Feb 18, 2019

Short Vacay di Huda's Haven Sempena Cuti CNY

Assalamualaikum...


Masa cuti CNY hari tu, mak aku ajak gathering kat Huda's Haven. Sepatutnya adik aku balik Malaysia 1 Februari hari tu. Tapi terpaksa postponed sebab dia ada interview kerja 5hb. Motif pergi Huda's Haven ni pun sebenarnya nak bawak adik aku lerr dia request nak mandi sungai. Sekali dia tak dapat join halahh halahh. Takde rezeki. Kami lah tolong mandikan untuk dia. ehhh! 😝


Ni kali ke-2 aku bercuti ke Huda's Haven. First time dulu family ayah aku buat family day kat situ. Ada aku buat entry pasal tu. Klik > Family Day Haji Omar 2015


Kali ni dorang ada villa baru. Tu yang mak aku nak pergi lagi sekali. Saja nak try stay kat villa baru. Kali ni gathering dengan family belah mak aku. Adik beradik mak and sepupu² rapat. Entry review tempat ni pun aku pernah buat. Jalan masuk macam mana, lalu mana semua aku ada cerita. Klik je mana² word 'Huda's Haven' dalam entry ni untuk baca review aku tu 😁


Kitorang stay sini 1 malam je. Betul² hari raya cina tu, Selasa-Rabu. Selasa pagi tu kitorang gerak dari Bangi seawal mungkin. Perjalanan sejam lebih jugak. pfft! Aku rasa check-in time standard je dengan mana² resort, pukul 3pm gitu. And kalau datang awal, if ada bilik dah ready boleh je check-in awal. Memang masa kitorang sampai dalam pukul 11am lebih tu semua bilik yang kitorang booking dah siap dikemas. So boleh terus check-in yeyy!


 Ni lah villa baru tu. Atas sikit dari resort yang lama, kena masuk ke dalam and naik bukit sikit. Villa ni lagi dekat dengan sungai. Ada lebih 10 unit jugak rasanya. Boleh pilih nak unit tingkat ground or tingkat atas. 1 unit muat up to 4 pax:
🎈 1 queen bed
🎈 1 sofa bed (boleh request extra tilam)


 Sofa bed with extra tilam. Memang request awal² nak extra tilam. Aku share bilik dengan parents aku. Dorang tidur kat katil, aku anak beranak tidur area sofa bed. Alaa macam tidur kat living hall je. Ada tv jugak area sini. Ekon and kipas pun ada. Muat la tidur 5 beranak area ni 😁


Cumanya waktu tengah hari ya Auloh panas leting wehh dalam villa. Udara kat luar lagi sejuk. lol~  Kalau amek unit tingkat bawah tak panas sangat. Ni kitorang amek unit tingkat atas. Dia takde siling, terus bumbung je. Panas bahang! Ekon tak rasa apa. haha~  So waktu tengah hari toksah la lepak bilik. Pi berendam dalam sungai ok 👌


 Cute je rak baju. Lengkap lah semua disediakan.


 Bahagian dapur. Pun lengkap! Korang nak masak² dalam ni pun boleh. Tapi dapur kena bawak portable dapur sendiri kot. Tak pun bawak pressure cooker, multicooker or rice cooker. Macam² dah gadjet dapur sekarang ye dak?


 Toilet. Sabun mandi and syampu disediakan. Tapi aku bawak je sabun mandi sendiri. Lagi best. hihi~


 Balkoni. Setiap bilik ada balkoni. Masa aku datang ni, ada jugak bilik yang belum ada lagi balkoninya. Well, memang baru sangat unit villa ni. Masih ada yang belum lengkap, construction still on going masa aku datang hari tu. Mungkin owner buat berperingkat.


More, aku suka dengan interior villa ni especially perabot² yang dorang guna. Bukan macam setengah resort, 'asal ada' perabot je. Kat sini mostly aku tengok owner guna barang² IKEA. Sofa bed, towel, pinggan mangkuk, blanket, eh banyak lah guna produk IKEA. Toilet pun jenis high quality and mahal. Bukan biashe biashe. Sampai ke toilet aku tengok kaoo. hahaha~   Baloi lah dengan harga per night. Pendapat aku lah ye.


 View dari balkoni bilik aku. Khemah tu dorang letak basikal and ATV. Free je main basikal kat sini. ATV tu je kena sewa tak silap. Tak pasti pulak. huhu~


Ada jugak unit yang ada indoor swimming pool. Puas la anak² berendam dari pagi sampai malam. haha~  Tu kazen² aku, sampai ke tengah malam berendam. Nak tidur baru naik. lol~


Video dari open swimming pool, ke private swimming pool.


 Kawasan parking yang luas. Villa yang aku duduk ada belah kanan tu.


