Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Jan 17, 2018

Brownies Sedap Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Hi korang. Lama jugak daku menyepi. Takde idea nak mengarang kekdahnya. Padahal banyak gila benda nak dicerita. haha~


Oke hari ni saja nak share pasal bisnes baru aku. Kemain dah ada bisnes sekarang. kahkah~  Mana yang follow page aku tahu lah pasal bisnes baru aku ni. Takde gah sangat pun. Bisnes jual brownies je wakkk. Tu pun lepas join kelas online dengan cikgu Nana, terus rasa confident nak meniaga brownies. 


Seumur hidup aku memang tak pernah buat brownies tau! Makan pernah lah. Bila cikgu Nana kata dia ada buat kelas, laju je join! Eh tapi memang baloi lah join. Sebab aku suka sangat beli brownies dia. By the way cikgu Nana duk Kemaman ye. So kalau beli brownies dari dia kena pos lah. Tahun 2018 ni apa nak heran orang pos brownies. πŸ˜œ  So, now dah tahu buat sendiri, bebila teringin brownies boleh terus bancuh dan bakar. Senang je rupanya. haha! 


Tapi percayalah, resipi cikgu Nana TAK SAMA langsung dengan mana² resipi yang aku tengok kat Youtube or tv. Lagipun, bila join kelas, aku belajar sekali segala maknek tips and tricks untuk bagi brownies tu bertambah ummpph! Kat Youtube mana cerita tricks² semua tu. Bahan² pun ada banyakkkk jenis yang dijual kat kedai bakery. Newbie macam aku ni mana tau jenama apa yang lebih sedap?? gituu


Untuk readers yang baru tahu bisnes baru aku ni, sudi² lah support and follow my new instagram πŸ‘‡


Klik gambar untuk follow!


Bawah ni pulak list harga brownies yang dijual:



Untuk toppings semua ni terpulang lah korang nak apa sebenarnya. Pilihan toppings:
πŸ‘‰ Peanut butter
πŸ‘‰ Lotus biscoff spread
πŸ‘‰ Nutella/caramel drizzle
πŸ‘‰ Almond nibs
πŸ‘‰ Butterscotch
πŸ‘‰ Fruits (Strawberries etc)
πŸ‘‰ Chocolate (kit kat, kinder bueno etc)



 Ni feveret aku! Selain plain and caramel drizzle. haha~  Sedap wooo! Lemak² rasa dia. Rugi lah orang diet kalau tak makan brownies aku πŸ˜  Tapi laki aku tak kenan topping cheese sebab rasa more to cake. Yelahh cheese tu buatkan brownies tu moist sangat. Lantak situ. Aku tetap suka! hahaha~


Kalau nak deko letak tulisan pun boleh. Tapi yang simple² aku boleh la buat. Kalau fancy² sangat sis tak reti uols. hihi~


Untuk students atau jika nak beli dalam kuantiti yang sedikit pun boleh wakk! Aku ada jual saiz mini pack. Ngam untuk sorang makan.


Nak letak toppings pun bolehhh! Kalau macam ni harga RM12.50. Minimum order 2 pack.


Aku guna PURE butter dan bahan² premium untuk semua brownies aku. Butter tu kadang guna jenama SCS, kadang La Belle. Korang boleh check kat kedai bakery berapa harga bahan² yang aku guna. Kalau korang nak guna coklat yang lebih mahal macam Callebaut coklat pun boleh. Harga kita discuss kemudian😁




PRODUK BARU

Saiz 9"



Aku start meniaga November 2017. Alhamdulillah semakin ramai dah kenal @yanamib.cuisine . Ramai jugak yang repeat order. Bab rasa memang takde masalah, aku yakin SEDAP! Bab deco tu je aku lemah sikit. Tapi semakin improve dari awal² meniaga dulu. Thank you semua yang sudi jadi customer aku, yang percaya dengan hasil air tangan aku πŸ˜˜


Aku enjoy sangat dengan bisnes baru aku ni. Hari² bancuh brownies pun aku oke. Penat, tapi happy! Tapi aku mampu terima order MAX 2 kotak je sehari (weekdays), dan 3 kotak (weekend). Part time baker je wakk. Dengan anak kecik lagi tak sempat nak ngadap dapur. huhu~


Aku suka makan kek² sebab tu aku berani jual. Aku takkan jual benda yang aku tak suka buat/makan. Tak feel. haha~   Meh la order sekotak korang rasa sendiri. Kalau sedap war-warkan, kalau tak sedap/need improvement korang roger je aku direct. Aku oke je nak terima kritikan. Yelahh tekak kita lain², aku kata sedap, tak semestinya semua orang pun akan cakap sedap. kan?


Thank you korang sudi support aku. Doakan aku boleh pergi jauh dengan bisnes baking ni kayy! Laff u guys so strong! πŸ˜˜πŸ˜˜








p/s: Buat masa ni aku tak berani pos brownies. Sejak new year hari tu ada 2 orang customer aku bermasalah dengan kurier. Mungkin penangan sale tahun lepas tak reda lagi. Mungkin juga depends pada lokasi. Nak selamat aku prefer COD sahaja. Sorry korang! πŸ™



Terima kasih sudi membaca!

Jun 11, 2016

Homemade Yeo's Lychee Ice Cream

Assalamualaikum...


