Nov 30, 2017

Kos untuk Birthday Party

Assalamualaikum...


Haihh malas betul nak update entry sekarang. Banyak benda nak cerita tapi penyakit M tu ya ampunnn kalau lah ada ubat khas untuk penyakit tu. Kalaulahhh πŸ€•


Oke seperti yang dijanjikan dalam entry lepas, aku akan share berapa kos yang aku guna untuk buat birthday party Zafran. Bukan nak riak ke apa ye, sekadar berkongsi. Untuk rujukan aku jugak di masa hadapan. Dah kata blog ni sebagai pengganti memori yang hilang. lol😝




1. Door gift

Aku beli children's cutlery set ni kat IKEA. 1 set tu RM5.50 je. Ada 6 set dalam tu, so satu set jatuh dalam RM0.90 je! Murah oke! Jemputan kekanaks ada la dalam 80 orang. Kawan² aku ramai yang produktif, satu family minima 2 orang anak, maks 4-5 orang. wohoaa!πŸ˜‚  So aku beli 15 set. Lebih takpe, aku boleh pakai walaupun memang dah ada set ni kat rumah. huhu~  


 Kali ni aku takmo guna paper bag or bag goodies biasa tu. Aku balut je cutlery set tu dengan tisu. Idea ni aku dapat dari Pinterest. Macam yang aku mentioned dalam entry sebelum ni, memang aku banyak cedok idea dari Pinterest. Kreatif² dorang ni. Tisu tu kebetulan memang ada kat rumah. Zaman bila tah mak aku beli. Elok berbungkus dalam plastik lagi. Tak elok membazir, baik lah guna ye dak? πŸ˜  Tapi aku perasan IKEA ada jual tisu tebal² gini.


 Taraa! dah siap balut! Cara balutan pulak aku tengok kat youtube. Alahh search je 'how to fold cutlery with tissue'. Something like that πŸ˜  Ada banyak cara, aku follow mana yang palingggggg mudah! haha~  Wei balut sendiri je tauu. Ada 80 set pulak tu nak dibalut. Krem tangan ahkak πŸ˜­


 Budak nyibuk.


Ni pulak untuk lekat kat set yang dah dibalut. Takde la nampak kosong je kan. Semua ni print kat Pinterest. Print atas kertas biasa je, then potong and lekatkan double sided tape. Nak print direct atas sticker papers mahal uiiii. Banyak lagi benda lain nak dibeli so jangan bazir! Tapi kalau korang memang ada bajet lebih boleh la print atas kertas sticker terus. Kena tempah kat kedai and biasanya amek masa few days untuk siap. Bukan boleh siap immediately😜  


 Dah siap tampal! haa baru lahh berseri-seriiii door gift kiteeee😍  Memula laki aku agak skeptikal dengan idea aku ni. Tapi yelahh kau argue dengan orang perempuan mana mungkin kau boleh menang? bahahaha! Eh masa hari kejadian, ramai puji door gift comel, cute, lawa semua yang indah² lahh. Oke la mungkin korang akan cakap dorang amek hati jeee. Tapi bebudak semua cakap cantikkkk. Bebudak tak pandai nipu oke. Dorang jujurrrr. Kembang kempis hidung acik dengar tetamu² kecik puji. Berbaloi rasa kepayahan membalut, menampal semua tu πŸ˜˜


 Ni door gift aku beli khas untuk sambutan kat taska. Saja lah selit dalam entry ni jugak. hihi~  Roti sosej bajet nama diberi. Seketul tu kau tau berapa RM??


SERINGGIT sahaja!


yaa korang tak salah baca! Memang RM1 jee harga seketol bun sosej tu. Aku beli kat @ida_bakery. Dia duk area Kajang sana. Delivery ke rumah aku dia cas RM10. Oke lah sebab murah sangat dah roti dia tu.


Yang tag lego tu aku print sendiri and stapler sendiri. Aku just mintak baker tu balut roti aku cara gitu senang aku nak menampal tag. Tag Lego tu pun amek dari Pinterest. hehe✌


 Sekolah Zafran ada dalam 50 student, aku bagi extra 10 roti untuk teachers. Sedap weh roti dia. Gebu gebas lagi. Tahan for 4 days in room temperatureπŸ‘πŸ‘


So total damage untuk door gift roti je dah RM60. Print tu tak ingat berapa. Murah jugak sebab aku pi kat area flat ikan Seri Serdang sana. Banyak kedai print memurah situ.


Oke lagi aku nak selit cerita door gift aku buat masa birthday Zafirah dulu. Door gift untuk tadika sebab celebrate kat rumah kecik² je. Among family members je tak payah door gift lah kan. haha


 Aku beli bag gift ni kat MR. DIY. RM1.90 untuk 12 pcs. So sekeping jatuh RM0.20 je. Kenapa aku kata DIY lagi murah? Sebab dulu aku pernah beli bag yang sama kat kedai borong area Bangi ni, RM2.50 untuk 10 pcs. Boleh baca kat >SINI<


Ada macam² corak lagi. Pilih la mana kenan di hati. Tapi material jenis senang koyak. So kena hati-hati masa nak masukkan barang dalam beg tu. 