 Ni pulak macam kantin. Betul² depan villa yang aku duduk. Kitorang makan ramai² kat sini. Selesa sangat! Sinki, sabun basuh pinggan, sabun basuh tangan, mesin Coway pun ada disediakan. Boleh amek air panas dan sejuk FREE FLOW! Terbaikkk! 👍


Sepanjang stay resort ni kitorang tak amek pun pakej makanan. Semua bawak dari rumah and masak kat sana. Untuk first day, kitorang buat pot luck. Ada bawak nasi lemak, lauk², nasi putih semua lahh. Sampai resort tinggal ngapp je. Air pulak kitorang bawak 3 in 1 je. Dah kata air panas and sejuk free flow kan. Bancuh je lah. Nak air sejuk minum air mineral Coway. Tak bawak pulak kordial. Takpe lah. Healthy sikit minum air mineral. Tapi bila dah petang tu memasing cari air ais. kahkah! So kazen aku kot keluar pergi beli ais. Ke request kat ofis je? Entah la. Aku tau tiba² je ada ais kat situ. LOL~


Tapi kitorang bawak je alatan memasak macam portable dapur gas, pressure cooker, rice cooker. Untuk dinner mak aku buat maggie thailand. Beli kat Lazada. Mak aku memang gila membeli kat Lazada. Pokok pun dia beli online wakkk. Allahu~  Then kazen aku buat cekodok ikan bilis and bawang. Siap 2 versi. haha~


Tu toke Huda's Haven. Apa tah nama dia. Husband and wife duk run resort ni. Actually owner resort ni kawan ayah aku. Satu tempat belajar kat Liverpool dulu. Berani la dorang invest buat resort gini. Salute! 👏


Sebelah kantin ada gazebo. Luas gak kawasan keliling kantin ni. Bebudak boleh main lari², main badminton. Anak² aku siap main nyorok². haha~  Kawasan ni memang hutan. Tapi aku bukan lah seorang yang superstitious so aku tak kisah anak² aku nak main apa² pun. Asal berpada dan tak rosakkan alam sekitar.


Ni part paling best. MANDI SUNGAI! OMG memang kitorang looking forward sangat aktiviti berendam dalam sungai. Musim panas wei. Air sungai tu tak rasa sejuk sangat tapi nyamannnn gilerr! Puas berendam tau. Hilang migrain! Sooo tiap kali migrain nak kena cari sungai ke camni ni?🤔


Adik baby tu aku bagi jugak lah celup² kaki sikit. Alahh air sungai kan mengalir. Tak sama macam mandi swimming pool. InsyaAllah takde virus pelik² dalam sungai. Aku yakin benda² nature ni semua elok untuk kita. hihi~


Bukan bebudak je happy, tok nenek punnn happy! haha~  Eh tok nenek sedara aku pun ada jugak masa ni. Umur dah 84 tahun. Masih gagah mandi sungai. Allahu~  Dorang memang asal kampung, jenis berkebun, memburu semua tu. Tok sedara aku ada je lagi senapang untuk dia menembak ular. Ya tuhan meremang dengar cerita makcik² aku macam mana tokcik tangkap ular kat kebun dia. Adehh~  Tu yang badan taff sampai sekarang. pfft!


Nak dijadikan cerita lagi, aku terjatuh masa kali ke-2 nak turun sungai. Jatuh tergelincir sebab jalan dari villa tu turun bukit. Berbatu and berpasir. Licin. Aku jatuh sambil dukung baby oke. Dah macam kerang busuk. grr~  Nasib lah takde orang masa jatuh tu. Cik ponti je kot nampak aku jatuh. lol~  Lebam jugak la tangan aku. Masa jatuh tak rasa sakit. Hari ke-3 baru datang sakit² kaki, sakit badan. Macam mana nak jadi taff sampai umur 80an ni?? 😑


Kalau taknak mandi sungai, boleh pergi open swimming pool. Tak tahu macam mana nak cerita lokasi dia. Korang tengok lah map. hahaha~  Ada 2 pool, untuk adults and kids. Untuk kids tu tinggi pinggang Zafran je. Tinggi Zafran 90cm. haa boleh bayang? 😁


Hari esoknya tu, makcik² aku buat sandwich sardin. Mak aku buat nasi lemak, guna pressure cooker. Sambal semua panaskan balik yang hari sebelum tu. Dalam bilik kan ada microwave, haa senang panaskan je lauk² yang berlebih tu. Fridge pun ada untuk simpan lauk lebih so takde la basi. Memang saja masak sambal lebih. Letih la kalau nak menumis kat resort. Baik masak siap² kat rumah.


Kazen aku buat lagi cucur bawang dia. Sedap oi makan panas². Kejap je licin. Tak tahu la berapa kg tepung dia bawak hari tu. haha~


Tukar giliran dengan mak, guna tangan je wakk. Lagi puas katanya. hahaha  baiklahh!



Cucur bodoh je. Tapi bila makan ramai² tu sedap lain machiamm. 😍


Dalam pukul 1pm kot baru kitorang check-out. Ada lah budi bicara owner masa ni. Patut check-out time pukul 12pm ye. hihi~


My familia! Walaupun ramai yang tak dapat join especially kazen² aku yang dah kahwin, tapi tetap lahhh meriahh!


Next time kita gathering cari sungai² lagi ehh. Janda Baik perhaps? Tazzabarrr 😍


K tu je nak cerita. Korang nak tengok more info pasal resort ni boleh cari kat Facebook dorang. Taip je Huda's Haven ok?


Tata!




Terima kasih sudi membaca!

2 comments:

Anum said...

bestnya bercuti

Azlinda said...

happy dpt kumpul family reramai mcm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015