Alhamdulillah dah seminggu pun kita berpuasa....amacam?? oke tak?? ada yang dah lopong?? kehkeh   orang perempuan kalau 'lopong' puasa boleh faham lagi....yang laki?? ehehh   selagi sihat takmo 'lopong²' sesuka hati naa....syaitan kan dah kena ikat....😁


oke alkisahnya hari Isnin hari tu mak aku nak beli eskrim kat McDonalds...dia kata McD ada jual ice cream laici...Luscious Lychee namo eh....berbelit lidah nak sebut! haha~   time tu dah tengah malam....dah lepas tarawikh pun....tetibe mak cakap dia dahaga, teringin eskrim....tu yang terjah McD drive-thru tu....sekali dah takde kaoo eskrim tu....limited time kot...kempunan nak eskrim laici....mujur mak tak sebut batu belah batu bertangkup....haa seram oke! hahaha  πŸ˜


So aku macam tergerak nak buat sendiri ice cream laici tu....saja kasi lepas ngidam...ecehh~   google je kaoo sesepah resipi....ni aku share untuk tatapan readers aku....bahan² pun semua mudah nak dapat kat pasaraya biasa macam Tesco, Giant, Speedmart etc...cara buat pun senang ya ampun! first time aku buat homemade eskrim...ingatkan susah nau....sekali ehh kacang putih jeeee....tak sampai 30 minit dah siap..! tak perlu nak masak² atas dapur bagai....sumpah senang!


Jom cekidaut!


 Watak² Utama:
1) 1 cup air Laici jenama Yeo's
2) 1 tsp esen vanilla
3) 1 cup / 200ml whipping cream (disejukkan)
4) 1/2 tin susu pekat manis


Watak² sampingan (optional):
1) blueberries
2) strawberry



Cara-cara membuatnya:

Potong 6 biji strawberry kekecik macam ni, pastu ketepikan....aku saja nak tambah strawberry jugak dalam adunan ice cream...sebab aku rasa gabungan laici dan strawberry memang sangat umpph! meletop² rasa dia dalam mulut....nyummm~   tapi terpulang lah kan...taknak letak pun takpe...optional😁


 Masukkan whipping cream yang sejuk ke dalam mangkuk bersaiz sederhana


 kacau menggunakan hand mixer....kalau takde mixer boleh guna blender oke....iyeee boleh je nak kacau guna blender...tak payah bazir beli mixer baru....hehe


kacau sampai dia jadi gebu macam ni....haa tangan tu gatal nak calit krim pastu masuk mulut...😁


 then masukkan 1/2 tin susu pekat manis ke dalam whipped cream tadi


 dan mix lagi sehingga hubungan susu dan whipped cream tu terjalin erat....😝


 Next, masukkan 1 tsp vanilla essence


masukkan juga 1 cup air LAICI YEO's...dan mix kan lagi sekali sehingga mereka bergabung bersatu hati 


Last sekali masukkan watak tambahan yang dah lama tunggu nak masuk dalam plot cerita ice cream ni....hahaha~  strawberry yang dah dipotong kekecik tadi....masukkan semua pastu kacau bagi sekata...


 Masukkan semua adunan tadi ke dalam bekas kosong...sejukkan di dalam freezer selama 6 jam....overnight lagi bagus...


HASILNYA!


πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

mohon jangan terliur

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

teruskan scroll

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

tak sabarnyaaaaa nak makan!!

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

benci kan scroll lama²??

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

πŸ‘‡

taraaaa!!!





 haa dah warning tadi kan?? hahaha


meh closed up sikit


sangat creamyyyy dan tastyyyy....dah boleh say goodbye to ice cream mekdi! kahhh! iols pun boleh buat laaa eskrim setanding mekdi...wohoaa! *tiup kuku*


oke bawah ni versi video...penat aku edit oii....mohon klik play oke! haha




Kenapa Yeo’s menjadi pilihan aku? 

Sebabnya jenama Yeo's ni amat dipercayai sejak dulu lagi....produk Yeo’s telah mendapat pensijilan HALAL daripada JAKIM...tidak pernah ragu-ragu dengan dengan produk Yeo’s dan paling penting lagi produk Yeo’s tanpa bahan pengawet.... terbaik laa…!! 


Selain Laici, ada juga pelbagai pilihan rasa lain yang  SEMUANYA sedap-sedap....ada perasa Asli, Yougurt, Mangga, Oren, Apple Hijau dan Anggur. Korang boleh pilih mengikut citarasa pilihan hati korang....suami aku suka beli perisa Laici ni....minum sejuk² nyamannn tekak!😍


Dah pi la buat untuk berbuka petang karang! jangan cakap ahkak tak payung! πŸ˜



Ramadan adalah bulan yang dipenuhi dengan amalan-amalan mulia seperti bertindak baik juga beramal dari segi memberi kepada yang memerlukan. Sebagai peneraju minuman dan makanan, Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (“Yeo’s”), berhasrat meneruskan kegiatan yang membangkitkan amalan mulia melalui Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua.


Kempen ini menampilkan Kaka Azraff, Shukri Yahaya, AG, Heliza Helmi, Feeya Iskandar & Faizdickie dalam mengumpul nilai derma menerusi pembelian produk Yeo’s. Sumbangan ini akan ditukarkan kepada tunai dan disalurkan ke ENAM buah rumah anak yatim terpilih terletak di kawasan KL & Selangor.


Bukan tu saja korang!! Sesiapa yang menyumbang berpeluang menang duit raya dengan jumlah mencecah RM 58,000! woowwweee!! *mata bling²*


Aku rasa kalau dak encem tau pasal ni mesti dia nak join...sebab ada Heliza Helmi!! haha aku pun minat jugak dia....suka follow update kat IG dia...😁


Maklumat lanjut menerusi, www.yeos.com.my atau hubungi 1300-80- 2828





Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015