Dec 7, 2023

Hotel Menarik di Chiang Mai | U Nimman Chiang Mai

Assalamualaikum...


Kalau korang bercuti ke Chiang Mai and ada bajet lebih, aku nak rekomen korang stay hotel U Nimman. Bukan saja cantik dan selesa, tapi lokasi dia strategik. Tengah-tengah bandar and easy access to macam-macam kedai. Ada mall kiri kanan, convinience shops, souvenir shops, semua walking distance je, dalam 400-500m sehala.

Kedai halal kena naik e-hailing sebab agak jauh. But still convinience sebab senang nak booked e-hailing services.


Lobi hotel yang berwarna warni. Upon checked in, staf akan bagi sebotol mineral and sabun aromaterapi. Complimentary gift gitu.


Toilet tepi cafe hotel. Thailand ni sama je macam Malaysia, toilet dorang semua ada paip tau. Even public toilet kat rnr or dalam temple semua ada paip. So takyah susah2 bawak botol kosong or portable bidet.

Koridor yang suram dan seram. Siang malam sunyi. huhu


My room sepanjang 2 malam di Chiang Mai. Tidur sorang je pulak tu. haha



TV yang tak pernah tengok sebab semua siaran in Thai languange. Tapaham apa pun.



Balkoni yang secoet jadi la buat raso-raso ngintai orang bawah.


Toiletries


In room drinks. Ada mesin kopi tak tak sempat nak guna. Bancuh air dalam bilik pun tak sempat. Jadual packed! Masuk bilik untuk mandi and tidur je.


Toilet dia asing-asing shower room and jamban. Sinki duk belah luar. Dah la tempat shower takde lampu. Fefeeling mandi dalam kesedihan. lulz~


View from my room. Depan tu la One Nimman mall. Mall ala-ala Publika gitu, jenis open space. Banyak jual souvenirs and barang2 kraf dorang. Souvenirs harga sama je mana-mana tempat. Barangan kraf and baju je la kat sini mahal dari night bazaar.


Pool and gym pun ada at Level 5. Tak sempat nak celup kaki pun. Kalau tengah hari tu panasss berdonting!

Satu benda aku suka and impress pasal hotel ni ialah room service yang disediakan. If korang nak request extra towel, bantal or even iron, tak perlu call receptionist pun. Korang install je app hotel (QR code given in your room), then scan dedicated QR code for your room (pun sama ada diberi dalam bilik- tepi katil je). Then request la in room meals ke, housekeeping services ke semua dalam app tu..

Lepastu servis dorang laju tau. Aku request iron and ironing board melalui app, tak sampai 10 minit housekeeping dah tekan loceng hantar iron aku. If korang request iron jam 2 pagi sekalipun, staf tetap akan hantar within 10 minutes tu tau! If korang tertidur, dorang tak terus blah je. Tapi dorang akan inform reception untuk call bilik korang and reception akan inform thru fon yang housekeeping tunggu kat luar bilik untuk hantar request item korang. Bagus ke bagus sangat??

So yeah memang aku recommend sangat2 hotel ni.

Moga bermanfaat ok!



 



Terima kasih sudi membaca!

May 24, 2022

Idea Hadiah Hari Guru 2022

Assalamualaikum...


After 2 years takde sambutan raya + hari guru, tahun ni meriah jamuan merata². Anak aku pun dah 2 orang masuk sekolah kebangsaan tahun ni. Zafirah darjah 4, Zafran darjah 1. Zafri still tadika lagi. Tapi tetap ada sambutan hari guru. hihi~


So 3 orang anak, 3 jenis sekolah. Pening jugak fikir nak bagi hadiah apa untuk cikgu. Ramai rekemen pen merah/marker or any pen. Tapi aku pulak tak tau nak bungkus macam mana. Maklum lah tangan tak berseni. lulz~


Then, ternampak igs kawan aku, dia share yang dia bagi hadiah nail clipper. Beli kat Mr. DIY je. Apa lagi, lepas nampak tu zasss terus terjah DIY. Mujur banyak outlet diy nearby rumah aku.


