia, semua menjadi and sedapppp!! So aku sangat yakin lah dengan resipi² yang kak Ana share. Tapi resipi kek coklat aku belajar dari orang tau. Masuk kelas berbayar. Tapi resipi kak Ana pun best jugak. Korang tengok je lah blog kak Ana tu. Kompem menjejes air liur. Dah la dia deko ala ala masterchef. Rasa nak jilat skrin πŸ˜


Lepas letak coklat mousse, sepatutnya kena rehatkan kek dalam chiller dulu. Bagi mousse tu stabil. Tapi aku takde masa lahh nak rehat² bagai. Terus aku layerkan pulak dengan chocolate ganache. Huduh jadinya kek aku.


Buruk? Don't care! Yang penting rasa dia sedap meletop! bahaha~


Lepas siap semua deko. haa elok semenggah je kan? Tak comot pun. Tu konsep Kapten Amerika bercucuk tanam ke apetu? hahaha~  Cake toppers tu semua print dari Pinterest. Strawberry tu sebenarnya nak habiskan stok dalam fridge. Balance buat Fruit pastry cake. Panjang kek ni dalam 13". Papan tu aku guna saiz 14". First time hoii buat kek besar². Syabas bete!πŸ‘


Ni pulak door gift. Gift bag tu beli kat MR. DIY je, RM3+ gitu. Ada 12pcs per pack. Roti cheese tu beli dari @ida_bakery , RM2 seketul. Air kotak tu pulak beli kat kedai borong dalam Econsave Jalan Reko. Jatuh RM1 kot sekotak. Aku beli 60 bag. Tapi roti and air kotak tu aku bagi extra untuk teachers. Takkan teacher tengok je kan? hihi~  Prinsip #sayNOtojajan masih aku pegang teguh sampai sekarang. Alhamdulillah~


Kebetulan 26 October tu jatuh hari Jumaat, awal pagi memang dorang main kat luar. Hari Isnin dan Jumaat pakai baju sukan and waktu pagi aktiviti bermain kat playground. Cun sangat dah tarikh tu. Sampai je sekolah bebudak dah ready nak main kat luar. yeyy!


Ouh aku tak join lah celebrate birthday dia. Mama kerja nakk! Sebab tu lah aku beria buat kek, bagi goodies banyak². Saja bagi dia happy celebrate birthday walaupun mama takde. sobsob~  Thank you teacher sudi layan anak saya, snap gambar banyak²!! Ohsem! πŸ˜˜


Aku tanya teacher mana datang topi birthday tu? Aku tak pernah beli pun. haha~  Rupanya topi tu dari celebration budak sebelum ni. Bagus betul teacher simpan pastu guna balik bila perlu.πŸ‘


Besar kan kek? Berat lebih sekilo jugak ni. Puas la makan ramai². nyum nyum~


Manja teacher πŸ˜


😍😍😍


Keratan rentas kek. Gigih suruh teacher snap! kahkah~  Kira lulus la ni kan?? alaa kasi can pliss. Teacher pun cakap kek sedap! Hei siapa yang tak suka coklat kek? Hilang nikmat doniaa.


Bisnes Brownies masih berjalan macam biasa. Ada la tambahan 2-3 menu lagi, termasuk lah kek coklat. Kalau teringin nak makan kek sedap halo halo lahh. Tapi kek birthday aku tak buat tau! Sanggup ke korang tengok deko kek birthday amatur? Tak kan? Order kek biasa² je dah lahh. Dijamin halal dan sedap! hahaha~


Bulan Februari tahun depan nak buat kek birthday Zafirah pulak. Dia request wakk! Takkan mama buat kek untuk adik je?? Untuk kaklong mama buat jugak tau! Allahu. Mama cuba nakk! Doakan mama sihat² yeee.


K bye!





Terima kasih sudi membaca!

Sep 15, 2017

Cubaan Pertama Buat Japanese Cotton Chessecake

Assalamualaikum...