Dalam beg tu aku isi air kotak satu and pensel tak silap. Masa ni aku mendemam ingat nak isi benda lain lagi dalam tu tapi tak larat nak pi kedai. Nak survey pun tak larat dah. Jadilah dua benda tu je dalam goody bag. Janji ado. Total student 75 orang gitu. pheww~  Air kotak beli kat Giant, tak ingat berapa sen sekotak. Almost singgit jugak kot. Pensel beli kat DIY pun tak ingat harga. kahkah~πŸ™ 


*********************************************************************************


oke habis dah cerita selingan. Sambung to party Zafran. hehe~





2. Sudu Garfu


Set sudu plastik beli kat MR. DIY. Ni yang paling murah. Benda pakai buang kan amek yang mur mur sudahh.


Pinggan mangkuk polisterin beli kat kedai borong kat Sungai Ramal. Tak ingat harga. haha~  Cawan, tisu pun beli area Bangi je.







3. Hiasan

Untuk hiasan² ni semua print dari PINTEREST! Berapa banyak daa word Pinterest dalam entry ni? hahaha~  Tali untuk menggantung banner, paku semua recycle apa ada kat rumah. Belon and batang dia tu beli kat DIY. Tak ingat harga. Ninjago eye tu pun print dari Pinterest wehh! Plan asal nak print atas sticker papers senang sikit nak menampal. Tapi kerja semua buat last minute, print je lah atas kertas biasa pastu gam kan aje atas belon. Melekat jugak. kihkih~


Hiasan lego² tu recycle je anak aku punya. haha~  Yang macam pasu IKEA tu, haa tu lama dah aku beli. Beli kat kedai RM2. Aku kirim kat Sue. eh lama dahhh~  Masa umur Zafirah setahun kot. Lama sangat! Tak pernah guna pasu tu. Duk simpan je dalam almari. hihi~  Aku letak sudu garfu and belon yang belum ditiup dalam tu. Alkisahnya tak sempat nak meniup semua belon. Lupa beli pam belon, so kena tiup manual. Semput oke! Dapat tiup 10 pcs pun dah syukur sangat. Janji ado! Bebudak yang nak belon sila tiup sendiri ye πŸ˜






Kos-kos lain:
Kuih Nona (100pcs) + roti jala (2kg) + Sandwich egg & tuna = RM225
Brownies bite (plain + choc chips), 150 pcs (mamakayrul) = RM105
Birthday Lego cake (break_N_fast) = RM135
Nasi putih + ayam masak merah (RM4.5 per head x 60) = RM270
Khemah + set kerusi meja  + buffet table = RM350


Jemputan aku untuk majlis birthday Zafran 150 orang. But of course lah bukan semua yang dijemput datang kan? hehe~  Tapi food habis woo Alhamdulillahhh.


TOTAL Damage (include yang aku dah bebel panjang atas tu) = RM1,375.10


Sebab tu tak daya nak buat birthday party tiap tahun. Anak aku dua orang, dua² lahir bulan lain². Sorang awal tahun, sorang akhir tahun. Bankrup lah setahun sampai dua kali buat party. hahaha~  Dapat merasa sekali tu oke laa tu kannn. Next time pulak. Tengok lah bila dorang dah besar sikit. πŸ˜


k tu je nak cerita. tata!






p/s: takde paksaan untuk bukak dan baca blog ni. Kalau tak suka boleh tekan button 'x' atas tu. Lagi better takyah baca langsung. Ni dah tak suka tapi sibuk baca dan komen. Banyak benda lain lagi aku nak fikir daripada serabut fikir hal orang lain. Get a life please!



Terima kasih sudi membaca!

6 comments:

Unknown said...

banyak jimat dah ni sebab banyak guna barang yang ada kat rumah je..lagi2 semuanya buat sendiri..kecuali nasi dengan ayam masak merah tu.

Ok la.door gift tu..akak pun suka.nampak comel je..Yang penting benda tu berguna dan boleh guna lama.

Dilah said...

Comel weh doorgift ikea tu.. adik dilah dulu pun beli tu je wat doorgift besday anak dia.. Dilah pun baru sekali jer buat birthday party anak2 combine kakak bln 11 & abg bulan 12. kalau buat tiap tahun alamat kena catu la nati.. haha.. yg kecik fattah anas ni pun nanti boleh buat sekali ngan adik baby.. cukup la merasa sekali kan anak2.. tp kurang2 time birthday beli kek.. tu pun dah cukup happy anak2 kan..

Hidayah said...

Titew sentiasa suka baca entry awak dari dulu lagi. Blog awak antara blog terawal kita explore.. tak sangka one day ada rezeki kenal ngan awak di alam nyata. Titew xtau la awat awak jadik geram... heehee.. yang penting entry awak semua sampai dlm hati tau. Titew dpt rasa keikhlasan dlm setiap entry awak.

ameris said...

alaaa... rugi takleh gi party aritu.
gud laa yana buat bajet mcm ni, senang akk nk refer nnt..

Reem Doorgift said...

wahh, nice idea.. mesti kanak-kanak suka :D

sue82 said...

Saya pon suka tengok kt Pinterest.. menarik..😁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015