Mula² beli hadiah untuk cikgu² Zafirah, sebab sekolah dia paling awal buat jamuan/sambutan. Ada 11 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY De Centrum Mall. Nail clipper jenis ni je ada. RM2.90 seketul. Tapi gift box or paper bag takde choice. Stress haku. Kedai kemain besar, tapi bahagian deko banyak rak kosong. adeyy~


Udahnya, aku pi DIY dalam Evo Mall, Bangi. Haa baru jumpa gift bag macam ni. Jenis ni je lah yang muat nail clipper tu. RM17.50 tak silap, dalam tu ada 20-30 pcs. Lupa dah. Reben tu memang attached sekali dengan bag, mudah kerja. Lepastu aku lekat tags selamat hari guru. Print je dari Pinterest. Macam² design ado. Lupa pulak amek gambar lepas lekat tag kat situ. Korang tengok je lah reels aku. 😁


Ni pulak hadiah untuk cikgu² sekolah Zafran. Ada 10 orang cikgu yang mengajar kelas dia. Aku beli kat DIY dalam Evo Mall. RM2 je seketul. Design pun cecomel.


Bungkus dalam gift box macam ni. RM1.10 seketul box. Nampak tak tags 'Thank you' tu? Macam tu la yang aku lekat kat gift bags Zafirah. Print dari Pinterest je, edit² sikit, boh nama anak, setel.


Ni pulak hadiah untuk teachers tadika (3 orang) dengan ustazah sekolah agama Zafran (sorang). Sejadah muka beli kat Mydin Bandar Teknologi Kajang, RM9.90 sehelai, kain tebal ye. Aku tak amek jenis nipis sebab nampak kualiti tak berapa sangat.


Lipat² sejadah tu jadi ala ala kipas gitu, pastu ikat reben. Pastu lekat tags "Thank you" or "happy teachers Day"' kat reben tu. Pastu masuk paperbag je. Paperbag tu aku recycle apa ada kat rumah. Banyak nau simpan paperbag, bila lagi nak guna? Semua elok memang nampak macam baru lagi. huhu~  Kalau nak beli baru, aku rekemen korang beli kat DIY atau Eco Plus. Harga murah tapi design lelawa.


Ok tu je lah gift yang aku bagi tahun ni. Saja save sini, tahun depan boleh refer balik and fikir idea lain pulak. haha~


Moga semua hadiah² ni bermanfaat buat cikgu². 😘


 



Terima kasih sudi membaca!

Nov 15, 2021

Cuti Deepavali ke Farm in the City

Assalamualaikum...


Orang lain ramai duk rentas negeri, check in sana sini...Kami masih setia duk Selangor..hahaha~

So alkisah cuti Deepavali hari tu, bawa kids datang FITC, again! Kali ke-3 dah aku datang sini sebenarnya...Boleh refer entry² FITC aku kat SINI <


Konon nak datang seawal tempat ni bukak. Sekali ding dong ding dong, pukul 10am baru sampai. Ramai orang weh!! Ingatkan ramai balik kg or bercuti. Tidak ye! Mungkin jugak orang negeri lain yang datang sini (sedapkan hati) 😂


Tunggu Apis. Beli tiket pun beratur uols. Udahnya 10.30am jugak la baru dapat masuk dalam 🥴
Walaupun dah pernah datang 3 kali, tapi ada jugak kawasan yang aku FIRST TIME masuk tau! haa teruskan membaca kalau nak tau kawasan apa yang first time masuk tu..hihi


By the way, sekarang korang kena beli sendiri food box untuk bagi makan kat haiwan² dalam tu. RM10 per box ye. Aku beli 1 box je cukup sampai habis round zoo. Ikut la macam mana korang bagi haiwan² dalam tu makan. Ada orang tak cukup 1 box, kena beli 2-3. So nak cakap beli 1 je pun tak boleh. Sebab depends pada cara korang bagi makan.


