Alhamdulillah, sempat jugak jejak Pusat Sains Negara (PSN) masa tengah free entrance. kikiki~ Gigih nak pi jugak! Walaupun bertiga je dengan anak². Macam aku pernah mentioned dalam entry sebelum ni, apak dorang pi Jepun. Aku malas nak tunggu dia, kang kelaut planning.
Aku pi hari Isnin. Saja amek cuti dengan harapan tak ramai orang *you wish!*. Dah nama cuti sekolah. hahaha Tapi rasanya still oke banding pergi weekend.
Happy face! Menurun perangai mama asal keluar rumah je happyyyy
Keluar rumah awal pagi, err dalam 8.30am gitu kot. Singgah breakfast kat R&R Serdang. Kuih² kat situ sedap. Hari kerja pun aku suka beli breakfast kat situ. Lepas breakfast dalam kereta *sebab sejuk ada ekon. lol* baru teruskan perjalanan pi PSN. yeyy!
Aku tak familiar jalan area sana. Tapi waze kan adooo. Jangan derhaka je dengan waze insyaAllah tak sesat
Sampai PSN dalam 10.20am gitu. Ya ampun parking dah full??!!! Kena park seberang jalan. Erm memang dorang ada sediakan parking khas seberang jalan tu. Ada jejantas lagi untuk seberang jalan so agak convenience jugak sebenarnya. Cuma yelahh aku sorang nak handle 2 tentera ni mengah la jugak menapak jauh² tu. Walaupun ada stroller. pheww~
Masuk je entrance nampak akuarium dulu. Zafirah suka la tengok fish besar² gitu. Zafran tu kenapa tah nangis. Takut barangkali. adudu~
Aku pun tak pasti lah sesuai ke idak bawak anak umur 5 tahun dan ke bawah datang PSN. Yelahh dorang bukan faham sangat pun pasal SAINS. kahkah~ Tapi aku saja nak bagi Zafirah explore.
Sampai lah satu kawasan ni, "Alam Kanak-kanak" nama diberi. Haa kat sini jangan kata budak 5 tahun, budak 2 tahun pun sawannnn!! Boleh pulak dua beradik tu serentak jerit,
'waaaaa!!!!'
'yeyyy!!!!'
Sampai lah satu kawasan ni, "Alam Kanak-kanak" nama diberi. Haa kat sini jangan kata budak 5 tahun, budak 2 tahun pun sawannnn!! Boleh pulak dua beradik tu serentak jerit,
'waaaaa!!!!'
'yeyyy!!!!'
Dia macam playland. Macam² jenis mainan ada. Seram sejuk aku masuk sini weiii! Duk mikir macam mana lah aku nak bawak dorang keluar dari sini nanti???
Kawasan ni memang khas untuk kids 4 years and below. Tempat lain agak extreme and ada ketinggian khusus untuk masuk. Zafirah of course la nak main yang extreme sikit. Tapi susah la aku nak control kalau dia main jauh². Ramai orang kat sini. Ramai sangat! Tahap serabut punya ramai. haa boleh bayang? So aku suruh dia main sini je dekat dengan adik. huhu~
Tak lama pun lepak playland. Tak sampai setengah jam kot. Lepas tu aku ajak dia round tempat lain. Mujur dia oke.
Tak lama pun lepak playland. Tak sampai setengah jam kot. Lepas tu aku ajak dia round tempat lain. Mujur dia oke.
Dia dah pandai membaca, bila dia sibuk tanya, "mama ni untuk apa, tu apa??" haa aku jawab je, "kaklong baca lah situ dia ada cerita." lol~
Ada kisah tragis masa ni. Salah satu bola yang ada kat atas tu terjatuh atas lantai. Kau tau si Zafran tu boleh merangkak masuk bawah besi² tu sebab nak kutip bola yang terjatuh tetengah mesin tu?? ya ampunn berderau kejap darah aku masa ni. Dah la ramai orang berkerumun situ. Susah aku nak capai tangan dia. Mujur ada orang tolong tarik dia keluar dari situ. Hai lah anak teruna. Jangan pepandai jadi berani kat tempat awam boleh tak?? Mama ni bukan lah sentiasa boleh jadi superwoman. Ada masa tak mampu jugak nak control anak² melasak
Giant sempoa. Teringin nak ajar Zafirah guna sempoa. Hari tu pernah nampak DIY ada jual. Time bebetul nak beli dah takde pulak. Nanti lah try cari kedai stationery ke.