Dah lama teringin nak makan cheesecake Jepun ni. Banyak kali la lalu lalang video cara² buat cheesecake kat timeline fb. Boleh kata hari² ada je kawan² share video buat Japanese Cotton Cheesecake. Ikutkan hati nak beli je. Sebab agak renyah nak buat. Dah la nak bakar makan masa sejam! yaa SEJAM! pfft! Tapi tak jumpa pulak baker yang jual cheesecake area Bangi-KL ni. Kalau beli kedai bakery biasa kang tak sedap meroyan pulak πŸ˜’


Makanya lepas raya haji hari tu aku kumpul segala kekuatan dan kerajinan, ku gagahkan jugak baking kek ni sendiri! Kebetulan cuti panjang kan? Study habis² bahan² yang kena beli (tak banyak mana pun), study step² semua. Zasss terus buat!


Paling susah part nak buat meringue. Ya ampun renyah yakmat!! Memang first time seumur hidup aku buat meringue. Nak asingkan kuning and putih telur tu, menggigil² tangan. Aku ada je alat untuk asingkan kuning telur. Tapi tah kenapa tak menjadi jugak. Kuning telur tu asyik la pecah bila masuk dalam benda tu lepastu bercampur laa dengan putih telur. grrr πŸ˜‘


Kali pertama, ofkos la tak jadi. Sebab tercampur sikit kuning telur. Cair je meringue aku. Habis bazir gitu je 6 biji telur masuk tong sampah T__T


Kali kedua, aku cuba sedaya upaya pastikan takde langsung kuning telur tersesat dalam mangkuk. Kali ni asingkan guna tangan je weh! Taknak dah guna alat apa². haha~  Oke la lebih senang asing, lebih teratur. Tapi tetap jugak tak jadiii!!! arghh! Gambar atas tu meringue yang dibuat kali kedua. Masih lagi cair T__T


Mujur mak aku pun terer baking. Dia cakap bancuh je lah. Kek tak kembang je kalau meringue tak jadi. hmm baiklah. Aku teruskan je bancuhan, dan bakar. Sambil bakar tu aku doa sungguh² jangan la tak jadi kek aku sampai kena buang. Sayang lahh.


Aku bakar dengan suhu 140 degrees, selama sejam (depends pada jenis oven masing²).


Lepas sejam πŸ‘‡


Dah siap! syukur kejadian yang sangat cantikkk! πŸ˜πŸ˜


Merekah tu tak pasti lah kenapa. Ada cakap sebab bekas terlalu kecik atau suhu terlalu panas. Tapi ramai pulak puji kejadian kek aku cantik sebab ada rekahan tu. lol~  *bangga pulak hinssf*😝


Aku tunggu sampai kek dah sejuk baru aku potong. Bila kek dah sejuk, dia jadi kecut tau. Tak sekembang macam baru lepas keluar oven. Puncanya meringue tu lah. Dah meringue aku kan tak jadi. Tu kek jadi kecut. Tapi takde lah teruk mana. Kecut sikit je. Kek tetap lembut macam biasa.


Rupa lepas dah dipotong. Lembuttttt sagat! gebu gebas lagi. Rasa?? dah tentu la sedap oii! Lagi sedap dari cheesecake yang dijual kat AEON sana. hahaha


Tapi aku rasa nak buat lagi tu hmm, tahun depan lah pulak kot. hahahah~  Stress weii sebab aku memang rasa susah sangat nak buat meringue. Stress oke πŸ€•


Feedback dari kawan² FB dan IG pasal tips buat meringue. Syukur ramai kawan² terer baking dalam fb and ig aku. Sayang korang! Thank you very much sudi kongsi tips dengan aku, budak baru belajar. Semoga bisnes korang makin kencangggg. aminn πŸ˜˜


Yang tanya pasal open order tu, tunggu la aku betul² terer dan BERJAYA buat kek ni baru berani nak open order bagai. haha~  Takat kek rekah² gitu alaa segannya nak open order bagai. πŸ˜   Doakan aku rajin so boleh la baking lagi kek ni. haha~


k tu je nak cerita.