First stop is turtle area. Kat sini haiwan² semua bebas. Pelawat pun bebas nak pegang ke, gomol, bagi makan, posing dengan haiwan. Bebudak suka sangat ye. Kawasan sini staff ada sediakan daun/sayur untuk bagi turtle makan. If nak bagi carrot yang dalam food box korang beli tadi pun boleh. Aku amek je yang staff dah sediakan tu. hihi~


Besar-besar turtle kat sini.


Kuat makan pulak tu. Asal hulur daun, dia ngap! haha


Ini pulak bahagian burung². Ada macam² spesis burung dalam ni. Semua jinak². Dalam food box yang RM10 tadi tu ada makanan burung tau. Guna je makanan dalam tu untuk bagi burung² makan. Dulu pihak zoo sediakan makanan burung. Now no more.


Kalau berani, boleh posing dengan burung macam ni.


Savanna ni kawasan paling ngeri. Kenapa? sebab banyak kambing. Pastu semua agresif. Pantang tengok orang pegang makanan dia akan kejar. Aku siap main kejar² dengan kambing dalam ni. hahahaha~  geram betholll!


Kawasan palinggg berbau. kahh! Besar bak hang lembu sini. Pun sama kuat makan. Laju je ngap bila hulur makanan.


Rusa² sini duk dalam kandang. Maybe sebab agresif sangat. haha~  Tapi kawasan kambing pun agresif jugak. Cuma dorang tak cederakan orang. Agresif sebab nak makan 😂


Kawasan rabbit and longkang fishing ni tenang sikit. Walaupun ramaiiii orang, tapi haiwan² semua behave. hahaha~  Ada tempat makan jugak area sini tapi jual food ringan² je macam sandwich, sosej, nugget camtu. Kitorang rehat minum² sekali kat area sini. Boleh tahan penat ye. Tua betholll


Settle rehat, sambung bagi haiwan makan. Banyak jugak makanan sesepah, so anak² aku tukang kutip, pastu bagi haiwan makan leklok. Jangan bazirrr gitu. 


Tau tak ini haiwan apa? Nama haiwan ni Pelican bird ye adik². Ada masa² tertentu, staff akan sediakan ikan untuk korang bagi Pelican bird makan. Macam mana bagi Pelican makan? Korang baling je ikan tu. Deme pandai tangkap nanti. First time lah anak² aku tengok Pelican depan².


Ni kawasan reptile tak silap. Boleh pegang biawak. Tak sangka anak² aku semua berani pegang biawak. Aku mampu tengok dari tepi je lah. hahaha adehh~


Bagusss! Baloi bawak datang sini. hahaha~  Staff situ kata, ada show ular jugak kat sini tapi pukul 2pm baru start. Masa kitorang sampai sini baru pukul 12pm+ gitu. Idok lerr nak tunggu sampai pukul 2pm. Ular pulak tu, geli.


Then ada burung kakak tua. Dulu ada parrot show. Now dah takde. Taknak orang bersesak² kot kat sini. Korang nyanyi je lagu burung kakak tua kuat² sambil goyang² badan, nanti parrot tu akan follow tau. Tak percaya cuba lahhh! Dulu punya Parrot show boleh tengok entry SINI


Musang pun ada. Makanan musang boleh beli kat mesin makanan yang disediakan. Ada banyak food machine dalam ni. So makesure standby cash siap² ye.


Posed sebelum keluar. Pertama kali datang FITC vs NOW! Look how much we've grown! haha


Thank you FITC for having us! Kids happy sangat. Sampai sekarang duk sebut² pasal haiwan² dalam tu.


Ni harga tiket masuk ye. Hanya RM132 untuk satu family (2 adults, 2 kids). Kids bawah 90cm FREE!

Siap dapat 2 free gift, 2 box makanan haiwan (rm10 each), beberapa voucher makanan dan 2 sijil penghargaan dari FITC..baloi sangat weh! 🤩


More info 👇





UPDATE DEC 2021: Vlog FITC dah upload! go watch now! https://bit.ly/3pTT1KX
 




Terima kasih sudi membaca!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright to LIFE 101
Designed by UMIESUEstudio 2015