Zafran memang tak paham apa pun. hahaha kesian dia. Dia have fun sebab kaklong have fun!
Ni semua level bawah. Rasanya ada 2 level je kot dalam ni. Level atas more to pameran sains macam keratan rentas telinga, pasal biasan cahaya, angin etc etc. Tak reti nak explain. LoL
Ni semua level bawah. Rasanya ada 2 level je kot dalam ni. Level atas more to pameran sains macam keratan rentas telinga, pasal biasan cahaya, angin etc etc. Tak reti nak explain. LoL
haa ni pun ada. Anak² aku tak faham apa pun yang ada kat atas ni. hahaha
Ni macam wayang kot. Tak pun wayang 3D ke, tak sure pulak. Ramai beratur. Aku memang sah-sah takleh masuk. Tak cukup syarat!
Habis round, bagi dorang main lagi kat Alam Kanak-kanak tu. Zafirah nak sangat main gelongsor tinggi². haa main lahh! Masa ni ada satu bahagian mainan tutup. Dia ada masa tertentu je bukak. Yang aku ingat pukul 12-2pm dia tutup. So tak ramai sangat orang kat kawasan ni. Boleh la aku duduk dekat dengan tempat Zafirah nak main. Zafran tu aku hulur makanan dia duk la diam² kalau tak menggelupur jugak nak follow kaklong main. Haa masuk sini aku bawak je bekal roti and air mineral. Berjam² nak lepak sini, dengan dorang pun kemain lasak main, confirm akan lapar dan dahaga. Kat bahagian luar tak nampak pulak cafe or restoren. Yang ada gerai² jual makanan ringan macam sosej, nugget etc. Bawak je lah bekal sendiri, yang penting JANGAN BUAT SEPAH!
Aku bagi masa 30 minit je untuk dia main². Penat lah nak tunggu. Panas sikit kawasan ni sebab bumbung dia jenis direct cahaya matahari. Tak rasa langsung ekon. Memang tak selesa lah senang cerita. Lagipun dah pukul 1pm. Aku dah lapar
Habis round, bagi dorang main lagi kat Alam Kanak-kanak tu. Zafirah nak sangat main gelongsor tinggi². haa main lahh! Masa ni ada satu bahagian mainan tutup. Dia ada masa tertentu je bukak. Yang aku ingat pukul 12-2pm dia tutup. So tak ramai sangat orang kat kawasan ni. Boleh la aku duduk dekat dengan tempat Zafirah nak main. Zafran tu aku hulur makanan dia duk la diam² kalau tak menggelupur jugak nak follow kaklong main. Haa masuk sini aku bawak je bekal roti and air mineral. Berjam² nak lepak sini, dengan dorang pun kemain lasak main, confirm akan lapar dan dahaga. Kat bahagian luar tak nampak pulak cafe or restoren. Yang ada gerai² jual makanan ringan macam sosej, nugget etc. Bawak je lah bekal sendiri, yang penting JANGAN BUAT SEPAH!
Aku bagi masa 30 minit je untuk dia main². Penat lah nak tunggu. Panas sikit kawasan ni sebab bumbung dia jenis direct cahaya matahari. Tak rasa langsung ekon. Memang tak selesa lah senang cerita. Lagipun dah pukul 1pm. Aku dah lapar
Last posed sebelum balik. Suka aku nyakat Zafran tu dengan ikan² dalam tu. kikiki~
Actually belah luar PSN ada taman permainan, ada swimming pool bagai and mini zoo kot. Aku tak lalu pun taman luar tu. Panas terik wehh! Dah la kena turun naik tangga. Tak sanggup lah. On the way nak pi parking pulak ada patung² dinasour. Syok bergambar situ. Tapi nak pi situ kena turun tangga jugak, tinggi! Dengan panas lagi. Baik aku pi makan lagi best. haha~
Aku decide nak lunch kat IKEA Damansara. Dah dekat dengan PSN tu. More, tempat makan dia ada mainan best sikit dari IKEA Cheras. Sebab ada touch screen. hihi~
Ramai orang weh! Ramai sangat! Dengan beratur panjang. Tapi aku kan gigih, demi memenuhi selera anak tekak Mujur jugak rezeki baik tak susah sangat nak dapat seat yang ada mainan.
