Feb 27, 2015

Review Huda's Haven, Batangkali

Assalamualaikum...


 Pernah dengar nama tempat ni?? aku pun baru tau kewujudan resort ni...tu pun sebab buat family day kat sini...owner tempat ni kawan ayah aku... :)


Hari ni nak review pasal Huda's Haven...cerita pasal family day len kali ehhh...banyak giler gambar...juling mata edit satu²...entry ni pun macam agak berjela....pheww~  :p


Ekceli tak susah pun cari lokasi Huda's Haven...kitorang hari tu guna waze je...search Kg. Ulu Rening...sampai satu kawasan nanti line takde...sebab masuk kawasan berbukit gitu...tapi bila dah lepas kawasan berbukit elok je line telefon, internet semua...even jalan hutan pun line still oke...memuaskan! bila nak dekat² sampai korang akan nampak signboat Huda's Haven kat every simpang...eh kacang putih je lahhhh nak pi sini *laki yang drive boleh la cakap kacang kan! hahaha~  :p*


Jalan masuk ke Huda's Haven kena lalu kawasan hutan....tak caya tengok gambar² bawah ni  :)



See! even dalam hutan pun ada signboard Huda's Haven...tu aku cakap susah nak sesat walaupun kiri kanan hutan....huhu~


 Daripada jalan utama jauh jugak la kena lalu jalan tanah merah gini...signboard ada kat simpang je...lepas tu takde dah signboard...hahaha~  nasib la datang siang² buta...tu pun dah cuak² takot kena sorok bunian ke...haa mana tau kan? hahahaha~  >_<


Ouh walaupun kiri kanan hutan, line telefon memang superb! so takyah riso lah kereta tetibe tayar pancit ke, terstop tengah² hutan ni ke...boleh je call minta bantuan...tak pun jerit...ada je rumah² kampung dalam tu...hahaha  adoii~  aku rasa ayat aku ni buat korang takmo pi sini...ehh nanti duluuuu...don't judge a book by it's cover bebeh!! sila teruskan membaca! you'll be amazed! ^_^


 aa ni dah nak sampai dahhh...boleh nampak belah kanan tu...yeyy!


ouh lupa nak inform...korang tak perlu bawak 4WD untuk masuk dalam ni...aku tengok sedara² aku ada je bawak Viva, Myvi, kereta proton and others kereta sedan...nampak je macam adventurous...tanah tu dorang dah mendapkan/ratakan so senang kereta² nak lalu...eh kitorang main basikal lagi tau atas jalan merah tuuuu... haha~  tapi kalau kereta korang jenis lowered nak mamps tu err better elakkan lah bawak kereta korang masuk sini...mengundang namanya...-.-'


Dalam 5-10 minit lalu jalan tanah merah....


Finally we are here!! wohoaa!


 
 such a breathtaking scenery...masyaAllah...nak nangis tau tengok tempat ni...cantikkkkkk sangat!! tak sangka tengah² hutan ada kawasan secantik ni...  :')





Resort ni idak la besar sangat...ada 11 unit bilik (pelbagai jenis dan saiz)...ada jenis suites, jenis bilik, dorm etc...kalau datang less then 100 pax boleh muat satu resort...kitorang hari tu more than 100 pax...seluruh resort ni memang kitorang yang punya (pada hari berkenaan)! tapi sebab ramaiiiiiiiiii sangat nak tido kena sumbat²...sampaikan orang laki² kena tidur kat surau...gegurl and warga emas je duk dalam bilik...ramai wooo sedara mara aku...haha~


Pastu dalam resort ni macam² aktiviti disediakan....stay 2 hari memang tak rasa bosan...ada je benda nak buat...


Antaranya:


mandi sungai...omgeee dah lama sangat tak pi sungai...terkujat urat saraf masa terjun dalam tu...sejukkkkk!!! tapi lama² berendam jadi best pulak! haha~  ^_^


Swimming pool...ada bahagian dalam, ada bahagian cetek khas untuk bebudak  ^_^


ATV...yang ni kena bayar RM100 tak silap...per ride...tak naik pun...tak sempat! sempat posing je...huhu~


memancing...peralatan mancing disediakan...umpan pun kau boleh mintak kat staff yang bertugas tak silap...tak sure pulak sebab tok sedara aku bawak umpan sendiri rasanya...haha~


ping pong...punnn disediakan


More, boleh main bola sepak (bola disediakan), main basikal (ada dalam 20 basikal disediakan, berbeza saiz), karoke...eh macam macammmmmmmmm lahhh!


Untuk makan² pulak pihak resort ada sediakan katering...order lah ikut bajet memasing...sedap wooo food dorang...tempat BBQ pun ado! biasa dah lepak ramai² gini makan BBQ memang sedap! kitorang hari tu bahan² makan semua termasuk perapan ayam buat sendiri...kerja membakar² upah staff resort...tak ingat la pulak upah bakar berapa RM dorang cas...ce korang call sendiri tanya...hahaha~ :p


Senang cerita korang tengok je lah website Huda's Haven...lengkap dalam tu...harga, facilities, accommodation, contact number etc... highly recommended untuk aktiviti family day dan seangkatan dengannya...


k tu je nak cerita..bye! (^^,)






Terima kasih sudi membaca!

10 comments:

MOMMYLIN said...

ni klu rajin beraktivity sangat sesuai ni... klu aku yana... aku suka tempat feeling2 suruh tido je.. bahahahah

Anum said...

bestnya tempat nie

SYANI said...

Tak tahu pun kewujudan tempat ni walopun duduk di Batang Kali..hehehehehe

Admin said...

Uiksss macam best je ni .. kena bookmark ni ...

Terima kasih ye bagi info.

HASRULHASSAN.COM

Nadiah Hanum said...

Wowww memang heaven! Cantik...akak suka bawak family gi tempat2 camni...thanks for sharing dear...:)

diary_ciknaa said...

pergh! nak nangis tengok.. cun habis tempat ni..

Anonymous said...

Nampak menarik untuk percutian bagi warga kota yang hidup penuh dengan jem...tapi bila tengok jalan nak ke resort macam seram lak...kena pergi ramai2 kot baru seronok :)

Unknown said...

nak tnya, kalau dtg just nak picnic je tapi tak tdur boleh ke?

Unknown said...

nk tnyer brape kos wk tuk 100 org tu ya..wk ambik package makan sekali ke x

Unknown said...

mmg best...challet bgaimana harga?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015