Siapa terer buat kek ni share sikit tips korang πŸ˜




Terima kasih sudi membaca!

Feb 3, 2016

Resipi Kek Batik

Assalamualaikum...


Seumur hidup aku, ni kali kedua aku buat kek batik...senang sangat buat...cuma tak buat selalu sebab dalam rumah tu aku sorang je suka makan kek batik...kuikui


Ni projek masa aku cuti pantang hari tu...cuti lama sampai 3 bulan....syok woo duk rumah jaga anak²...tapi apakan daya...komitmen lain banyak lagi nak kena tanggung...ptptn terutamanya...pastu, sekali sekala nak jugak belanja makpak aku makan best², bagi hadiah best²...bawak anak² holiday tempat best², luxurious...wohoaa!


But that just me....lain orang lain cara nak enjoy kehidupan kat dunia yang sementara ni kan kan kannnn.. :)


oke kembali pada resipi tadi...huhu~  kek batik ni senang gila nak buat...budak 4 tahun pun boleh buat....haa gitu kekdahnya betapa senangnya nak buat kek batik ni kan....tapi saja la nak share jugak resipi...sebab walaupun senang, aku tetap tengok resipi kat tenet jugak...hahaha   tah laa...aku masak tomyam pun tengok resipi jugak...walaupun dah banyak kali buat tomyam...tetapppp kena tengok resipi...macam tak konfiden lah nak masak tanpa resipi...aku tak konfiden tang step² nak buat tu...mula² buat apa, lepas tu masukkan apa and so on...gituu  :p


oke ni lah bahan² untuk kek batik...cekidaut!

1) biskut marie (tak kisah jenama apa²)
2) 3 sudu besar nescafe ATAU serbuk koko
3) 1 cawan milo
4) 2 biji telur ATAU 1 biji telur saiz besar
5) 1/2 cawan air suam
6) 250 gram buttercup
7) 1/2 tin susu pekat manis (takde dalam gambar)


Cara² membuatnya:

Masukkan air suam, milo, susu pekat, telur dan nescafe dalam periuk dan masak menggunakan api yang perlahan...ekceli aku lupa gila masukkan nescafe masa ni...tapi takde nescafe or serbuk koko pun oke jeeee...cuma kalau ada mungkin lagi umpph rasa kek batik kau...hehe


Kacau perlahan² semua bahan² tadi bagi dorang bergabung, sebati, sebonding...ngeee~  kena kacau selalu tauuu...jangan biarkan nanti kering or keras...tak jadi kek tu kangggg haaa  :p


then masukkan pula buttercup sedikit demi sedikit...


kacau bagi sebati...pakai whisk senang...takde la berketul² bancuhan tu nanti... :)


tu diaa selepas disatukan semuanya...tiada ketulan²...yeyy! harum semerbak bau dapur...anak² mesti suka bau ni...rasa nak ngap terus dari periuk! >_<


amek loyang (tak kisah saiz apa), alas dengan aluminum foil atau baking paper supaya senang untuk keluarkan kek batik korang nanti...then tabur kan biskut marie yang dipatah² kan dalam loyang...then curah bancuhan milo tadi atas biskut marie...gaul² dan tekan² biskut marie bagi padat dan mampat dalam loyang...pastikan semua biskut tadi dah disalut dengan bancuhan milo tadi...


akan jadi macam ni...wohoaa!


Simpan dalam fridge overnight atau sehingga keras...


Esoknya...dah boleh ngap!!! yeyy!


ohsem! rebut² makan dengan Zafirah...nyum²


oke tu je...selamat mencuba resipi senang kacang putih niii....hehe  ^_^




IKLAN:







Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015