Jan 17, 2018

Brownies Sedap Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum...


Hi korang. Lama jugak daku menyepi. Takde idea nak mengarang kekdahnya. Padahal banyak gila benda nak dicerita. haha~


Oke hari ni saja nak share pasal bisnes baru aku. Kemain dah ada bisnes sekarang. kahkah~  Mana yang follow page aku tahu lah pasal bisnes baru aku ni. Takde gah sangat pun. Bisnes jual brownies je wakkk. Tu pun lepas join kelas online dengan cikgu Nana, terus rasa confident nak meniaga brownies. 


Seumur hidup aku memang tak pernah buat brownies tau! Makan pernah lah. Bila cikgu Nana kata dia ada buat kelas, laju je join! Eh tapi memang baloi lah join. Sebab aku suka sangat beli brownies dia. By the way cikgu Nana duk Kemaman ye. So kalau beli brownies dari dia kena pos lah. Tahun 2018 ni apa nak heran orang pos brownies. πŸ˜œ  So, now dah tahu buat sendiri, bebila teringin brownies boleh terus bancuh dan bakar. Senang je rupanya. haha! 


Tapi percayalah, resipi cikgu Nana TAK SAMA langsung dengan mana² resipi yang aku tengok kat Youtube or tv. Lagipun, bila join kelas, aku belajar sekali segala maknek tips and tricks untuk bagi brownies tu bertambah ummpph! Kat Youtube mana cerita tricks² semua tu. Bahan² pun ada banyakkkk jenis yang dijual kat kedai bakery. Newbie macam aku ni mana tau jenama apa yang lebih sedap?? gituu


Untuk readers yang baru tahu bisnes baru aku ni, sudi² lah support and follow my new instagram πŸ‘‡


Klik gambar untuk follow!


Bawah ni pulak list harga brownies yang dijual:



Untuk toppings semua ni terpulang lah korang nak apa sebenarnya. Pilihan toppings:
πŸ‘‰ Peanut butter
πŸ‘‰ Lotus biscoff spread
πŸ‘‰ Nutella/caramel drizzle
πŸ‘‰ Almond nibs
πŸ‘‰ Butterscotch
πŸ‘‰ Fruits (Strawberries etc)
πŸ‘‰ Chocolate (kit kat, kinder bueno etc)



 Ni feveret aku! Selain plain and caramel drizzle. haha~  Sedap wooo! Lemak² rasa dia. Rugi lah orang diet kalau tak makan brownies aku πŸ˜  Tapi laki aku tak kenan topping cheese sebab rasa more to cake. Yelahh cheese tu buatkan brownies tu moist sangat. Lantak situ. Aku tetap suka! hahaha~


Kalau nak deko letak tulisan pun boleh. Tapi yang simple² aku boleh la buat. Kalau fancy² sangat sis tak reti uols. hihi~


Untuk students atau jika nak beli dalam kuantiti yang sedikit pun boleh wakk! Aku ada jual saiz mini pack. Ngam untuk sorang makan.


Nak letak toppings pun bolehhh! Kalau macam ni harga RM12.50. Minimum order 2 pack.


Aku guna PURE butter dan bahan² premium untuk semua brownies aku. Butter tu kadang guna jenama SCS, kadang La Belle. Korang boleh check kat kedai bakery berapa harga bahan² yang aku guna. Kalau korang nak guna coklat yang lebih mahal macam Callebaut coklat pun boleh. Harga kita discuss kemudian😁




PRODUK BARU

Saiz 9"



Aku start meniaga November 2017. Alhamdulillah semakin ramai dah kenal @yanamib.cuisine . Ramai jugak yang repeat order. Bab rasa memang takde masalah, aku yakin SEDAP! Bab deco tu je aku lemah sikit. Tapi semakin improve dari awal² meniaga dulu. Thank you semua yang sudi jadi customer aku, yang percaya dengan hasil air tangan aku πŸ˜˜


Aku enjoy sangat dengan bisnes baru aku ni. Hari² bancuh brownies pun aku oke. Penat, tapi happy! Tapi aku mampu terima order MAX 2 kotak je sehari (weekdays), dan 3 kotak (weekend). Part time baker je wakk. Dengan anak kecik lagi tak sempat nak ngadap dapur. huhu~


Aku suka makan kek² sebab tu aku berani jual. Aku takkan jual benda yang aku tak suka buat/makan. Tak feel. haha~   Meh la order sekotak korang rasa sendiri. Kalau sedap war-warkan, kalau tak sedap/need improvement korang roger je aku direct. Aku oke je nak terima kritikan. Yelahh tekak kita lain², aku kata sedap, tak semestinya semua orang pun akan cakap sedap. kan?


Thank you korang sudi support aku. Doakan aku boleh pergi jauh dengan bisnes baking ni kayy! Laff u guys so strong! πŸ˜˜πŸ˜˜








p/s: Buat masa ni aku tak berani pos brownies. Sejak new year hari tu ada 2 orang customer aku bermasalah dengan kurier. Mungkin penangan sale tahun lepas tak reda lagi. Mungkin juga depends pada lokasi. Nak selamat aku prefer COD sahaja. Sorry korang! πŸ™



Terima kasih sudi membaca!

5 comments:

Anum said...

sedapnya terliur

adarain said...

tengok gambar sedapnya... member buat ritu pun sedap sampai nak makan lagi..

Zeza Yurika said...

Wah! Sedap nampak. Bangi dekat je. Nanti bolehlah nak try. Nyum2!

adianazulhilmistory said...

semogA dipermudahkan rezki puan..dan sukses selalu dlm biz

#JMBELOG said...

pos ada ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015