Seat macam ni. Kat IKEA Damansara ni ada 1 je seat gini if tak silap. Kalau kat Cheras ada 2. Daku bukan lah pengunjung tegar IKEA, tapi dah selalu jugak datang makan sini tu yang boleh hafal seat macam mana, mainan jenis apa semua. haha~
Surprisingly, mood Zafran baikkkk sangat! Takde adegan cubit² or gaduh dengan budak lain. Elok je share² main dengan orang lain. Good boy!
Rezeki aku jugak jumpa orang baik². Orang meja sebelah banyak tolong aku. Time aku nak basuh tangan, nak amek air, refill air, amek cili sos, dia lah tolong jaga meja and anak² aku. Anak aku pun siap jadi geng dengan anak dia. haha~ Thank you so much kak!
Lama jugak lah aku melepak IKEA. Ada la 2 jam kot. haha~ Saja bagi dorang main puas². Almost pukul 4pm gitu kot aku ajak dorang pi surau, aku tak solat Zuhur lagi. Zafran pulak memberak, nice sangat timing! Masa nak tukar pampers Zafran jumpa lagi akak meja sebelah. Borak² rupanya dia first time sampai IKEA. Orang Langkawi. Saja datang bercuti rumah mertua. Esoknya nak berjalan ke Melaka pulak. Rajin asben akak drive jejauh tu. Laki saya nak drive pi Klang pun dia malas. LoL~
Lepas solat, terus balik. Tak round IKEA pun. Lagipun dah petang sangat, aku taknak sama timing dengan orang balik kerja. Haru kang redah jem.
Dalam kereta, tidur. As expected! Jangan tanya mana carseat. Tak larat nak hangkut dari tingkat atas masuk dalam kereta. Ada banyak surah/doa pelindung kan? Baca lah semua yang tahu. Drive pun slow², takyah jadi pelesit sangat. InsyaAllah selamat perjalanan
Masa nak masuk federal hujan. Singgah beli Starbuck kat Petronas Solaris, sebelum exit UPM tu. Situ ada drive thru. Aku suka Frappuccino Chocolate Cream Chip. Add on whipped cream some more. nyummm! Reward untuk diri sendiri kekdahnya. Ingat senang nak handle 2 tentera jalan² gitu? Dengan perut membuyong lagi walaupun belum sarat tapi mengah jugak lah.
Tengah tunggu air siap hujan turun lebat gilaaa! Sampai rumah aku blur camne nak angkut dua orang tu keluar dari kereta. Porch rumah aku takde full awning. So kena tempias hujan jugak. Last² lepak je dalam kereta sampai dorang bangun. LoL~
k tu je nak cerita. Aku tak sure nak rate macam mana PSN tu. Cuma bagi aku kids below 10 tahun and warga emas tak sesuai pi situ. Eh masa aku pi takde lagi nampak barang pecah² macam yang viral baru ni. Tapi ada lah benda yang dah tak function. Mujur lah free. Harap bila berbayar nanti rakyat Malaysia lebih berhati² bila nak guna barang² yang dipamerkan termasuk lah mainan.
Till next entry. Happy new year korang!
Terima kasih sudi membaca!
6 comments:
wah seronoknya
wahhhh zafran nak dapat adik ke? tahniahhhhh bestnyaaa eh hehehhehe....
ya allah gigih sgt mama angkut 2 tentera jalan2.... hebat! :)
kalau daku.. memang mereput la anak2 di rumah klu xde laki nak handle anak2 hahaha
tahniah2... smg dpt kembar... hehe
bile laa nak sampai sini.. nak bawak ecad pulak..
Saya pergi hari tu .. saya masuk dengan tiga anak saya Survive The Bunker tu. Saya ada cerita di blog. Dalam survive the bunker tu dia macam .. err rumah hantu la lebih kurang, gelap pada awal tu, tapi lepas dapat keluar dari lorong gelap dah ok dah. Tips nak keluar, kena tgk atas sbb atas tak bertutup, leh tahu la mana satu nak tuju.
Leh je tgk orang dalam tu sbb ada cctv dan skrin berada di luar Survive The Bunker - bahagian exit.
www.hasrulhassan.com
Post a Comment